PG sering berminat malah ada kalanya digesa membuat kajian keberkesanan model / modul / program pihak luar utk mendapatkan master / PhD. Jadi aku suka mencadangkan bagi yang belum ada tajuk kajian supaya membuat kajian keberkesanan program PG di IPTA masing2 pula…. Tentulah pelik jika kita sibuk dgn organisasi luar tetapi tak pernah terfikirpun utk mengkaji keberkesanan program sendiri.
Kajian ini akan menjadi serampang beberapa mata…. Selain memberikan pengetahuan baru yang segar dalam bidang supervision, maybe terhasilnya instrument baru mengukur kesediaan PG, terbentuknya model-model yang unik, terujinya moderator dan mediator disamping dapat memberi “impak lansung” kepada institusi anda.
Kenapa susah payah kaji keberkesanan organisasi luar yang samplepun payah nak dapat… sedang sample di Graduate School ada depan mata sendiri !! Lagipun impaknya akan terus dapat dilaksanakan. Tentulah pelik juga jika kajian di institusi sendiri tak dapat dilaksanakan … tapi dalam masa yang sama membuat kajian thdp organisasi luar yang tak mintapun anda buat kajian tersebut!
Maybe dalam kajian tersebut ada item questionnaire yang bertanya tahap persetujuan PG terhadap penulisan gaya tersendiri di IPTA berbanding dgn gaya standard, bertanyakan kepuasan PG, kemudahan library, kelajuan wifi, tahap supervision dll yang berkaitan.
Barulah kajian tersebut sesuai dgn lagu SALOMA… TIRU MACAM SAYA…. lihatlah pandanglah dadaku yang bidang….
Sementara itu:
1. Aku berpendapat content Research Methodology (RM) terlalu general dan perlukan upgrading ! Percayalah…. yang dapat A++ pun terkial2 selepas itu utk mulakan research… apatah lagi yang “sedang-sedang” saja. Perkenalkan pencarian literature, ref. manager, penulisan kritis, membuat citation dari approach2 research yang berbeza…. tinggalkan content yang boleh dibaca sendiri oleh PG… bykkan kupasan berbentuk kontektual… merujuk kepada articles dan journals dlm bidang masing2....
2. Proposal pulak terlalu rigid. Aku cadangkan dgn content RM yang baru, PG patut ada idea kajian yang ingin dijalankan selepas abis 14 minggu berkuliah (lama tu bro....) dan idea proposal ini dibentangkan pada akhir 1st semester juga utk mendapat respon / cadangan / recommendation dari peers and experts di IPTA masing2….
Maknanya, PG hanya bentangkan latarbelakang serta permasalahan / isu yang ingin dikaji… kepentingan dan urgency nya kajian tersebut….ringkaspun ok mcm 3-minutes thesis... sementara soal pendetailan methodology, analisis data, variables dll serahkan sahaja kepada PG tersebut dan supervisory committee… yg semuanya experts... tak ada masalah kan?
OT - lihatlah pandanglah...
No comments:
Post a Comment