.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, July 26, 2012

Tajuk 375: Anda, SV dan Orang Ketiga

Selamat berpuasa..... 


Sebelum saya menulis pasal tajuk di atas... saya nak share satu email dari Australia.... email 1Malaysia !! Saya dan penulis email akan bertemu di Istanbul October ini... sama2 present paper disana..... 


Dear Dr OT 
Hope this email fine you well. I'm Soon Singh (bengali not Chinese) from Macquarie University. I have bought and read your Six series Tulis Thesis Dengan Cepat. I was amaze with all of the info and tips that you shared in this series. I try to applied most of your tips in my proposal and i could present my proposal very well & smooth last two weeks. Awesome.... three of the panel asked me share the tips to prepare good proposal with their students. So i intro your web site to them. But they could not understand Bahasa Malaysia. 


How nice if you could create one web in English hehehe or six series in english. So I mohon restu Tok Guru (Dr OT) untuk izinkan saya share tips with white guys. Be very honest to you i always remind them, what ever i shared with them is not my tips but its belongs to Dr Othman Talib (Lecturer, Faculty of Education, University Putra Malaysia). In your series 1 & 2, you always pointed out about Document Map view and navigation pen.Mohon jasa baik Dr untuk share bahan tersebut. 


Warm regards
PhD Candidate
SchoolOf Education
Faculty of Human Science
Macquarie University Nort Ryde, Sydney 


OK.... berbalik kpd tajuk di atas....tajuk kali ini telah berlegar2 dalam tempurung kepala saya beberapa hari ini. Tak siapapun dapat meneka apa yang ada dalam kotak fikiran SV.... apatah lagi anda yang bertemu SV sekali sekala sahaja. Tajuk ini saya sentuh bagi memberikan reaksi kepada 2 email yang saya terima.... seorang pelajar dikomen oleh SV sendiri semasa defence dan seorang lagi semuanya OK sepanjang menyediakan proposal.... sehingga dia pulak takut untuk defence jika ada yang tak kena... Saya cuba letakkan diri saya dalam kedua2 situasi, dan ingin menyumbang sedikit idea supaya anda tidak alami kedua2 situasi tersebut...kerana andalah yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada kajian anda.... anda adalah expert in the making....bukan SV anda. Ini bermakna, apapun komen SV.... termasuk cadangan yang diberi.... akhirnya andalah yang perlu menguasaikan kajian anda maka anda lah yang mesti mempertahankan tulisan anda. Saya cuba bagi pandangan yang fair and square.... tetapi sudah pastilah lebih menjurus kepada anda sebagai pelajar....andalah le yang kena "belajar". Oleh itu pastikan:


1. Membaca, menguasai dan keep up to date segala perkembangan dalam bidang kajian anda. Ini adalah tugas utama anda, bukan SV anda. Yang ini anda tidak boleh rely totally on your SV... sebab anda tak tahu apa yang SV anda fikirkan......sebab dia bukan WIKIPEDIA yang tahu semua perkara..... jadi jgn biarkan dia berfikir bagi pihak anda....tapi rely on the latest articles....pemahaman anda sendiri sebab kalau anda ikut sahaja.... anda mungkin berada dalam 2 situasi diatas.... sebab ada SV yang saja biarkan anda berdikari atau memamklumkan sesuatu yang akhirnya tidak menepati perkembangan dlm bidang yang anda kaji sebab dia bukan menguasai semua perkara.


2. Anda mestilah berdikari dalam kebanyakkan masa.... rujuk SV utk verify sahaja setelah anda bersedia dengan segala maklumat. Saya pernah didatangi oleh pelajar PhD yang bercadang untuk mengunakan convenience sampling.... tapi bila ditanya mengapa memilih teknik tersebut.... dia jawab...tak tahu sebab dia ikut kajian terdahulu... Ini baru tanya sampling, belum lagi analisis data !! Kalau beginilah anda, akan jadi pak turutlah jawabnya kepada apa sahaja pandangan SV... sedang anda tak tahu apa yang bermain diminda SV anda!


