.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, March 31, 2011

MAKAN DOA dan CINTA

Jumaat menjelma lagi. Hari meniti hari. Satu hari lagi yang diberikan nikmat untuk kita terus menyemai cinta dan kasih sayang, hormat menghormati serta saling mempercayai. Makanlah dan jangan lupa berdoa mensyukuri nikmatNya dan lebarkan kasih sayang tanpa sempadan.... Berusaha dengan gigih.... kerana anda adalah khalifah. Lihat kewajah anak2 dan orang tersayang.... moga menjadi pendorong menghadapi cabaran mendatang....


Cinta.... kalimah yang menuntut pengorbanan 

Kasih sayang dari hati....




Lihat ke dalam hati anak... suci.. bersih dan penuh keikhlasan...sesuci wajahnya


Menyayangimu dari hati....jiwa... dan perasaan....


Dalam dakapan ayahanda 


Terima kasih ayah dan umi.....


Berkongsi rasa dan cita...


Doakan anak-anakku......

Tajuk 115: KENAPA TAK BOLEH GUNA STATISTIK INFERENS PARAMETRIK JIKA SAMPEL TAK NORMAL

Malam ni kena jaga baby..... wife nak siapkan research dia...... Nine pulak dah nak berdiri terpaksalah duduk dekat2 takut jatuh..... Sambil tu curi2 menaip blog ini....Anda yang buat research jangan pulak curi2 tengok TV..... tak siap ler assignment. Kena ada passion dalam memahami apa juga berkaitan dengan kajian anda..... baru ler jadik!!


Saya masih menyentuh soal kenormalan data, kerana konsep asas ini tidak dihiraukan oleh sebahagian pelajar siswazah, sedang ianya penting. 


Jika anda ukur berat 10000 kanak2 berusia 6 tahun di daerah Kajang, anda akan dapati terdapat peratusan yang kecil kanak2 underweight ataupun overweight. Wbp majoritinya akan berada pada berat purata, katakan min = 30 kg. Ini menghasilkan taburan normal.
Jika anda ambil jumlah perbezaan berat individu kanak2 setelah ditolak dengan berat min, selisih ini dikuasaduakan dan seterusnya dibahagi dengan bilangan semua kanak2…. Anda akan mendapat varian. Varian ini jk dipuncakuasaduakan akan memberikan nilai sisihan piawai. Nilai ini akan mewakili besarnya individu data berserak (disperse) dalam taburan populasi. Katakan s.p = 5, maka anda boleh membayang nilai serakan data tertabur sebagai 30 ± 5 kg.

Apabila anda mengambil sampel 50 kanak2 dari populasi yang sama, iaitu daerah kajang, anda akan mendapat min ketinggian dan s.p sampel tersebut katakan 28 ± 4 kg, menghampiri nilai populasi. Jika anda ulangi lagi sebanyak 30 kali dengan sampel (n=50), dan plot individu min sampel ini, bentuk graf akan menghampiri bentuk taburan normal populasi.

MAKA ANDA BOLEH MEMBUAT INFERENS DARI CIRI SAMPEL KE CIRI POPULASI. SEBAGAI CONTOH - JIKA MIN SAMPEL 32kg MAKA ANDA BOLEH MEMBUAT INFERENS ATAU ANGGARAN BAHAWA MIN POPULASI JUGA ADALAH 32 kg. 


Walau bagaimanapun, katakanlah  min sebenar populasi adalah 30 kg maka akan terdapat perbezaan 2 kg berbanding min sample, perbezaan ini dipanggil standard error, s.e.
Jika s.p adalah berkaitan taburan individu data dalam populasi atau sampel, tetapi s.e adalah perbezaan taburan sample dengan taburan populasi (mana boleh 100% sama maa).. Ahli statistic telah mengira s.e ini dengan nilai s.p dibahagi dengan punca kuasadua saiz sampel (maaf ler sebab anda kena bayangkan formula tersebut…. Blog tak compatible dengan symbol matematik).
Apa inferens boleh dibuat dari pic ini?
Ideanya disini adalah….. sampel yang tidak tertabur secara normal tidak boleh menggunakan statistic parametric (iaitu statistic populasi) untuk membuat inferens. Alasannya - sedangkan sampel yang tertabur secara normalpun tetap ada s.e, nikan pula sampel yang tidak tertabur secara normal. Pasti anda tidak boleh membuat inference kerana asas inference adalah kerana sampel tertabur secara normal sebagaimana populasi !!


