Wednesday, May 16, 2012

TAJUK 357: Download APA Format here !

Semalam saya menerima naskah tebal thesis pelajar... . setelah menyelak beberapa muka surat saya jadi letih..... letih membaca thesis pelajar yang setelah 3, 4, 5 tahun menyiapkan thesis masih melakukan kesalahan menulis citation dan bibliography di sana sini. Mood saya yang ceria bila mendapat tajuk yang bombastic terus layu .....  bila terjumpa kesalahan sebegini yang tak sepatutnya berlaku setelah sekian lama pelajar tersebut bergelumang dgn penulisan thesis. 


Tiba2 menerjah difikiran saya...
"Adakah SV tak baca... tak tegur atau betulkan perkara ini?" eemmm... tentu mustahil.....


"Adakah kedua2 pelajar dan SV tak kisah kesalahan ini?"..... saya tak tahu jawapannya.... 


Jika typo error....sikit2.... masih bolehlah dibetulkan tapi kalau bibliography tak ikut format (spt APA) ..... tiada maaf bagi mu !! Ini bukan soal "terlalu strict", tapi soal ketelitian terhadap perkara asas yang sengaja diabaikan.... tanda anda cincai2 sahaja... Jika isi thesis memang OK.... masih bolehlah pemeriksa consider... tapi kalau isipun macam asal ada sahaja..... tentu  menambah cacat apa yang dibaca.


Jgn lupa saya bila dah konvo nanti....
Rumba nandri.... tqvm kerana memeriahkan bengkel saya... !

Ramai yang takut dan gusar akan analisis statistik. Ramai yang takut tidak mampu menulis secara kritis. Menjadi satu pertanyaan.... kalau menulis bibliography ikut format APA yang standard pun mereka tak reti2.... salah sana salah sini..... apatah lagilah nak menulis secara kritis. Kesalahan ini menjatuhkan bukan sahaja "makam" intelectual anda dimata pemeriksa thesis....malah juga sekali gus merendahkan juga "makam" SV anda. Jadi, elakkan ini dari berlaku ketika anda menyiapkan final draft thesis anda.


Juga pelajar tersebut masih menggunakan APA 5th sedang itu adalah format lama. Ini jelas menunjukkan dia tidak menggunakan mana2 reference manager..... yang semuanya telah menggunakan APA 6th edition. Saya juga jumpa spt (Robert and Jack, 2007) kemudian (Maria & Don, 2000).... kejab Robert and Jack (2000) kejap Robert & Jack (2000).... dan semua ditulis KPM (2000) sedang ada 3 rujukan KPM yang sepatutnya menjadi KPM(2000a), KPM (2000b) dan KPM (2000c)..... dan ini tidak dicatat pada bibliography dan citation. 

Bagi pembaca blog..... TOLONG lah jangan lakukan kesalahan ini. Jika anda guna reference manager spt Mendeley atau Endnote.... anda juga perlu double check.... Apatah lagi yang entah mengapa masih tetap menulis secara manual... silalah rujuk bahan format APA.... dan jika anda tidak mampu nak beli buku APA yang tebal2 tu.... just clik pdf berikut.... ringkas tapi lengkap, ambillah masa meneliti format yang dinyatakan terutama keperluan menulis DOI dan apabila merujuk sumber online. 

Tanpa malu dgn penuh slamba sila klik: APA Electronic


Bagi yang guna format2 lain spt MLA, Chicago atau IEEE, anda cari ler sendiri k.....

OT

No comments:

Post a Comment