3. Dapat dan carilah latihan utk top up pengetahuan anda tentang kajian yang anda ingin jalankan. Ini termasuk membeli buku yang diperlukan...supaya anda boleh lead the discussion dgn SV anda...bukan ikut sahaja cadangan SV, sedang anda tak tahu apa yang dia fikirkan untuk anda. Ada SV yang mencadangkan perkara yang terlalu subjective dan bersifat superficial seperti kajian mestilah menghasilkan sesuatu yang super original... sesuatu yang tak pernah dibuat orang..... sesuatu yang noble....sesuatu yang mesti mengubah dunia..... termasuk mesti mengambil sample seluruh Malaysia sebagai syarat utk mencapai tahap PhD.... dan anda akur sahaja wpun semua itu hanya cadangan SV.... sedang syarat mencapai tahap PhD hanyalah kajian yang dijalankan secara rigorous bagi menghasilkan sesuatu yang signifikan kepada pengetahuan dalam bidang kajian. Anda hanya ikut sahaja jika anda tak kuasai apa yg anda ingin kaji..
Pak Cik dan Mak Cik kena faham baru boleh lead....then barulah VROOOMMM..


4. Setelah anda membaca secara mendalam.... dan mungkin ada pandangan SV yang anda tak setuju... ini adalah lumrah dan sesuatu yang sihat. Tetapi jika anda dalam dilema....mengapa tidak minta pandangan orang ketiga sebagai mediator. Ini boleh dilakukan jika anda musykil pandangan yang diberikan oleh SV anda. Ingat, SV anda hanya sebagai penyelia sahaja..... jadi mendapat pandangan mediator adalah satu langkah yang boleh anda ambil. Contohnya, jika anda ingin membina soal selidik, selain dari mendapat pandangan SV....tanya juga pensyarah yang mengajar testing and evaluation.... dan jika analisis statatistik, tanyalah juga lecturer yang ajar subjek tersebut.... ini akan mendatangkan keyakinan apa yang sepatutnya anda lakukan hatta terpaksa “melawan” pandangan SV anda. Kenapa? Sebab akhirnya anda lah yang bertanggungjawab dan mempertahankan kajian anda sendiri berdasarkan pemahaman anda bukannya apa yang difahami oleh SV anda...


Selamat berbuka.


OT

Monday, July 23, 2012

Tajuk 374: Hasilkan CAPTION untuk EQUATION !


Dalam bengkel, saya tunjukan buat caption bagi FIGURE dan TABLE. Kita juga boleh gunakan caption bagi EQUATION. Ramai yang bertanya tetapi saya tak sempat nak tulis. 

Dalam bengkel2 akan datang saya akan tunjukkan secara hands-on. Apapun berikut adalah cara yang diperlukan utk anda yang pernah mengikuti bengkel saya. Bagi yang belum... saya akan tunjukkan dalam bengkel.


Pak cik dan Mak cik kena cuba sampai dapat tau...
Jangan nak zzzz... macam saya bulan puasa ni..

Katakan U ada 3 equation utk anda masukkan dalam tesis iaitu:
Y = MX + C
Y = MP + C
Y = MQ + C


Bagaimana nak tulis supaya numbering setiap equation secara automatik mengikut sequence spt Table dan Figure. Berikut adalah panduan langkah2nya...

Langkah 1:
References – Insert Caption – New label – Taip open parenthesis “ ( “ dalam kotak Label – OK

Langkah 2:
Then akan kuar “ ( 1 “ pada kotak caption – taipkan satu spacing selepas nombor 1 tu – OK

Langkah 3:
Pergi Home – modify caption – pilihlah font dll yang sesuai spt saya tunjuk dlm bengkel, pilih juga centre supaya equation keluar ditengah2 – format – pilih Tab – dalam Tab stop position taip “ 6 “ – under Alignment klik Right – OK
[langkah ini bertujuan supaya numbering pada equation keluar 6 cm sebelah kanan]

Contoh:

Taip Y = MX + C

Insert caption

Letakkan cursor antara equation dan numbering, klik TAB, maka ada akan dapat hasilnya dalam tulisan anda spt berikut:

Y = MX + C                                ( 1 )
Y = MP + C                                ( 2 )
Y = MQ + C                                ( 3 )

Pada bahagian List of Equation, akan kuar senarai  spt berikut apabila anda lakukan langkah spt membuat List of Tables atau Figures..

