.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, May 24, 2015

Tajuk 750 - Tulis Chapter 2 dahulu bukan Chapter 1 !

Aku selalu sarankan kpd PG supaya siapkan draf Chapter 2 (LR) dulu…. dgn urutan 5 perkara berikut….bukan mula dgn Chapter 1.

Hah…. Apsal plak…. . bukankah kita kena tahu tajuk, objective dan masalah dulu, siapkan Chapter 1…. baru buat review Chapter 2?

Aku nak tanya… apa tujuan buat research dan thesis kalau bukan utk contribute to knowledge…. abis kalau tak review dulu… apa yang anda tahu amende yang nak di contribute?
Abis kalau kita ada pengalaman dan idea apa nak buat?

Pengalaman dan idea anda tupun kena justify dgn review dulu, ntah2 pengalaman dan idea syok sendiri atau dah obsolete atau tidak mendatangkan minat atau focus kepada scholar dalam bidang yang sama…

O…. cam tu plak…. ok..ok… amende urutan 5 perkara tersebut.

Pertama:
Pilih TOPIC sesuai dgn bidang anda, contonya:
Sport Science
Psychology 
Maths Education
Management
Counseling
Finance etc…

Kedua: 
Kenalpasti AREA of INVESTIGATION atau focus kajian nak buat, contohnya:
Sport Science – Biomechanics 
Psychology – Child Psychology
Maths Education – Problem Solving Strategies
Management – Safety Management / Risk Management
Counseling – Drug addiction 
Finance - Practice of corporate finance

Ketiga: 
Lakukan intensif Literature Search
Cari dahulu semua article “high impact” yang berkaitan dgn keyword TOPIC dan area of investigation anda dalam Pertama dan Kedua di atas.

Keempat:
Mula menulis CHAPTER 2
Buat pembacaan dan sambil menulis LR berdasarkan thema-thema dgn merujuk khusus kepada IV, DV, teori2, instrument dan data analysis (membuka idea utk CHAPTER 3 juga...) dalam kajian lepas utk mengetahui apa yang TELAH DIJALANKAN supaya anda boleh dapat idea, apa lagi yang PERLU dilakukan utk menyumbang kepada knowledge dalam topic dan area of investigation dgn penekanan kepada NOVELTY – What else need to be done, BUKAN mencari apa yang BELUM dilakukan (aka mencari GAP).

Disini lah peranan SV membimbing mendapatkan NOVELTY… bukan suruh baca lagi..baca lagi…kecuali memang anda tak baca apa-apa pun !

Apabila anda bercadang contohnya utk test model fit atau revise instrument sbg sumbangan kepada bidang tersebut…. maka proses utk menjalankan model fit / revise instrument tersebut adalah “masalah” yang ingin anda selesaikan..

Kelima:
Barulah tulis CHAPTER 1
Mulakan dgn draf pernyataan “masalah” yang anda dah dapat dari bahagian keempat di atas, diikuti dgn objective dan RQ. Latar belakang kajian boleh tulis selepas itu… tak de hal punya !
Jadi mulakan dgn Chapter 2 bukan 1 .... cam tu lah...

Abis kalau SV suruh hantar Chapter 1 dulu?

Buat Chapter 2... then Chapter 1 tapi hantar Chapter 1.... !! Then bila ditanya knp nk kaji ini dan itu.... anda dah ada teori dan previous research utk backing.... barulah cun!
Yg selama ini buat Chapter 1 dulu adalah satu fenomena klise turun temurun...

OT 

Tajuk 749 - Sumbangan kajian pada negara ? Perghh !!

Read and Share because it is RARE !

Inilah kisahnya ayah dan anak...

Seorang pelajar ingin sambung belajar lalu meminta sejumlah wang dari ayahnya untuk membiayai pembelajarannya. Sebelum memberikan wang kepada anaknya lalu bertanyalah si ayah:

Ayah: Apakah sumbangan kau sebagai anak kepada keluarga?"

Dalam kebingungan anak itupun menjawab.
Anak : Bukankah itu hak saya utk mendapat pembiayaan belajar dari seorang ayah?

Ayah: Nope !

