.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, February 29, 2012

TAJUK 320: MELANGKAUI SV DAN Co-SV: ANDA MAYBE PERLU BUAT BEGINI !

Saya paparkan email pada Tajuk 318 terhadap SV yang dikatakan tidak pakar dan tidak banyak membantu. Saya paparkan juga di Tajuk 319, respon pembaca blog. Dalam entry ini saya akan ceritakan pengalaman saya pula mudah2an ada pengajaran buat semua. 


Berikut adalah petikan bahagian ACKNOWLEDGEMENT tesis saya. Anda baca dan tatapi isinya dahulu.... satu persatu...


ACKNOWLEDGEMENT


First and foremost, I wish to thank my supervisors, Dr. Robert Matthews and my co-supervisor Dr. Margaret Secombe for their constructive supervision, thoughtful encouragement and intellectual commitment in guiding me through my study and writing this thesis. My sincere thanks to Dr. Robert Matthews, who allowed me to develop my own academic interests, yet guided me to keep focused. I am grateful for his encouragement and support in guiding me through my study. 


I gratefully acknowledge the advice of Prof. Kevin Majoribanks, who guide me in my quantitative analysis, Prof. Chris Dawson for providing me with sound advice in my qualitative analysis. I would also like to thank Dr. Margaret Scott, for her administrative assistance as the School of Education Secretary. 


I would also like to thank Dr. Cobus Gerber and Dr. Vicky Barnett from the Chemistry Department, The University of Adelaide for providing me with valuable advice in completing my animations of electrochemistry. Also, my gratitude to Mr. Dan Bonicelli, Glenunga International High, Adelaide; Mr. Peter Beavis, Bradford College, Adelaide; and chemistry teachers at the Matriculation Center, International Islamic University, Malaysia and their students, who participated in this research. 


OTHMAN TALIB
Adelaide 2007



Begini ceritanya...


Dr. Robert Matthews dan Dr. Margaret Secombe masing2 adalah SV dan Co-SV saya. Keduanya saya respect kerana sgt membantu. Robert pakar pendidikan Fizik dan Margaret pakar psychology pendidikan. Masa discussion, mereka lebih suka dipanggil nama tanpa "Dr" kat depan tu..... dan saya panggil mereka Robert dan Margaret sahaja.....Ingat, kat Msia jgn buat, nanti ada yang moyok 44 hari !!


Oleh kerana Robert bukan dari bidang Chemistry, saya telah minta izin  beliau utk merujuk kepada lecturer di Chemistry Department bagi berbincang dan validate courseware animasi electrochemistry kajian saya, maka sayapun mencari maklumat dalam homepage Chemistry department lalu berkenalan dgn Dr. Cobus dan Dr. Vicky. Mereka dgn tangan terbuka menerima saya. Saya mendapat "wow" apabila saya tunjukkan demo animasi buat kali pertama dan seterusnya mendapat komen2 membina dari kedua2 pensyarah yang bukan SV atau co-SV saya. Sejak hari itu saya berjumpa mereka beberapa kali di Chemistry Department..... sehingga animasi saya lulus utk kajian. Semua ini memakan masa beberapa minggu sahaja.


Saya juga telah mengambil kelas statistik dgn Prof Kevin (sekarang dah mendiang). Saya pun merujuk kepada Kevin kerana beliau pakar statistik utk beliau "validate" pemilihan analisis statistik.  Jgn tak tahu, ada SV yang tak selesa apabila supervisee jumpa pensyarah lain wpun utk kebaikkan supervisee sendiri sedang SV tak ada kepakaran dalam bidang yang dirujuk. 


Then satu hari saya telah meminjam sebuah buku dilibrary, karangan Prof Chris Dawson.... tanpa disangka2 saya akhirnya perasan rupa2nya beliau adalah lecturer di School of Education juga. Apa lagi, saya buat appointment utk minta nasihat content kimia dan analisis kualitatif saya. 


Utk buat pilot, SV saya sendiri meminta bantuan rakannya Mr. Dan dan Mr. Peter yang menjadi guru di Glenunga International High, dan Bradford College, ini kerana sample saya adalah pelajar level matriculation. Jadi sayapun jumpa mereka dan merekalah yang sediakan pelajar utk pilot study saya. Terasa macam mudah sahaja berbanding dgn kisah2 duka lara sedu sedan ratap tangis serta tension mention yang ditimbulkan oleh sebahagian pembaca blog..... sukarnya mendapat kerjasama dgn banyak pihak dalam menjalankan kajian termasuk pilot.


Apa maksudnya semua ini?


Ini bermakna, wpun SV saya tidak mahir dalam bidang focus saya iaitu Chemistry dan animation, tetapi beliau berjiwa besar, membantu supervisee, maklumlah saya ini bekas guru yang kerdil yang cakap omputihpun tunggang langgang..... tercampak pulak di Adelaide yang asing bagi saya. Saya sendiri melihat ini sebagai peluang "berguru", melangkaui SV dan co-SV saya sendiri. 


Secara peribadi, bukan senang juga nak jumpa mereka2 ini kerana kesibukkan (mcm SV anda juga yang sibuk memanjang), namun saya datang dgn materials yang up to date.... dgn bantuan kemahiran document map dan 1File1Thesis yang saya miliki, saya sentiasa membawa material yang up to date dan diluar expectation mereka utk mereka komen, bukan datang dgn air mata atau muka sedih dan cerita lara......


Bila SV saya "terkesima" dgn cara saya (dia sendiri byk tanya camner saya tulis cepat jer.... ....apatah lagi saya hantar proposal 3 chapters serentak.....), dia  pun excited sedaya upaya membantu saya. Inilah psikology yang anda perlu ambil pengajaran. Jika supervisee datang sekali sekala..... tak buat kerja, SV pun akan acuh tak acuh. 


Saya tak tunggu lama, atau termenung sana dan sini, sebaliknya terus meredah semua kemungkinan yang dapat membantu saya yang kerdil ini melancarkan research saya disamping menikmati hidup di negara orang.... walaupun:


1. Saya bukan background education tetapi Chemistry
2. Saya bukan animator (tapi berjaya bangunkan animation electrochemistry)
3. English saya sekadar dipinggiran sahaja
4. Saya bawa keluarga, bukan pergi sorang2.... ada tanggjungjawab dan anak2 yang juga pergi sekolah
5. Saya juga belajar part-time kursus photoshop di sebuah kolej lain iaitu Marden Senior College... (sila lihat pic dibawah), tak hal punye dalam menimba ilmu extra..
6. Saya juga sempat membuat part-time utk dapat sikit duit lebih beli brg2 garaje sale ( he he)
7 . Saya juga aktif terlibat dgn hampir semua aktiviti pelajar di Adelaide
8. Saya pergi apple picking, strawberry picking, cherry picking, crabbing (tangkap ketam ler), snowing (di Mount Buller Melbourne), bbqueing dan tak lupa "usrahing"....




Nilah wajah saya bersama anakanda Uzma Umairah, semasa menjadi pelajar part-time di Marden College.. selain dari menjadi pelajar di Adelaide University, membuat research dan thesis.....tak nak lepaskan peluang menimba apa sahaja yang boleh membantu research saya..... wpun jauh dinegara orang....