OKlah... malam ni malam Jumaat... kena tido awal sikit ler........  Wassalam

OT

Wednesday, March 30, 2011

Tajuk 114: Kenapa nilai Cronbach alpha saya kecik jer... Cam ner nak naikkan?

Saya dapat call dari seorang pembantu penyelidik dari Human Ecology Faculty, UPM.....dia kedengaran panik sebab soal selidik beliau hanya pada nilai alpha cronbach 0.4 sahaja. Soal selidik tersebut berkaitan pendpat terhadap sesuatu isu baru dalam masyarakat.


Kemahiran Insaniah......
Setelah mengetahui soal selidik dll maklumat sukacita saya nyatakan disini bahawa nilai tersebut rendah kerana:


i. Nilai cronbach hanya digunakan bagi mengukur satu dimensi bagi satu2 konstruk. Ini bermakna, cronbach mengukur konsistensi responden terhadap satu2 konstruk. Jika responden tiada maklumat, atau tidak mendalami isu yang ditanya, dia akan memberi jawapan yang pelbagai, iaitu bersetuju bagi satu item dan kemudian tidak bersetuju dengan item yang lain walaupun kedua2 item menguji konstruk yang sama dengan dimensi (setuju atau tidak setuju) yang sama. Jika responden tidak ada maklumat yang jelas atau tidak tahu tentang isu yang diminta persetujuan, maka respon yang pelbagai akan diperolehi lalu merendahkan internal consistency soal selidik lalu memberikan nilai cronbach yang rendah juga.


Katakan anda bertanya konsep keperluan kemahiran insaniah (KI) kepada pelajar tahun 1, yang maybe tak tahu amende KI tersebut.....sudah pasti anda akan mendapat pelbagai jawapan yang berbeza2. Ini akan merendahkan nilai alfa. Lainlah jika anda bertanya soalan yang sama kepada pensyarah. Tentu jawapannya lebih konsisten kerana dia tahu KI tersebut, samada dia nak bersetuju atau sebaliknya.....maka nilai alpha cenderung untuk tinggi....


ii. Nilai alpha cronbach sangat bergantung kepada bilangan sampel. Jika nilai alfa anda 0.4 sahaja dengan responden 30 pada peringkat rintis, anda perlu gandakan bilangan responden... katakan 60 orang.... dan saya percaya nila alfa akan bertambah ke 0.6 atau 0.7 Bagi kajian afektif seperti sikap dan pendapat, nilai 0.7 sudah dikira baik untuk satu soal selidik. Ini bertujuan mencari korelasi yang konsisten yang wujud dalam sample yang lebih banyak.


iii. Jika anda membina item sendiri, disarankan anda jalankan dahulu Factor analysis.... supaya hanya item yang berada dalam konstruk yang betul sahaja diambil. Item dgn factor loading yang rendah boleh dibuang.


Moga sama-sama dapat kongsi maklumat. Kepada yang bertanya..... terima kasih dan gud luck!!!


OT

BUKIT EXPO UPM dan PASAR TANI MARDI

Hujung minggu saya cuba bertukar routine..... buang tabiat pergi bukit expo UPM berjogging. Sayang sungguh bukit expo UPM yang cantik tidak dapat dinikmati kerana tiada sebarang aktiviti. Selepas keluarkan sedikit peluh saya pergi ke MARDI pasar tani...bersebelahan bukit expo untuk bersarapan dan membeli keperluan rumah....ayah mithali... emmm

Pokok durian

Ideal untuk buat Famili Day

Pemandangan yang unik di Bukit Expo

Tasik yang sunyi..... tanpa aktiviti.... sayang sungguh....

Pintu gerbang ke MARDI

Setiap hari Sabtu pagi ada pasar tani di MARDI..... sambil tu boleh bersarapan

Satay jadi pilihan saya..... sekali sekala sarapan dengan satay

He he ini dia !!