Lalu dijawab oleh anaknya lagi

Anak: Bukankah itu tanggungjawab seorang ayah memberi pembiayaan pembelajaran kepada anaknya.

Bapanya dgn selamba menjawab: Nope ….. jawab betul2 sumbangan kau kepada keluarga jika nakkan wang tersebut.

Lalu dijawab lagi oleh si anak:

Anak: Emmm.. sumbangan saya adalah berusaha menjadi anak yang pintar dan berjaya dalam pelajaran....

Ayahnya tetap tidak juga menerima jawapan tersebut: Nope !

Anak: Camner saya nak jawab, saya masih belajar... belum mampu memberi apa2 sumbangan kepada keluarga… saya cuma ingin menjadi pelajar cemerlang, maka saya perlukan wang tersebut !

Ayahnya tetap tidak mahu menerima jawapan tersebut lalu dgn ringkas menjawab: Nope.... minta lagi thn depan !

Dgn nada yang agak kecewa maka si anak pula bertanya kepada ayahnya " masa ayah belajar spt saya dulu.. apakah pula sumbangan ayah kepada keluarga ayah?"

Silence.......

Maka.... sebelum tanya sumbangan kajian pelajar yang belumpun lagi dijalankan pd negara, tanyalah diri, sumbangan kajian sendiri dulu (jika adalah) ketika belajar (master / PhD) kepada negara... sebb byk lagi soalan "know-how" dan "know-what" yg lebih signifikan dan releven tentang research boleh ditanya...

OT

Tajuk 748 - Ketahui Elsevire, Springer, Wiley dll - JGN TULIS THESIS PASAR MALAM

Read and SHARE because it is RARE !

Jika anda xpernah kisah pkara ni.... besar kemungkinan anda sedang menulis thesis pasar malam... oh tidak !

Ramai yang fening istilah2 di atas... org yang selalu sebut benda ini pun ntah tahu ntah tidak.... kot2 main sebut jer.... akupun fening bro. So aku cubakah nak mudahkan....

Elsevier, Wiley, Springer, Thomsom Reuter (TR), Taylor and Francis dll adalah contoh publishing company yang publish scholar and scientific literature. Namun Elsevier dan TR adalah gergasi !

Gergasi 1:
Elsevier mempunyai ScienceDirect (database) utk full text online journals dan Scopus sebagai bibliographic database yang mengindeks peer-reviewed scholar and scientific journal articles secara sistematik.

Scopus mengandungi abstracts and citations semua journal yang diindeks. Contohnya system Quartile (Q1, Q2, Q3, Q4) adalah antara indeks yang digunakan oleh Elsevier. Search n baca dlm blog aku pasal quartile ni di drotspss.blogspot.com

Scopus menggunakan IPP (Impact per Publication), SNIP (Source Normalized Impact per Paper) dan SJR (SCImago Journal Rank) sebagai indeks atau bibliometric indicators utk mengukur ranking / popularity sesuatu journal.

Nk tahu buka jer web scimago.com.

Gergasi 2:
TR pula mempunyai Web of Science, WoS atau ISI (databases) utk full text online journals.
TR mengindeks melalui Science Citation Index / Social Science Citation Index / Art and Humanity Citation Index yang mengandungi abstracts and citations bagi peer-reviewd scholar and scientific journal articles..l

TR juga membina Journal Citation Report (JCR) utk membuat ranking bagi journal, dgn indeks Impact Factor (IF) dibawah website Web of Knowledge. Selalu disebut ISI indek jer.
Lain-lain gergasi:

Database yang lain diwujudkan oleh publisher / university / organisasi / search engine seperti:
1. IEEE (Institute of Electrical and Electronics Engineers)
2. ERIC (Institute of Education Sciences of the United States Department of Education)
3. EMERALD (publisher)
4. Wiley / Wiley Blackwell (publisher)
5. Taylor and Francis (publisher)
6. PubMed (sediakan MEDLINE database oleh US National Library of Medicine)
7. JSTOR (online database by ITHAKA organisation)
8. Google Scholar (serach engine for scholar artikel by google)
9. Banyak lagi bro..... tak larat nak tulis... bunga telor lom siap lagi....

Make thing easy!