Kesimpulannya, sepanjang berada 1 tahun 10 bulan di Adelaide, saya berjaya siapkan a complete final draft of my thesis dan terus memohon utk balik ke Malaysia. Jawatankuasa supervisory luluskan saya balik (sebab tempuh pengajian saya 3 tahun) utk proof reading di Malaysia kerana draft final tersebut telah lulus tanpa sebarang masalah....dan menunggu semakkan terakhir oleh SV...sebelum dihantar ke external examiners. Syukur, saya  selesaikan thesis saya dgn cepat dan dalam masa yang sama dapat melakukan berbagai aktiviti..... syukur tak terhingga kepada Allah dan terima kasih kepada semua yang membantu saya. 


Jadi, saya ada 2 SV rasmi dan 3 SV tak rasmi, seorang pembantu (Dr. Margaret Scott - PA dekan yang ada title Dr....)  dan 2 pembantu utk pilot - semuanya MAT SALLEH, yang membantu saya secara direct atau indirect. Saya faham, keterbukaan lecturer di Uni Adelaide maybe berbeza dgn tempat lain. Namun, buatlah sesuatu asalkan tidak sampai membelakangkan SV anda. Maklumkan terus terang apa yang anda fikirkan baik utk kajian anda.


Saya ingin berkongsi pengalaman berharga yang saya perolehi di Australia, dan sedaya upaya membantu sesiapa sahaja....dan tentu keupayaan saya sbg semut kecil sgt terbatas. Maka blog ini dan maybe bengkel2 yang saya dijemput memberi input adalah wahana yang boleh membantu saya.... membantu anda...... saya hanya memberi jala dan jalan..... andalah yang terpaksa berjalan utk menjala..... tapi kalau anda pilih untuk menjalar jer.... tak dapek den nak tolong !!


Saya amat sedar, setiap pelajar dan SV adalah unik maka cabaran anda juga unik dan berbeza. Namun ambillah iktibar.... sebagai pelajar, sebagai bakal SV atau memang anda adalah SV. Saya tahu, ramai SV yang membaca blog saya... bantulah supervisee anda atau berilah panduan yang jelas...jgn hanya bagi tahu "what to do" sekali sekala bagilah juga tahu "how to do it"...sebab ada supervisee yang memang cemerlang tetapi ada juga yang byk kelemahan....  jgn biarkan mereka meraba2 dalam terang.....atau berjalan dalam gelap....walaupun anda dulu pernah melaluinya....


OT

TAJUK 319 - RESPON PEMBACA TERHADAP EMAIL IKIBAR

Berikut saya paparkan respon segera pembaca blog dari email iktibar Taju 318:


Seorang pelajar, perlulah menjadi independent researcher. Yah. memang akui kadang2 SV tidak mahir dlm bidangnya, namun pelajar dibawah seliaanya perlulah bkerja lebih kuat lagi. 
ketepikan perasaan malu yg menebal, dan ketuklah pintu2 lecturer di falkuti meminta nasihat, atau petunjuk utk meneruskan kehidupan sbg penyelidik.. 


Jika betul2 SV tidak membantu, co-penyelia yg mahir. Tidak salah jika dibawah seliaan 2-3 penyelia. Janji, siap kajian...


Pengalaman saya dalam research ini, terpaksa menghubungi Professor luar negara, bagi mendpt knowledge mengenai sesuatu topic dan coding model. Walaupun ada yg tidak balas, namun, ianya satu cabaran.. Kuatkan semangat, dan InsyAllah, kejayaan milik kita :) 

TAJUK 318 - IKTIBAR EMAIL: 3 TAHUN MASIH BELUM ADA PROPOSAL !!

Saya sedar betapa ramai pelajar yang entah di mana silapnya masih delay dalam menyiapkan proposal. Email demi email yang saya terima (sebahagiannya agak sensitif utk dikongsi di sini) seperti memberikan signifikannya apa yang saya cuba utarakan menerusi blog ini, termasuk sedikit sentuhan berkaitan SV yang jarang2 dibicarakan secara terbuka. 


Berikut adalah satu lagi email yang baru saya terima, saya copy dan paste  untuk iktibar semua, khususnya yang masih baru melayari bantera PhD atau Master. Saya cuma underline beberapa point utk perhatian.




Salam dr,
Saya pelajar Phd yang sudah berada di tahun 3 tapi masih belum dapat membentangkan proposal.Bila baca blog dr. baru saya tahu apa sebenarnya masalah yang saya hadapi. Dari awal, supervisor telah memberikan tajuk kepada saya tanpa beliau mahir dalam bidang yang ingin dikaji. Saya terpaksa melakukan pembacaan sendiri di samping mengambil kira tajuk yang dibekalkan supervisor sehingga sepanjang beberapa tahun, saya masih belum dapat mencari gap yang sebenar. Berapa kali bertukar tajuk kerana mencuba beberapa teori. Sehingga kini saya masih meraba-raba dan tidak pasti dengan kajian saya. Setelah membaca blog dr, baru saya dapat mencari pilot article dan hampir nampak cahaya walaupun dalam kesamaran. Saya ada tunjukkan pada supervisor tapi beliau hanya komen yg saya masih lagi kurang ilmu tanpa memberitahu apa yang patut saya lakukan pada tesis saya.


Jadi, saya mohon agar dr dapat luangkan masa menyemak kerangka dan persoalan kajian yang saya lampirkan supaya saya meneruskan usaha saya ini. Saya amat buntu dan perlukan bantuan dr. 


Terima kasih.



Tuesday, February 28, 2012

TAJUK 317 - BANYAKNYA ITEM NAK KENA DELETE DGN FACTOR ANALYSIS !!

BANYAKNYA ITEM KENA DELETE!


Sebelum cerita lagi pasal item soal selidik dan Factor analysis (FA), saya ingin share sekeping pic yang baru diterbitkan dalam homepage UPM.... inilah antara kenangan manis yang menjadi pendorong saya dan juga buat anda semua.. pembaca blog yang disayangi....syukur kerana ALlah permudahkan saya di pertandingan dan pameran tersebut yang cabarannya sangat mencabar !!


Gold medalist di MTE 2012....
(Siapakah jejaka ensem ditengah-tengah tu ?)


OK... berbalik kepada kisah FA....


Bro... aku dah run EFA, ada 4 faktor berjaya aku keluarkan dari scree plot tapi banyak sangat item yang redundant...Abis kalau semua item yang redundant aku delete sebab mengukur lebih dari satu dimensi..... tinggal ciputlah item aku.


Ada berapa item yang ko run FA?


60 bro..... kalau buang yang redundant.... tinggal 15 jer.... ada faktor yang tinggal hanya 1 item jer bro.. abis camno? Mahu giler aku bro.... bukan giler hilang kekasih... tapi giler hilang item...lom penah berlaku tu...


OO... ini bermakna banyak item ko yang berada dalam lebih dari satu faktor yang sama...


Tolonglah aku.... nak pitam aku bila item tinggal 15 jer... 


Aku citer sempoi2 jer... then ko lah yang kena buat...


Cakap jer apapun aku buat... desperado aku ni.... asal jgn suruh aku menangis dahlah... sebab dah kering air mata sejak malam bila aku buat FA.... item aku bertindih2... huwa...huwa... sampai kena pujuk ngan wife I.... 


