.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, December 13, 2010

Kembara di Bumi Anbiya 5

Kami tak sabar untuk meninggalkan Cairo yang sesak...bising dan paling menyedihkan terdapat kawasan yang benar2 kotor dengan sampah sarap. Ini mengingatkan saya kepada kawasan setinggan seperti KL suatu masa dahulu. Habuk2 pula hampir ada disetiap permukaan. Saya sendiri tak berani menjemur pakaian diluar penginapan. Namun kelihatan pelajar2 Msia seperti sudah biasa dengan persekitaran sebegini. Dan inilah realiti kehidupan di sini. Kami bertolak seawal 4 am untuk ke Semenanjung Sinai yang bergolak!
Selepas melalui Terusan Suez, padang pasir...saya, isteri dan sdr Akmal (pelajar Medic Ain-Syam Cairo) jalan raya yang baik tapi lengang, suhu yang dingin serta pemandangan yang menakjubkan, membuat saya terasa seperti berada di dunia asing tanpa penghuni. Kami berkonvoi dua kereta sahaja.

Jalan ini lengang memberi satu perasaan sayu..... indah sungguh ciptaan Allah...

Inilah kereta yang membawa saya ke Semenanjung Sinai

Grand Canyon

 Di Taba, sempadan Israel di Semenanjung Sinai
Pokok Kurma di sepanjang Laut Merah

Kelihatan sayup di belakang adalah satu lagi kubu peninggalan Salehudin Al-Ayubi

Pemandangan menakjubkan sepanjang jalan ke Semenanjung Sinai

Di Jabal Musa terletaknya Bukit Tursia, Nabi Musa munajat kepada Allah

Peninggalan perkampungan zaman Nabi Musa

Makam Nabi Haron

Bekas perkampungan Nabi Saleh

Perigi Nabi Musa sebagai mukjizat selepas membelah Laut Merab

Bersambung.....

Kembara Bumi Anbiya 4

Hari ke empat kami bertolak ke Alexandra, bandar peranginan laut Mediteraneaan yang terkenal sebagai Perarl of the Mediteranean bagi melawat Kubu Salaehudeen AlAyubi dan Makan Abu-Darda. Anda tahu kisah merekakan?
Dibelakang adalah kubu Salehudeen Al-Ayubi... dengan suasana sejuk angin pantai Mediteranean.

Kembara di Buni Anbiya 3

Hari ketiga, kami berjalan merentasi gurun diluar Cairo, 80 km untuk perjalanan ke Fayoum, terletaknya Tasik Qorun. Tasik air tawar ini makin lama makin masin kerana kadar evaporation yang tinggi. Kisan Haman dan Qorun cukup popular hingga dikisahkan dalam Al-Quran akan ketamakkan pembesar Firaun ini. Akhirnya harta Qorun diterbalik hingga membentuk tasik. Namun agak sadis melibat tasik ini seakan terbiar... kelihatan banyak sampah disetengah2 bahagian yang kami lalui...
Lake Qarun is known for  its diverse bird life

 Kemudian kami bertolak ke ladang mangga kerana Mesir terkenal dengan buah2an. Kelihatan juga perkampungan tradisi dan pertanian dengan pokok tamar sebagai penghias lanskap yang setia setelah mengharungi padang pasir.
Ladang yang mendapat sumber dari air Sungai Nile

Padang pasir saujana mata memandang sepanjang perjalanan



Sunday, December 12, 2010

Kembara di Bumi Anbiya 2

Setelah berehat, hari kedua dimulakan dengan piramid di GIZA. Walaupun dari jauh tersergam menakjubkan namum pengurusan kawasan ini agak sambil lewa... tiada informasi yang boleh dibaca sebelum memasuki kawasan piramid dengan tiket 60 LE.
Piramid dari jauh.....

Cenderamata dari piramid.... tak tergamak nak beli sebab semuanya melambangkan Firaun.... curious mana satukah Firun yang ditenggalamkan Allah di Laut Merah

Sempat melawat peninggalan kereta kebal Israel yang dimusnahkan oleh Mesir ketika menakluk semula Semenanjung Sinai.... 

Bersarapan di salah sebuah restoran kendalian anak2 Malaysia yang belajar di Cairo... apa lagi pekena nasik lemah dan roti canai ler.... sebab dinner dan lunch dan pekena nasi arab, kambing dan ikan...

Kelihatan 3 piramid dari jauh. Suasana sejuk dan kabus menyelubungi kawasan gurun di GIZA. Kesian baby Nine yang tak tahu apa2...dikendong kesana sini. 

Terlalu besar dan tinggi, tak muat lensa kamera.

Gambar dari jarak dekat..... piramid mencecah awan....pelik kerana tiada gunung berhampiran piramid tempat batu tersebut dipotong untuk membina piramid...

Pintu piramid yang dijaga rapi..

