.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, February 27, 2014

Tajuk 570: Questionnaire anda "RUBBISH" jika....

Post pagi ini mungkin terlalu berterus terang namun yang terang itu diperlukan utk menyuluh kegelapan. Aku ingin menjelaskan lagi isu yang pernah aku kupas sementelahan sejak dua menjak ini aku menerima qnaire yang tidak mengukur apa-apa....... serius ?

Qnaire sebagaimana soalan objektif (MCQ) mempunyai item. Item dibina supaya mempunyai 3 tahap soalan - senang (Fakta), sederhana sukar (comprehension) dan sukar (application). 

Jika soalan objektif mempunyai 3 tahap ini, barulah ia menjadi soalan yang baik kerana dapat membezakan pelajar yang lemah (boleh jawab soalan mudah sahaja), pelajar sederhana dan pelajar yang menguasai (boleh menjawab soalan yang sukar). Jika semuanya soalan mudah….atau semuanya susah blako.....maka set soalan objektif tersebut adalah “RUBBISH” kerana gagal membezakan pelajar lemah, sederhana dan pandai.... baik tak yah buat test kalau semua dapat A atau semua kantoi !!

Begitulah halnya dengan pembinaan item qnaire, yang dibina utk mengukur sesuatu konstruk dan membezakan kedudukan respon dalam konstruk tersebut. Jadi item dalam qnaire juga mesti mempunya 3 tahap – BELIEVE (mudah), ATTITUDE ( sederhana) dan BEHAVIOUR (sukar). Set item qnaire yang tiada 3 tahap ini juga adalah set qnaire yang “RUBBISH”… yang tidak mengukur apa yang patut diukur. 

Sebab itulah dah berbuih mulut aku cakap.... content validation tidak selesai dgn hanya menyerahkan kepada "content expert" sahaja jika item tidak disediakan pada 3 tahap ini !!

Aku akan jelaskan step-by-step...

Katalah sebagai contoh anda membina set qnaire dgn skala berikut: 

(1) STS.......(2) TS........(3) N.........(4) S........(5) SS

Anda ingin mengukur construct BULI dgn 5 item:

1. Tahap Believe (percaya) – item paling mudah 

Item 1= Membuli adalah perbuatan yang salah

Item ini sangat mudah kerana majoriti responden akan “believe”… buli itu perbuatan salah dgn majoriti dijangka "dgn mudah" akan menjawab 5. Ini bermakna item ini tidak dapat sepenuhnya membezakan respoden jika semua menajwab “5”.

Jadi jgn "ek" lah.... jika chronbach apha kajian rintis atau qnaire dari kajian lepas tinggi memanjang sebab respon jawab "semacam" jer.... bukan kerana item itu baik tetapi kerana item tidak mengukur apa2.... yang baik !!

2. Tahap Attitude (sikap) – Item bersifat sederhana mudah 

item 2= Membuli boleh memberi pengajaran kepada pelajar baru

Item seperti di atas tidak semestinya dipersetujui walaupun responden menjawab “5” utk Item 1. Responden yang percaya “Membuli adalah perbuatan yang salah” tetapi boleh bersikap bersetuju atau tidak bersetuju dgn Item 2 “Membuli boleh memberi pengajaran kepada pelajar baru” 

Maka item diperingkat attitude ini mula menunjukkan perbezaan antara responden. Responden mula berfikir dgn lebih mendalam sebelum menjawab..... maknanya item ini sederhana sukar. Maka item ini menjadi variable yanglebih baik utk mengukur perbezaan antara responden.

3. Tahap Behaviour (tingkah laku) – item paling sukar !!

Tahap ke 3 ini paling sesuai utk membina item kerana mempunyai unsur-unsur measureable yang paling direct bagi mengukur perbezaan antara responden. 

Item 3 = Saya meminta pelajar baru membasuh pakaian saya di minggu orientasi

Item 4 = Saya meminta duit dari pelajar baru di minggu orientasi

Item 5 = Saya memanggil pelajar baru dengan panggilan lucah di minggu orientasi

Item behavior ini paling sukar kerana ia mengukur perbuatan atau amalan, tingkah laku malah kekerapan perlakuan SEBENAR responden. Pada tahap ini responden perlu berterus terang….. tidak spt TAHAP BELIEVE atau ATTITUDE yang mana responden boleh pejam sebelah mata sebab tak perlu dibuktikan dengan perbuatan. 

Item 3, 4 dan 5 adalah item yang dapat membezakan antara “kaki buli” dan responden yang bukan kaki buli, tidak seperti item 1 dan Item 2.

Oleh itu, qnaire yang baik mestilah mempunyai item dgn ketiga2 tahap ini..... dgn majoritinya adalah item tahap 3. Selepas itu barulah nak buat EFA atau CFA.... whatever !!

Jika anda TIDAK TAHU perkara ini, SV pun tak tahu jugak... malah tak pernahpun sebut atau komen berdasarkan tahap di atas.....maka tak kisahlah samada anda membina item baru atau menggunakan item dari kajian lepas (yang kononnya ada chronbach alpha setinggii 0.99) tetapi tidak tahupun bahawa item dalam qnaire tersebut tidak mempunyai 3 tahap di atas…. anda berkemungkinan sedang menggunakan satu set qnaire yang “RUBBISH”…. yang tidak mengukur secara menyeluruh construct yang anda ingin ukur maka dapatan anda juga akan jadi….......

Qnaire dgn 30 item hanya pd thp "Believe" shj adalah qnaire yg sgt lemah ! 

Ini adalah asas yang sangat PENTING dalam membina item... yg terabai... diabai.... maka qnaire tu pun bye-bye...

OT

Wednesday, February 26, 2014

Tajuk 569: Journal IMPACT FACTOR !!

Selepas journal di indeks katakan oleh SCOPUS, maka journal tersebut diberikan ranking pulak dengan nilai Impact Factor (IF).
IF tu adalah ukuran purata article tersebut dirujuk dalam artikel lain. Bagi mudah faham…. Artikel yang banyak dirujuk atau cited oleh article lain mempunyai Impact Factor yang lebih tinggi. 

Contoh. 
Journal A = SCOPUS dgn IF 3.3
Journal B = SCOPUS dgn IF 2.7
Journal C = SCOPUS tapi tak ditulis IF
Journal D = IF 2.0 tapi tak di tulis SCOPUS
Journal E tak ada SCOPUS (maka tak adalah IF)

Ini bermakna semua jurnal A-D adalah C.I.J dan ko boleh rujuk semuanya KECUALI journal E yang bertaraf non-C.I.J.

