.

"ANTARA BLOG TERBAIK PENGAJIAN TINGGI DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

ANTARA TAJUK-TAJUK POPULAR.

Link ke semua Tajuk Popular berikut terletak dibawah ShoutMix.

Tajuk 004 - Ada 11 perkara kajian anda SIGNIFICANCE

Tajuk 014 - Menulis LITERATURE REVIEW yang kritis...sempoiii..

Tajuk 020 - Sample: Purposive atau Convenience atau ?

Tajuk 032 - Kenapa data ordinal tidak normal?

Tajuk 035 - Interpretasi SIGNIFICANT bagi correlation

Tajuk 083 - Sempoinya menulis LITERATURE REVIEW secara kritis !

Tajuk 094 - Tulis PROBLEM STATEMENT tapi TIDAK ADA problem?

Tajuk 100 - Menulis thesis dgn PANTAS "Jika saya menjadi anda"

LINK KE SEMUA TAJUK POPULAR BERIKUT TERLETAK DIBAWAH SHOUTMIX.

Tajuk 119 - Jgn perasan kajian anda boleh ubah policy!

Tajuk 122 - Jgn nak lebeh2 jika guna CORRELATION !

Tajuk 132 - Anda patut lebih TERROR dari supervisor anda !

Tajuk 141 - Tak logic minat RASCH MODEL tapi tak tahu LOGIT?

Tajuk 156 - DROPBOX - File tesis anda dalam bahaya!

Tajuk 184 - Semak Literature Review dgn SIMEC !

Tajuk 185 - Senangnya bina OUTLINE LR !

Tajuk 187 - Tiga rahsia penulisan LR terbongkar... Yezza!

Tajuk 212 - Cari RESEARCH GAP? Gunalah SYNTHESIS MATRIX !!

Tajuk 215 - Kalaulah saya jadi SV.. emmm

Tajuk 233 - CITATION dlm LR – Giler kalau macam ini...!!

Tajuk 238 - Lambat siap tesis – Anda berpenyakit procrastination !

Tajuk 234 - Anda pasti KALUT tanpa PILOT Article

LINK KE SEMUA TAJUK POPULAR BERIKUT TERLETAK DIBAWAH SHOUTMIX.

Tajuk 339 - Thesis: Dont Make It Write, Make It Written !!

Tajuk 240 - "DISCUSSION OF FINDINGS" Jangan pulak anda jadi Pak Pandir.

Tajuk 242 - RESEARCH GAP? - Gunalah HYBRIDIZATION TECHNIQUE

Tajuk 245 - Baca ini anda confirmed kamcing dgn SV

Tajuk 261 - RESEARCH GAP dan Teori Persenyawaan

Tajuk 267 - RESEARCH FRAMEWORK: Kenapa proposal mesti tebal-tebal?

Tajuk 277 - 278: RFOT - Wow !! RESEARCH FRAMEWORK dlm satu mukasurat jer!

Tajuk 279 - Nilai sebuah PROPOSAL..

Tajuk 285 - Thesis dan Awet Muda - Tips untuk suami isteri

LINK KE SEMUA TAJUK POPULAR BERIKUT TERLETAK DIBAWAH SHOUTMIX.

Tajuk 291 - 4 langkah validate + reliability questionnaire

Tajuk 311 - 6 kisah seram calon PhD !!

Tajuk 312 - Anda tak boleh ubah SV, andalah yang perlu berubah !

Tajuk 326 - MENDELEY: Citation + bibliography secara automatik....!

Tajuk 363 - Download template RFOT versi baru dlm MS Word disini !

Tajuk 366 - Empat langkah sempoi tulis paragraph yg KRITIS !!

Tajuk 367 - Bila supervisee jadi BEBAN SV !!

Tajuk 370 – Menulis significance dan Implication of study…

Tajuk 373 - Download desktop calender free here

Tajuk 379 - Download template for writing article AROT

Tajuk 395 - Novelty / Originality kajian anda dipersoalkan?

