Monday, May 14, 2012

Tajuk 356: How to find the most relevant articles - Five steps of snowball


How to find the most relevant articles - Five steps of snowball

Salam bro.... lepas ni ko nak berbengkel ke mana plak?

Penang dan KT.... insyaAllah....

Bertuah ko dapat gi IPTA sana IPTA sini.... aku ni manapun tak pergi bro....

Syukur...akupun tak sangka umpamanya dapat jejak kaki ke UMS, UNISZA, UiTM Puncak Alam... cuma terkilan sikit...

Terkilan?

Ialah..... aku datang macam Touch n Go..... tak sempat nak kenalpun.....


Touch - n - Go....
Per citer kali ni bro?


Aku ingat nak sembang sikit pasal snowball... sebab bila aku sebut dalam bengkel, ingatkan semua faham rupanya tidak.....

Akupun nak tahu bro...selama ni aku buat2 tahu... malu nak ngaku tak tahu...dalam hati teringin nak gi obersi main snow.... ko tak perlah dah pernah main snow...aku ni tengok citer snow white ajelah dari kecik sampai dah besar ni....


Tulah..... cepat2 siapkan PhD ko.... leh present paper kat obersi.... at least sekali dapat rasa pengalaman tu.... wpun mat salleh berebut2 datang Msia sebab mereka lak nak matahari..... emmmm....


Oklah bro.... semangat ni..... citerlah cepat snowball ko tu..

Snowball tu bola salji. Jika ko golekkan satu bola salji besar penumbuk dari atas bukit..... bila menggolek bola tu akan membesar.....  jadi cam tulah snowballing articles..... dari satu artikel ko dapat kumpulkan byk artikel lain yang releven ko dapat cari.....tu adalah cara praktikal mendapatkan sumber rujukan. Ramai yang dah buatpun tapi ramai jugak yang buat derk....


Ini ada 5 langkah ko kena ikut sbg panduan bro......

Ada 5 langkah mudah:

1. Dapatkan beberapa artikel terkini dalam bidang kajian ko, katakan tahun 2012 dgn tajuk aricles yang fokus kepada keyword kajian ko..... aku dah ajar camner nak cari journal yang ada articles macam ni dalam entry yang lepas..... inilah yang aku  namakan sebagai pilot articles

2. Ko pergi bahagian Bibliography atau References article2 tersebut.... ko snowball, maksudnya ko cari artikel lain yang relevan dgn kajian ko... yang ada keyword yang sama (atau hampir2 sama) dalam senarai Bibliography atau References pilot articles tersebut katakan ko jumpa artikel tahun 2011, 2010, 2009...semuanya mesti berdasarkan keyword atau variables yang sama dgn kajian ko...


Jg tak tahu...ko juga boleh snowball articles yang ada tajuk berkaitan method, instrument, theory dll. Contohnya ko nak bina model dgn analisis SEM dgn theory ABC, then ko boleh snowball article2 wpun fokus kajiannya tak berapa sama dgn ko tapi article tersebut kupas tentang SEM dan theory ABC..... ko pun patut cari articles2 sebegini...

3. Seterusnya ko kena baca pilot article tersebut dan kenalpasti article yang di cite pada statement yang releven dalam article pilot ko yang relevan dgn kajian ko... then ko cari kat bahagian Bibliography / Refrences dan dapatkan artikel tersebut...


Ini kerana ada kalanya sukar juga nak tahu kerelevanan article berdasarkan tajuk semata2.... so ko kena scan dan baca article tersebut baru tahu....

4. Katakan ko jumpa artikel tahun 2010, 2011 dan 2009 yang releven dgn kajian ko..... then ko ulangi lagi proses  1,2 dan 3 di atas... tapi kali ini terhadap artikel2 yang ko dah dapat dari snowball tadi...samalah seperti konsep  MLM.....lama2 jadi banyak...sehinggalah ko dapat kumpulkan sebanyak mungkin artikel.... dan tak mustahil dalam satu hari ko dah boleh trace dgn penuh selamba 20, 30 articles....


5. Bukan itu sahaja bro.... ko pun boleh snowball article lain tulisan author yang sama.... dan ko boleh tahu seluruh research author tersebut....dari awal sampai terkini...


Katalah ko nak kaji tentang multimodal animation (Hoban, 2011) dan artikel berikut adalah artikel pilot ko tahun 2011.



Then ko snowball kat Bibliography dan akan dapati ada 7 lagi artikel Hoban (2005 hingga 2011) utk ko baca bagi ko faham apa sahaja berkaitan multimodal animation. Tu baru author yang sama.... pun ko senang2 dah dapat 7....


Ini adalah paparan dari Mendeley desktop aku....


Inilah kerja literature search yang intensive dan extensive yang aku dok bising2 suruh ko buat..... sebelum nak sibuk2 bagi tajuk kajian. Tajuk kajian amende kalau bidang kajian sendiripun tak tahu....bangga dengan Tajuk kajian jer.... happy sungguh bila SV serahkan bulat2 Tajuk kajian.....lepas tu semua tak kena...teori tak ade, instrument tak jumpa... aku tahuler ko ada motto "Agi Idup Agi Ngelaban"....tapi kalau ko tak buat intensive dan extensive reading selagi itu ler motto ko akan jadi "selagi hidup selagi tu ler ko akan mengelabah !!

Jgnlah  mare bro.... hilang kecomelan ko klu ko marah tau....... 


Comel? He he tima kasih....


Phew.... barulah aku tahu snowball tu..... ingatkan sampling technique jer ada snowball.... ini nak kena bagi tahu budak2 yang baru mendaftar ni.... sure diaorang masih relex cam tak der per2 nak buat....

Bagus ler tu.....sebab itu kerja2 awal mencari artikel penting bro..... once ko dapat beberapa pilot artikel paling terkini utk di snowball...... yang focus kepada kajian ko..... bolehlah ko mula membaca dan menyediakan zero darft ko....sambil melengkapkan RFOT ko....then.....


Then?


THEN BARULAH KO SIBUK2 NAK TENTUKAN TAJUK KAJIAN KO..... YANG BERSESUAI DGN GAP KAJIAN KO TERSEBUT... SETELAH KO ADA KNOWLEDGE DARI PEMBACAAN ARTICELS YANG KO SNOWBALL !!!


Ok Ok bro....

OT

No comments:

Post a Comment