Bagi jadual ES, katakan anda ingin menentukan saiz sample bagi kajian keberkesanan menggunakan animasi terhadap pemahaman konsep kimia. Kajian terdahulu mendapati kesan animasi agak besar terhadap pencapaian pelajar. Andapun menetapkan power .80 (80% adalah nilai yang lazim dalam sains sosial), two-tailed.
Katakan anda membuat ujian-t kumpulan tidak bersandar, maka anda tetapkan kesan saiz yang (mengikut Cohen) katakan bernilai d = .70. Maka sampel anda adalah sebanyak 33 orang bagi setiap kumpulan. Ini bermakna, kajian eksperimen memerlukan anda menganggar nilai ES sebelum kajian bermula.
Jika anda yakin dapat mengumpulkan lebih ramai sample, anggarkan sahaja ES yang lebih sederhana, katakan 0.6, maka sampel anda bagi satu kiumpulan adalah 45. Ini dinamakan prior to research sampling method.
Jadual kedua adalah nilai korelasi Pearson. Katakan anda menjangkakan ada korelasi yang lemah antara dua variable (berdasarkan kajian terdahulu, atau ada literature yang menyatakan hubungan yang lemah, maka anda anggar r = .03) yang akan anda lakukan kajian, pada power 0.8 dan r = .30, alfa .05, maka anda memerlukan sekurang-kurangnya 84 responden
Suatu petang.... Nine, Zuhayr and siblings ! |
Sekarang anda perlu tahu sama nak gunakan Morgan, Cochran, G*Power ataupun Cohen..... Kalau tak tahu juga.... tak dapek lah den nak tolong...cukuplah description saya.....
Gud Luck !!
OT
terima kasih atas bantuan dan perihatin Dr. web ini harus menjadi medan percambahan ilmu yang baik. ilmuwan seprti Dr. harus ada di arena pendidikan. matang, resposibel, prihatin dan jujur. syabas. MASRI
ReplyDelete