Jurnal non-C.I.J ni bagi jer student undergraduates yang rujuk.... jgn ko pulak mengada2 nak rujuk !!

Journal paling tinggi ranking adalah A > B > D

Jadi rujuklah journal C.I.J ... A-D, terutama yang di indeks SCOPUS atau ISI. 

Berikut aku sertakan beberapa pics jurnal yang selalu aku rujuk... kelihatan samada dinyatakan index oleh SCOPUS atau ditunjukkan hanya IF sahaja.

Kalau confused jugak.... sila check fius dalam kepala takut dah terbakar !!

OT

Tuesday, February 25, 2014

Tajuk 568 - APA ITU CITATION_INDEXED JOURNAL ?

Selalunya SV akan biarkan supervisee mencari sendiri jurnal - pandai2 ko lah nak cari kat mana - betul tak?

Supervisee pun apa lagi "Google" aja lah.... asal ada perkataan "Journal" kira dah boleh rujuk - betul tak?

Lepas tu... lebih syahdu bila semak proposal atau thesis.... ada SV yang tak kisah apa jenis journal yang ada dlm senarai References - betul tak?

Kalau ada berpuluh buku teks yg dirujukpun SV buat derk jer - betul tak?

Aku dah awal2 lagi bagi tugasan kuliah pertama aku – cari atleast 10 journals dalam bidang masing2 siap dgn publisher sekali. Timbul soalan dibenak fikiran pelajar aku...

Bagaimana nak tahu jurnal mana yang baik !

Meh aku jelaskan dgn ringkas....

Journal yang baik adalah journal C.I.J - “Citation-Indexed Journals” Journal ini di index mengikut syarat tertentu spt refereed dan consistent bagi menjamin kualiti. Banyak organisasi yang memberi index kpd journal spt PubMed, SCOPUS, EBSCOHOST, SCIRUS, DOAJ, Pro Quest, Ulrich’s , ISI, Google Scholar …. 

Lazimnya IPTA di Msia meminta calon PhD / Master merujuk kepada jurnal yang di indeks oleh SCOPUS (managed by Elsevier) ataupun Web of Knowledge atau ISI Thomson (managed by Thomson-Reuters) .

Macamana nak tahu tu?

Buka lah homepage jurnal tersebut dan cari “INDEX”. Satu jurnal mungkin diindeks oleh beberapa organisasi…. Bagi sosial sains…. jika ada index SCOPUS atau ISI Thomson dalam senarai tersebut maka jurnal tersebut sesuai dirujuk.

Byk IPTA juga menerbitkan journal. UPM contohnya terbitkan PERTANIKA dgn mengandungi beberapa journal seperti Journal of Social Sciences & Humanities. PERTANIKA adalah international peer-reviewed journal yang telah diindeks dalam SCOPUS (Elsevier)

Publisher tersohor spt SAGE, Wiley, Taylor and Francis, Emerald, IEEE dll memang mempunyai jurnal yang terindex dgn SCOPUS atau ISI maka tiada masalah utk merujuk atau submission. 

Bagaimana dengan proceeding?

Proceeding ni lazimnya tidak melalui proses refereeing yang rigorous sebab panel hanya menilai kesesuaian artikel untuk thema2 dalam conference. Namun ada proceeding seperti yang diterbitkan dalam Procedia (Elsevier) di indeks oleh SCOPUS… so bolehla rujuk.

Ingat ada banyak juga non-CIJ spt Jurnal Penyelidikan Pendidikan keluaran KPM yang aku dapati tiada sebarang indeks…. Atau jurnal sewaktu dgnnya yang diterbitkan diluar negara.

Ini langkah pertama… mengenali jurnal dalam bidang kajian anda dahulu… ketahui statusnya.....Ingat… jurnal adalah sumber primer rujukan dan menjadi keutamaan. Jgn ler pulak rujuk buku2 teks yang umum…. buat malu jer !! Lagi malu bila dah masuk semester 3... nak sebut SCOPUS tersebut OCTOPUS.... !!

Monday, February 24, 2014

Tajuk 567: Lagi-lagi impak kajian.... cer tanya Einstein !!!

Kelas research methodology aku baru bermula. Bila aku acah2 tanya tajuk kajian…. ramai yang berhasrat utk menguji keberkesanan itu dan keberkesanan ini. Maknanya, jika tidak berkesan sesuatu program atau sistem atau prosidur…. maka pihak berwajib perlu melakukan sesuatu.. termasuk membuat perubahan dasar atau memberhentikan perlaksanaan sesuatu yang tidak berkesan itu. 

Fuhhh besar sungguh hajat mereka…. Macam lah itu sahaja kajian yang dituntut semasa mereka menjadi calon master / PhD..... spt mereka tu polisi maker atau ada kuasa…. Sedang mereka tak lebih dari calon PhD / Master yang novis yang sedang buat latihan praktikal hasilkan satu kajian…. sambil merangkak2 menulis thesis dan menggeletar bila buat prsentation.

So…..aku kata, PhD atau master hanyalah bertujuan untuk contribution the body of knowledge, bukan mengubah polisi dan memberi impak kepada mana2 badan…. ada yang tanya lagi…. apa maksud contribution the body of knowledge?

Inilah antara maksudnya…..contribution terhasil bila anda berupaya

1. Menguji kesesuaian model dgn variable / construct baru
2. Memberi penyelesaian kepada persoalan yang dahulunya tidak terungkai 
3. Meneroka satu bidang dgn lebih menyeluruh
4. Menjalankan experimental bagi menguji sesuatu theory /effectiveness
5. Menyediakan data-data emperikal bagi kajian lanjut
6. Menguji satu method / tool baru dalam menyelesaikan isu lama
7. Menerbitkan satu algorithma / prosidur / simulation / formula
8. Mengupas pemikiran / tokoh / manuskrip
9. Menguji gabungan theory / construct
10. Menghasilkan kupasan theory terdahulu dgn analisis yang lebih mendalam
11. Membina software / instrument / qnaire / inventory / prototaip
12. Re-evaluate / revalidate instrument ....
13. dan anda boleh senaraikan lagi dan lagi dan lagi….

Betul ker inilah tujuan membuat kajian dan menulis thesis? Tak caya lah !

Tak caya.... dah jutaan calon yang berjaya dpt PhD pun buat benda yang sama. di atas....contribute to the body of knowledge.....sebab itu thesis anda wajib diterbitkan dlm bentuk journal article supaya contribution di atas boleh dilanjutkan oleh pengkaji lain….. bukan diserahkan utk tindakan mana2 badan….sebab merekapun "tak hingin" nak baca thesis2 tersebut ! 