Macam2 ada

Yang jual baju2 ni.... kat mana2pun ada..... cuma selesa di sini

Tuesday, March 29, 2011

BENGKEL PENULISAN CEPAT + LITERATURE REVIEW + SPSS

BENGKEL PENULISAN CEPAT + LITERATURE REVIEW + SPSS

Saya mendapat jemputan dari sekumpulan pelajar siswazah UKM bagi mengisi bengkel di atas:


Tarikh: 7 hingga 8hb April 2011
Masa: 8.30 am - 5.00 pm
Hari 1 (khamis) - Penulisan cepat thesis + Literature Review
Hari 2 (Jumaat) - Statistik inferens + aplikasi SPSS
Tempat: UKM Bangi
Bayaran: RM150


Masih ada kekosongan beberapa tempat lagi. Sila email saya jika anda berminat.
Peserta bengkel di OUM


OT

PERTANYAAN DARI IPG

Assalamualaikum Dr,
Terima kasih banyak kerana menghasilkan blog yang cukup-cukup bermakna dan bermanfaat terutama bagi yang tak cukup ilmu dalam menyelidik secara ilmiah. Penuh ilmu dan santai. Tahniah..

Saya mengajar di IPG dan sedang menyambung pelajaran di peringkat PhD dalam bidang e-pembelajaran. Berminat mengkaji kesan e-portfolio dengan platformnya facebook atau perisian lain yang sesuai sebagai tool untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam sesuatu topik. Sekarang ni tengah pening sama ada nak guna kuantitatif atau kualitatif atau gabung kedua-duanya. Mana yang paling sesuai.

Harap sangat-sangat Dr dapat beri pandangan terutama dalam membuat konseptual framework bagi tajuk ini.


RESPON:
Jawapan saya.... tepuk dada tanya kemampuan tuan! Mengikut trend di Msia, kajian kuantitatif masih mendominasi kerana kecanggihan perisian SPSS (now PASW) / AMOS, namun kehadiran NViVO 9 telah memberikan ruang yang lebih kepada kajian kualitatif. Namun, gabungan kedua2 juga satu pilihan yang baik. 

Bagi kajian peringkat PhD, kedalaman penyelidikan serta penghasilan sesuatu yang original menjadi keutamaan. Jika anda ingin mengkaji kesan sesuatu treatment (kajian experimental), menghasilkan model baru, soal selidik baru  yang valid (concurrent, predictive dll) dan realible, pilihan adalah kuantitatif. Jka anda berminat mengkaji fenomena secara mendalam, sehingga boleh menghasilkan teori berkaitan fenomena tersebut, kajian kualitatif menjadi pilihan. Jadi jawapannya terletak pada kajian anda, then baru pilih  mana yang sesuai.

Saya tidak boleh jawab sehingga tahu apa sebenarnya objektif dan perrsoalan kajian tuan berkaitan e-portfolio. Apapun, saya sedia berkongsi pengalaman. 

Gud luck


OT

Tajuk 113 - Jangan anak tiri kan statistik non parametric

Ramai pelajar yang ghairah menjalankan kajian bagi mengukur variable kategori seperti sikap, tanggapan, kepuasan, persetujuan dll tetapi menyamakannya dengan pengukuran variable continous menggunakan statistik parametrik..... sehingga lupa bahawa statistik parametrik mempunyai syarat yang perlu dipenuhi. Sama juga dengan pelajar yang sedang ghairah bercinta.... jangan lupa ada syarat2 yang perlu dipenuhi... jangan main nak saja wpun tak penuhi syarat. Berikut adalah antara sebab mengapa anda perlu gunakan statistik nonparametrik (np).


TAK PERNAH ANAK TIRIKAN PELAJAR...


Statistik np sesuai untuk mengukur variable psikologi seperti yang dinyatakan di atas, khususnya apabila anda menggunakan skala nominal atau ordinal seperti Likert. Skala nominal dan ordinal bersifat kategori maka tidak akan tertabur secara normal seperti data interval atau ratio yang bersifat continuous.  Jadi pengiraan dalam statistik np tidak mengambilkira kenormalan data. Maka, jika anda mempunyai data interval atau ratio yang tidak normal, maka gunakanlah statistik np yang sesuai. Cuma implikasinya anda tidak boleh membuat generalisasi.