Tajuk 401 - Download RFOT latest (v4)

Tajuk 405 - Fulamak...Speed Reading (SROT)

Tajuk 417 - 432: Wooow.... ATLAS.TI - 12 Siri Langkah demi langkah

Tajuk 458 - Fulamak...3 Langkah Mudah Gaya UKM Dlm MENDELEY

Tajuk 468 - What is "THE BEST" Thesis?

Tajuk 473 - Sebab supervisee slow sokmo !!

Tajuk 477 - Template RFOT utk download (pdf)

Tajuk 486 - SV timun laut buat kajian singa laut?

Tajuk 487 - Bila Prof nak jadi MARADONA

Tajuk 529 - Calon PhD: Tipah Jgn Tertipu dgn SV !

----------------------------------------

Sila klik link Brochure, Sijil Penyertaan dan Resit yg disediakan di bawah shoutmix.

------------------------------------------------

SENARAI TENTATIF BENGKEL


RINGKASAN BENGKEL:

(1) TULIS TESIS CEPAT = TULIS TESIS CEPAT, LIT. REV. & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) SPSS =PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ATLAS.ti = ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) QNAIRE = BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK


Ogos 2014:

- Tulis Tesis Cepat / Mendeley (MPWS Bangi) - 14 Ogos

- ATLAS.ti (MPWS Bangi) - 17 Ogos

- Tulis Tesis Cepat / Mendeley (Kuching, Sarawak) - 24 Ogos

- Talk-show bersama graduan ex-peserta bengkel - 23 Ogos (UPM)


September 2014:

- Tulis Tesis Cepat / Mendeley (MPWS Bangi) - 4 September

- QNAIRE (MPWS Bangi) - 6 September

- Tulis Tesis Cepat / Mendeley (Perlis) - 7 September

Daftar dan info : http://www.postgraduateworkshop.com/

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke: zahinothman@gmail.com


Sila klik link Brochure, Sijil Penyertaan dan Resit yg disediakan di bawah shoutmix.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, April 29, 2013

Tajuk 478: Proposal PhD – SEMPORNA kah kajian tanpa sumbangan kpd KPM?


Aku baca dalam fb ko merayap sampai ke SEMPORNA?

Aah…pemergian aku ke TAWAU utk mengisi bengkel penulisan thesis ler… then keesokkan harinya aku ke SEMPORNA pula. Rasa tak sempurna jika tak ke sana. Aku membawa kereta merentasi ladang kelapa sawit dari TAWAU ke SEMPORNA… daerah yang tiba2 tersohor kerana peristiwa di Lahad Datu.  

Sampai di SEMPORNA, aku terus ke Pulau MABUL….  pulau transit sebelum ke Pulau Sipadan, 40 minit menaiki speed boat dari jeti di SEMPORNA.

OO…. apa hal ko citer pasal proposal PhD lagi ni?

Adalah sikit… sekadar memberi pandangan… barulah meriah dunia pendidikan kita…

Aku nak citer dua kisah...
Kisah 1: Kisah proposal PhD ( kisah proposal lagi...)
Kisah 2: Kisah anak Pulau Mabul (spt photo di bawah ini....)

Ko baca ler sampai abis…


Lensa kamera aku merakam sebahagian kehidupan di Pulau Mabul...


Kisah 1:

Dalam perjalanan ke SEMPORNA sambil aku melihat jutaan poster dan sepanduk calon2 PRU13, aku teringat satu perbualan antara dua pendidik. 

Salah seorang berkata…sambil mengeluh:

“Susah buat proposal utk  mohon PhD bila ditanya – Apakah sumbangan kajian ini kepada KPM? "

Aku buat kaedah pengajaran so aku jawab begini begitu… tapi aku dimaklumkan kajian aku masih tak sampai kepada menyumbang sesuatu kepada KPM….

Sebelum aku teruskan tulisan ini…anggaplah apa yang ditulis ini sebagai intellectual discussion…. dan aku ingin berkongsi pemahaman aku dgn ko dalam hal ini 

No problem bro… ko citer jerlah…

Berbalik keluhan dalam dialog di atas…aku cenderung utk berpendapat bahawa adalah “terlalu awal” utk  meminta bakal calon PhD membuat kajian diperingkat master atau PhD dgn penekanan difokuskan “sumbangan kajian kepada KPM”. 