OK..jgn lah sentimentol sangat.....oleh kerana FA berasaskan kepada corelation among variables (items), nilai factor loading yang ko dapat selepas rotation menggambarkan kepentingan setiap item secara relatif dengan faktor tertentu. Setiap item akan menyumbang factor loading yang besar kepada satu faktor diikuti dengan faktor seterusnya...cuba ko ambil Rotated Component Matrix dengan nilai loading faktor misalnya bagi item > 0.5 (pastikan ada rujukan sebagai backing kenapa > 0.5) dan aku percaya ko akan dapat dalam 4 – 10 item dalam satu faktor yang sesuai. Ko abaikan item yang nilai loading faktor item yang lebih kecil yang berada dalam faktor lain. Katakan item 12 berada dalam Faktor 1 dan Faktor 3 dgn loading factor 0.77 dan 0.55 masing-masing. Jadi item 12 berada lebih sesuai dalam Faktor 1 (0.77) berbanding dengan Faktor 3 (0.55). Sempoikan?


Pas tu bro?


Pertama, cara mudah, ko boleh buang item dengan loading factor rendah sebagaimana contoh dalam kajian berikut (Assessment & Evaluation in Higher Education, Vol. 36, No. 7, December 2011, 749–765) yang buang item < 0.3




Atau ko boleh eliminate one item at a time... then run semula.... then ulang lagi....lihat kesannya pada keseluruhan nilai loading yang baru.... sehingga ko dapat bilangan item yang mencukupi bagi setiap faktor.


Phew.... ingatkan semua nak kena delete bro.... abislah item aku cam tu....tak sabar aku nak membuatnyer...mekacih-mekacih...


So moga berjaya.....ini sekadar panduan...


OT

Sunday, February 26, 2012

TAJUK 315: APLIKASI SYNTHESIS MATRIX - EMAIL DARI LIVERPOOL

EMAIL APLIKASI SYNTHESIS MATRIX


Saya menerima dan berbincang dengan sorang PhD candidate di UK yang buat e-portfolio. Inilah hebatnya dunia tanpa sempadan.... wpun tak kenal pengirim tapi masih boleh berbincang... macam dah kenal lama la pulak....Beliau menulis jam 8.30pm dari UK, saya buka email dan reply jam 4.30 am, kebetulan saya bangun solat selepas buat susu NINE.. anak bongsu saya.... tak nak kacau wife yang mungkin sedang diulit mimpi serta kepenatan disiang hari....sambil cium pipi wife sebab waktu inilah wife kita adalah original.... tanpa foundation atau lipstick...


Beliau agak kebingungan sebab e-portfolio baru di Malaysia dan beliau juga baru dalam dunia pendidikan, sebab latar belakang yang pure computer science. Sayapun bingung juga (he he), sebab e-portfolio bukan bidang saya. Sebenarnya ramai yang hantar email... hari2 saya ni macam "orang bingung" camner nak jawab..... ada dari engineering, medical dll.... semua tu bukan bidang saya. Jadi?


Saya cadangkan beliau mulakan dengan intensive LR search … dan apply  “synthesis matrix” bagi “pencarian gap” dan “theory” bagi memberikan gambaran awal bidang yang beliau nak kaji…..kerana beliau perlukan LR yang mantap.... yang agak asing bagi mereka dari latarbelakang computer science.


Setelah bertukar email beberapa kali, oleh kerana emailnya panjang menjela….lebih 3 ela.... terpaksa saya menghela nafas membacanya....sambil duduk bersela....  saya ringkaskan bagi tatapan anda…


Salam Dr OT,


Saya dah kaji journals…(spt dicadangkan) Alhamdulillah, guna synthesis matrix tuh...sungguh melegakan.. dan saya dapati di Malaysia, xde journal berkaitan e-portflio implementation to Vocational training education. Kalo oversea,byk….saya dapatlah dlm 20+ journals psl eportfolio dari oversea, tp 80% pasal eportfolio in higher education. Yang dalam VTE 2-3 jer..


Tq coz bg idea...saya ada buat pembacaan selanjutnya mengenai skills inventory (yg Dr cadangkan) dan adakah possible utk integrate skills inventory di dalam e-portfolio application..


Alhamdulillah,journal-journal berkenaan study skills inventory yang saya perolehi adalah masih baru iaitu sekitar 2009-2011, mungkin petanda ia masih baru diaplikasikan atau saya yg mungkin x jumpa lg journal yang lama sket..E-portfolio sbg tool bagi skills inventory untuk menganalisis 'skills gap' di dalam Sistem persijilan kemahiran Malaysia. 


Steps yang saya fikirkan adalah dengan membuat pre dan post test experimen. saya telah mengenalpasti theory socio-constructivism utk diadaptasikan di dalam mengenalpasti variables yang perlu dianalisa. 


Thanks a lot Dr atas bantuan..


Wassalam


Liverpool
UK

Saturday, February 25, 2012

BENGKEL QUESTIONNAIRE SIRI 2

Hari ini berlangsung bengkel membina soal selidik.... dengan beberapa muka lama dan baru. Terima kasih kepada Elly yang menguruskan perjalanan bengkel ini. Kali ini terasa sedikit mencabar dgn soalan2 yang unik dari peserta berkaitan soal selidik. Tercabar minda dan pengetahuan yang ada dgn soalan2 tersebut. 

Syabas kerana anda berjaya meningkatkan pemahaman anda dan berjaya membina soal selidik dengan Faktor Analysis. 

Sesi pertama dimulakan dengan perbincangan konsep2 asas dalam membina soal selidik. Ramai yang kantoi bila ditanya perkaitan antara construct, dimension, factor dan component....emmm.... ini basic jer dan tak kurang yang terkulai bila diminta huraikan perkaitan antara construct, variable dan item..

Sesi kedua pula pembinaan soal selidik secara teamwork dan diikuti dengan aplikasi SPSS utk run Faktor Analysis. 

Peserta didedahkan dgn beberapa terminology yang asing bagi mereka sebagai persiapan mempertahankan soal selidik yang dibina seperti.....
proximity, central tendency, leniency, force of norm, Likert vs Likert-type scale, KMO etc....

Komen salah seorang peserta:

"Tq dr for d great talk n guidance ysterday.. Kekaburan membina q'aire sudah hmpir jelas..keyakinan sudah kembali bertaut...tq dr!"
Alin




Team1: Collaborative membina construct
Sapa kata bina questionnaire stress ?

Team 2: Discussion menentukan variable dari construct...
OK...kita list dulu construct....

Team 3: Focused.....mendetailkan variable dengan item...
Klu item cam ni ada unsur bias dan norm force...

Team 4: Brain storming.....
Kita tulis jer... biar Factor Analysis sort kepada construct....
Enjoy........ santai sambil membina dan validate soal selidik....


Bengkel yang bermula 9 am tamat pada 4.30pm tetapi bersambung sehingga 5.30pm kerana beberapa peserta masih ada persoalan yang ingin dibincangkan...


OT

Tuesday, February 21, 2012

Tajuk 314 - MASA BILA NAK GUNA FACTOR ANALYSIS, CRONBACH ALPHA ?

FACTOR ANALYSIS (FA) VS ALPHA CRONBACH (AC)


Bro aku skit confused ler..... kenapa ramai yang guna qnaire yang baru, mereka dapatkan realibility AC. Kalau nilai AC tinggi, suka ler diaorang. Kalau rendah atau negatif.... fening !


Emmm ..... apa yang ko confused?


Abis ada juga yang run FA, then baru run AC.... kenapa pulak tu?