Jika diminta hasilkan peer-reviewed journal maksudnya, hantarlah kepada mana2 journal yang diindeks oleh scopus (Elsevier) dan ISI (Thomson Reuter) kerana diindeks dgn lebih ketat dan berwibawa.

Wbpun, terdapat badan yang juga membuat indeks tetapi kurang diutamakan spt Mydex – Malaysian Indeks, JSTOR indexed, EBSCO, Google indexed, DOAJ, JSTOR dll

Berikan keutamaan kepada indeks ISI atau IF (maksudnya diindeks oleh Thomson reuter) atau Quartile (maksudnya di indeks oleh Scopus / ELSEVIER) jika boleh....

Jangan hantar kepada mana2 journal yang hanya ada ISSN sahaja tetapi tidak diindeks oleh mana2 pihak secara peer-reviewed. Ini dinamakan journal "pasar malam" yang terbit jer apa sahaja artikel... tanpa kita quality .... buat malu kalau artikel ni anda rujuk utk thesis master dan PhD... takut tesis anda juga berstatus pasar ,malam !

The Turkish Online Journal of Educational Technology misalnya tidak diindeks oleh Scopus mahupun ISI sekadar EBSCO dan DOAJ sahaja. Bolehlah rujuk tapi utamakan dulu / priority kepada journal ISI dan Scopus.

Misalnya kalau ada 100 artikel... maybe 80% dari ISI dan Scopus.... 20 % dll termasuk buku. Argument utama mestilah dari journal ISI dan scopus.

OT 

Tajuk 747- 6 cara berfikir sebelum decide utk publish artikel

6 cara berfikir yang lebih wajar sebelum terbitkan artikel

1.Artikel anda dahulu perlu ada rujukan yang berstatus tinggi. Jika nak rujuk yang status pun tak tahu atau tak kisah status bahan yang dirujuk..., maka jgn lah berfikir nak membuat tulisan ilmiah... maybe 10 tahun lepas still OK. Jika tidak..tulis sahaja dalam majalah..

2. Format yang betul hanyalah generik, tetapi content yang berkualiti itulah yang susah. Anda tidak boleh hantar ke publisher yang berstatus kalau content tidak ada status dan rujukan pula tak tahu apa statusnya.... main rembat jer.

3. Menulis dulu then baru fikir mana nak hantar adalah tindakan memakai baju dulu baru fikir nak pergi mana. Silap2 dah bakai baju melayu then terfikir plak nak pergi main golf.. !

4. Dgn bantuan SV... atau memang anda ada pengalaman, tentukan journal yang berindeks jika anda menghantar bahan thesis (dianggap berkualiti) dalam bidang anda sendiri, Jika anda inginkan pengalaman dgn kemungkinan di terbitkan... maybe mulakan dahulu dgn journal peer-reviewed diindeks oleh DOAJ, Google Scholar, JSTOR, dll.... then dgn journal Q4 atau IF yang rendah dalam bidang anda sendiri.

Baca dan teliti "Instruction for authors" dan buat mengikut format yang diminta. Dah ada pengalaman dan ada bahan yang berkualiti.... teruskan dgn journal yang lebih tinggi.... !

5. Rujuk artikel2 lepas dalam journal yang sama sebagai panduan, dan sediakan utk international readers !

6. Semua orangpun ada serampang 2,3,4 mata. Ambil PhD utk tambah ilmu dan mengharapkan pekerjaan lebih baik (gaji lebih lah). Apa tujuan penulis hantar artikel kalau bukan utk promotion, KPI, pangkat, naik gaji, gi obersi present paper, boleh minta new grant, naik nama jabatan dll serampang lagi !!

OT 

Tajuk 746 - 6 idea "berahi" disebalik critical review dalam LR yang kritis !!

Read and SHARE because it is RARE !

PG selalu mengeluh...Mana tak mengeluh, aspek penulisan critical review sering diserahkan bulat2 kepada pelajar dgn alasan tak mahu spoon feed maka digunakan strategi “Lu fikirlah sendiri”.
Kenapa perlu critical review? Kritikal sangat ke nak tulis critical review? Apa maksud sebenar benda ni? Betul ker pendapat tersohor menyatakan bahawa critical review adalah penilaian “the strengths and weaknesses of the research article / study conducted ?”