Aku berpendapat sumbangan paling UTAMA yang diperlukan diperingkat master dan PhD iaitu sumbangan kesarjanaan / intellectual dalam bentuk “contribution to the body of knowledge”  dalam bidang pendidikan yang dikaji.

Cer ko bagi analogi sikit… maklumlah aku ni bukan bidang pendidikan…

Aku bagi situasi simple….bukan analogi....

Apa sumbangan pelajar SPM yang cemerlang kepada KPM?

Errr…. Cam tak der jer ..

Memang lah “tidak ada” kalau diambilkira sumbangan secara lansung, sebab mereka ini berjaya dalam SPM utk melayakkan diri memasuki matrik / IPTA… bukan masuk KPM.

Maknanya bro?

Maknanya….KPM lah yang bertanggungjawab menyumbang kepada pelajar SPM bukan sebaliknya. Sumbangan ini dalam bentuk penyediaan guru terlatih dan kemudahan terbaik disekolah… dan hasilnya pelajar mendapat KNOWLEDGE….

Jadi KNOWLEDGE adalah objective apabila ko belajar dlm system pendidikan negara….dari tadika lagi sampailah PhD.

Tadika sampai PhD?


Convocation: Bakal calon PhD .....
Convocation: Inipun bakal calon PhD....
(www.imsipda.net)

Pelajar PhD adalah produk sebagaimana pelajar TADIKA dan SPM juga…jgn ko tak tahu. Bezanya calon PhD perlu meneroka sendiri KNOWLEDGE yang lebih specific secara mendalam yang diperlukan utk jadi bakal penyelidik yang berwibawa dan yang mempunyai kemahiran yang berkaitan dengan bidang masing-masing dalam pendidikan. 

KNOWLEDGE dan kemahiran ini kemudiannya diadun dalam satu kajian yang akhirnya dapat pula menyumbang kepada “the body of knowledge” dalam bidang yang dikaji.  

Sumbangan ini sangat crucial sehingga IPTA mensyaratkan semua calon PhD “wajib” ada publication. Jadi menerbitkan artikel dalam jurnal adalah satu indicator yang jelas sbg “contribution to the body of knowledge”....bukan contribution kepada mana-mana pihak...dan penerbitan artikel ni menjadi benchmark quality research yang menjadi amalan semua universiti di dunia....

Emmm…. lagi bro?

Selepas mendapat PhD, barulah wujud tuntutan supaya Dr-Dr ini menjalankan kajian yang secara lansung berkait dgn KPM, bukan ketika menjadi calon PhD yang serba novis, terbatas dgn pelbagai kekangan. 

Abis apa yang dimaksudkan dengan”sumbangan kepada KPM?”

Aku tak sure pula maksudnya…agak2 ko?

Katalah sumbangan tersebut maybe dalam bentuk kajian yang hasilkan misalnya.....

a. soal selidik baru utk kegunaan KPM
b. model baru untuk kurikulum KPM
c. faktor-faktor pengajaran berkesan dalam sains

OK… kalau macam tu…. aku ada soalan basic untuk ko jawab.

Adakah KPM bersedia untuk menggunakan soal selidik, model atau apa sahaja dapatan kajian calon PhD?

Wooo… aku tak fikir KPM akan guna sebab itu hanya dapatan dari seorang calon PhD yang novis… mana sampai standard KPM nak guna… malah setahu aku “belum” adapun mana2 “product” PhD pun yang digunakan sepenuhnya oleh KPM. Kalau ada ko tolonglah maklumkan pada aku....

Contohnya perubahan kurukulum dari KBSR ker KSSR adalah hasil penelitian, lawatan, bengkel, perbincangan pakar KPM / IPTA dan lawatan ke puluhan negara luar sehingga ke negara Scandinavian  dan bukannya hasil dari  gabungan dapatan sekumpulan calon PhD...apatah lagi dari hanya dapatan individu calon PhD !! 

Bagaimana dgn PPSMI yang dah dimansuhkan atau  dasar2 lain? Adakah terdapat sumbangan dari kajian calon PhD yang menyumbang kepada terhasilnya dasar2 tersebut? Malah pernahkah dalam diskusi KPM, ada thesis PhD yang dirujuk? 

