Sorang PG tanya aku dgn penuh kehairanan yang amat sangat.. 'Boleh ke kita terus dapat tajuk... camner nak tahu yang tajuk tu TAK ADA ORANG LAIN BUAT?'
Aku pun tanya dia... katalah A buat tajuk sekian-sekian dan tiba-tiba ada tajuk lain sebelumnya iaitu B yang buat tajuk seiras dengan tajuk A. Soalan aku...
1. Sama tak semua variable yang A dan B guna ?
2. Sama tak teori yang A dan B guna?
3. Sama tak analisis yang A dan B guna?
4. Sama tak instrumen A dan B guba?
5. Sama tak responden A dan B?
6. Sama tak konseptual framework A dan B?
7. Sama tak RQ yang A dan B tulis?
8. Sama tak research design / prosedur kajian A dan B?
9. Sama tak dapatan kajian A dan B?
Tentulah mustahil semuanya sama, dan tidak mungkin berlaku kebetulan dalam 9 perkara di atas.
10. Kalau berlaku keajaipan pun dgn 1-9 di atas SAMA (aka plagiat), tetapi tentulah kupasan dan interpretasi dapatan kajian tidak akan SAMA jika ditulis oleh dua manusia yang berbeza.
So... persoalan 'Abis kalau dah ada orang lain buat? ' menjadi tidak releven.
Faham tak ni adik manis?
OT
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhCCkUCGkdvHE2IwtRl2l_xzmsoftCgy1SKgI29KDzZgNNSWPp_iOs5skcRYf6bGqHJUKX6D4qjPY6ShjNPMZvuTHW0AIO6ACl5fUH9R6VkyLELoNCMTi5EwVPVZl5NqQI9uB8Qe51nblM/s640/68510097_2557572680948936_6335656092558688256_n.jpg)
No comments:
Post a Comment