Berikut idea kritikal utk difikirkan sebelum menulis critical review.

Pertama: Preliminary literature review
Aku mencadangkan anda mendapatkan 30 artikel berwibawa yang paling releven dgn “area of inventigation” topic kajian anda utk membacanya secara santai dahulu bagi mendapat “the whole picture” sebab anda masih novis.

Kalau askarpun kena recce dulu, bukan main terjah jer masuk satu2 kawasan suka hati sambil lenggang kangkung main FB (banyak cantik )…. Berikut 5 thema yang perlu di recce adalah

1. theory yang dominant (sesuai utk novis)
2. methodology (instrument + analysis data) yang lazim 
3. main argument / issues yang ditimbulkan
4. main finding kajian lepas
5. potential for future research

Kalau anda tak tahu thema2 diatas…. Tulisan anda akan di slice macam Taufu Fa jer !
Kedua: Membina thesis statement

Dah clear sikit yang pertama…. barulah draftkan thesis statement anda pula. Amende pulak thesis statement? SV tak ajar? Nak cari kat mana? Perrgh banyaknya soalan dalam soalan... macam mimpi dalam mimpi plak !

Jika masih tak tahu.. sila buka blog aku : http://drotspss.blogspot.com/search?q=thesis+statement
Thesis statement penting sebab anda sebenarnya menulis stand anda dalam topic kajian, diikuti dgn argument dan suggestion anda utk support argument tersebut. Pelik jika benda ni tak dijelaskan kepada PG...

Ketiga: Rasional dan bukti
Penulisan yang kritis bermula dengan rasional and evidence yang boleh menyokong stand anda dalam membuat kajian, kenapa anda memilih issue tersebut dgn semua variables dan theory yang terlibat yang menyokong anda mengkaji isu yang dipilih.

Keempat: Mengemukakan alternative
Setelah memilih sesuatu isu, terdapat pelbagai alternative / perspektif yang berbeza terhadap isu yang sama. Sila dapatkan padangan alternative dan kupas juga sebab tidak semua orang mempunyai school of thought yang sama.

Ada yang berpendapat misalnya, content lebih penting dari cara penyampaian dalam pengajaran, tetapi ada yang berpendapat bahawa cara penyampai juga memainkan peranan… dgn masing2 ada evidents…. Malah ada pandangan yang ke3, 4 dll yang juga perlu diraikan bagi menunjukkan comprehensiveness of your understanding.



Walau bagaimanaun anda dulu perlu CLEAR stand point anda sendiri, supaya argument terhadap stand poind anda lebih menonjol dan menjadi focus dgn evident2 yang dikupas secara “lebih berahi”. Pastikan stand point anda di backup dgn theory yang dominan, author yang well know, method / analysis yang advanced dan references yang latest !

Kelima: Lakukan juga self-criticise (betul ke ejaan ni?)
Dalam dunia research, lebih2 lagi dalam social science dan academic research, tiada satu pun yang boleh dikatakan “clear-cut” bagi mana-mama argument. Jadi perlu anda mengkritik aspek2 yang “need to be strengthened"” dalam argument anda (theory, methodology) supaya fair-n-square.

Misalnya, kajian lepas membina bahan multimedia hanya menggunakan model generic ADDIE, sedang kajian anda menggunakan theory lebih focus spt multimedia learning theory (Mayer 2002; Sweller 2000) yang digabungkan dengan Model Posner (Othman, 2007).

Ingat... ini bukannya "filling the GAP left by previous studies" spt yg dimomok2kn... tapi strengthened you own research with new / latest / current / comprehensive understanding. GAP-GAP tak main lah... GAP ni idea old school...

Keenam: Susun / organise dgn baik
Susun hujah utama diikuti dgn hujah alternative dan self-critise dgn baik, maybe ikut sub-heading yang khusus bukan main campur macam ABC, sampai pembaca mewarisi kepeningan anda. Biarlah anda pening dulu sorang2.... asal pembaca dapat memahami aliran idea anda dgn smooth !!
Apapun... kena tulis ler dulu... bagi SV semak dan cadangkan langkah utk kemaskini.

