.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, March 13, 2012

TAJUK 327: Thesis vs Non-Thesis: Pilih si cantik atau si come lote ?

Thesis (MSc) vs Non-Thesis (MA) - Si Cantik atau Si Come Lote?


Ini satu lagi isu yang tak byk dibincangkan secara terbuka. Saya cuma nak kemukakan utk kita semua berfikir dan terfikir walaupun saya bukanlah seorang pemikir.


Saya banyak bertemu pelajar Semester 1, dan kebanyakkan mereka mengambil program non-thesis atau coursework (MA atau MEd) berbanding dengan program dgn thesis (MSc). Dalam kelas saya sendiri, yang terdiri dari 90% guru, terdapat lebih kurang 80% mengambil MA, hanya 20% sahaja mengambil MSc. Bila ditanya, mengapa ramai yang berminat mengambil non-thesis  antaranya kerana:


1. pelajar part-time
2. beban tugas di pejabat yang banyak
3. kekangan keluarga
4. lebih mudah lulus
5. grad on time


Pada dasarnya, kedua2 program MSc dan MA adalah setara, no doubt about it. Lain perkataan, satu program tidak lebih baik dari yang satu lagi. Namun secara umumnya, pelajar MA ada advantage lulus on time dan tidak mudah shahid ditengah jalan ataupun lost in action..... 


Namun saya ingin menyentuh aspek lain iaitu perspective dan advantage. Ramai beranggapan program thesis lebih sukar spt diakui sendiri oleh pelajar yang mengambil non-thesis. Apa implikasinya? Implikasinya, sesuatu yang dianggap sukar akan dilihat sebagai lebih berharga. Jadi, tanggapan yang ada pada pelajar non-thesis menyebabkan pemegang MSc dilihat lebih berwibawa dari pemegang MA sendiri. Bukan saya yang kata, tapi itulah anggapan pelajar non-thesis dan kebanyakkan pensyarah malah majikan juga. 


Siapa yang ada advantage utk mengambil PhD - pemegang MSc ataupun MA? Soalan ini maybe boleh saya analogikan sebagai - siapa yang ada advantage jadi model, si cantik tinggi lampai ataupun si kecil come lote? Oleh kerana model memerlukan seorang yang tinggi, maka wpun kedua2 sama cantik, namun advantage akan menyebelahi si tinggi lampai. 


(Namun dlm mencari pasangan ... si kecil molek mempunyai advantage sebab tak ada masalah berbanding dengan si tinggi lampai yang terpaksa cari pasangan yang lebih tinggi lagi.... agaknye lah he he... )


Jadi balik kepada persoalan asas - mana satukah yang anda ingin pilih? Bagi saya, kedua2nya setara tetapi pilihlah mengikut plan jangka panjang anda. Jika anda hanya perlukan master degree utk kenaikan pangkat, menambah pengetahuan dan tiada rancangan untuk menyambung ke peringkat PhD, atau menjadi academician aka lecturer di IPTA / IPTAS maka program MA adalah wajar untuk anda. Jika sebaliknya ynag anda perlu menyambung ke peringkat PhD, MSc adalah pilihan lebih wajar kerana anda lebih competitive dengan pengalaman membuat full scale research dan published paper, yang menjadi keperluan diperingkat PhD. 


Bagaimana jika anda tak berapa pasti hala tuju masa depan anda? Jika inilah situasinya, lebih baik ambil MSc, kerana anda ada advantage jika tiba2 berhajat atau diperlukan utk menyambung pelajaran ke peringkat PhD. Setuju?


Kalau masih tak pasti juga..... solat isytikarah.... minta indicator dari Allah...


Kalau dah terambil MA, tiba-tiba nak tukar MSc pulak? Ini anda perlu buat pertukaran mode program dgn memberikan justifikasi anda. Dalam dunia demokrasi pendidikan ini, saya tak fikir bertukar program tidak dibenarkan, cuma jgn buat selepas 4 semester, akan membazir masa jer....


Oleh itu, jawapan kepada pilihan antara MSc dan MA tiada pada saya, ianya ada pada anda sendiri. Tepok dahi dan tanya minda anda sendiri....


Saya cuma ingin tambah skit jer lagi. Pelajar MA tetap juga akan membuat mini research.. dan bukan duduk goyang kaki baca buku sahaja utk lulus exam sahaja. Dan dalam situasi teknologi ICT dgn segala macam program dan perisian yang boleh membantu anda mempercepatkan pengumpulan artikel, penulisan dan analisis data, tidaklah menjadi sesuatu yang sangat "membebankan" utk membuat tesis. Malah tidak terlalu extreme jika saya katakan, pelajar MSC boleh selesai penulisan thesis dalam 4 semester sambil menunggu viva. Saya sendiri ada 4 pelajar MSc yang sedemikian iaitu Ong, Wid, Ady dan Ayu, malah salah seorang darinya adalah part-timer yang duduk di Terengganu. 


Harapan saya, sekurang2nya, peratusan yang mengambil MSc seimbang dengan yang mengambil MA.... tidaklah seperti sekarang....


Jadi anda pilih antara Si Cantik manis atau Si Come Lote, antara Si tinggi lampai atau Si Kecil molek? 


Tentu ada yang akan komen.... cantik jer tak memadai kalau tak solehah.... Nasihat saya.... solehkan diri dulu utk dapat yang solehah... wpun kecantikan satu bonus tapi masih bersifat sangat relatif....ia akan pudar jua tak seperti kesolehahan seorang wanita! 


Jam dah pukul 1.30 pagi.... saya mohon mengundur diri ..... isteri dah lama diulit mimpi... anak pula tersenyum di alam fantasi....




OT

1 comment:

  1. Info yg sgt berguna..Terima kasih..it really helps me in the decision making.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...