Tambahan bro.... professor2 pun dapat jawatan tersebut kerana banyaknya artikel yang dipublished bukan besarnya impak kajian yang mereka jalankan...... Paling gahpun klu ada artikel tersebut published dlm high impact journal yg hanya impak kpd byknya "cited by" atau dirujuk bukanpun pada mana2 polisi .....malah ada artikel tersebut adalah hasil kajian PhD / Master supervisee mereka bukanpun kajian professor berkenaan!!

Jgn tak tahu.... Einstein hasilkan E=mc2 yang menjadi formula paling simple didunia tapi paling hebat dalam contribution to the body of knowledge !! Ada sesiapa panggil dia Prof Einstein?

Jadi sgt-sgt pelik jika masih ada SV terus menjegilkan bijik mata sambil meninggikan dada.....mempersoalkan perlunya impak kajian kepada polisi atau masyarakat tanpa bertanyakan contribution di atas sampai senak dan kecut perut calon2 baru nak dapatkan kajian yang sesuai! Maka terbayang dalam fikiran calon2 master / PhD utk kaji dasar itu dan ini..... samada sesuai ataupun tidak !!

Paling malang soalan impak ini menjadi soalan cepu mas dalam temuduga utk mendapatkan biasiswa !!

SV yang macam tu maybe elok buat PhD semula.....tunjukkan apa yang dimaksudkan dgn "impact" tersebut...... dan sama2 kita lihat apa impak yang dia boleh hasilkan dgn PhD dia tu ..... samada impak maksima atau sekadar impak kepada Mak Limah lenggang kangkung !!

Thursday, February 20, 2014

Tajuk 566 - Komputer lebih supportive dari SV ?

Susahnya cari SV.... mereka kelompok sibuk memanjang.....

Ini antara rintihan postgraduates..... Jgn merintih sebab anda ada sesuatu yang lebih intim dgn anda dan boleh membantu anda siang dan malam... !

In order to graduate, you need a written thesis, not your SV. Masa ViVa pun SV tak dibenarkan mencelah... mereka diam seribu bahasa... andalah keseorangan mempertahankan apa yang anda tulis. Lebih sadis ada SV yang "tompang sekaki" komen supervisee sendiri masa defend proposal. 

Ini zaman IT. Langkah pertama mungkin bukan lagi mencari SV yang "BAIK" dan "SUPPORTIVE" tetapi kuasailah bidang kajian anda dengan "BAIK" dan belajar kemahiran yang "SUPPORTIVE" utk membantu anda menjelmakannya dalam bentuk tulisan. 

SV mungkin tak boleh nasihatkan anda dalam bidang yang anda ingin kaji kerana dia bukan wikipedia.... sebaik pencarian anda sendiri..... malah ada SV yang sangat baik.. tetapi tidak menguasai bidang kajian anda dgn baik... boleh tunggang langgang dibuatnya.

Maka anda memerlukan SV yang lebih INTIM dan SUPPORTIVE dan boleh membantu anda tahu segala2nya iaitu jeng..jeng..jeng.... lap top anda.... yang boleh anda riba dan bawa ke mana sahaja.... duduk atau sambil baring malah boleh ke ranjang.... Segala yang anda ingin tahu boleh diperolehi.... artikel berada dihujung jari jemari anda. 

Kuasai lah aplikasi yang lebih advance dari apa yang boleh dinasihatkan oleh SV anda... paling asas adalah teknik pencarian artikel dari journal2 tersohor... kuasai operator Boolean utk pencarian artikel dgn cepat.... fahami fungsi advanced search dalam journal... lakukan snowball...... then kuasai aplikasi Mendeley....utk manage artikle dgn efficient... supaya anda "lebih terror" dari SV anda. 

Barulah pertemuan dgn SV selepas itu wpun shekali shekala sahaja.... akan menjadi lebih bermakna dan produktif.. kerana anda telah menguasai bidang kajian anda dari pembacaan artikel dan segala sumber scholar yang berkaitan. 

Jika anda dibidang sains sosial, finance, language dll yang sewaktu dgn nya....kuasai perisian seperti ATLAS.ti..... SPSS + AMOS....., smart-PLS..... cuba settlekan semua pada semester pertama .... bukan ketika data dah berada di depan anda. Jgn harapkan kursus Research Methodology.... anda akan kecewa... percayo lah cakap den. Bukan kursus tersebut tak baik.... tetapi tak cukup baik utk jadikan anda kehadapan mengharungi dunia research sebagai calon Master / PhD. 



Beri pelunag kpd diri anda sendiri utk menguasai perisian analisis data... sebab SV anda hanya akan sebut tetapi tidak akan mengajar anda kemahiran ini.... dan jgn terperanjat.....SV pun ramai yang hanya tahu IV dan DV.... tapi kelu bila berbicara tentang mediator dan moderator..... apatah lagi nak tahu SEM / AMOS dan SMART PLS.... standardised Beta ....unstandardized beta... dan segala macam jargonnya!!

Menguasai perisian-perisian asas utk research akan memberikan advantages dan precaution awal ketika anda menentukan methodology dan menyediakan instrumen dgn tepat .. spt penentuan scale pada questionnare sesuai utk SEM/AMOS.... termasuklah scale moderator mestilah dalam categorical scale....bukan interval.... atau utk lakukan EFA dahulu sebelum uji model fit dgn CFA..... atau tidak....semuanya perlu difahami sebelum anda melakukan data collection!! 

So...jgn jadikan komputer riba anda sebagai mesin taip electronic sahaja.... tapi sebagai "SV" yang boleh anda bawa sampai ke ranjang.... Jika anda tak faham apa yang ditulis di atas..... YOU ARE IN A BIG TROUBLE .... really a big trouble.... SV yang hebatpun tak boleh membantu anda !!

Percayalah....semua ini tidak memerlukan masa yang panjang utk dikuasai...bengkel SEM / AMOS misalnya hanya 2 hari sahaja...... dan jika anda berjaya menguasainya ...di awal2 semester..... SV anda pasti ternganga.....atau senyum sampai ke telinga..... tak adalah lagi asyik nak menyinga !!

OT

Tuesday, February 18, 2014

Tajuk: 565 - Tip berjumpa SV yang tersohor !!

SV anda busy… SV anda org besar, Dekan,  Timbalan Dekan, org penting kementarian itu dan ini…. atau paling tidak pangkatnya Prof. sesuatu yang mengecutkan anda. SV anda busy memanjang…. samada dia busy dgn reseach atau cerita lain… itu lain cerita.