So….
Kesemua 6 aspek diatas tidak lain tidak bukan adalah utk melatih PG menguasai bidang focus kajian sendiri sambil menguasai pelbagai alternative views yang berkaitan.
Seorang pengembara yang hebat bukan sahaja perlu tahu satu jalan sahaja sebagai jalan utama ke destinasi… tetapi juga tahu sedikit sebanyak jalan alternative sekiranya menghadapi halangan utk sampai ke destinasi yang sama spt Man vs Wild.

Soalan aku:
Adakah 6 perkara di atas diajar secara direct kepada PG? Jika tidak ada, adakah kerana ia tidak penting? Jika penting kenapa tidak diajar kemahiran tersebut? Adakah jika diajar asas2nya, akan hilanglah wibawa PG sebagai calon PhD dalam proses menjadi seorang independent researcher? Sapa nak jawab? Ini soalan dalam soalan.

OT

Tajuk 745: 4 TIPS utk Literature Search: Citing + Cited

Read and SHARE because it is RARE !

Mencari literature semakin mudah dan cepat. Kehadiran google scholar, reference manager spt Mendeley, online databases (ScienceDirect, Wiley. PubMEd dll) serta bibliographic databases (scopus, ISI) menjadi proses lit search menjadi semakin mudah. Kalau ada yang kata susah… itu mengada2 namanya !

Ini hanya tip…. Nak ikut ok tak ikut pun ok…. Tapi kalau tak buat apa2 itu KO !

Pertama:
Mulakan dengan keywork utama dalam kajian yang anda nak lakukan spt risk management (Business), cancer (Psychology / Therapy), multimedia (Sc. Education), injury (Sport science) dll.

Kedua:
Kenalpasti jurnal poular high impact dgn thema paling dekat dgn bidang kajian anda. Boleh sahaja bermula dgn satu atau dua journal sebagai permulaan. Contoh bidang kajian “multimedia in Science Education”. Mendeley boleh sahaja membantu anda melicinkan proses pencarian ini. Ini contoh 2 jurnal tersohor dgn IF dan quartile yang tertinggi dalam Sc. Education.
a. Science Education (Q1, IF > 3) – popular dgn artikel high impact dalam Science Education
b. Learning and Instruction (Q1, IF > 3) – popular kerana banyak artikel high impak sifu dihantar disini spt Mayer, Moreno, Kalyuga dan Sweller.

Ketiga:
Mulakan dgn beberapa artikel (3 pun ok, kalau ada 30 perghh…. itu dah terlampau ok) dgn syarat artikel dari jurnal high impact ini adalah yang paling releven dgn apa yang anda intended to study sekitar beberapa tahun… katakan dari 2005 – 2015.

Bagi artikel terkemudian – anda akan lakukan pencarian kehadapan (citing)
Bagi artikel terkini – anda akan lakukan pencarian kebelakang (cited)



Keempat:
Cited – proses pencarian kebelakang ini paling mudah kerana pembacaan anda kepada argument2 terkini yang dipetik (cited) akan membawa anda kepada artikel2 yang lebih terdahulu. Tugas anda hanyalah menyenaraikan artikel2 yang dominant, ditulis oleh sifu atau author tersohor (selagi boleh), dalam jurnal high impact. Lakukan ini dgn bantuan dan menyemak dalam Scimago atau WoS.

Citing – proses pencarian kehadapan dilakukan hasil proses cited di atas. Semasa membuat pencarian kebelakang (cited), anda akan menjumpai dan diperkenalkan dgn theory, nama2 authors, jurnal aatau sebarang indicators yang membolehkan anda mencari artikel berdasarkan indicator2 tersebut.

Contohnya, anda dimaklumkan dari pembacaan bahawa theory ABC diasaskan oleh author X, maka anda perlu mengesan semua tulisan author X dan semua tulisan author lain tentang theory ABC samada dalam buku, proceeding, handbook, artikel sehinggalah yang terkini.
Nak cari kat mana pulak tu? Guna sahaja Mendeley, Google Scholar.. atau melalui online data bases.... atau database library.... apa sahaja... takkan itupun aku nak bagi tahu bro !!

OT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...