Lain kali tanya satu-satu...... aku cuba jawab k....cam ni ler.....AC tu nilai coefficient bagi internal consistency qnaire. Berdasarkan formula AC.... nilai alfa yang tinggi diperolehi apabila wujudnya variance keseluruhan item yang juga tinggi berbanding variance individual item. Variance yang tinggi bermakna skor tertabur secara meluas iaitu ada score rendah, sederhana dan tinggi hasil inter-correlation antara item-item yang menghasilkan skor rendah, sederhana dan tinggi tersebut.  Ini kerana item yang baik adalah item yang dapat bezakan responden yang setuju, tidak setuju dan antaranya. 


Katakan Ali bersetuju yang dia mencapai tahap kepuasan bekerja yang tinggi. Kalau ada item yang setuju menyokong kepuasan bekerja, Ali akan menjawab setuju. Tetapi jika Ali menjawab tidak bersetuju kerana item mengelirukan atau bersifat multidimensional, maka rendahlah nilai AC, tak bagus ler qnaire tersebut kerana internal consistency rendah. Dalam bahasa yang mudah.... responden mula2 jawab setuju..... then pada item lain yang mengukur construct yang sama dia respon tak setuju ler pulak.... makna internal consistency item rendah.... 


Contoh:
Item mengukur kepuasan bekerja:  


Item 1: I love to do my work 
Item 2: I feel that I am making a useful contribution to my company

Jadi responden yang setuju item 1, penyelidik jangka sepatutnya setuju dengan item 2 (maka internal consistency bagi kedua item tinggi). Tapi jika sebaliknya, item 2 diberi respon rendah (tak setuju), maybe item 2 ini mengukur construct lain seperti "contribution to company" so responden maybe tak rasa itu satu construct "kepuasan dirinya", maka responden tak bersetuju....Bila terdapat contradiction dalam satu construct yang sama.... maka berdebumlah jatuhnya nilai AC... sebab itu ujian statistic spt FA diperlukan....


Dalam kes di aats bukan sahaja AC akan bernilai rendah malah boleh bernilai negatif - item  yang sepatutnya mendapat skor terendah (sgt tak setuju) dijawab oleh responden yang tidak bersetuju sebaliknya iaitu dengan skor yang tinggi (sgt setuju). Antara sebabnya adalah item tak jelas, responden main agak sahaja apabila memberikan respon.... main taram jer...kejap setuju kejap tak setuju. 


Ini sama seperti item yang ditanya secara reverse tapi tak di recode semasa  nak analysis. Kalau banyak item sebegini, skor bukan sahaja rendah.... malah boleh memberikan nila AC negatif.  Satu lagi.... item tersebut mungkin bukan item unidimensi (satu dimensi) tetapi sebaliknya multidimensi. AC tidak boleh menentukan dimensional sesuatu item.... Maksudnya, jika AC bernilai positif dan tinggi, tetapi masih ada item yang multidimensional.... maknanya qnaire to masih bermasalah. Kalau qnaire yang kononnya dah established agak lama, tapi tidak pernah diuji dimensinya (unidimensi atau multidimensi) berkemungkinan CA tinggi tetapi ada item2 yang multidimensi..... Ingat, expert pun tak dapat kesan dimensi item2 kecuali selepas dijalankan analisis statistik.... hasil data dari responden...So caranya dengan analisis statistik FA lah.... sebab CA adalah coefficient sahaja bukan analisis statistik!!


Then FA pulak?


Peranan FA bagi mengenalpasti  dimensi item-item dan meletakkan item-item dalam construct yang sama. FA adalah statistical technique bagi kelompokkan item yang  interrelated (correlated) dalam satu common factors (or construct). Aku dah jelaskan banyak dalam entry yang lepas... ko bacaler.... Selepas jalankan FA, ko dapat kenalpasti factor (construct), baru ko dapatkan nilai AC.


Abis masa bila FA perlu dijalankan?


Kalau ko guna qnaire yang dah established (dgn andaian telahpun menjalani FA), ko ambil AC jer....Kalau ko baru nak bina qnaire, ko wajib run FA dahulu..... sebelum tentukan nilai AC... supaya ko dapat pastikan item2 ko mewakili construct yang sama...barulah mantap dan terangkat qnaire ko......


Phew.... cam tu ka? Ok-ok barulah berjalan otak aku yang dah jammed ni....


Abis kalau lepas buat FA... tetiba nilai AC masih rendah.... camno bro?


Ko ni memang pemikir ler.... dalam sungguh permikiran ko.... bikin aku fening nak jawab !


Kalau dah buat FA, selalunya qnaire yang diberikan kepada focus group yang homogen, selalunya akan menghasilkan AC yang tinggi. Focus group macam cikgu ker... pelajar ker.... tak kisah asalkan focus group ko tu tahu apa item yang ditanya dan item tersebut berkaitan dengan diri mereka. Maknanya jika mereka setuju.... mereka ada pendirian. Jika tak setuju mereka konsisten tak setuju.


Yang bukan focus group lak?


Pak cik tanya pasal mutu bola sepak Malaysia?
Pak Cik percaya ker saya akan jawap dgn consistent?


Tapi jika ko edarkan qnaire ko bukan kepada focus group yang homogen seperti ko duduk tepi jalan dan bagi kepada public atau orang awam yang heterogen sifatnya, yang maybe tak ada banyak pengetahuan tentang item2 dalam qnaire ko.... besar kemungkinan mereka boleh setuju dan dalam masa yang sama boleh juga tak bersetuju sebab mereka tak perlu ada satu pendirian tertentu. Contohnya ko hantar qnaire tentang sesuatu dasar yang tidak berkaitan secara lansung dengan responsen, ko mungkin akan dapat nilai AC yang rendah malah negatif....sebab responden akan respon ikut suka hati dia jer....


Jadi aku kena tahulah antara FA dan AC... bukan main suka hati aku jer....


Tau tak per !!


OT

Saturday, February 18, 2012

Tajuk 313 – Anda tak boleh ubah SV anda, so ubahlah diri anda: 2 strategi !!

Anda tak boleh ubah SV anda – so ubahlah diri anda !!


Aku dah kupas 4 isu berkaitan SV dan supervisee. Ideal situation bila supervisor dan supervisee become a good team, tapi ianya tak selalu berlaku. Betul tak? Apa yang pasti, ko tidak akan dapat ubah SV anda..... ko setuju?


Emm.... set !


Jadi.....ko lah yang terpaksa ubah diri ko.... tak ada pilihan lain


Hah? Ubah camner tu bro?


Percayalah.... SV sebagai researcher adalah manusia yang ada ciri "individualistic" kerana itulah antara ciri penting utk menjadi researcher yang competent. Jika tak ada ciri tersebut, sukar utk hasilkan kajian yang outstanding kerana byk masa diperlukan utk membaca, menulis dan meningkat pengetahuan sendiri. Kalau nak layan semua orang, jawab terbengkalailah research sendiri. Cuma darjah "individualistic" tu sahaja yang berbeza. Ada yang sedikit open, ada yang "U buat kerja u, I buat kerja I....U tak faham.. U cari sendiri sebab I pun cari sendiri jugak utk research I.... so fair and square !!"



Tahu tak apa yang selalu diucapkan oleh calon Master / PhD?


Pedia?


Selalu terdengar pelajar  berkata “Aku haraplah dapat SV yang OK....



