Wednesday, February 9, 2011

Tajuk 80: Literature Review - 3: Tujuan

Anda telahpun tahu kepentingan LR. Antara lain tujuan anda menulis LR ada untuk anda mengetahui (dan memberitahu pembaca anda):
  • Apakah konteks, sejarah dan latar belakang kajian?
  • Apakah isu spesifik yang kerap dibincangkan dalam bidang kajian anda?
  • Siapakah pengarang / penulis / penyelidik yang dominan daam bidang yang berkaitan dengan kajian anda?
  • Adakah terdapat instrumen yang sesuai digunakan dalam bidang kajian anda?
  • Apakah reka bentuk kajian yang sering dilaksanakan?
  • Adakah kajian yang dijalankan semakin mendapat perhatian atau sebaliknya?
  • Apakah teori utama yang sering dijadikan asas kajian?
  • Apakah terminologi  serta bagaimana istilah tertentu digunakan dalam kontek kajian yang dijalankan
Sepanjang anda membaca kajian terdahulu serta rujukan lain, anda sepatutnya telah berupaya menjawap secara umum persoalan di atas. Jika tidak, bacaan anda masih belum mantap. Selepas anda mengetahui jawapannya, sampailah masanya untuk anda membaca dengan lebih mendalam lagi...




No comments:

Post a Comment