Y = MX + C  ( 1 ) ............................................................... 1
Y = MP + C  ( 2 ) ................................................................ 1
Y = MQ + C  ( 3 ) ................................................................1


Selamat mencuba…. jangan tak cuba.... !!

OT

Friday, July 20, 2012

Tajuk 373: DESKTOP CALENDER UTK ANDA - FREE

Salam Ramadhan buat pembaca blog drotspss. Jadikan Ramadhan kali ini penuh barakah, produktif dan bulan menjaga perut dan mulut. Moga kedatangan Ramadhan membawa keinsafan dan keberkatan dalam anda menjalankan research dan menulis tesis.


Saya selalu melihat desktop peserta bengkel, kebanyakkan meletakkan pic anak masing2.... saya pun tak pasti mengapa. Maybe sebagai tanda kasih dan sayang, sedangkan kita hari2 menatap wajah mereka. Bukan sahaja atas desktop tapi dalam hp pun sama. Ini belum lagi pic anak2 memenuhi fb masing2... 


Saya cuma nak mencelah. Bagi calon2 PhD dan master, maybe elok saya cadangkan anda meletakkan desktop calender pada desktop laptop anda dan cukuplah foto anak di hp sahaja. Tujuannya supaya aktiviti harian anda lebih terurus, andapun tak tension... maka lebih cepat anda akan berjumpa yang tersayang. Malah saya juga melihat ada desktop peserta yang letak background foto warna warni sehingga tak nampak icon atas desktop. Tujuan desktop utk memudahkan anda menjalankan tugas, jadi jgnlah nampak irritated... macam pesta ler pulak. Saya suka desktop yang clean dan clear.... bagaimana anda?


Saya mmg sejak dulu jadikan desktop calender spt milestone  sepanjang menjadi pelajar PhD dahulu. Malah saya pernah edarkan perisian desktop calender spt ini kepada semua peserta di awal2 saya mengendalikan bengkel. Now anda boleh download secara on-line.... sebagai tambahan kepada konsep paperless yang saya war2kan. 


Atas alasan yang sama juga, saya akan demo aplikasi MS ONENOTE  yang lengkap dgn audio dan video recording dalam bengkel2 saya yang akan datang supaya peserta mencatat apa sahaja dalam OneNote bukan kertas lagi...Biarlah semua aktiviti dan nota dilakukan dalam komputer laptop anda tanpa perlu anda catatkan di atas kertas. 


Namun...terserah pada anda jika masih mahu letakkan foto org kesayangan anda atau foto2 lain di atas desktop anda....asalkan jgn sampai foto tersebut menjadikan anda termenung, ketawa sendiri atau angau......sudahlah!
Wallpaper spt ini di atas desktop laptop anda maybe menarik.. tapi tak membantu mengurus aktiviti anda...

Berikut adalah contoh desktop calender saya sebagai contoh. Calender ini sangat interaktif.... dan yang penting... ianya FREE !! Byk juga calender desktop yang free di online, tapi kebanyakkanya akan timbul macam2 pop-up menu yang ntah apa2... Calender yang saya war2kan ini agak sempoi dan tak ada benda pelik2 yang keluar...yang penting ia free dan interaktif !


Pic berikut adalah print screen desktop ultrabook saya....ultrabook ini adalah hadiah dari wife sempena birthday saya baru2 ni....



Inilah print screen desktop calender saya untuk bulan September 2012 sebab bulan ini paling sibuk dgn bengkel... saya juga ada stickynote sebab byk perkara nak dilakukan sejak akhir2 ni... dah tua2 ni pelupa



Inilah web desktop calender tersebut




Sila download di: http://www.csoftlab.com/Calendar.html

Moga aktiviti harian anda mulai Ramadhan ini akan lebih efisyen....terurus.....maka bertambah sayanglah orang yang tersayang.....  sebab raya nanti pasti anda cuti panjang....makan lemang.... dan lepas tu badan kurus pun jadi kembang !!