Anda akan rasa tertekan…. Merasakan kehadiran anda mengganggu SV.  SV dapati pintu bilik SV sentiasa tertutup rapat dan berkunci…. Lalu mulut anda pun turut terkunci !

Jadi camno? Ini perkara utk anda fikirkan....

1. ingat…. supervision adalah tanggungjawab SV…. jgn rasa bersalah…. SV tak boleh menolak…. ada ada hak......  !!

2. anda perlu hulurkan cadangan dan jadual pertemuan terlebih dahulu….kalau boleh sepanjang 1 semester…. minta SV fit in mana-mana waktu yang dia terluang.. apa alasan dia utk kata tak der masa? U paly the game not your SV.... Jgn tanya soalan bola tanggung "Bila Prof free?" sebab dia akan jawab "Tengoklah...." 

3.. Persiapkan diri anda dgn segala bahan dan penulisan / draft supaya bertemu wpun singkat tapi memberikan feedback yang anda perlukan utk masa panjang...

4. Siapkan persoalan yang benar2 relevan spt…. "Perlukan saya buat EFA dgn SPSS atau terus jalankan CFA dgn run AMOS wpun item telah diuji dalam kajian lepas? "… bukannya… "Saya tak fahamlah apa itu EFA dan CFA tu? Cam ner saya nak guna SPSS? " Soalan ni samalah macam "Saya nak kawin.... apa itu mandi wajib?" 

5. SV bukan satu2 sumber utk dapat feedback. Anda ada 2nd SV atau sesiapa sahaja jika anda ada persoalan sebelum berjumpa SV. Jadi ada perlukan rapport juga dgn lecturer lain utk bertanya apa sahaja masalah asas anda sebelum jumpa SV. Pendek kata… jgn tanya “soalan bodoh” bila berjumpa SV anda !

6. Sediakn recorder…. minta izin dahulu nak record jgn macam spy pulak... sebab ada SV jenis kejap kata cam ni kejap kata cam tu… maybe kerana sibuk atau terlalu byk idea. Recording ni penting utk anda keep in track… dan utk remind SV apa yang dia dah proposed sebelumnya.

7. Datang dgn concept paper tentang kajian anda…. siapkan sekali dgn proposal. Katakan concept paper ini utk uji theoretical aspect of your intended study then look for publication… submit ke journal localpun tak apa.... apling tidakpun utk present papaer dalam seminar fakulti anda sendiri !! Takkan tu pun SV nak bagi tau !
SV mesti tersenyum lebar bila supervisee letak nama dia sebagai 2nd author…. dan ini menunjukkan taraf anda sbg postgarduate yang bakal menyinar…. wpun anda baru masuk 2nd semester.....Tak caya cuba lah !! Supervisee aku sendiri yang belumpun defendf proposal tapi dah published 2 concept papers dan sorang lagi tgh aku edit dan seorang lagi sedang menulis !!

8. Surprised…. !!  Jgn kejutkan SV dgn kek birthday plak.. nanti mengamuk bini / laki dia !! Kejutkan  SV anda dgn penguasaan anda dalam bidang yang anda ingin kaji… dgn pembacaan yang mendalam dari journal2 yang established. Sebut nama2 journal tersebut… sifu2 dalam bidang kajian anda…. dan segala theory yang releven…..termasuk kajian2 SV anda sendiri jika relevan.... bukan sahaja theory yang anda ingin buat... biat kembang lubang hidung dia yang dah penuh dgn bulu tu!

9. Please… please….please.... Jgn datang dgn alasan …. tak ada progress….. tunjuk muka 10 sen....kemukakan masalah dan air mata !! SV  bukan tempat mengadu masalah pribadi….bukan SV tak concern....sebab kadang2 SV andapun ada masalah jugak…. ntah2 lebih sadis dari masalah anda !  Silap2 dia yang menangis bukan anda .. tak ker haru !!

10. Bersedialah utk mengikuti mana-mana colloquium, seminar yang releven dgn kajian anda....sebab hampir semua IPTA ada postgraduate colloquium....….dgn yuran semurah RM50 sahaja..... utk juga jumpa rakan2 satu bidang...  tanpa perlu disuruh oleh SV.... tunjukkan anda bersedia utk menjadi seorang scholar…. Make him proud of having u as a supervisee…. sebab semua ini akhirnya memberi benefit kepada anda !!

11. Wpun SV anda baik sakan....dan kamching dgn anda.... tetapi 10 perkara diatas akan memberikan ada laluan yang lebih lancar sebagai seorang supervisee...

Adanya....

Monday, February 17, 2014

Tajuk 564: SV, baby dan Lampin !!

Postgraduate yang baru mendaftar ibarat baby yang baru lahir… memasuki satu dunia baru. Baby lahir tanpa dibekalkan “manual book” apa yang perlu dilakukan kepada bayi tersebut. 

Zaman dah berubah. Kalau dulu lahir jer pakai lampin kain…. kena beli.. basuh, kering dan lipat.. banyak masa terbuang…now…. semua guna diapers….. pakai buang sahaja .. mudah, cepat, practical, sistematik dan efisyen!!

Kelahiran calon PhD juga sama spt baby….tidak dibekalkan “manual book”, jadi peringkat awal adalah crucial dan banyak bergantung kepada manual dari SV. 

My baby.....


Malangnya SV juga dulu tidak dibekalkan “manual book”. 

Oleh itu jika ada SV yang dahulu suka dgn lampin.... sekarang berubahlah kepada diapers dan jika dahulu berkata begini.... sekarang ubahlah....

Dahulu: PhD ini tough, penuh duri, onak, lurah, dugaan dan dramatic 
Sekarang: PhD ini satu proses pembelajaran boleh dilalui secara yang sistematik i

Dahulu: Moga dipermudahkan perjalanan yang sukar ini
Sekarang: Segalanya mudah, jika kemahiran berikut dikuasai 

Dahulu: Hendak seribu daya tak mahu seribu dalih brother ...
Sekarang: Sediakan jadual kerja and lets do it together !

Dahulu: Baca… dan baca lagi….jgn jumpa saya dulu buat menyemak !
Sekarang: Siapkan proposal apa yang awak baca dan faham biar saya semak

Dahulu: Cara ini salah…...lol !
Sekarang: Beginilah cara yang yang betul

Dahulu: Kenapa buat tajuk yang dah banyak orang buat?
Sekarang: Apa yang boleh disumbangkan oleh tajuk ini kepada knowledge dan menjawab kepada persoalan "So what ?"