Barangan ini diperolehi dalam piramid yang menempatkan Firaun Tutankhatum dalam keadaan sempurna

Topeng emas yang menutup mumia Firaun Tutankhatum, dipamirkan dalam bilik khas di Mezium Mesir. Saya dapati buatan kebesaran, pakaian dan topeng ini sungguh halus menggambarkan teknologi masa tersebut.

Tinggalkan Firaun.... kata2 seorang ustaz di Cairo... Firaun ni menyusahkan sejak dulu hingga kini kerana jutaan manusia datang melawat seperti masih mendewa mereka (banyak Firaun dalam mezium) dari pelusok dunia. Bagi yang muslim.... ambillah sebagai pengajaran...kekayaan dan kuasa hanya berguna selagi hayat dikandung badan...


Kemudian kami melawat masjid Amru ibn Ash, masjid tertua di benua Afrika. Masjid ini dibangunkan pada 641 M / 21 H..Masjid ini sperti juga masjid Al-Azhar ada banyak tiang.... lebih banyak dari jemaah . Sangat mendukacitakan ada sahaja peminta wang yang meminta2 apabila ada pelawat yang datang.
Inilah masjid Al-Azhar yang terkenal sebagai universiti pertama didunia. Kelas2 masih digunakan untuk pengajian tidak formal kerana pengajian formal berpindah di Universiti A-Azhar bersebelahan masjid ini. Kelihatan pengunjung barat juga melawat masjid ini.
Sesuatu yang unit bila kebanyakkan masjid besar di Cairo ada ruang kosong ditengah2.... dengan marmar putih yang sejuk...
Di depan Muzium Mesir yang dikawal ketat macam nak masuk kem tentera.... layak digelar Mezium Firaun sahaja sebab semua pameran tentang Firaun dengan khazanah dari piramid... kesal tak ada pameran perkembangan Islam di Mesir

Baby Nine dihadapan Masjid Iman Syafiee.... moga jadi hafiz aminn...

Dihadapan makam Imam Syafiee.... 

Masjid Sultan yang tersergam indah... dibina 13... H, belumpun Portugis menawan Melaka

Dihadapan masjid Sultan.... dibina tinggi macam kubu tetapi sungguh indah dan mengasyikka

Rupa bentuk masjid yang tipikal kelihatan banyak di sepanjang lebuh raya dan padang pasir...




Saturday, December 11, 2010

Edisi khas: Kembara di Bumi Anbiya 1

Salam.
Saya mengambil peluang untuk berkongsi pengalaman kembara saya di Mesir selama 6 hari dalam blog ini. Tujuan ke Cairo bagi membentang kertas kajian saya dalam satu konferens 3 minggu lepas terpaksa ditangguhkan kerana mengalami sakit mata. Jadi, pemergian saya di Cairo kali ini saya manfaatkan sepenunya untuk menjejak peninggalan anbiya.


Day 1: Sampai di Cairo
Sebaik sahaja ingin mendarat di lapangan Terbang Antarabangsa Cairo, kelihatan pasir dan debu menyelubungi lapangan terbang. Suasana kelihatan seperti jerebu namun suhu yang agak sejuk sekitar 22 celcius amat menyegarkan.
Penerbangan menaiki Gulf Air paling ekonomi tetapi flight canggih dari MAS semua touch screen jer...

Suasana semasa transit di Bahrain.... pemandangan macam ni sukar diperolehi di KLIA sebab airport kita besar dan canggih....!

Dalam Gulf Air..... paramugari dari berbagai bangsa... layanpun baik...

Koktel Cairo yang enak menunggu pelancung...

Suasana sesak dan kelam kabut di Airport Cairo

Perjalanan ke rumah Perlis menyaksikan suasana trafik yang sesak dengan pemandu menyelit sesuka hati. Phew... agak terkejut juga saya menyaksikan keadaan ini dengan bunyi hon non-stop dari semua kenderaan persis siapa berani dialah yang jalan dahulu. Inikah Cairo alias Kaherah? Hati lega bila sampai di rumah Perlis, sempat menghirup jus buahan yang terkenal lazat di Cairo.

 Sdr Fadil dan Sdr Faiz ... di rumah penginapan...Rumah Perlis

Buah2an segar di Cairo

Yum..yum.... jus original
Pasar Hussein di hadapan Masjid Al-Azhar... tempat membeli-belah pelancong... Anda kena tahu bahasa Arab untuk tawar menawar...

Baby Nine yang ceria di Cairo

Makam Presiden Anwar Sadat yang ditembak semasa hari Kemerdekaan. Jgn tak tahu sampai la ni Mesir tak sambut lagi Hari Kemerdekaan

Kubu Salehudin Al-Ayubi tersergam di bandar Cairo

Showroom kilang kristal Asfour di Cairo... harga cukup murah.... boleh giler dibuatnyer

Minah arab KFC ni berkenan dengan baby Nine.... hensem macam ayah dia kot!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...