OT

Tuesday, July 17, 2012

Monday, July 16, 2012

Lawatan ke Jakarta, Indonesia

Penat masih terasa berada di Kota Jakarta yang besar, "penuh sesak" dan sentiasa "macet" (jammed). 


Lawatan kali ini lebih merupakan hadiah kepada 3 anakanda perempuan kami atas kejayaan masing-masing. Kak Long berjaya kekalkan Dean's List dan sedang internship di PNB, KL. Kak Ngah baru tamat kolej dan sedang berkursus di Seremban. Baru-baru ini Kak Ngah masuk TV ler pulak dalam satu pertunjukkan busana. Mariam pula berjaya melangkah ke tahun terakhir sebelum menjadi doktor.


Dan juga satu perkabaran baik yang saya baru terima, permohonan  saya utk ke Istanbul bulan oktober 2012 melalui budget UPM telah diluluskan. Saya akan ke ICEEPSY 2012, present kajian saya yang memenangi GOLD MEDAL di MTE 2012 bulan Februari lepas.. syukur... 


Kak Ngah ditemuramah oleh RTM
Jadi atas kejayaan anak2, wife pun belanja utk bawa mereka ke Jakarta, melawat sambil beli persiapan raya, sambil menyelam minum air. Mudah2an mereka jadi anak2 yang berjaya. Kami tinggal di Aston Rasuna, apartment yang sungguh selesa, jauh dari kesesakkan Jakarta. Aktiviti kami cuma dua sahaja.... melawat Taman Mini Indonesia Indah dan membeli persiapan raya sepasang dua untuk anak2 di Tanah Abang. Jgn terkeliru, namanya taman mini tapi tak larat kalau nak jalan kaki macam Taman Mini Malaysia. 

Berikut lawatan singkat kami ke JAKARTA...dgn satu nasihat.... tanyalah mereka yang dah biasa pergi sebab Jakarta terlalu besar dan sesak... supaya perjalanan anda teratur...


Menjejakkan kaki di Jakarta dalam 8.30 pm

Bersarapan di hotel

Inilah Pusat Grosir Tanah Abang yang begitu besar dan boleh sesat. Hampir semua ada disini dan dijual dengan harga borong sangat murah

Bersedia utk shopping... diketuai oleh wife. Sikenit dua orang tu sayalah yang jaga... fuhh penat !!

Harga 3  blaus sulam 250 ribu rupiah = RM80. Kat KL harga tu cuma dapat satu jer !


Kak Long, Kak Ngah dan Mariam... bertuah Nine jadi adik manja !!

Maksudnya... hanya dijual borong bukan runcit


Shopping sakan.... 
Lihat NINE.... sempat lagi nenen...

Semuanya murah dengan design yang latest...


Ayah kena layan dua budak bujang ni !!

Kami sewa Pak Supir dan Innova.... 


Di Taman Mini Indonesia Indah... naik cable car

Ala-ala minang kabau....
sebab kami pun ada darah Pagar Ruyong !!


Atas cable car.....

Castle utk kanak2 berimiginasi...

Taman Mini untuk Province Jawa Barat

Kota Jakarta yang besar... jauh lebih besar dari KL... dengan kereta Toyota spt Avanza, Rush, Innova memenuhi jalanraya .

Tunjuk bakat canoeing...

Biasalah layan budak2...

Nama tol ini menarik perhatian saya... 
  
Dalam Innova....

Waktu shopping....Nine tunjuk muka boring....
penuh sesak dengan manusia dan cewek2 yang bertudung dgn berbagai fesyen...

Waktu berangkat balik.... menaiki Tigers Airway....

Thursday, July 12, 2012

Tajuk 372: PhD dan Originality...

Saya terima banyak pertanyaan akan tahap research yang boleh mencapai tahap PhD. Saya sendiri tak ada jawapan yang definite... sebab persoalan itu akan dijawap secara berbeza oleh orang yang berbeza dalam bidang yang berbeza. 