Dahulu: Kalau saya dulu boleh buat kenapa tidak awak sekarang ni? 
Sekarang: Awak boleh buat lebih baik dari saya kerana banyak kemudahan dan kemahiran baru yang boleh awak pelajari...

Dahulu: Inipun awak tak tahu... guano ?
Sekarang: Inilah aspek yang perlu lagi awak explore …. 

Dahulu: Giler ker nak buat kajian kualitatif ...org kata lama nak abis dan stress !! 
Sekarang: Gi bengkel ATLAS.ti oleh Dr OT 20hb ni di Bangi.... satu hari jer beres....!

Adanya....

Sunday, February 16, 2014

Tajuk 563 - Master / PhD - not everything you do has to be USEFUL !!

Aku selalu menulis kenapa PhD lebih kepada acquiring skills to be a competent researcher in your area of investigation... mendapat findings lalu contribute to the body of knowledge.... bukan kecoh mecoh pasal impact research tersebut utk ubah polisi atau society dan segala macamnya. 

Sadis bila yang kecoh mecoh tu sendiripun tak pernah buat kajian yang ada impact !!

Impact hanya akan diperolehi dgn kajian berterusan selepas dapat PhD sebagai expert bukan perkara utama yang ditagih ketika menjadi calon PhD ! 

Pernyataan "not everything you do has to be useful..." bukan dari mulut aku.... sila baca kisah berikut ! 

Richard Feynmen (Nobel-prize-winning physicist 1965) petikan dari buku biography beliau:

I used to do whatever I felt like doing – it didn’t have to do with whether it was important for the development of nuclear physics… without worrying about any importance whatsoever.

The best researchers are driven by curiosity as “the pleasure of finding things out”, and it seems to be a good way to stay engaged and interested in your work. ….not everything you do has to be useful. Invest some time in exploring ideas just for the sake of curiosity, for the pleasure of finding things out…

OT

Friday, February 14, 2014

Tajuk 562 - Tiga jenis Research GAP

Research terlalu banyak cabang... jadi research gap pun ada banyak cabang... tiga contoh berikut adalah antaranya..... bagi nampak kepelbagaian gap yang ada...

1. Model gap: A study of the relationship between personality disorder and burnout

There have been a number of studies of job stress, however, none of these studies investigate the relationship of personality disorder to burnout among lecturers using structural modelling. 

2. Evaluation gap: The effects of FB addiction on student’s achievement.

While there has been many researches on the impact of internet addiction in general on student’s achievement, little has been written about the effects of social network (FB) on student’s achievement in college.

3. Practical gap: The implementation of constructivist animation model for chemistry instruction

In science education, the studies on the evaluation of chemistry instruction based on constructivist theory has been a major concern, however, there is no study investigate the effectiveness of animation designed based on constructivist theory for chemistry instruction.

Ketiga2 gap diatas advance the knowledge dlm bidang bbeza..

Perhatikn bhw dah byk kajian dilakukn dlm ketiga2 bidang tetapi masih ada gap / niche yg boleh diisi utk contribute to the body of knowledge... bukan yg lansung xpernah dibuat sebelumnya....


Thursday, February 13, 2014

Tajuk 561: Pernyataan masaalah: SYMPTOM VS PROBLEM

Jgn jadi mcm nenek aku !

Ramai calon PhD yang bakal jadi "Dr" kantoi bila menulis problem statement - bhg paling penting dlm tesis.

Kenapa?

Sebab yg ditulis menjela2 tu adalah SYMPTOM bukan PROBLEM. 


Nenek akupun tahu symptom, mkn 2 biji panadol settled... tak perlu buat PhD atau jadi Dr !

Ada yang confused antara sympton dgn problem. Confused adalah "symptom" yang sering ditunjukan oleh calon master /PhD..... mungkin timbul dari problem yang dihadapi mereka seperti "Permanent head Damage"... agaknyer lah...

Oleh kerana aku tak nak menambahkan lagi sympton dari problem PhD tersebut... aku bagi contoh mudah dan simple2....contoh tahap tingkatan 5.... pandai2lah generate sendiri utk tahap master / PhD utk bezakan symptom dgn problem ! 

1. Sukar memahami konsep sains yang abstrak (problem) - gagal dalam peperiksaan (symptom)

2. polisi pinjaman bank terlalu mudah (problem) - ramai bangkrup (symptom)

3. peraturan asrama terlalu ketat (problem) - pelajar memberontak (symptom). 

4. pengajaran sains/maths terlalu kurang aspek pemikiran aras tinggi (problem) - Malaysia tercorot dalam ujian PISA / TIMMS (symptom)

Persoalan debatable adalah

1. Bagaimana nak atasi kesukaran memahami konsep sains yang abstrak?

2. Bagaimana nak meluluskan pinjaman secara efektif?

3. bagaimana nak menyediakan peraturan asrama yang lebih fleksibel?

4. Bagaimana mengajar sains / maths dgn pemikiran aras tinggi?

Bukannya:

1. Bagaimana nak kurangkan kegagalan tapi tidak melihat problem kesukaran pelajar memahami konsep sains yang abstrak?

2. Bagaimana nak kurangkan bangkrupsi tanpa melibatkan cara meluluskan pinjaman?

3. Bagaiman nak kurangkan pemberontakkan tapi tidak menyentuh peraturan ketat asrama yang menjadi punca?

4. Bagaimana nak naikkan ranking PISA / TIMMS tanpa mnjelaskan keperluan kaedah mengajar sains / maths dgn pemikiran aras tinggi? 

Jadi gagal peperiksaan, ramai yg bangkrup, fenomena memberontak dan keciciran dalam PISA / TIMMS adalah symptom tetapi inilah yang ditulis menjela2 sebagai masalah.... sedangkan problem sebenar tidak dijelaskan... !!

Ada faham ker atau masih confused ? Kalau confused samalah macam nenek aku yang selalu gak confused !

OT

Tajuk 560: Contoh discussion of findings....

Ini adalah contoh discussion of findings yang tidak memerlukan anda menulis "Dapatan kajian ini selari / disokong oleh kajian lepas oleh sianu-sianu" yang hanya akan merendahkan makam dapatan tersebut.

The answers given by the X group in the post-test and during interviews showed a dramatic revision of their existing ideas, which provides evidence of their strong conceptual change. Furthermore, the subjects in the X  group who experienced stronger conceptual change were less likely to demonstrate misconceptions in the post-test than their counterparts in the Y group. 