Aku nak bagi tau kat sini.... Harapan tidak akan mengubah apa2..... samada SV ko ataupun diri ko sendiri........ so ko perlukan sesuatu untuk mengubah diri. 


Amende lah tu bro... ?


Aku nak bagi 2 strategi yang ko kena faham dahulu then baru ko boleh tahu keperluan nak ubah diri ko......


Anak ayah kata "Inilah satu strategi  posing yang boleh mencairkan hati pompuan... " 


Pertama:  Work efficiently
Ko hidup dalam zaman yang bergerak pantas. Masa 2 bulan yang diperlukan oleh SV ko dulu masa dia buat research, perlu ko siapkan dalam 2 minggu jer bro. Sebabnya, terlalu banyak kerja2 lain yang datang silih berganti.... work-load dah bertambah....lihat sahaja cikgu sekarang yang tak cukup week days... weekend pun kena datang sekolah dll.. Dulu SV ko hantar surat pakai pos pun OK jer.... kini dengan emailpun yang sekelip mata tu pun tak dapat nak cover kerja yang berlambak2.... betul tak? Sebab tubila ko lihat SV ko cam relex jer...(sebab dia ada RA yang bantu kumpulkna LR, isikan borang claim dan buatkan panggilan telefon...) dan jgn pulak ko nak sama relex....


Dalam tempoh menjadi calon Master / PhD, ko kena selective, tengok TV selective, gi bercuti selective, gi kenduri kawin selective, gi shopping selective.... sebab ko kena reserve masa utk reseaech dan penulisan ko. Jgn ada der citer hindustan, mesti nak tengok... sampai 3 jam sebab ada byk lagu2 dan tarian2 yang makin lari makin mengasyikkan (dibaca: menghairahkan)


Maknanya ko kena jadi (no optional) seorang yang efficient ! Untuk jadi seorang yang efficient ko kena tahu priority bro.... atau first thing first. Katakan ko nak jumpa SV minggu depan, maka priority minggu ini adalah menyiapkan tugasan yang diminta oleh SV ko. Selesaikan tugasan lain seminggu sebelumnya. Jika tidak, ko tak akan bersedia.... last minute dan tak sempat nak review kerja ko.... maka  pertemuan dengan SV ko dah tak productive...... kerja efficient bukan bermakna ko juga tak perlu jadi perfectionist, be excellent not perfect !! Perfection dalam research TIDAK PERNAH WUJUD... sebab tu research tak akan pernah selesai dan terhenti... sehinggalah samada jasad ko atau SV ko tiada lagi di dunia fana ini....macam Piaget.... 


Ko juga perlu stay focused. Inilah antara nasihat mantan SV aku dulu....Prof K  masa aku study kat Adelaide dulu. 


Apa maknanya focus tu bro.... ?


Maknanya... ko kena concentrate on one thing at a time. Kalau ko sedang cari gap.... ko concentrate dok depan komputer.... HANYA search artikel jer.... bukan kona ke facebook atau twit kawan2 ko.... atau gi jalan2 cuci mata kat youtube pulak. Focus kat vision ko..... katakan utk kumpul at least 30 artikel dalam 3 jam... so stay focused. Ko kena ingat juga.... masa tak boleh renewal.... apa lagi nak recycle ..... seminit ko hilang.... ia akan hilang buat selama2nya.... bayangkan ko hilang 4 semester tapi proposal belumpun siap lagi....yang ini SV ko tak akan ajar ko.... so ko lah kena ubah diri ko sendiri. Aku tahu nipun bila aku follow blog drotspss..... yang tulis itu ini.... byk pulak masa yang di ada.....


Satu lagi.... ko kena enjoy apa ko buat.... buat dgn enthusiasm... penuh ghairah. Kalau ko suka buat kueh raya, ko boleh siapkan 2 jenis sehari. Tapi kalau ko tak suka.... siap juga tapi 1 jenis dalam 2 bulan !!


2. Sharpen your personal skills
Yang ini ko kena buat, supaya ko berubah, sebab ko tak leh ubah SV ko. Jika SV ko tak expert advanced statistics.... ko yang kena masuk kelas, bengkel, seminar supaya ko dapat bina skill ko sendiri, jgn tunggu SV ko. Masuk bengkel penulisan thesis. Belajar essential skill utk menulis thesis. Aku terkejut bila ramai calon tak tahu dan buat derk hal ini. Bila tanya tentang document map, ramai yang tak pernah dengarpun sedang skill ini adalah keperluan dalam menulis thesis. 


Ada RA aku dulu sampai sahaja di bumi US tahun lepas, terus diwajib belajar LaTex, kemahiran menulis thesis. Ini bukannya LaTex, MS Word yang dibuka hari2 tu pun tak jumpa aplikasi document map !! Akibatnya ko menaip thesis 300 muka surat persis seorang kerani menaip 2 muka surat. Kalau editing makan masa 3 minit dgn document map.... ko ambil masa 3 jam.... emmm eloklah tu...


Banyak lagi skill2 lain yang ko perlu pelajari. Mencari artikel dalam jurnalpun satu skill juga. Ni tak... google jer tajuk ko.... harap2 Google akan carikan utk ko... banyak ko punya cantik! Bila ko cari artikel, utk cari gap diawal semester ko mendaftar..... jgn baca.... just brief scan dulu. Kalau ko baca.... lepas 2 artikel jer.... berpusing2 lah dunia ko... berputar2... Ko kena scan tajuk dan scan utk mencari gap.....dan jika artikel tu ada potensi utk dapatkan gap.... ko asingkan dulu. Skill ini SV tak ajar..... tau....  pandai2 ler ko sendiri. Lepas itu baru ko baca, itupun scan juga tapi slow ler sikit.... supaya dapat ko kenalpasti gap yang ko cari. Bila dah dapat beberapa artikel yang ada sumber gap..... barulah ko baca pendetailannya untuk pastikan adanya teori yang mantap, methodology yang ko dapat jalankan.....


Lagi bro?


Itu sahaja yang boleh aku respon.... sebab akupun ada priority lain nak buat.... Jadi jangan abaikan 2 strategi di atas.... supaya ko berubah tak kiralah sapa sahaja yang jadi SV ko nanti. Kalau SV memang OK, satu bonus... kalau tidak.... bukanlah jadi masalah sehingga terbantut thesis ko.... Memang banyak strategi dan skill yang ko perlu ada.... so tepuk dada tanyalah selera ko sendiri .... sebab selera SV ko selalunya berbeza....maklumlah dia dah dapat Dr....


Ini pula adalah komen yang di hantar melalui email oleh pembaca blog:


Salam Dr OT



Totally agreed dgn pandagn Dr di atas...sy sedar yg saya perlu ubah diri sy bukan SV setelah 3 tahun bersama beliau, akhirnya sy akur yg beliau blh jadi seorang sahabat@rakan kongsi yg baik tp bukan sbg SV yg bagus & efficient. Anyway terima ksh atas pencerahan ini, dan skrg sy dlm proses melaksanakn 2 strategi yg Dr sarankan.It's better late than never! 


Sekian adanya....


OT

Tajuk 312: SV dan supervisee: 2 different mind-sets - 4 issues !!

SV dan supervisee: 2 different mind-sets!


Tersenyum bro.... ada aper2 ker?