Macam tu peninglah !!


Jgn pening dulu... sebab ada asas yang boleh dipegang


Apa dia?


Pertama: Bagi mendapat PhD, anda perlu buat research. 


Kedua: Buat research pun belum boleh dapat PhD, jika anda gagal dokumenkan hasil kajian anda dalam bentuk penulisan – THESIS !! 


Ketiga: Thesis anda pula mestilah menyumbang sesuatu yang signifikan aka original kepada body of knowledge. 


Keempat: Untuk menyumbang secara signifikan, anda perlulah menjalankan kajian secara rigorous dari segi method (termasuklah analisis yang digunakan) supaya dapatan anda “orignal” dan dapat menyumbang kepada pengetahuan dalam bidang anda. 


Jadi saya simpulkan: Untuk mendapat PhD, anda mestilah membuat research secara rigorous (detail dan mendalam) dan mendokumenkan sebagai bukti dapatan kajian anda menyumbang kepada “body of knowledge” secara signifikan. 


Apa yang dimaksudkan dengan “original”? 


Oleh kerana anda membuat kajian bagi mengisi gap kajian lepas secara mendalam dan detail, maka dapatan anda tentunya terhasil sepenuhnya dari kajian tersebut – original lah tu !! 


Abis, SV saya kata kalau tak ada product tak sampai makam PhD? 


OK... ada dua jenis product, intangible dan tangible. Apabila anda buat kajian peringkat PhD, bare in mind bahawa anda perlu “hasilkan sesuatu”. Penghasilan seperti model, modul, procedure dll adalah product yang intangible dan penghasilan prototype atau instrument dll adalah contoh product yang tangible. Calon PhD dianggap sebagai expert in the making, maka penghasilan product (tangible mahupun intangible) telah menjadi sesuatu yang demanding.... 


Jika anda dibidang hard sciences spt engineering..... anda boleh menghasilkan mana2 product – tangible mahupun intangible namun sedikit sukar bagi bidang social sciences yang lebih banyak menghasilkan product yang intangible. 


Camner nak tahu kajian tu rigorous mahupun tidak? 


Dalam social sciences..... katakan dalam pendidikan jika anda ingin menghasilkan model sesuatu fenomena katakan keberkesanan pengajaran, anda tidak boleh lagi melihat hubungan antara IV dan DV begitu sahaja dgn analisis korelasi contohnya, kerana kebanyakkan hubungan ini boleh diduga dengan mudah tanpa memerlukan kajian pun. Mengkaji faktor peningkatan motivasi pelajar melalui analisis regression juga dianggap masih belum memadai. Analisis ini hanya mengukur sumbangan DV secara direct sahaja. Oleh itu anda perlu mengkaji “proses” yang lebih kompleks bagi peningkatan motivasi melalui pembinaan model yang “fit” dengan dapatan dari pelajar. Ini termasuklah mengambil aspek variable moderator dan mediator. Dengan kecanggihan analisis data, anda boleh membina model samada secara direct antara IV dgn semua DV, atau menjadikan variabel (tak kira IV atau DV) sebagai spatial model dan uji model tersebut. Pembinaan model ini contohnya diuji melalui analysis SEM / AMOS. Maka model memenuhi indices (CFI, RMSEA....) dan yang paling signifikan  terhasil secara rigorous dengan IV, DV, moderator dan mediator yang dapat dikenalpasti termasuk dengan Sobel's test bagi menyumbang satu product original kepada the body of knowledge. 


Dalam hard sciences..... pembinaan model, algorithma juga dianggap sebagai hasil yang original jika dijalankan secara rigorous utk mencapai tahap PhD, tidak semestinya product dalam bentuk prototype atau instrument. Ini kerana PhD lebih berbentuk scholar, bagi melahirkan expert yang menguasai theory secara mendalam. Sebab itu, ramai engineer yang mungkin hasilkan berbagai2 product tetapi tidak mendapat PhD kerana mereka tidak membuat kajian yang rigorous serta mendokumentasi kajian tersebut. Product sebegini lebih kepada keperluan umum, bukan keperluan scholar. 