This study also found at least three specific misconceptions demonstrated by the subjects from both the X and Y group, which can be added to the list of students’ misconceptions documented in the literature. These misconceptions were found written by the students in the pre-test and post-test and detected during the interview sessions. These misconceptions were (a) a reducing agent is only in atomic form (b) there are positive atoms and negative atoms, and (c) in electrochemical cells, the cathode is always a negative electrode and the anode is always a positive electrode. 


Another common misconception held by the subjects was that they believed the salt bridge supplied electrons which flowed through electrolyte solutions as electrical current in order to complete the galvanic cell’s electrical circuit. The answer to the purpose of a salt bridge, ‘in order to complete the circuit’, was probably repeated from similar statements found in most general chemistry textbooks. 


The research process demonstrated that factual knowledge such as definition of terminologies can be remembered and understood easily by the students in X and Y. Some misconceptions about simple concepts can also be restructured and resolved through both instructional approaches. In other words, it seems adequate for the factual knowledge to be intelligible in order to facilitate weak conceptual change, regardless of the method of instruction. For example, by just memorizing the facts, the subjects might have been able to give a correct definition of electrolyte. 


The findings showed that the subjects in both groups had little difficulty in answering factual questions. The interviews, however, revealed that even after instruction, some students possessed misconceptions of some difficult concepts. This was more evident in the Y group in relation to answering post-test questions concerning (a) the determination of the cathode and the anode of galvanic cell, (b) the prediction of reactions occurring in the electrolytic cell which used concentrated solution or reactive electrodes and (c) the explanation of the function of the salt bridge. A comment on why these misconceptions were less amongst the X group point to the greater efficacy of the teaching approach used with these students, which will be explained in the next section.


The overall findings show positive results for the effectiveness of X to enhance students’ conceptual change of electrochemistry. These findings revealed substantial support for the hypothesis of the study that X was significantly better as an instructional strategy to enhance conceptual change compared to Y. Therefore, engaging students in constructivist instructional activities and presenting explicit sequences of animations does seem effective in significantly improving students’ conceptual change. 


This study has found that through X, which shows step-wise sequences of diagrams to illustrate complex, abstract and dynamic concepts of electrochemistry led to better conceptual change than through Y. Most importantly, the study revealed that complex, abstract and dynamic concepts need more than just the conventional instructional method to ensure correct understanding and accurate conceptual grasp. The analysis of the post-test answers and the interview transcripts revealed that the subjects in the X group held more correct and complete electrochemistry concepts compared to the Y group. The correctness and completeness of the answers demonstrated by the subjects in the X group strengthen the claim that they experienced stronger conceptual change. Furthermore, clear and precise step-by-step constructivist animation is useful for students with less existing knowledge to conceptualize difficult information. Such animation would also be useful in promoting quality argument during collective discussion. 


This is because animation has the ability to clarify difficult and abstract concepts in a more convincing way without complicated explanation. Therefore, it can be suggested that collective discussion, and the use of well-designed constructivist animations, as instructional intervention, as experienced by the X group, seem to provide scaffolds, which enhanced the subjects’ conceptual change. 


The study also revealed that students who received instruction using static illustrations written on transparencies were generally successful at answering the post-test and probing questions at surface understanding. They seemed to answer using over-generalized statements such as ‘the purpose of salt bridge is to complete the circuit’, and ‘electrons can flow through electrolyte.’ They used these statements to justify their answer without understanding the basis of the concepts or apply the concepts to inappropriate situations. 


The perception of students towards X, as evidenced by their general comments, was also positive. Overall responses to the open-ended questionnaire revealed that animation was accepted as a more plausible, intelligible and fruitful teaching and learning method. The X group agreed that they could easily understand the concepts shown to them through animations and was much easier for them to make sense of the concepts. In this case, concepts are considered intelligible to students in the X group when they can explain the concepts in their own words. Findings also suggested that X has an advantage over Y as a more fruitful presentation, which encourages the solving of problems in a variety of new situations and conditions.


Responses from the open-ended questionnaire revealed that one of the important features of the animations was their ability to systematically portray complex, abstract and dynamic concepts of molecular processes. It is worth mentioning that animations could serve as an alternative replacement to static illustrations printed on transparencies (or drawn on the whiteboard) as practiced in conventional instruction. 


Although the effect of X was only analyzed from the comparison of the pre-test and post-test and from the probing interview questions, the findings demonstrated that the X group outperformed the Y group, thus supporting a major hypothesis for this study: X enhances students’ conceptual change in electrochemistry.


In conclusion, the findings support the movement from direct transmission approach to teaching and learning to constructivist approach as proposed in the conceptual frramework of this study. This study has proved that constructivist can be implemented through different techniques; one of these is through X, which is practically designed for science teachers to implement constructivist activities of teaching and learning both from cognitive and social perspectives. X can be implemented at all levels of education, effective in engaging students in active learning environment, in small or big classrooms. 

No one is absolutely sure how computer-mediated instruction will drive the future direction of science education. A consensual view from such research is that user-friendly computer technologies will gradually replace or at least complement the conventional direct transmission approaches, especially to cater to groups of students with diverse backgrounds, motivations, interests and learning styles.


Although the study has brought attention to the advantages of using animation in teaching scientific concepts, it should be noted that further research with longer instructional time and larger samples are recommended in order to explore possible strengthening findings. In addition, more topics in chemistry should also be covered. The implementation of computer animations across different science disciplines such as Physics and Biology would allow broader comment spanning different science domains.  


In addition to the conceptual change approach used in this study, there are many other approaches of constructivist teaching in the area of science education such as cooperative learning, problem solving, group discussions, hands-on activities, concept mapping and problem-based approaches which can be integrated with computer technologies. This study has shown that combining clear and precise step-by-step constructivist animation with collective discussion has led to better conceptual change than through the conventional instruction. It is believed that other approaches of constructivist teaching in the area of science education can also be implemented in well-designed computer-mediated teaching activities. 


Even though this study found the use of animation and collective discussion promising as part of constructivist instruction, X, like other constructivist computer-mediated instruction, places specific requirements on teachers.  On this basis, the potential of the computer as a constructivist instructional tool is unlikely to be fully utilized unless the science educators, when planning their lessons ensure that they:

1. represent subject contents that promote active knowledge construction;
2. structure teaching activities that probe students’ current ideas;
3. structure teaching activities that  allow them to examine their own ideas;
4. organize teaching activities that challenge students’ understandings and resolve misconceptions; 
5. create teaching activities that engage students on their current interests; and
6. encourage students’ involvement in classroom discussion.

Therefore, future study is needed to examine the extent to which these strategies might be integrated and manipulated in computer-mediated instruction in order to enhance not only students’ conceptual understanding but also their ability in other science process skills such as problem solving, scientific thinking, and critical thinking skills. More study is needed to determine the way of integrating and implementing such strategies in conventional classrooms and how they can cross subject discipline boundaries.  