Aku tersenyum dalam syukur kerana buku tulisan aku berkaitan tesis, research dan statistik sedang di edit oleh penerbit sebuah IPTA dan sementara itu Ebook aku (ada 4 siri) pula akan di launch end of this month....insyaALLAH dan kemenangan GOLD Award di MTE 2012 yang bertaraf International yang berakhir semalam telah meningkatkan motivasi aku utk menulis dan publish at least 3 artikel pula tahun 2012. 


Emmm...... bagaimana dengan bengkel2 ko pulak?


Bengkel? Emmm....sukar nak menolak bengkel yang dikendalikan oleh pelajar Master dan PhD.... bengkel self-organised oleh pelajar sendiri satu bukti kesungguhan mereka utk mempertingkatkan pengetahuan..... selagi diperlukan, aku akan cari masa lapang dan sesuai utk bengkel tersebut. 


Ada isu baru ker bro?


Tak ada yang baru.... semuanya yang isu “lama” tapi aku “baru” nak coretkan.....sambungan kisah seram dalam entry 311 yang lepas.Aku ingin sentuh sikit berkaitan SV.... kerana aku byk ditanya persoalan berkaitan SV. Kedua-dua SV dan supervisee ni mempunyai mind-set yang berbeza, takkan sama walupun SV pernah melalui zaman menjadi supervisee.


Jangan tanya aku kenapa, inilah lumrah alam. Anak dan ayahpun ada mind-set berbeza. Silap haribulan, anak dan ayahpun boleh bergaduh dan bermasam muka......walaupun ayah dulu pernah menjadi anak.....betul tak? Aku sedar ini satu tajuk yang mungkin menjadi taboo yang tak banyak dibincangkan. Sebagai SV, aku juga ingin memperbaiki cara aku kendalikan pelajar.... win-win situation... so aku cuba kupas sedikit isu ini.


Dua mind-sets.... kejap gaduh kejab ....muuaaahhhhh.... !!


Pertama:
SV pada dasarnya tidak dilatih oleh sesiapa. SV mendapat pengalaman sebagai supervisee dari SV mereka. Aku percaya, SV kepada supervisee tersebutpun mendapat pengalaman dari SV terdahulu ketika dia menjadi supervisee. Oleh itu, pengalaman sebagai supervisee inilah yang banyak membentuk cara SV menyelia supervisee kemudiannya. Dan ini juga akan terjadi pada ko juga. Sebab itu aku tulis supaya ko ada pengetahuan dan bersiap menjadi SV yang lebih baik...

Isunya, jika supervisee mendapat pengalaman “yang sukar” sepanjang menjadi supervisee, maka pengalaman SV inilah yang digambarkan kepada supervisee. Sesuatu yang sukar yang dialami oleh SV ketika menyiapkan kajiannya dikatakan “normal” kepada supervisee jika menghadapi situasi yang sama. Tentu supervisee tak mahu warisi sesuatu yang sukar sebagai normal.....


Kedua.
Zaman semakin menuntut banyak komitment dari SV dan supervisee. SV semakin sibuk, begitu juga supervisee. Beban tugas di tempat kerja menuntut SV dan supervisee lebih commitment. SV agak beruntung kerana tuntutan beban tugas yang banyak dapat diseimbang bersama research team, ada RAs (yang comel he he), supported pulak by RMC.... even by collaboration with other instituton and the big releif is that they have the research grant. Jika ada grant boleh upah enumerator... programmer.... animator.....even upah validator etc... dan quality research makin bertambah. 


Isunya, dengan segala bantuan dan advantages yang diperolehi oleh SV, research telah menjadi semakin comprehensive. Bagaimana dengan supervisee? Dengan kekurangan dalam segala aspek spt yang dimiliki oleh SV, bimbingan menjadi perkara utama yang diperlukan oleh superisee bagi mencapai tahap yang telah dicapai oleh SV. Namun, SV tidak semestinya berfikiran begitu dgn membiarkan supervisee bergerak sendiri mengejar “standard” yang ditetapkan oleh supervisor. 


Ketiga
Ini hal sebaliknya pula. Zaman SV berbeza dengan zaman sekarang. Expectation utk kajian yang berkualiti semakin meningkat. Kalau dulu kajian descriptive sahaja dah memadai.... kini kajian telah memasuki era SEM, AMOS, FA, modelling, mediator dll yang dulu sangat asing. Kemahiran yang diiperlukan oleh supervisee semakin bertambah, sedang tidak semua SV mampu menyelia dengan kemahiran tersebut. Tak caya? Berapa ramaikan SV yang beratus2 di sebuah fakulti di IPTA yang menguasai kemahiran advanced statistic, termasuk SV yang otai? 


Isunya, jika supervisee ingin melakukan kajian yang “advanced”.... ada kalanya SV tidak ada kemahiran utk menyelia dan memberikan panduan, lalu membiarkan supervisee berjalan sendiri....


Keempat:
Tak semua SV ada skill menjadi SV yang baik. Sama spt supervisee, tak semua pelajar boleh jadi calon Master dan PhD yang baik. 
Pelajar bernasib baik jika mendapat SV yang complementary each other. Namun banyak juga yang mendapat SV yang hanya menjadi researcher yang hebat tetapi tidak semestinya sebagai SV yang hebat. Sama jugalah spt cikgu Hajar yang menjadi SV vocal yang baik tapi dia sendiri tidak menyanyi wpun satu lagu....apatah lagi utk menghasilkan album. 


Isunya, kalau pelajar yang banyak kelemahan berjumpa dengan SV yang tidak dapat memberikan supervision dgn baik..... akan mudahlah wujud cerita2 seram dalam kalangan pelajar tersebut sepanjang menjadi calon Master mahupun PhD. Terdengarlah cerita SV hanya “Tell us what to do this and that...” but “fail to show us how to do it!” Hu hu..... 


Abis camno bro?


Satu jer yang aku nak bagi tau...... ko tak boleh ubah SV ko..... jadi ko kena ubah diri ko sendiri !!


Hah?


Aku akan kupas sikit dalam tajuk 313..... tungguuuu... aku nak ke OUM pulak.... aku jadi facilitator bagi seminar pelajar Master OUM.....


OT

Friday, February 17, 2012

SYUKUR.....I WON A GOLD MEDAL FOR MY RESEARCH AT MTE2012 !!

Pic hari terakhir dan penerimaan GOLD Award.... 


Animasi yang mendapat sambutan....


Nine... bagi support kepada ayahanda.....

Anak ayah......

Masih menerima kunjungan di hari terakhir......

Booth yang sibuk......

Kemenangan utk research team

GOLD Award dan Sijil


Mengabadi kenangan moga terus maju....

Bersama pemenang dari UPM..... 

OT

Tajuk 311 – 6 citer seram... takutnyer nak buat PhD !

Byk tengok citer seram... takut nak buat PhD !!

Disuatu sudut...di sebuah rumah bangalow tiang biru yang reka bentuknya sangat menarik.... ala-ala konsep diraja....yang khabarnya telah dinobatkan sebagai bungalow paling kreatif dan inovatif..hmmm..... kelihatan kelibat 3 manusia....seorang lelaki segak hensem bertali leher buatan Italy berbual2 dengan seorang wanita ayu memakai cekak ....manakala seorang lagi bertudung biru yang tak kurang manisnyer hanya membisu 2 bahasa, kedua2 wanita tersebut segak berpakaian koporat berlace biru tetapi berwajah sedikit pucat yang tak dapat disembunyi disebaik foundation berjenama yang di sapu sejak pagi tadi.... aku terdengar perbualan mereka...

