Saturday, March 22, 2014
Tajuk 573 - Analisis questionnaire - data ordinal utk ujian parametric ?
Skala Likert dan skala seumpamanya utk qnaire adalah skala ordinal. Skala ordinal hanya sesuai utk ujian non-parametrik. Banyak timbul perbahasan bagaimana data dari skala ordinal (seperti 1. Sgt Tak Setuju - 5: Sgt Setuju) yg bersifat non-parametrik dilaksanakan ujian parametric spt t-test dan ANOVA. Berlaku contradiction !
Data bagi item secara individu adalah data ordinal. Terdapat pendapat yang diterima bahawa data ini mempunyai ciri interval apabila semua skor item dijumlahkan (summated value). Summated score ini dikatakan mempunyai ciri interval dan bila diuji normality - may approximate a normal distribution.
Jadi jika anda ingin membandingkan 2 kategori, katakan sex (1. Lelaki vs 2: Perempuan) terhadap satu DV, katakan kepuasan dalam perkahwinan, maka anda boleh menjumlahkan skor semua item dan mendapatkan summated mean value. Anda boleh jalankan t-test dgn membandingkan summated mean value.
Selain dari itu, jika anda tahu Rasch Model..... guna sahaja Winstep dan convert data qnaire ini ke interval.... abis cerita !!
Ada sesiapa nak kongsi idea…?
OT
No comments:
Post a Comment