Saya berpendapat, menggunakan statistik yang salah (data tidak normal tetapi masih menggunakan statistik parametrik) lebih serius dari menggunakan statistik np wpun kuasa membuat generalisasi menjadi rendah. Ini kerana anda membuat kajian yang telus serta faham mengapa anda jalankan sesuatu ujian statistik bagi mempertahankan data anda. Jangan ler sampai viva nanti, anda diminta run sekali data anda hanya kerana anda tidak membuktikan anda telah memenuhi assumption yang diperlukan bagi analisis parametrik. Jika data anda memang data ordinal, maka statistik np adalah lebih sesuai. Namun begitu, masih ada kajian yang menggunakan data ordinal sebagai interval dan diterbitkan dalam journal antarabangsa.  Namun bagi pelajar yang sedang buat kajian, buatlah kajian berdasarkan pemahaman anda bukan kerana orang lain buat !!


Saya dapati ramai pelajar menggunakan analisis korelasi Spearman ( dengan variable paling rendah peringkat ordinal) yang juga adalah statistik np, begitu juga chi kuasadua (dengan variable berkala nominal) tetapi tidak menggunakan Mann-Whitney ataupun Wilcoxon apabila melakukan analisis perbandingan 2 kumpulan atau repeated measures? Kenapa agaknya? Mungkin kerana ujian-t lebih popular? Sebab itulah anda perlu mengetahui assumption yang menjadi prasyarat analisis parametrik terlebih dahulu. Personally, jarang a membaca  tesis yang betul2 membncangkan hal ini. Oleh itu, jgn lupa dalami perkara ini supaya anda transparence dalam analisis anda.


Berikut adalah pasangan statistik parametrik dan np yang lazim digunakan dalam kajian sains sosial. Ini bermakna, jika anda gagal memenuhi assumption statistik parametrik, jalankan statistik pasangannya sebagai statistik np atau jika data anda nominal atau ordinal, jalankan statistik np kerana fungsinya adalah sama:

Fungsi
Penuhi syarat parametrik

Jika tidak penuhi syarat parametric / data norminal

Skala nominal
Banding 2 sampel tidak bersandar
Ujian-t sample tidak bersandar
Ujian Mann-Whitney
Chi kuasadua
Banding 2 sampel bersandar
Ujian-t sample bersandar
Ujian Wilcoxon
Ujian McNemar
Banding >2 sampel tidak bersandar
ANOVA
Ujian Kruskal-Wallis
Chi kuasdua

Perkaitan antara variable

Ujian Pearson

Ujian Spearman

Ujian Cramer V

Monday, March 28, 2011

BENGKEL PENULISAN CEPAT + LITERATURE REVIEW + SPSS

Saya mendapat jemputan dari sekumpulan pelajar siswazah UKM bagi mengisi bengkel di atas:


Tarikh: 7 hingga 8hb April 2011
Masa: 8.30 am - 5.00 pm
Hari 1 (khamis) - Penulisan cepat thesis + Literature Review
Hari 2 (Jumaat) - Statistik inferens + aplikasi SPSS
Tempat: UKM Bangi
Bayaran: RM150


Masih ada kekosongan beberapa tempat lagi. Sila email saya jika anda berminat.


OT

Saturday, March 26, 2011

Tajuk 112: MENYEMAK ALIRAN TESIS – JADUAL OPISA !!

Anda perlu sentiasa menyemak aliran rangka tesis anda supaya menepati apa yang sebenarnya yang anda ingin kaji. Caranya adalah dengan menyediakan JADUAL OPISA (Objektif – Persoalan - Instrument – Skala (IV-DV) – Analisis) berikut in advance dan sentiasa semak! Ini sekadar contoh bagi memudahkan anda menyemak keselurahan aliran tesis anda ! Jangan sampai pemeriksa thesis anda yang kesan kesalahan anda… BUKANNYA ANDA !