U berdua ni lecturer kan? Dah lama mengajar?

Aah..... lama gak.... sejak dapat master. Now nak sambung PhD tapi....

Tapi kenapa?

Takutlah....dengar citer2 seram.....

Apa yang U takut.... u banyak tengok citer seram tak.... 

Tak derlah.... I minat citer hindustan... mana ada hantu dalam citer hindustan...

Aah yer ta yer jugak.... kat Malaysia ni dalam botol sos pun ada hantu... apa lagi dalam tempayan sure hantu tu buat bungalow kat dalam tu....

I takut dengar citer seram senior2 I yang sedang buat PhD....


Apa citer tu.. leh kongsi ker?

OK.... ni antara citer seram berikut...

Citer seram 1:
Senior ni baru nak buat PhD, berkobar2.... Satu hari dia cadang nak bagi satu tajuk kat satu SV. Then selepas siapkan tajuk, draftkan problem statement dan objective... dia bagi kat SV tu.... lalu di komen.... “ Tajuk u ni tak sesuailah.... gilah cari tajuk lain yang lebih sesuai ”. 


Emmm...tajuk sesuai tu macam mana? 


“U pergilah cari dulu..... then tunjukkan kat saya... cari yang sesuai tau....”. 


Amende yang sesuai dan tak sesuai tu.... bagi ler tahu.... kalau tak sampai bila2 pun aku tak tahu.... takkan nak main cari jer...iskhh.


Fuhh....seram sungguh kalau macam ni!! Yang ini boleh buat citer “Hantu Mak Limah balik kampung salah naik bas” !!

Citer seram 2:
Senior ni pulak kata, tok sahlah nak berangan buat PhD kalau tak mantap fizikal. Kalau lemah, tak sanggup terkejar kesana kesini, tak sanggup menaip proposal walaupun dengan 2 jari sampai dinihari, tak sanggup tunggu SV depan pintu dua jam....walaupun SV ada dalam bilik dgn kawan dia....baik ko pergi main chess wakil kolej.... boleh dok depan chess board berjam2 tanpa bergerak2 dari pagi sampai 12 tengah malam...... asal jgn lupa solat...


Ini pun kategori seram.....!! Yang ini boleh buat citer "Hantu Mak Limat sakit pinggang duduk mencangkung" 


Citer seram 3:
Senior yang ini pulak kata.... jangan nak mimpilah buat PhD kalau lemah mental dan mentol...... dan tak sanggup kena sound direct dgn SV, tak boleh menterjemah kehendak SV apabila dia suruh ko buat itu dan ini.....atau sikit2 nak merajuk.... frust... sensitif.... baik dok diam2 mengajar jerlah dgn degree master tu sampai pencen !!


Seram.....Yang ini boleh buat citer “Hantu Mak Limat pilih option pencen 60 tahun”

Citer seram 4:
Senior aku yang lain pulak berkata, kalau tak cukup ilmu di dada, tak ada pengetahuan yang luas... mantap.... jangan nak cuba2 buat PhD, nanti ke depan tak boleh, kebelakang jatuh terlentang.... so baik masuk rancangan "Tom-Tom Bak"..... sebab Aznil akan tanya soalan2 sempoi2.... tak perlu ada ilmu tinggi2....

Yang ini lagi seram bro.... boleh buat citer “Hantu Mak Limah pergi audition tapi kena reject”

Citer seram 5:
Senior yang sorang ni pulak dok tersangkut kat LR dah setahun !! Dah setahun bro....sejak anak dia baru lahir skang dah boleh panjat KLCC....(naik lif ler).... tension sungguh dia. Bila bagi kat SV mesti dia kata “LR ko ni ada yang tak cukup.... tak terasa kekritisannya.... baiki semula... tulis kritis... LR mesti kritis....” 


Kesian dia ni.....bila ditanya amende yang tak kritis tu SV selalu jawab “Cuba baca tesis2 yang lepas dan teliti.... camana nak tulis secara kritis” 


Then dia bagi tahu yang memang dia rujuk byk tesis lepas lalu SV menjawab “Cubalah cari LR yang betul2 kritis !!”


Pulak dah....amende yang betul2 kritis kalau tesis lepas pun memang tak kritis termasuk tesis bekas pelajar SV tu sendiri yang dirujuk!!

Yang ini seram lagi menyeramkan... boleh buat citer “Hantu Mak Limah merajuk dikatakan pakai bedak sejuk”


Citer seram 6:
Senior ni lagi kesian. Dia termenung sana termenung sini menghitung hari. Dia ni dapat SV yang sibuk.... dahlah dok jauh dari tempat dia buat PhD..... punyalah susah nak jumpa SV. Kadang2 dapat jumpa.... tesis pulak belum dibaca....belum disemak..... paling sadis pernah SV tak perasan yang dia tak semakpun tesis senior tu...sedang dia ni dah extend 2 kali dah....


Mula dulu SV hanya lecturer biasa now dah nak jadi Ketua Jabatan.... dia masih tak siap2.... sedang SV makin sibuk, dan makin susah senior tu nak menyibuk....


Aku tak berani tanya progress dia tu... sebab sejak dua tiga menjak ni... dia sensitif....kadang2 cakap sorang2.....


Wa cakap lu...akupun seram gak dgn kisah2 sebegini... Yang ini boleh buat citer "Hantu Mak Limah naik tension tak leh naik LRT" 


Di akhir perbualan, aku lihat mereka bertiga bertukar2 business card...dan aku lihat lelaki tadi berkerut mukanya apabila membaca business card kedua2 wanita tersebut... mungkin tulisannya terlalu kecil atau warnanya terlalu gelap sehingga tenggelam apa yang di catat....... 

Cukuplah bro 6 citer ringkas.... sebagai muqaddimah.... 


Berapa org dah betul2 jumpa aku ?
Atau citer jer jumpa aku.... he he he...


Cer ko tolong komen sikit supaya wanita yang ayu lagi jelita dan muda ni tadi tu tak takut daftar sebagai calon PhD... sebab sampai sekarang apapun mereka belum buat lagi....selain abiskan masa tengok citer hindustan.... dan mendengar cerita seram .... makin hari makin bertambah seram....


Emmmm..... aku akan cuba respon citer seram selepas ni... aku kena balik awal sikit sebab malam ni ada dinner dgn buah hati aku kat Dewan Merdeka.....ada anugerah Grammy utk satu pameran innovation MTE 2012... dan syukur .... kajian aku menang GOLD Medal dalam anugerah prototype terbaik kategori sains sosial.....


Jumpa di entry seterusnya.... kisah SV dan supervisee.......

OT

Thursday, February 16, 2012

Tajuk 310 - Refleksi membuat proposal.... jika aku jadi SV....

Refleksi membuat proposal.... jika aku jadi SV....

Aahlah bro.... aku teringin nak jadi SV lah...

Ko ingat senang ke nak jadi SV ni...

Senang lah.... mai kau bagi tau rancangan aku....

Pedia....

Begini....aku tahu aku ada kelemahan dan kekuatan. Aku ada emosi. Aku ada masa lapang dan masa sempit. Aku nak jadi seorang yang realistik ler...... Jadi aku akan kenali supervisee aku.... teliti kelemahan dan kekuatan yang dia ada.... serta kualiti2 yang lain. Maybe aku interview dia juga..... dan aku perlukan satu semester utk tahu jenis apa supervisee aku ni...