Emmmm…. cam tak der jer.....

Memang KPM ada menggunakan soal selidik dan inventori seperti Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) utk bakal2 calon guru….tetapi inventori ini dibina oleh sekumpulan pensyarah / pakar dari KPM dan IPTA yang berpengalaman yang dah bertahun terlibat dalam pembinaan instrument psychometric… bukannya sumbangan dapatan yang terhasil dari seorang calon PhD!

Apa yang ko cuba sampaikan ni bro?

Aku cuma terfikir… standard “sumbangan” calon PhD yang novis memang tak sampai utk dijadikan "contribution" kepada KPM kerana KPM sendiri memiliki cukup kepakaran. Jika beginilah halnya…. tentulah tidak wajar meminta proposal yang “dapat menyumbang” sedangkan  realiti sebenarnya "sumbangan" ini tidak berlaku pun....sebab yang berlaku adalah "contribution to the body of knowledge" yang akhirnya akan melahirkan pakar yang juga akan contribute kepada KPM. 

Yang perlu ditekankan dalam penyediaan proposal adalah satu kajian dalam bidang pendidikan yang akan memberikan pengetahuan dan kemahiran up-to-date, mantap dan tip top dgn keperluan semasa....supaya KPM terus melahirkan pensyarah yang bukan sahaja IT savvy tapi menguasai pengetahuan pendidikan yg mendalam dalam bidang masing2  sehingga terus berupaya membuat penyelidikan berkualiti walapun selepas bergraduate utk menaikkan martabat KPM sendiri...

Percayalah.... berapa ramai calon PhD terutama pendidik KPM yang tak mendalami analisis qualitative serta menggunakan aplikasi ATLAS.TI, atau membuat reference manager dgn MENDELEY, atau analisis statistik dengan MANOVA, RASCH MODEL, FACTOR ANALYSIS, MANCOVA, SPANOVA, DISCRIMINANT ANALYSIS, SEM / AMOS, PLS....  dan lain2 analysis yang advanced.... termasuklah membuat validation instrument secara convergent, divergent, predictive....dan inilah yang perlu diberikan perhatian dan fokus dalam penyediaan proposal supaya bakal calon PhD KPM dapat hasilkan kajian yang MANTAP dalam bidang pendidikan.... dan sudah barang pasti kepakaran yang terbina ini akhirnya akan dapat dimanfaatkan oleh KPM juga....

Cer ko bayangkan….

OK per dia…

Bayangkan jika bahagian biasiswa PETRONAS pun minta proposal yang dapat “kajian yang dapat menyumbang kepada PETRONAS” …. Agaknya berapa orang yang akan dapat biasiswa….? 

Mujurlah PETRONAS utamakan bidang…. maka pelajar yang berhasrat utk buat PhD mestilah dari bidang seperti Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Petroleum, Petroleum Geosains….itu sahaja !

Jadi apa kesimpulan ko bro?

Aku cuma nak menyatakan bahawa adalah lebih wajar meneliti proposal bakal calon PhD / Master  dalam aspek sumbangannya kepada “body of knowledge” dalam bidang masing2 dgn memberi focus misalnya kepada pernyataan masalah yang mantap dalam pendidikan, reka bentuk kajian yang komprehensif serta  analisis data yang lebih advance dan rigorous supaya terhasilnya “Dr” yang kompeten utk  menyumbang kepada KPM selepas mereka lulus PhD !!

Kisah 2

Ini adalah sedikit photo lawatan aku ke Pulau Mabul. Aku tak pergi menyelam sebab aku buat lawatan day trip jer tapi aku ke sana utk menyelami sedikit kehidupan anak-anak di Pulau Mabul yang cukup baik dan friendly yang aku temui... kekurangan kemudahan bukan satu masalah bagi mereka.. mereka tetap spt kanak2 lain, ceria dan bermain....bezanya mereka boleh survive di darat dan di air wpun baru setahun jagung....

Biarlah photo-photo aku ini berbicara....