Wednesday, February 12, 2014

Tajuk 559: Tajuk Master dan PhD xder beza...

Ada yang tanya, apa beza TAJUK kajian PhD dan Master?

Aku jawab… tak da beza?

Cam ner pulak tu - bukankah tajuk PhD mesti dasyat.... sample mesti banyak !!

Ambik contoh tajuk berikut sbg working title kajian master dan PhD: 
Relationship between college students’ attitudes toward chemistry, pre-knowledge, conceptual knowledge and achievement.

Master: Kajian guna analisis multiple regression… SPSS akan memberikan nilai R square, yang memberitahu anda berapa banyak varians dalam DV boleh dijelaskan oleh model yang mengandungi semua IV yang anda analisis. 

PhD: Kajian guna SEM dgn SPSS / AMOS analisis multivariate data bagi mengkaji complex relationships antara variables dgn menguji samada struktur model padan dengan struktur model yang dihipotesiskan yang mengaitkan faktor exogenous dengan endogenous. Analisis ini melibatkan analisis yang lebih mendalam dan details termasuklah factor analisis, sample size, missing data, fit indices, parameter estimates, effect sizes, explained variance, rationale for model modification, examined multiple models. 

Jika kajian menguji prestasi engine…. maka peringkat master menguji engine kereta dan PhD menguji engine jet dan tentulah perkasasan dan analisis engine jet jauh lebih details dan complex !

Byk terjadi SV dengar sekali jer tajuk dah reject kononnya tak capai tahap PhD... tajuk dah byk orang buat..... tanpa membimbing supervisee mendalami kajian berkisar tajuk yang sama... yang membezakannya dgn kajian terdahulu....

OT

Tajuk 558: Jgn LAPUKKAN dapatan kajian anda !

Alkisah 2 calon PhD datang jumpa aku...utk berbincang. Sampai ke bahagian perbincangan dapatan.... mereka menyatakan bahawa dapatan kajian mestilah disokong oleh kajian lepas... sebab menurut SV mereka "siapa awak yg nak mendakwa dapatan kajian awak begini begitu.... " maka dgn taat dan patuh serta sedikit kecut.... terhasillah pernyataan spt berikut yang ditulis oleh calon tersebut.... bagi menepati saranan SV mereka...

"Dapatan kajian ini disokong oleh dapatan kajian Ali (2008)...."

"Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian John (2006)...."

Aku katakan.... dgn nada sedikit geram....selepas mengharungi 3, 4 tahun mendalami literatur,mengupas kajian lepas, menjalankan kajian dan melakukan analisis...anda patut telah bersedia utk menulis sesuatu yang lebih advance..khususnya di bahagian perbincangan dapatan kajian termasuk penjelasan dari sumber yang tidak dibincangkan dalam LR...kerana anda perlu menulis bagi...

1. menjelaskan bagaimana dapatan tersebut "advance the knowledge"

2. menjelaskan bagaimana dapatan tersebut "contribute to the body of knowledge"

3. menjelaskan conceptual framework yg dicadang sebelum kajian

4. dikaitkan dengan potential utk future research

Bukan mengundur kebelakang dan diisandarkan kepada kajian lepas bro sama seperti menyatakan

" Kajian ini menunjukkan faktor X telah menyumbang kepada keberkesanan penggunaan minyak injin kereta selari dengan dapatan kajian Ali (2000).... " 

"Faktor X telah menyumbang kepada keberkesanan penggunaan minyak injin kereta disokong oleh dapatan kajian John (2000).... " 

Anda SENDIRI menjadikan dapatan kajian anda lapuk sebab bukan sahaja anda gagal mengupasnya secara advance tetapi menjadikannya selari / disokong pulak oleh kajian lepas yang DAH LAPUK... ! 

OT

Monday, February 10, 2014

Tajuk 557: PhD synonym dgn knowledge !!

Aku sedikit emosi.... macho pun ada emosi bro....ada feeling... ada empathy.... so nak jelaskn satu benda simple.

Master menyediakan asas menguasai suatu bidang disusuli dgn PhD yang focus kepada research utk mengembangkan lagi satu aspek pengetahuan dlm bidang tersebut. 

Dgn asas ini calon master / PhD menerima “degree” (synonym dgn knowledge) bukan lesen R n D atau lesen kumpulan research group yang dapat grant khusus utk buat innovation, atau bina dasar atau kaji polisi !!

Dah dapat degree PhD barulah joint kump R n D atau apply grant utk ubah polisi – itupun kalau mampu !! Berapa byk kumpulan research yg dapat grant dgn jutaan budget….dan puluhan tahun berpengalaman…. pun belum tentu dapat hasilkan sesuatu yang ada impak ….khususnya sosial science... sekadar published journal sahaja inikan pulak calon (namanya pun calon) PhD yang baru nak buat research independently….dan itupun kajian percubaan pertama !!

Wpun bukan semua thesis atau proposal dinilai begitu.... sebahagian besarnya OK.. lulus dgn baik.... namun aku pernah dmaklumkan ada satu defend proposal “sangkut” kerana research proposal yang dibentang tidak menunjukkan dengan jelas impak nya kepada polisi bidang kajian sedangkan contribution pada knowledge dah clear... dan berpotensi utk menerbitkan artikel.. malah bukan senangpun nak sediakan proposal tersebut....belum thesis lagi...... bukan overnite bro... tapi sangkut pada "impact" !! 

Jika inilah kesnya.... aku nak cadangkan satu benda simple... paling simple ! Sila pinjam thesis mereka yang beriya2 menekankan aspek impak ..... minta mereka tunjukkan dahulu impak kajian mereka peringkat PhD / master dan apakah polisi yang dah berubah atau at least terkesan dgn thesis mereka tersebut !!! 

Ntah2 kajian mereka sampai sekarangpun tidak ada impak kepada apa2pun….. Jadi kenapa minta sesuatu yang bukan keperluan utama penganugerahan ijazah PhD / Master sedang mereka sendiri pun mungkin tidak pernah dapat lakukan? 

OT 

Tajuk 556: Kajian master / PhD adalah satu PROCESS

Kajian master / PhD adalah satu PROCESS... bukan produk yang dipertanggungjawabkan utk memberi impak kepada mana-mana pihak. 

Proses ini melibatkan penguasaan theory... menguji theory dgn instrument yang lebih advanced, comprehensive, validated supaya dapat memantapkan aspek theoretical lalu memberi impak kepada bidang yang dikaji, domain yang diuji....bukan impak kepada pihak lain... 

