Friday, November 26, 2010

Tajuk 37: Bolehkah data dibuang bagi mencantikkan dapatan analisis data?

Ayah dan anak bujang.. maintain.......
Saya sedang bercuti di Lumut sambil melawat anak yang praktikal di Hospital Sri Manjung. Malam masih muda. Saya mengimbau kembali bengkel SPSS yang saya kendalikan di UKM 2 hari lepas berkaitan "outliers". Outliers adalah data yang berbeza dari set data anda mungkin terjadi kerana tersalah taip ataupun terlalu berbeza dari data-data yang lain. Anda boleh gunakan operasi Analyse - Descriptive Statistics - Explore bagi mendapatkan nilai mean, median, s.d., 5% trimmed mean, maximum, minimum,  Skewness, Kurtosis dll.

Katakan nilai mean skor sains = 50.85 manakala nilai 5% trimmed mean = 40.02, bermakna nilai min setelah 5% data outliers / extreme dibuang telah mengubah min dengan banyak. Ini bermakna outliers mempunyai nilai yang sangat berbeza dan lebih sesuai dibuang. Jika nilai 5% trimmed mean = 50.02 iaitu tidak banyak berbeza dengan min sebenar, anda tidak perlu buang nilai outliers ini kerana nilainya bukanlah nilai yang terlalu berbeza.

Othman Talib
Sri Manjung

No comments:

Post a Comment