Tu dia.... camner tu?

Cam ni....aku akan cakap terus terang.... kalau nak buat research dan tesis tapi semua nak kena suap.... nak kena tunda.....baik kerja bawa towing truck jer....jgn sambung blaja....

Woii.. ganazz ko ni....

He he..... tak ler sampai cam tu.....mula-mula aku nak supervisee aku tahu maklumat terkini dalam bidang yang dia minati sebab ini kajian dia, bukan aku. Kalau dia tak tahu, aku akan minta dia cari.... dalam journal terkini yang berkaitan..... dia kena cari sendiri..... on-line atau via library....dan senaraikan pada aku jornal yang dia dah baca..... dan 3 isu yang dia dapat tahu dalam bidang kajian yang diminati.


Kalau dia tak serious dengan tugasan ini.....better dia cari SV lain.....tak kuasalah aku nak ambik dia.....menjatuhkan reputasi aku jer.... hu hu...sebab perangai ini samalah dengan perangai kononnya minat nak memancing tapi malas nak cari umpan.  Kalau dia dapat senaraikan 3 isu.... ini satu permulaan yang baik. Ini adalah latihan ASAS warming up iaitu mengetahui isu dalam bidang kajian yang dia minati sambil berkenalan dengan jornal2 yang mungkin sebelum ini asing bagi dia..... OK tak strategi aku bro?

Emmm not bad !!

Oleh kerana isu bersifat umum.....aku akan minta dia teruskan lagi pencarian research gap pulak secara lebih khusus. Aku akan ajar bagaimana nak cari dan kenalpasti research gap sebab gap bersifat specifik, bukan umum seperti isu tadi. Jika dia tak jumpa gap, samalah dia tak jumpa pintu masuk ke dunia penyelidikan yang dia sendiri minati. Kalau tak jumpa pintu.... camner nak masuk bro.....?

Betul juga...abis?

Kalau dia kata tak jumpa, aku minta dia kumpulkan hard copy 30 artikel terkini, yang relevan dgn apa yang diminat nak buat....bawa depan aku..... dan aku suruh dia cari gap sampai jumpa !! Emmm..... mesti tunjuk brutal skit..... tapi hati aku baik..... utk melatih dia....Aku akan bagi dia peluang cari 2,3 gap supaya aku boleh guide dia finalise gap yang lebih sistematik utk dijalankan kajian.

Tu dia.... dasyat hang bro...abis tahu ker dia nak cari gap tu?


Aku dah minta dia baca dan fahami teknik hybridization dan cara nak cari gap..... apa lagi aku suruh di cari dan gali dalam blog drotspss lah... dan tak lupa teknik mencari gap dan persenyawaan.... oppsss... dan camner nak cari gap dalam 10 minit..... semua ada dalam blog tu !!

Selepas mendapat gap, apalagi..... dia kena prepare RFOT lah..... framework kajiannya dengan membaca dengan lebih intensif dari sumber mana gap tadi diperolehi.




Amende RFOT tu bro?


Tulah teknik menulis proposal dalam satu muka surat.... yang blog drotspss tu cadangkan..... dia kena baca lah.... selain di mantapkan dengan Jadual OPISA...... juga ada dalam blog drospss....


Aku kena jelaskanlah fungsi RFOT dan bagaimana dia boleh sediakannya. Takkan lah aku nak biarkan dia terkial2....Dia boleh sediakan beberapa RFOT tak semestinya satu. Masa diberikan adalah sebulan. Sebulan bro utk tulis satu muka surat saja.... takkan tak der masa....

Ini ujian getir..... dan kalau dia tak muncul dgn beberapa RFOT.... walaupun sempoi.... maknanya dia tak membaca secukupnya.... tak serius....sebab RFOT cuma rangka......kalau rangka rumah pun tak boleh buat......tak tahu nak buat.... camner nak buat dinding dan atapnyer bro....satu muka surat jer bro.... kalau tak tahu siaplah dia !!

Ini latihan membaca dan membna framework kajian.... buat rangka dulu.... biar aku pastikan kukuh supaya dia confident utk buat kajian yang baik.....yang ini aku kena bantu di pastikan.... sebagai SV... baik aku ni tau....

Selepas memeriksa dan membetulkan RFOT.... dengan satu RFOT yang di finalise kan..... barulah aku suruh dia tulis RFOT tersebut dalam bentuk proposal 3 chapters serentak.

Ini satu lagi ujian getir..... menulis !!! Aku akan pinjamkan proposal kepada supervisee aku dan minta dia mengikut format proposal tersebut. Jika dia pelajar PhD, dia sepatutnya dah boleh buat proposal sendiri. Proposal tersebut tak perlu tebal...... asalkan lengkap semua sub tajuk yang diperlukan. So..... aku bagi lagi sebulan utk siapkan proposal tersebut.... 15 muka suratpun tak apa utk 3 chapter, asal menyeluruh dan synchronise perbincangan yang ditulis. Sure aku minta dia kuasai document map dan masuk bengkel SPSS dulu... supaya memudahkan penulisan dan ada asas statistik. Bengkel ni juga package blog drotspss.


Wooo... ko ni banyak baca blog drotspss ker..... patutlah... aku pun follow gak....

Paling utama, aku nak lihat bagaimana dia boleh synchronisekan objektif, research question dan methodology.... serta analisis data. LR tak mantappun tak apa, sempoi2 pun OK jer.....asal dalam tu ada teori yang appropriate.

So... aku jangkakan dalam 3 bulan (sepanjang semester 2) supervisee aku dah ada proposal yang mempunyai foundation yang kuat dan diharapkan diakhir semester 2 dia dah boleh defense proposal tersebut....setelah diambilkira waktu lapang dan sempit.... waktu suka dan duka....waktu balik kg..... pergi kenduri kawin....pergi hantar anak balik asrama.....pergi baiki pc rosak dll lah.....yang dia hadapi....Aku minta dia datang jumpa aku present progress dia 2x sebulan..... sikit jer bro... 2x sebulan jer.... tapi kalau dia datang dgn excuse taak ada progress.... alamat nak kena ler...

Ok..ok.... lagi?

Itu jer dulu..... jika proposal dia mantap..... barulah langkah buat kajian dan penulisan tesis..... tu kemudianlah aku citer. Tapi jika buat proposal pun delay byk kali .... dia banyak bagi excuse..... kerja cincai2..... ejaan bersepah2 yang salah.... maka itu tandanya dia tak fokus, tak serius... dan jgn salahkan sesapa.... kalau kerja2 awal yang dilakukan tidak sempurna. Masa tu aku akan tak lagi tolerate jika itu pilihan dia..... sapa suruh buat aku marah !! Akupun ada emosi.... ada anak bini.... bukan dia sahaja.... sebab sepatutnya semua smooth.... kalau dia fokus..... aku tak nampak bykpun masaalah.... cukup bro.... cukup.... kita sambung lagi ... aku nak gi pameran MTE 2012 di PWTC..... dengarnyer ada byk kajian2 inovasi....manalah tahu jumpa kengkawan ler pulak....

OK...OK... ko memang ada bakat jadi SV... tapi abiskan dulu PhD ko tu.... !!

Oppsss....sure.... terbaek !!

OT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...