Satu situasi kanak-kanak di Pulau Mabul
Berani sungguh si kecil...spt tiada risiko..

berpanas tanpa baju dan seluar
apatah lagi berjenama KIKO 


Memancing adalah aktiviti kanak-kanak di sana
Inilah yang akan dibawa balik...

Aku abadikan kenangan bersama anak-anak Pulau Mabul


Lihatlah kehidupan atas sampan tradisi ini dibuat dari batang kayu yang di pahat... 
Kita pulak buat PhD / Master dalam bilik aircond, dgn laptop canggih.. itupun dah keluh kesah...


Remaja Pulau Mabul... seharian memancing.. tiada hp atau Ipad utk chatting...

Photo coral yang diambil dari jeti...


Kanak-kanak sedang membina sampan dari botol air yang dikutip... emmm kreatif 
Anak-anak kita.. semua tersedia didepan mata...

Nine dan Zuhayr tak sabar utk menimati air yang jernih

Inilah hasil tangkapan dari jeti....

Terjun gaya ballad.. berani sungguh !!
Kalau dilatih boleh ganti Pandelela Rinong ni...



Aik apsal Nine sampai kat sini?


Oppss..... akak2 jangan tergoda...

Pantai yang memutih... tapi ramai orang putih...


Anak-anak bermain dgn bahan buangan
dibawah rumah bila air surut.. 

Tiada mainan Ben-10 atau Upin dan Ipin bagi mereka...

Emmm ..... makan sendiri adik ni...

Aku tabek spring bila mereka buat wau dari plastik sampah terpakai ..main pulak atas jeti sempit atas air !!
Anak kita dah belikan layang2 pun menangis sebab tak tahu nak main... emmm !

Sementara si abang mencari rezeki dalam air jernih...

Suasana kampung air di Pulau Mabul

Nine (baju purple) kehairanan tengok
rakan sebayanya main guli...
Nine ingat main guli dalam Ipad jer....my poor little boy !!
  
SubhanAllah.... kejernihan air yang memukau.....

Bot adalah pengangkutan utama utk bergerak dan mencari nafkah

Lihat si adik kecil ni.... selamba jer atas perahu uzur...
  
Pulau2 sekitar....

Ketam tangkapan penduduk Pulau Mabul.....
dibeli oleh pelancong.
Aku dulu pernah crabing di Australia tapi semua ketam bertelur wajib campak semula dalam laut...sebab setiap ketam bertelur akan hasilkan ratusan ribu anak2 ketam...

Tiga beradik memerhatikan aku yang sedang menghalakan kamera kepada mereka... 
mereka tak pernah ada hand phone paling murah sekalipun...apatah lagi kamera Nikon...
  
Tapak Sulaiman yang banyak di sana sini.....

Inilah aktiviti masa lapang.... laut adalah padang permainan anak-anak ini

Adik ini mencari sesuatu di air cetek....

Coral ditepi jeti....

Kejernihan air menjadi tarikan pengunjung...
  
Lagi coral di tepi jeti yang kelihatan uzur.......
  
Laluan balik ke rumah...
Confident jer adik ni....
  


Anak-anak ini wpun hidup serba kekurangan tapi mereka ceria.... tiada masalah.... wpun tiada Ipad... tiada Astro... bye-bye sayang.......uncle OT akan datang lagi..... insyaAllah....

OT



Saturday, April 27, 2013

Bengkel di UMS Tawau Sabah... bah !!

Akhirnya aku dan wife selamat menjejakkan kaki di Tawau. Sampai di airport aku disambut oleh Sdri Noraishah dan hubby Din. 


 Berehat di lobby Promenade
bersama Noraishah dan Din...

Panorama dari bilik hotel


Bengkel bermula jam 830 am. Peserta adalah pensyarah IPG Tawau serta tuan rumah UMS Tawau. Suasana pilihanraya juga terasa dgn poster dikiri kanan jalan. 

Tesis menang susah... jadi buatlah cara yang mudah...

Dah mula menaip... sukar nak berhenti !!

Pendidik harapan negara !!


1file1thesis !!



Sampai jugak aku di sini bah !!

Tido research.... makan research !

Bila otai bersembang..... kalah menteri !!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...