Sebagai contoh....kajian dalam social science yang selama ini hanya menguji teori dgn IV dan DV dah ketinggalan kerana menguji sesuatu yang dah pun "confirmed" atau "dapat diketahui" hasilnya tanpa perlupun kajian. 

Oleh itu, kecanggihan statistics dan perisian telah memberikan ruang menguji mediated variable dan moderator variable supaya aspek theoretical bidang dikaji dapat dimantapkan dan dihalusi lagii. 

Jadi process memahami merekabentuk kajian, membina instrument, menjalankan analisis statistics yang advanced, membuat perbncangan yang comprehensive adalah process yang perlu dipelajari dan dikuasai dan menjadi fokus dalam kajian master / PhD, bukannya sibuk dgn impak (kepada pihak tertentu) sehingga jadi soalan wajib dalam temuduga biasiswa utk sambung blaja... sedang impak ini bukan sahaja tidak diuji apatah lagi utk dilaksanakan.!! 

Menguasai process ini akan menjadi keperluan utk "memuaskan aspek theoretical" sehingga kajian yang dijalankan berupaya :

1. membuka ruang aplikasi theory yang lebih luas 

2. menghasilkan comprehensive model

3. menghasilkan data empirical experiment yang solid

4. menjelaskan lagi perkaitan antara semua variable (IV, DV, mediator, moderator, extraneous...) sehingga dapat difahami signifikannya problem yang dikaji (wpun kajian yang hampir sama telah banyak dijalankan secara cetek dan dangkal !!)

5. meningkatkan penguasaan yang mendalam dalam bidang dikaji dan segala aspek yang berkaitan

6. memberikan jawapan kepada "How do your data advance the knowledge?" atau "certified the contribution to the body of knowledge / literature / current debate" (ini barulah soalan wajib masa interview biasiswa....) 

Sunday, February 9, 2014

Tajuk 555: Master / PhD: Kajian yang memberi impak atau...?

Ramai berpendapat Master dan lebih2 lagi PhD dlm sains sosial memerlukan kajian yang memberi impak – khususnya pada masyarakat dan perubahan polisi. 

Oleh itu tidak hairanlah calon PhD digesa oleh SV "mencari" kajian yang ada impak khususnya kajian yang “belum lagi dibuat” sebagai pilihan terbaik... maka ramai calon spt bnafas dlm shower utk mdptkn tajuk sehingga ada yg btukar tajuk spt menukar channel astro...maklumlah belum apa2 lg calon dianggap pakar mcari tajuk yg berimpak tinggi...

Jika beginilah halnya, tentu calon PhD tersebut adalah juga “pakar” yg bakal mjalankn kajian yang memberi impak mengatasi pakar sedia ada.... agaknyer...

Timbul pertanyaan dibenak fikiran aku. Jika impak inilah yang menjadi fokus utama kajian master /PhD…….

1. ADAKAH dinyatakan dalam objektif bahawa kajian dilakukan utk menghasilkan sesuatu impak tertentu?

2. ADAKAH calon melakukan sebarang tindakan sehingga objektif berkaitan impak tersebut tercapai ?

3. Jika impak ditulis dalam implikasi kajian atau dalam perbincangan, ADAKAH calon akan menjadikan impak tersebut satu realiti dan bagaimana ia dilakukan?

4. Selain SV dan pemeriksa yang tugasnya hanya menilai tesis calon, ADAKAH terdapat pihak berautoriti yg akan membaca thesis calon untuk merealisasikan impak yang dimaksudkan?

5. ADAKAH terdapat usaha menjemput mana-mana pihak berautoriti melaksanakan implikasi kajian supaya memberi impak seperti yang dimaksudkan?

Ada TIGA kemungkinan jawapan persoalan 1-5 di atas:

1. Sekiranya anda berpendapat jawapan 1-5 diatas “Ada” .... sila berikan penjelasan lanjut..... 

2. Sekiranya jawapan di atas "TIDAK ADA" timbul lagi persoalan kenapa kemaruk sangat nakkan benda yang sebenarnya tidak dibuat pun sedang apa yang pastii.... belumpun buat kajian calon dah kena impaknya !! 

3. Sekiranya jawapan diatas "TAK PASTI" eloklah tukar profession lain....


OT

Thursday, February 6, 2014

Wednesday, February 5, 2014

Tajuk 554: Elakkan menulis "as cited in"

Ini idea yang aku tulis apabila membaca proposal yang bersepah2 dgn "as cited in"... sampai naik bulu roma aku..

Bila terjumpa satu statement PENTING berkaitan kajian sendiri dari bacaan satu astikel katakan  Abu (2010) yang menulis dan merujuk pula kepada  artikel Ali (1970)…. selalunya pelajar rephrase petikan tersebut dan menulis sebagai “……… (as cited in Ali, 1970)”.

Sebelum anda buat begitu… aku nak anda fikirkan:

1. kalau statement Ali (1970) tu memang PENTING, anda mesti dapatkan sumber asal dan baca full text

2. jika sumber asal  Ali (1970) tersebut adalah journal yang dipublised…. tak ada alasan anda tak boleh dapatkannya.. by hook or by crook....

3. kalau anda tulis juga ……..(as cited in Ali, 1970) anda merendahkan martabat tesis anda sendiri…

Kenapa plak?

Anda boleh tulis (as cited in Ali, 1970) HANYA jika sumber tersebut sukar diperolehi kerana milik peribadi sudah tidak disimpan lagi seperti transcript temuduga, email, surat atau buku dalam bahasa yang hanya difahami oleh penulis sumber yang dirujuk, buku klasik yang dah tak diketahui lagi lokasinya, dokumen yang telah diklasifikasikan sebagai “confidential” atas sebab2 tertentu dan tidak didedahkan lagi… 

Cara lain yang lebih bermaruah bagi elakkan “as cited in”…. dgn menulis secara direct quotation spt contoh berikut:

As Abu (2010) noted “……………..(petikan terus dari Abu (2010) yang ada pernyataan penting tersebut……… (Ali, 1970)”.

Dgn cara ini senarai rujukan anda hanya memerlukan Abu (2010) tanpa perlu Ali (1970) kerana Ali (1970) telah menjadi sebahagian direct quotation”

Jika kajian anda biasa-biasa sahaja bukan melibatkan sumber sejarah, perbualan dgn tokoh2 yang dah meninggal, sumber rujukan bahasa asing atau confidential...."as cited in" tak sepatutnya ada...

Ada faham?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...