Objektif
Persoalan
Instrumen
Skala / ID-DV
Analisis data
Adakah jantina dan tempat tinggal (dalam dan luar kampus) pelajar mempengaruhi persetujuan terhadap larangan membawa kenderaan dalam kampus?
Ini adalah kajian tinjauan perbandingan antara 4 kumpulan tidak bersandar (lelaki dalam dan luar kampus serta perempuan dalam dan luar kampus). Bilangan setuju atau tidak dapat diketahui dari demografi dalam soal selidik dengan item berbentuk dikotomi (Ya atau Tidak).
Kajian ini berbentuk tinjauan  menggunakan instrumen soal selidik.

Bina jadual 2 x 2.
Jantina (lelaki, perempuan) x  Tinggal (dalam, luar)

IV (2):
JANTINA - M / F

TINGGAL - Dalam / Luar kampus

DV (1): Kategori
Setuju - Ya / Tidak
(Nominal)
Data DV nominal (frekuensi).
Statistik non parametrik
Chi-kuasadua sampel tak bersandar dua hala.

Andaian analisis:
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam bilangan pelajar lelaki) berbanding dengan pelajar perempuan (dalam dan luar kampus) dalam persetujuan terhadap larangan membawa kenderaan dalam kampus.

Adakah pelajar lelaki mempunyai IQ lebih tinggi berbanding pelajar perempuan yang mengambil jurusan kemahiran di SM Teknik?
Ini adalah kajian perbandingan antara kumpulan tidak bersandar. Tahap IQ dapat diukur dengan ujian kecerdasan.
Instrumen Ujian Kecerdasan

Dapatkan skor min IQ setiap kumpulan pelajar lelaki dan perempuan
IV (1 ):
JANTINA - M / F

DV (1): Skor IQ (Interval)
Data skor IQ (DV) adalah interval  dan jika normal gunakan statistik parametrik. Banding 2 min guna ujian-t sampel tak bersandar.

Jika data tidak normal, gunakan statistik bukan parametrik bagi sampel tak bersandar iaitu Mann-Whitney U

Adakah terdapat perbezaan skor motivasi sekumpulan pelajar sebelum, dan selepas 1 dan 6 bulan menjalani kursus starting school?
Ini adalah kajian perbandingan  antara kumpulan yang sama iaitu bersandar dengan tiga kali pengukuran. Tahap motivasi dapat diukur  sebelum dan selepas kursus tersebut dijalankan 1 dan 6 bulan. Melibatkan 3 pengukuran berulang.
Instrumen ujian motivasi

Kira skor min motivasi sebelum dan selepas 1 dan 6 bulan.
IV (1): Masa 0 / 1 / 6 bulan

DV (1): Skor motivasi
(Interval)

Data skor motivasi adalah interval jika data normal gunakan statistik parametrik ANOVA satu hala (repeated measurement).

Jika data tidak normal, gunakan statistik bukan parametrik bagi sampel bersandar ujian Friedman.

Jangan lupa menyemak semua persoalan kajian anda dan sediakan jadual di atas bagi menyakinkan anda akan ketepatan analisis anda.

Gud Luck !!!

OT

Tajuk 111: 13 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU BINA SOAL SELIDIK BARU?

Jika anda membuat kajian, antara peluang yang perlu anda gunakan bagi menambah weight kepada kajian anda adalah dengan membina soalselidik sendiri. Inilah masanya anda berpeluang membina soalselidik anda sendiri. Berikut tips kenapa anda perlu membina soalselidik anda wpun mungkin terdapt soalselidik yg telah sedia ada. Antara alasan yang boleh anda berikan anda adalah seperti berikut (selainnya anda tambah sendiri):

1. soalselidik sedia ada telah dibina telah terlalu lama, katakan melebihi 3 tahun
2. soalselidik sedia ada telah dibina menggunakan responden yang berbeza usia dan latarbelakang
3. soalselidik sedia ada telah dibina diaplikasikan dalam konteks yang berbeza
4.soalselidik terdahulu dibina hanya dari perspektif pakar, guru sedang anda membina soalselidik dari perspektif responden sendiri
5. soalselidik terdahulu berasaskan teori yang tidak up to date
6. anda ingin membina soalselidik baru yang akan diuji kebolepercayaan dengan test retest bagi mendapatkan koeffisen korelasi yang lebih baik berbanding hanya internal validity dengan nilai alpha cronbach seperti soalselidik sedia ada
Bersiap sebelum KONVO di UKM 1986... lamenyer tu !!