Fahami asas mendapatkan PhD dahulu

Maksudnya, SV tidak wajar menetapkan syarat kepada calon PhD mesti menghasilkan product original yang tangible yang boleh terus dipasarkan sebagai prasyarat untuk mendapatan PhD. 


Akhirnya, anda perlu ingat... product yang berbentuk skills seperti kemahiran menjalankan kajian, menguasai pengetahuan secara kritis, menganalisis data dan mempersembahkan data, kemahiran menulis artikel, kemahiran menggunakan software analysis yang canggih, berkomunikasi dengan pakar2 adalah product yang lebih utama dari kedua2 product yang dinyatakan di atas tadi. Ini kerana product berbentuk kemahiran inilah yang akan terus dikembangkan untuk calon PhD benar2 menjadi seorang yang expert dan memberikan sumbangan yang signifikan dalam bidang masing2...jadi kajian PhD bukanlah penentu segala2nya dan jangan sampai ada SV yang letakkan syarat yang melampaui maksud "originality" sehingga pelajar perlu hasilkan sesuatu yang belum pernah wujud ! 

Sunday, July 8, 2012

Bengkel UKM 7 Julai 2012 - The emerging of new culture... online + paperless

Syukur bengkel di Dewan Budiman UKM selamat dijalankan. Ini adalah bengkel "paperless environment" ke 2 yang dijalankan selepas di UTM. Tanpa pen dan kertas....laptop menjadi medium mencatat dan merekodkan segala nota bengkel.... smart, eficient dan effective!! Maybe inilah satu2nya bengkel di dunia yang semuanya berjalan secara paperless....satu budaya baru dalam penyediaan tesis !!


Berikut contoh nota salah seorang peserta sdri Suzie Haryanti yang mencatat isi bengkel menggunakan MS OneNote.... 


The whole idea is here....

Ini pulak nota semasa aktviti hands on....
Inilah meja pelajar PhD dan Master.... paperless... smart... save and efficient !


Selamat tinggal cara lama.....


Adakah anda akan baca semula apa yang anda tulis?

Meja student PhD ?

Juga buat pertama kalinya blog drotspss menjadi perintis pemberian Sijil Penyertaan dan resit secara online. Peserta cuba perlu download dan .... settled ! Kali ini saya tidak mengambil foto spt selalu.... jadi berikut adalah pic yang sempat dirakamkan oleh sdri Alley. Saya mohon kepada yang sempat merakamkan pic beramai2 diakhir bengkel atau secara berkumpulan, mohon emailkan kepada saya utk tatapan bersama...


Komen peserta melalui shoutmix:



doc map.. masyaAllah.. sgt byk ilmu yg saya dpt ... terima kasih byk2 dr.ot.. InsyaAllah akan lebih bersemangat gunakan mendeley....selama ni download mendeley.. tapi, tak reti nak guna macammana.. bila dah tahu .... tak habis2 nak masukkan artikel dlm mendeley tu...(Ummu Ammar)



salam Dr.. sy pegi bengkel Dr yg kat UKM ni..ALHAMDULLILAH..bilk je umah terus sy wat ape yg dibincangkan dlm bengkel tu.Terus bersemngat je nak writing. Trima Kasih Dr. (Suzie)

Syabazz.... anda telah berjaya meningkatkan skill diri anda
Yang lain bila lagi ?


No pen no paper.... only PROGRESS in the laptop.... 
Tip top dan mantop !!

Writing thesis is not easy... so do it the smart way....starting from a zero draft !

Focus and concentrate... Mendeley....Do It Right Do It Once

Thinking and relexing.....Cite While You Read

Smile and smart....Dont Make It Right Make It Written


Hands-on... time to practice...1File1Thesis in the making...

Birthday boy ( he he..) ...Thesis is not about perfection .... 


Zoom from Suzie Haryanti's...paperless sparks a new culture... 

Wow.... tak pernah terfikir dikeliling jelitawan macam ni....
  
Macam dah kenal lama jer....



Patah sayap bertongkat jua... pic ni sbg bukti !! 

OT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...