Saturday, April 9, 2011

Tajuk 117 - Cara analisis Skala Likert

Saya telah membincangkan bagaimana skala Likert yang bersifat ordinal sepatutnya dianalisis secara ordinal, kerana data ordinal adalah data kategori dan tidak boleh dijadikan data interval. Lagipun variable tingkahlaku tidak akan dapat diukur dengan tepat wpun secara ordinal..... apatah lagi untuk dianalisis pulak data ordinal sebagaimana data interval.

Kasih sayang tidak boleh diukur dengan skala Likert....
Saya dapati ada beberapa cara data ordinal skala Likert telah ditukar kepada data interval, supaya analsis parametrik seperti t-test dan ANOVA dapat dijalankan:


1. Menggunakan analisis Rasch (Rasch Model)
2. MSI - Methods of Successive Interval
3. Summated scale


Analisis Rasch berbeza dari SPSS. Tok guru Rasch Prof Trevor Bond ketika saya mengikuti bengkelnya menyatakan:


Nominal and ordinal levels are NOT measurement;  they never tested empirically.  It is not good enough, to allocate numbers to human behaviours and then, to assert that this is measurement in the social sciences.


Saya juga tidak akan menyentuh MSI, anda explore lah sendiri......Saya hanya akan bincangkan yang ke3, kerana ianya telah menjadi "amalan" dalam kebanyakkan kajian bagi yang bermazhab statistik klasik (t-test, ANOVA, ANCOVA, Chi kuasadua spt dalam SPSS) dan menjadi teknik analisis bagi kebanyakkan semua pelajar siswazah di Malaysia. Teknik juga paling mudah (walaupun tidak diterima oleh mazhad Rasch dan mazhad analisis item). Oleh kerana anda adalah pelajar siswazah.... mintalah pandangan penyelia anda sendiri.....

Bagi tidak merumitkan keadaan, saya bagi satu contoh....

Katakan anda guna skala Likert 5 poin (1- Sgt Tidak Setuju...... 5- Sgt Setuju), bagi mengukur tahap persetujuan terhadap hukuman rotan kepada 100 guru (sekarang terdapat kecenderungan tidak meletakkan skala neutral dengan 4 point sahaja)

Katakan 50 guru pilih "setuju (4)" dan 50 lagi pilih "Sgt setuju (5)" maka summated scalenya adalah (50 x 4 = 200) + (50 x 5 = 250) adalah = 450. Nilai purata summated scale adalah 450/100 = 4.5. Mazhad statistik klasik ini menyatakan bahawa, summated scale adalah bersifat interval maka analisis statitistik boleh dilakukan (lihat Umar Sakaran, 2003).

Apabila respon ini dijumlahkan, dicarikan min, sisihan piawai, dll.....pengkaji boleh menganalisis maklumat tersebut sebagai data INTERVAL, dan melaksanakan analisis statistik seperti ujian-t atau ANOVA dsbnya.... asalkan taburannya secara normal. Ingat..... syarat KENORMALAN data masih lagi perlu dipenuhi......Jika sampel anda besar (lebih 30), anda boleh justifikan data sepatutnya normal. Juga ujian lain yang berkaitan spt homogeneity dan linearity telah dipenuhi.


OT

No comments:

Post a Comment