7. anda ingin mengubah skala dari 5-point ke 4-point dengan menggugurkan point neutral yang tidak membawa makna kepada dapatan
8.  menambah konstruk baru dan menggugurkan konstruk yang tidak lagi relevan berdasarkan literature review yang terkini.
9. menggunakan khidmat pakar dari pelbagai latarbelakang dengan bilangan lebih ramai, katakan 4 orang berbanding 3 dalam kajian terdahulu.
10. anda bercadang untuk jalankan pilot dengan sampel yang lebih ramai katakan 100 orang, bukan sekadar 30 orang sahaja.
11. anda menggunakan factor analisis bagi memastikan pemilihan konstruk yang betul dengan kumpulan item yang sesuai
12. anda menjalankan 2 kali ujian pilot bagi memastikan item yang diubah diuji kebolehpercayaannya sekali lagi.
13. menggunakan Rasch Model bagi menganalisis data kerana model ini juga dapat menganalisis data ordinal bukannya mengubah ke data interval.


OT - Gud luck !!


Wednesday, March 23, 2011

BELON PANAS DI PUTRAJAYA

Saya sempat menyaksikan pertunjukkan belon panas di Putrajaya. Saya suka ronda2 di Putrajaya kerana suasana hijau dan bangunan yang cantik..... boleh berbangga ler. Bagi yang duduk jauh di utara, selatan atau mana sahaja yang belum ke Putrajaya..... datanglah terutama waktu pagi weekend..... pasti anda akan terpegun dan terpesona dengan keindahan Putrajaya....

Gambaran belon dinaikkan

Yang ini naik sikit jer..... RM50 sekali naik!

Jika dulu tengok dalam tv jer... now dah dekat singgah le sekejap. Ni le untungnya
duduk dekat2 Putrajaya....
Tengah ronda2 ada pulak yang buat filem.....tak sempat nak jeling sapa hero dan heroin yang naik motor tu....

Belon Star Wars ini jadi perhatian

Berikut adalah beberapa bangunan menarik di Putrajaya.....pic berikut hanya beberapa bangunan utama sahaja........ 










TERIMA KASIH MY FOLLOWERS... LUV U ALL....

Hari ini blog ini menerima follower yang ke 90 ! Saya tak sabar menunggu follower yang ke 100 pulak.


Agak sibuk minggu ini hingga tak sempat nak update blog. Anyway... tq atas sokongan anda.....Maaf ler pic anda tak clear.....dan ada yang malu2 nak sertakan pic....


Bagi yang baru membaca blog ini, silalah jadi follower.....pergi ke  FOLLOW yang terletak di bahagian bawah blog ini....








Saturday, March 19, 2011

Singgah sebentar di Afamosa Water PArk

Hujung minggu ni sungguh sibuk. Saya pergi ke kolej anak saya di Melaka dan singgah sebentar di Afamosa water park. Ini kali kedua saya ke sana. Maybe ada yang belum ke sana lagi membawa keluarga, boleh berkongsi gambaran suasana di water park. Bayaran masuk RM40 ke Water Park sahaja.

Eloklah datang awal pagi, katakan 9 am. Bukan sahaja tak panas, pengunjungpun
belum ramai.....

Ideal untuk kanak2.... selamat dan banyak pilihan....Yang besar2 tu ada tempat khas....
Not bad juga jika bawa keluarga... cuma pemandangan pakaian pengunjung agak
ada yang menjolok mata dan iman...

Kawasan ini sesuai untuk bebudak sambil mak bapak tengok dari jauh jer...

Ada 2 tempat khas untuk kanak2


Redup untuk lepak2.....

Jgn lupa bawa duit..... benda kuning ni pun kena sewa...Jgn bawa makanan
sebab harga tiket termasuk kopun makanan dan minuman

Masa mak ayah dulu mana de benda2 macam ni.....
manda sungai je


Bawa anak yang besar tengokkan baby NINE boleh mak ayah pulak main2 air.....

Persekitarannya pun bersih

Dah penat ZZZZZZ

Lagi pemandangan

Kat luar dah tunggu pony untuk anak2..... tapi naik tak sampai seminit charge RM10....!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...