Wednesday, March 9, 2011

JIKA ANDA INGIN BERTANYA SOALAN... PLEASE !!

Saya mengalu-alukan soalan dari pembaca blog kerana saya ingin belajar dan meneroka dengan soalan2 yang anda tanya. Tambahan, jawapan saya akan membantu pelajar yang lain. Namun, pastikan soalan tersebut munasabah.

Elakkan tanya soalan terlalu umum seperti:

  • Boleh tak jelaskan semua kajian kuantitatif dan bagaimana saya nak memilih salah satu dari kajian tersebut?
  • Apakah kajian kuantitaif yang sesuai untuk saya buat kajian sikap pelajar terhadap kerja amali di sekolah?
  • Bagaimana saya nak tentukan analisis statistik bagi kajian saya berkaitan cara gaya belajar pelajar?
Apabila bertanya eloklah:

1. Greeting - Berilah salam atau apa sahaja 
2. Pastikan soalan anda bukan berkaitan dengan sebarang "decision making" berkaitan kajian anda kerana anda perlu sentiasa merujuk kepada jawatankuasa penyeliaan.
3. Tanyalah soalan yang se "spesific" mungkin. Saya akan cuba menjawab secara asas sahaja. Anda perlu mendalaminya sendiri.

4. Perkenalkan diri 
5. Nyatakan jika anda tidak mahu nama anda disiarkan. 
6. Akhiri dengan terima kasih


Moga sedikit panduan ini menjadikan anda pelajar yang lebih berwibawa, cemerlang dan gemilang. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment