.

"ANTARA BLOG TERBAIK PENGAJIAN TINGGI DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


Phew...menuju ke 1,000,000 page views !!

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

ANTARA TAJUK-TAJUK POPULAR.

Link ke semua Tajuk Popular berikut terletak dibawah ShoutMix.

Tajuk 004 - Ada 11 perkara kajian anda SIGNIFICANCE

Tajuk 014 - Menulis LITERATURE REVIEW yang kritis...sempoiii..

Tajuk 020 - Sample: Purposive atau Convenience atau ?

Tajuk 032 - Kenapa data ordinal tidak normal?

Tajuk 035 - Interpretasi SIGNIFICANT bagi correlation

Tajuk 083 - Sempoinya menulis LITERATURE REVIEW secara kritis !

Tajuk 094 - Tulis PROBLEM STATEMENT tapi TIDAK ADA problem?

Tajuk 100 - Menulis thesis dgn PANTAS "Jika saya menjadi anda"

LINK KE SEMUA TAJUK POPULAR BERIKUT TERLETAK DIBAWAH SHOUTMIX.

Tajuk 119 - Jgn perasan kajian anda boleh ubah policy!

Tajuk 122 - Jgn nak lebeh2 jika guna CORRELATION !

Tajuk 132 - Anda patut lebih TERROR dari supervisor anda !

Tajuk 141 - Tak logic minat RASCH MODEL tapi tak tahu LOGIT?

Tajuk 156 - DROPBOX - File tesis anda dalam bahaya!

Tajuk 184 - Semak Literature Review dgn SIMEC !

Tajuk 185 - Senangnya bina OUTLINE LR !

Tajuk 187 - Tiga rahsia penulisan LR terbongkar... Yezza!

Tajuk 212 - Cari RESEARCH GAP? Gunalah SYNTHESIS MATRIX !!

Tajuk 215 - Kalaulah saya jadi SV.. emmm

Tajuk 233 - CITATION dlm LR – Giler kalau macam ini...!!

Tajuk 238 - Lambat siap tesis – Anda berpenyakit procrastination !

Tajuk 234 - Anda pasti KALUT tanpa PILOT Article

LINK KE SEMUA TAJUK POPULAR BERIKUT TERLETAK DIBAWAH SHOUTMIX.

Tajuk 339 - Thesis: Dont Make It Write, Make It Written !!

Tajuk 240 - "DISCUSSION OF FINDINGS" Jangan pulak anda jadi Pak Pandir.

Tajuk 242 - RESEARCH GAP? - Gunalah HYBRIDIZATION TECHNIQUE

Tajuk 245 - Baca ini anda confirmed kamcing dgn SV

Tajuk 261 - RESEARCH GAP dan Teori Persenyawaan

Tajuk 267 - RESEARCH FRAMEWORK: Kenapa proposal mesti tebal-tebal?

Tajuk 277 - 278: RFOT - Wow !! RESEARCH FRAMEWORK dlm satu mukasurat jer!

Tajuk 279 - Nilai sebuah PROPOSAL..

Tajuk 285 - Thesis dan Awet Muda - Tips untuk suami isteri

LINK KE SEMUA TAJUK POPULAR BERIKUT TERLETAK DIBAWAH SHOUTMIX.

Tajuk 291 - 4 langkah validate + reliability questionnaire

Tajuk 311 - 6 kisah seram calon PhD !!

Tajuk 312 - Anda tak boleh ubah SV, andalah yang perlu berubah !

Tajuk 326 - MENDELEY: Citation + bibliography secara automatik....!

Tajuk 363 - Download template RFOT versi baru dlm MS Word disini !

Tajuk 366 - Empat langkah sempoi tulis paragraph yg KRITIS !!

Tajuk 367 - Bila supervisee jadi BEBAN SV !!

Tajuk 370 – Menulis significance dan Implication of study…

Tajuk 373 - Download desktop calender free here

Tajuk 379 - Download template for writing article AROT

Tajuk 395 - Novelty / Originality kajian anda dipersoalkan?

Tajuk 401 - Download RFOT latest (v4)

Tajuk 405 - Fulamak...Speed Reading (SROT)

Tajuk 417 - 432: Wooow.... ATLAS.TI - 12 Siri Langkah demi langkah

Tajuk 458 - Fulamak...3 Langkah Mudah Gaya UKM Dlm MENDELEY

Tajuk 468 - What is "THE BEST" Thesis?

Tajuk 473 - Sebab supervisee slow sokmo !!

Tajuk 477 - Template RFOT utk download (pdf)

Tajuk 486 - SV timun laut buat kajian singa laut?

Tajuk 487 - Bila Prof nak jadi MARADONA

Tajuk 529 - Calon PhD: Tipah Jgn Tertipu dgn SV !

----------------------------------------

Sila klik link Brochure, Sijil Penyertaan dan Resit yg disediakan di bawah shoutmix.

------------------------------------------------

SENARAI TENTATIF BENGKEL


RINGKASAN BENGKEL:

TESIS CEPAT = TULIS TESIS CEPAT, LIT. REV. & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

SPSS =PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

ATLAS.ti = ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

QNAIRE = BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

April:

- Tulis Tesis Cepat /Mendeley (MPWS, BANGI) - 17 April

- SPSS (MPWS, BANGI) - 6 April

- TESIS CEPAT / Mendeley (Pahang) – 26 April

Mei:

- TESIS CEPAT / Mendeley (MPWS, BANGI) - 8 Mei

- TESIS CEPAT / Mendeley (Melaka) - 15 Mei

- QNAIRE (MPWS, BANGI) - 17 Mei

- TULIS TESIS CEPAT / Mendeley (UUM) - 29 Mei (nhusna@uum.edu.my, 049288151)

Jun:

- Tulis Tesis Cepat / Mendeley (MPWS Bangi) - 5 Jun

- QNAIR (MPWS Bangi) - 7 Jun

- Tulis Tesis Cepat / Mendeley (Tganu kite) - 12 Jun



Pendaftaran bengkel - http://www.postgraduateworkshop.com/


Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke: zahinothman@gmail.com


Sila klik link Brochure, Sijil Penyertaan dan Resit yg disediakan di bawah shoutmix.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, March 31, 2013

Tajuk 462 - Research: Nak pilik topik sendiri atau topik pilihan SV?

Sebelum aku menulis panjang..... ko tahu tak beza topik kajian dengan tajuk kajian? Ini soalan basic... tetapi ramai yang terkeliru. Terkeliru kerana kedua2nya macam serupa jer... malah tak ada sapapun nak bahaskan.... biar masing2 faham sendiri-sendiri.

Aku fikir elok juga aku tulis benda ni dulu.... biar jelas beza keduanya. 

Topik kajian adalah adalah "area of investigation" atau apa yang ko nak kaji. Topik kajian mestilah jelas dan fokus kepada sesuatu kajian dan mestilah sesuatu yang ko berminat utk mengkajinya. Jika ko nak kaji ciri-ciri yang diperlukan untuk membangunkan satu animasi yang berkesan dalam pengajaran, maka topik kajian ko mestilah jelas seperti membangun animasi 3D dengan ciri-ciri konstruktivis dengan fokus misalnya kepada pengajaran tajuk mekanisma tindak balas Organik. Ko tak boleh ada topik yang terlalu luas.... mati ko nanti !!   

Topik ini mestilah researchable dan penting ko (i) ada pengetahuan dan (ii) berminat dengan tajuk tersebut. Sebelum itu, ko kena jalankan preliminary search atau literature search untuk pastikan  tajuk ko tu mempunyai rujukan sumber primer (articles) dan sekunder (spt buku dll), kerana ko perlu mengupas tajuk tersebut dgn intensive dan extensive dan mengetahui the frontier of knowledge bagi kajian ko sehingga menghasilkan satu manukrip yang tebal dengan dapatan yang boleh menyumbang kepada knowledge dlm topik tersebut. 

Topik kajian boleh bersifat theoretical problem ataupun practical problem. Mendapatkan ciri-ciri efektif suatu animasi adalah bersifat theoretical problem sedang membuat kajian experimental membandingkan keberkesanan animasi adalah practical problem. Mana satupun ko boleh pilih, malah ada yang memilih kedua2nya dalam satu kajian.

Selepas ko mendapat topik kajian dan mengetahui semua aspek2 penting yang ko nak kaji..... barulah ko boleh merangka TAJUK kajian ko pulak yang reflect TOPIK kajian yang ko nak jalankan. Tajuk inilah yang ko tulis dalam proposal dan tesis ko. Tajuk boleh berubah tetapi topik kajian tidak boleh...

Atas alasan ini jugalah mengapa terdapat pendapat supaya pelajar tidak digalakkan mengambil topik yang dicadangkan oleh SV. Dalam kes tertentu, ada SV mencadangkan topik yang dia sendiri  kurang mahir, maklumlah topik tersebut  masih baru. Ini selalunya berkaitan dengan research grant yang diperolehi oleh SV. 

Oleh kerana topik tersebut masih baru, maka supervisee diharapkan dapat meneroka topik tersebut dan menyediakan asas kepada kajian yang bakal dijalankan. Dalam perkataan lain..... supervisee lah yang dahulu masuk hutan menebas barulah SV masuk. Silap haribulan... tebas punya tebas bukan jalan yang dibina tetapi sesat seorang diri..... sapa nak cari ?


Lihatlah betapa bersungguh2nya mereka ini.... 

Jika inilah keadaannya.... ko perlu berfikir 23 kali. Jgn kerana ko takut utk berkata "No" dgn penuh hikmah....dgn alasan takut kelak tidak mendapat bimbingan SV... atau takut tak mendapat "signature" SV maka ko relakan diri ko mengambil topik tersebut sebagai topik kajian ko wpun topik berkenaan baru dan alien bagi ko. 

Abis nak buat camner..... giler ko nak lawan SV?

Sapa pulak suruh ko lawan SV.... ko memang perlu hormat SV yang akan membimbing ko.... cuma maksud aku jgn terus bersetuju wpun SV mengeluarkan kata2 manis utk mendapatkan persetujuan ko. Jika topik tersebut memang terkeluar dari topik yang ko ada pengetahuan dan minat..... elok jgn ko terima. Malah tiada masalah ko tukar SV yang spt mendesak ko menerima topik tersebut. Jika sebaliknya topik kajian tersebut mmg ada dalam pengetahuan ko.... bolehlah ko pertimbangkan untuk terima.... no problem....malah ko akan dapat banyak advantages....

Aku utarakan hal ini kerana tak ramai yang berani membahaskan isu ini dari perspective pelajar.... seolah2 pelajar perlu menerima apa sahaja dari SV. Memanglah SV tak boleh paksa tetapi SV tahu supervisee selalunya lemah lutut utk menolak !! Jgn tak tahu.... bukan sedikit pelajar yang alami keadaan ini? Bagaimana dengan ko?

La ni byk SV yang dapat research grant dan sebahagiannya melibatkan topik yang baru tanpa banyak sumber primer utk ko rujuk. Jgn takut untuk mendapatkan pendapat pihak ke 3, 4 atau 5 sebelum menerima pelawaan utk membuat kajian dalam topik baru yang dicadangkan oleh SV.... Ko masih boleh menjadi supervisee kpd SV tersebut dgn topik kajian ko sendiri.... tanpa perlu terikat dgn topik atau pet area SV ko.... lebih2 lagi topik yang masih diperingkat infant stage.... 

Ini satu kisah yang boleh dikongsi bersama... bila seorang SV meminta supervisee mengkaji satu topik yang agak futuristic kononnya utk menjadikan supervisee tersebut satu2nya pakar dalam topik tersebut di Malaysia. Kembang kuncup supervisee bila SV sendiri berkata begitu....

Dipendekkan kisah.... selepas 2 tahun.... supervisee tu masih lagi terkial2 utk mendalami topik tersebut dan akhirnya give up dan mula menjadi kaku sebab tiada tempat nak mengadu, sedang SV sendiri tidak mendalami tajuk yang dia sendiri berikan kepada supervisee tersebut....nak maju dah tak mampu.... nak berundur pulak  dah kendur.... akhirnya nasik pun jadi bubur....

Aku ingin sampaikan satu message...utk ingatkan diri aku jugak supaya biarlah ada mutual understanding antara SV dan supervisee dan jauhi dari sebarang vested interest hanya dari satu pihak....itu sahaja... 

OT

  




Saturday, March 30, 2013

Tajuk 461: Tajuk kajian - Antara tajuk yang dah basi vs tajuk yang sensasi !

Petang ini ada aku dua kisah.... utk difikirkan bersama...

Kisah 1: Tajuk dah basi

Aku tahu mencari tajuk kajian adalah satu proses yang menakutkan dan penuh dilema. Nasihat aku, jgn cari tajuk jika ko tak mendalami lagi perbahasan dan isu yang dibincangkan dalam bidang kajian ko secara intensive dan extensive. 

Aku tak tahu bidang lain.... tapi dalam pendidikan ada tajuk2 yang spt dah sangat biasa dijalankan dalam kalangan calon Master dan PhD. Setiap pelajar ada bidang pengkhususan masing2. Pelajar yang mengambil "Pedagogy in Education" akan mencari fokus dalam bidang tersebut.. maka kajian dalam "Pedagogy" akan berkisar kepada isu keberkesanan pengajaran dan ini menjadikan pilihan tajuk yang agak terbatas bagi seorang calon master / PhD yang novis. 


Sedang membuat rakaman satu kajian bersama murid-murid
Sek Rendah Agama Integrasi Bangi 2012. 

Sukar bagi mereka yang novis menjangkau tajuk yang baru yang mereka tiada pengetahuan dan pengalaman mengenainya. Inilah juga yang menjadi pertimbangan semasa memohon melanjutkan pelajaran iaitu memilih bidang yang mereka ada asas mengenainya.

Sebagai student yang novis, tajuk2 lazim sering menjadi pilihan utk menulis proposal.... sebelum membuat kajian. 

Hayati dulu dialog ini:

Dialog 1:
SV: Apa tajuk kajian U Siti?
Siti: Tajuk saya berkaitan dengan ....
SV: La..... tajuk u ni dah banyak dibuat.... dah over-studied !
Siti: Saya belum pun buat kajian ini lagi...over-studied ke? 

Dialog 2:
SV: Apa kajian u nak buat Mat?
Mat: Kajian saya berkaitan dengan.....
SV: Emmmm..... tak der tajuk lain ker.... tajuk tu dah basi ler !!
Mat: Basi ker.... saya baru jer baca tajuk ni.... iskh....

Dialog diatas pada hemat aku menunjukkan komen yang tidak constructive dari SV. Komen2 diatas adalah komen yang juga dah basi.....

Kenapa?

Aku nak tanya - Apa maksudnya satu-satu kajian tersebut dah over-studied atau over-researched atau dah basi? 

Tugas SV adalah untuk membimbing supervisee dan bukannya terus menjatuhkan komen yang simplistic hanya berdasarkan tajuk kajian supervisee. 

Sebabnya?

Adalah tidak wajar mengucapkan komen di atas kerana apa yang biasa malah "dah basi" bagi SV mungkin sesuatu yang sangat baru  bagi supervisee. Secara umum aku berpendapat, tajuk kajian tidak basi.... yang basi adalah cara kita lakukan kajian ! 

Contohnya ada banyak analisis yang lebih advance dalam sesuatu fokus kajian tapi pelajar asyik buat korelasi sahaja....sejak dulu sampai ler sekarang. Jadi kalau nak buat korelasi lagi ...barulah kajian tersebut jadi basi !! 

SV patut nasihatkan supervisee supaya kajian yang walaupun pada pengalaman SV telah banyak dilakukan, tetapi masih ada ruang baru dalam kajian berkenaan utk menyumbang to the body of knowledge. 

Maksud ko?

Maksud aku, ruang ini termasuklah menjalankan kajian dengan (i) methodologi kajian yang lebih comprehensive, (ii) menggunakan sample yang lebih representative, (iii) menggunakan theory yang terkini (iv) menggunakan instrument yang latest dan validated (v) menggunakan analisis yang lebih aggresive kerana semua ini akhirnya membawa kepada (iv) dapatan yang lebih exclusive yang menyumbang kepada knowledge....

Maybe ada segelintir SV gagal nak bimbing supervisee meneroka ruang baru dalam bidang kajian yang dipilih supervisee.....kerana knowledge SV sendiri maybe dah out-dated..... tak pernah berkembang.... sehingga tak nampak ruang dan peluang....

Kisah 2: Ini baru ler kajian yang sensasi

Kisah ini juga ada dialog:

SV: U kena buat kajian kesesuaian TAM - Technology Acceptance Model  berdasarkan aplikasi komputer bercorak kerohanian, dgn membina soal selidik baru yang di validate menggunakan Factor Analysis. Kajian ini belum ada sesapapun buat, baik ditimur mahupun barat... 

Samad: Yezzzz...terima kasih Prof.... (fuhh lega....)

Samad sangat gumbira mendapat tajuk yang  sensasi.... mesti kawan2 lain akan envy.

Samad pun mula mencari bahan berkaitan TAM... memang banyak...khususnya dari kajian dgn responden yang gunakan aplikasi MS Office..... 

Kemudian Samad mencari aplikasi kerohanian yang sering di download dalam gadget.... dia mendapat information bahawa apps al-quran paling banyak di download dalam gadget persendirian. Fuhh... perkembangan yang baik utk kajian.

Seterusnya Samad mengambil soal selidik TAM dan cuma membuat ubahsuai.... no problem... ada pakar yang check content validity. 

Setelah siap soal selidik, Samad perlu jalankan pilot utk Factor Analysis bagi dapatkan construct yang sesuai utk soal selidik TAM berasaskan aplikasi kerohanian. Dia perlukan 100 responden....tiba-tiba....?

Apa yang berlaku?

Samad perlukan dalam 100 responden yang download apps alquran utk pilot... tapi dimanakah mereka? Dalam carian rambang selama sebulan....Samad hanya berjaya berjumpa 10 pengguna gadget yang ada apps al-quran dalam hp masing2 tapi hanya 2 orang yang pernah membuka apps tersebut, itupun sekali dua sekadar melihat2 sahaja. Jika inilah keadaannya, mereka yang 2 inipun tak layak jadi responden. 

Peluh jantan Samad yang selama ni tersimpan mula menggatal utk mengalir keluar....

Kini Samad dalam dilema.... dulu dia gembira menerima tajuk sensasi tersebut tanpa kini dia kalut kerana tersangkut diperingkat pilot ! 

Kesimpulan:
Tajuk baru atau tajuk lama.... bukanlah isu yang crucial. Matlamat utama adalah menjalankan kajian dengan sistematik yang membawa  sumbangan kepada knowledge dalam bidang yang dikaji. 

Dalam kedua2 kisah di atas, SV sebagai expert yang berpengalaman perlu membimbing supervisee yang novis. Jgn discredit supervisee dgn tajuk yang kononnya dah basi kerana masih banyak ruang yang boleh diterokai atau biarkan mereka mendapat tajuk yang sensasi tapi akhir sampai ke jalan mati.....

Email dari pembaca:

Tak sampai sehari tajuk ini disiarkan dalam blog ini saya mendapat respon berikut:

"Saya pernah melalui pengalaman seperti ini yang mana tajuk kajian saya di anggap basi, tapi bukan oleh SV ataupun co-SV. Ramai kawan dan pelajar lain yang tanya dan ada yang terus cakap "buat kajian pasal XXX pun boleh dapat master?" 

Alhamdulillah SV tidak beranggapan begitu walaupun external examiner masih anggap ianya basi. Namun external examiner gave good reviews on my thesis. Saya menggunakan sampel yang lebih representative iaitu stratified random sampling..... dan menggunakan SEM untuk analisis data. 

Walaupun ramai kata basi, alhamdulillah saya lulus dan bersyukur dengan hasil usaha saya sepanjang buat master. banyak pengalaman yang saya perolehi yang membantu saya dalam pengajian PhD sekarang"

OT


Tajuk 460: Questionnaire - Pengukuran dan Pemerhatian?

Aku slow skit sejak dua minggu ni kerana baru nak back to normal selepas dilanda deman, batuk dan sakit mata selama 2 minggu. Sakit juga satu nikmat kerana dengan sakit aku lebih menghargai rasa sihat, syukur dgn nikmat mata dan anggota.

Aku terima beberapa persoalan asas berkaitan data ordinal dari pelajar yang baru. Jadi, aku nak recall terdapat 4 jenis skala pengukuran yang melibatkan number iaitu Norminal, Ordinal, Interval dan Ratio (N.O.I. R atau senang nak ingat sebagai No Oil In River !). 

Selalunya skala dibincangkan dari aspek makna, ranking, absolute zero.....aku nak pembaca ketahui satu persoalan asas lain yang melibatkan skala ini - apakah skala2 tersebut satu PENGUKURAN mengunakan ALAT UKUR / INSTRUMENT ?

Apa maksud pengukuran / measurement? Kita buat pengukuran kerana ingin "quantify" sesuatu seperti berapa tinggi, banyak, berat dan nak tahu mana yang lebih dan yang kurang. Kita ukur guna alat / instrument. Jika tiada instrument, kita tidak buat pengukuran...maka kita sekadar membuat observation dan memberikan jawapan secara anggaran.

Katakan, Ali lebih berat sedikit dari Ahmad - ini adalah pemerhatian sebab Ali kelihatan lebih gemuk, dan ini bukan pengukuran. Jika kita ukur Ali 55 kg dan Ahmad 44.7 kg, maka dgn pasti Ali lebih berat. Kita telah melakukan pengukuran utk bandingkan  berat kedua2nya. Jadi yang pertama adalah pemerhatian sahaja tetapi yang kedua adalah pengukuran - mana satu yang lebih tepat dan lebih kita percayai - pengukuran atau pemerhatian ?

Aku nak buat briefing tentang skala2 dalam research sosial science:

Nominal:
Contoh: 1: Islam   2: Buddha  3: Kristian
Adakah kita mengukur agama? Macamana kita mengukur agama? Apa instrument yang kita gunakan untuk ukur agama ? Sebab itu nominal "BUKAN" satu pengukuran tetapi hanyalah kategori yang boleh dilakukan dari pemerhatian sahaja. Kalau dah pergi masjid tu... muslim ler !! Kalau nama Christopher tu takkan Buddha. Sama juga spt jantina - kalau pakai skirt dan bra tu .... mesti ler perempuan... tak kisahlah size apa bra dia tu atau skirt dia tu pendek atau panjang !! 

Ordinal:
Contoh: Kekerapan melayari facebook:
1: Tidak pernah  2: Beberapa kali seminggu  3. Beberapa kali sehari  4. Beberapa kali sejam

Apakah alat yang telah digunakan untuk mengukur "Tidak pernah" atau "Beberapa kali seminggu" seseorang? "Beberapa kali sehari " hanyalah secara relatif lebih banyak dari "Beberapa kali seminggu" dan ini hanya anggaran sahaja.... dan bukan satu "pengukuran" sebab kita tak ukur apa2 pun dgn apa2 alat.

Abis kaji selidik / questionnaire tu bukan alat ukur ker?


Ini adalah kaji selidik OMR yang aku gunakan utk satu kajian baru2 ni...target dapatkan 1500 responden !!

Ini wang "sagu hati" kepada responden
yang isi kaji selidik OMR di atas.... pheww....

Jawapan pada item kaji selidik boleh sahaja dilakukan dgn observation terhadap tingkah laku sendiri atau orang lain. Jadi item ordinal ini juga bukan satu pengukuran sebab kita tak ukurpun dgn apa2 alat !!

Kedua2 skala nominal dan ordinal di atas selalunya dikatakan dapat "diukur" dgn kajiselidik / questionnaire sedangkan data diperolehi adalah respons dari responden bukannya pengukuran dilakukan.

Ianya sama spt interview dgn bertanya soalan - Sejauhmanakah anda setuju dengan XYZ dan responden menjawab "Saya sangat tidak setuju" atau "Saya sangat setuju" yang masih mempunyai unsur qualitative, bukan pengukuran quantitative. 

Interval:
Perhatikan skor Sejarah berikut:

Ali = 60  Ahmad = 80    Siti = 90

Apakah alat yang telah digunakan utk mengukur skor diatas - sudah pastilah Ujian / Peperiksaan / Kuiz !! Setelah diukur dgn ujian Sejarah...Siti didapati mempunyai pengetahuan yang lebih dari Ali dengan perbezaan 30 skor dan Ahmad dengan perbezaan 10 skor sahaja. Ini adalah nombor dan melibatkan pengukuran / alat.

Ratio:
Berkut adalah berat badan 3 pelajar:

Ali = 45 kg Ahmad = 80 kg dan Siti = 90 kg.

Apakah alat yang telah digunakan utk mengukur skor diatas - sudah pastilah alat timbangan !! Setelah diukur berat masing2.....Siti didapati mempunyai berat tertinggi iaitu  2 kali ganda dari berat Ali atau dengan perbezaan 45 kg. Ini adalah nombor dan melibatkan pengukuran.

Kesimpulan:
Mengukur mestilah melibatkan pengiraan menggunakan alat. Mengukur skor Sejarah melibatkan test paper (alat) dan pengiraan dibuat kepada jawapan yang betul sebagai skor. Mengukur berat badan melibatkan penimbang (alat) dan pengiraan dibuat oleh alat tersebut dgn menunjukkan ukuran berat pada jarum penimbang.

Oleh itu seboleh mungkin, cubalah dapatkan data pada skala interval dan ratio kerana anda melakukan pengukuran dgn alat bagi mendapatkan data utk dianalisis secara quantitive..... 







Thursday, March 21, 2013

Tajuk 459: Satu kisah "gelisah" dan satu email "smile" !

Saya ingin mengisahkan satu kisah gelisah calon MSc dan satu email calon PhD.  

Kisah calon MSc:
Dr....apa perkataan yang sesuai untuk  "tersisih" ?

Kenapa u tanya....?

Sebab saya nak cari article berkaitan kajian "tersisih"... tapi saya tak tahu perkataan tepat untuk tersisih? Dah jenuh saya cari.... tak jumpapun dalam artikel....

Apsallak ko nak cari perkataan tersebut?

Sebab saya nak buat kajian berkaitan pengalaman saya sendiri...

Emmmm... camner tu?

Saya adalah pengajar disebuah IPTA berstatus kolej dan terdapat satu polisi baru yang dilaksanakan oleh kerajaan sehingga terdapat satu kumpulan pengajar dikolej2 tersebut diseluruh negara yang tidak berada dalam mainstream perubahan tersebut. 

Jadi kami ni rasa "tersisih' sehingga kami tidak boleh mengajar lagi subjek yang kami ajar selama ini kerana telah dimansuhkan oleh perlaksanaan polisi tersebut... sebaliknya kami kena mengajar pulak subjek baru yang baru juga bagi kami ni....

So....?

Saya rasa cam tak puashati jer... jadi saya nak buat kajian bagaimana situasi ni akan memberi kesan kepada emosi dan profesionalisma kumpulan yang tersisih ini.

OOO.... cam tu pulak. Jadi apa masalahnya?

Masalahnya saya tak sure sama ada perkataan "tersisih" tersebut adalah sesuai dan kalau sesuai apa pula perkataan yang digunakan dalam research?

Pulak dah...

Komentar:
Ini adalah satu dialog yang lazim wujud kepada pelajar yang beranggapan research yang terbaik adalah research yang dapat menyelesaikan masalah, lebih2 lagi masalah yang ada sentimen sendiri. Inilah antara sebabnya, pelajar sukar mendapatkan article kerana masalah yang dikaji terlalu "personal dan sentimental" dan bukan masalah yang menjadi perbincangan dalam mainstream bidang tersebut.

Dalam kes di atas, pelajar sendiri tak tahu apakah "terminology" yang sesuai untuk "tersisih" kerana masalah tersebut bukan masalah "mainstream" dalam bidang kajian pelajar berkenaan. 

Jika inilah halnya, maka akan menjadi satu masalah untuk pelajar tersebut mendapatkan teori, variables malah articles yang releven.... maka pelajar tersebut meletakkan dirinya dalam kegelisahan yang disengajakan !!

Oleh itu, ketahui lah apa yang berlaku dalam mainstream kajian anda dahulu, kerana terdapat pelbagai isu yang sesuai dan boleh dikaji..... bukannya mengikut sentimen sendiri ....


Kisah email calon PhD:
Saya paparkan email ini dgn kebenaran tuan punya diri iaitu Saudari Suzie Haryantie utk tatapan anda. 

Sdri Haryanti menceritakan secara ringkas apa yang dilakukannya sehingga berjaya dalam proposal presentation... utk dikongsi bersama...

Dr, ape khabar? 
Saya nak ucapkan ribuan terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan sebab dengan bantuan Dr, sy punya defence research proposal (DRP) result is minor correction. Alhamdullillah. So skrg ni sy dah boleh start jalankan eksperimen saya. 

Tu baru langkah pertama saya. Tapi alhamdullillah, saya bersyukur sgt sb sy dpt proceed my experiment. 3 org yg present masa tu, saya sorang je dapt proceed. 

First things, sy beli e-book Dr dan saya gunakan sebagai panduan macam mana nak start writing my proposal. Saya studi e-book tu dulu dan decide which part nasihat Dr tu boleh saya ikut. Then, consistently saya ikut. Setiap hari saya akan buka dan baca blog Dr. So saya tak kan ketinggalan ape2 maklumat sal nak tulis proposal.

Saya join bengkel sebanyak 2 kali (masa kat UKM: before sy start writing dan one month before saya DRP). So saya boleh update propsal saya before saya submit kat faculty. Saya ada juga antar RFOT yang saya buat, tunjuk dan diskus dengan supervisor saya. Saya buat evolution study macam yang Dr suggest tu dan masukkan dlm proposal. Almost every week sy akan jumpa supervisor dan kalau tak sempat email or call.

Sebelum DRP, mlm tu sy study yg 10 soalan viva yang Dr bagi dalam blog tu. Saya type, print dan bwa masa DRP. So, klu diorg tnya kita dah ada bake up data. 

Panel jugak ckp, sy ada framework study yg jelas. Sy buat sebijik mcm Dr suggest. Kesimpulannya, sy mmg fully utilized sume nasihat Dr ha. Sb sy memerlukan satu sistem yang sangat sistematik and efficient for my study dan pada masa yang sama, sy berkemampuan bleh follow. Sampai sekarang pun, i still utilized this system. Thanks Dr.

Suzie Haryanti

Sunday, March 17, 2013

Tajuk 458 - Tiga langkah sempoi insert GAYA UKM dalam MENDELEY


Sebagai alumni UKM, saya sedikit kecewa bila UKM masih kekalkan gaya penulisan yang tidak merujuk kepada gaya yang standard spt APA. 

Hal ini telah “menyulitkan” ramai siswazah UKM sendiri yang terpaksa mengubah2 gaya citation dan reference. Apabila saya memperkenalkan Mendeley, sekali lagi gaya UKM tidak wujud dalam Mendeley. Walaupun Mendeley telah menyediakan file CSL… tetapi berapa keratkah yang tahu mengubah bahasa xml dalam file CSL tersebut? Semua ni bahasa komputer bro !!

Bagi citation utk nama author tanpa surname macam nama Melayu, mujur saya dapati Mendeley ada option [institution / organization]. Dgn memilih option ini, nama Othman Talib tidak akan berubah menjadi Talib, O. 

Dua hari lepas, saya mendapat satu file CSL yang telah diedit oleh Sdr Firdaus Pozi, (Sains Fizik UKM) berdasarkan format asal APA utk dijadikan gaya UKM. Dunia penyelidikan akan meriah jika ada yang sanggup berkongsi pengetahuan spt Sdr Firdaus... wa caya lu bro !! Juga terima kasih kerana memberi laluan utk saya sebarkannya kpd seluruh warga UKM.....

Sila download file Gaya-UKM berikut:


Selepas itu lakukan 3 langkah berikut:

Langkah 1:

Selepas download file Gaya-UKM, anda kena save file Gaya-UKM tersebut di dalam folder CitationStyles1.0 dgn membuka:

Computer - System (C) - Program File - Mendeley Desktop - CitationStyles -1.0

Langkah 2:

Buka Mendeley:

View - Citation Style - More Style - Gaya UKM (Firdaus Pozi) - Use this style - Done


Langkah 3:
Buka MSWord 

Disebelah icon Insert Citation, pilih Gaya UKM


Dan inilah hasilnya apabila saya cuba membuat beberapa ayat dummy..... semuanya dalam gaya UKM !!



Selamat mencuba...

Saturday, March 16, 2013

Bengkel ATLAS.TI @ UiTM dan UMS, KK

Sejak seminggu aku deman, sakit tekak dan mata.... kejap panas kejap sejuk..... oleh kerana dah ada commitment bengkel ATLAS.TI, aku gagahi juga mengisinya.

Entry ni aku tulis di 1Borneo, KK selepas bengkel di UMS. Tq kepada Nancy dan Franky serta Nizam dan isteri serta semua geng PhD / Master dari Maktab Kent dan Gaya serta UiTM KK yang hadir. Juga peserta yang datang ke bengkel di Shah Alam sehingga sejauh UMT.... saya hormati kegigihan anda mencari pengetahuan...


Sesapapun yang berada dalam dunia akademik patut mengetahui perisian analisis quantitative dan qualitative..... sediakan payung sebelum hujan....



Aku sebenarnya banyak belajar yang soalan2 yang dikemukakan dalam bengkel di UiTM dan UMS... otak pentium aku ni rupanya masih 'lestari' utk menjawab soalan2 yang dtg dari pelbagai andaian calon2 PhD.....bayangkan soalan2 dari pelbagai 'genre' pulak tu.... 


Syukur..... aku berupaya menjawab soalan2 tersebut.... dan sekaligus membuka mata aku sendiri yang sakit ni utk melihat kajian qualitative dari sudut yang lebih objective.


Inilah suasana bengkel ATLAS.TI di UiTM dan UMS.... juga kedengaran bekas peserta bengkel NVIVO mengakui ATLAS.TI lebih user friendly..... lalu cinta mereka terus beralih arah....mana tidaknya, dlm satu bengkel sahaja mereka dah boleh hasilkan pelbagai network utk dianalisis.



I - Bengkel UiTM

Sdr Keefli sampai bertabur samping pastikan semua berjalan lancar....


Tak cukup meja bukan satu masalah


Membina codes berdasarkan research questions


Ni baru guna lap top


Full house !


Yess.... network pertama terhasil.... thats my baby... !!


Apo nak dikato....

Tekun meneroka ATLAS.TI


PhD tak mengira usia


Hanya dgn beberapa klik maka 
terhasillah another network...... 
Sempoii.....


II - Bengkel di UMS, KK


Sebaik sahaja sampai di KK, aku dijemput oleh Franky. Kepala masih terasa pusing2.... sehingga sepanjang bengkel aku tak shot satu photopun wpun aku bawa camera.... kecuali photo beramai2.... Hanya niat utk berkongsi apa yang aku tahu menguatkan semangat. Ternyata tak sia2 kerana bengkeldi UMS paling banyak menghasilkan network... sybazzz....


Orang lain masih nyenyak tidur...aku dah menuju ke perut pesawat...

Ready for photo album...

Peserta UMS yang very sporting

Utk album Maktab Kent, KK
Bekas calon PhD yang menjadi peserta bengkel 2012
yang dikini telah bergelar Dr Nizam.... tahniah !!




Thursday, March 14, 2013

Tajuk 457 - Handout bagi bengkel ATLAS.TI

Peserta yang telah mendaftar untuk mengikut bengkel ATLAS.TI di Uitm dan UMS sila download bahan berikut sebagai bahan bengkel. Yang tak jadi pesertapun tiada masalah... boleh saja nak download. 

Sila download fail berikut:

1. Handout
2. Interview 1
3. Interview 2 


Berikut adalah satu dari pada hasil yang anda akan perolehi:


OT

Wednesday, March 13, 2013

Tajuk 456: VIVA - Adakah ini ADIL bagi pelajar?

Aku ingin merafakkan kesyukuran kerana blog drotspss kini telah melepasi 500,000 review atau setengah juta. Aku akan terus menulis.... insyAllah...

Aku abadikan angka 500,000 ini.....

NINE - Icon drotspss
Dah bujang anak den ni.....
Now berbalik kepada tajuk entry.... utk difikirkan bersama... VIVA adalah "the moment of truth". Semua menanti2 VIVA dgn penuh excited.... spt pengantin menunggu tetamu balik kerumah masing2.... 

Excited kerana penat lelah, jerih dan segala macam pengorbanan akan berakhir dgn VIVA. Begitu juga dgn pengantin... segala penah jerih membuat persiapan, maka ingin diraikan dgn satu pengalaman "the moment of excitement" saat indah malam pengantin yang hanya sekali dalam hidup.... bersama isteri tersayang...

Mendapatkan tarikh VIVA pun dah cukup menjadi satu penantian yang sgt menyiksakan. Hanya empunya diri sahaja yang tahu. Jgn ler nak tanya SV... mereka semua dah lupa saat getir tersebut... mereka dah jadi pakar...mereka dah tak kisah... makam mereka dah tinggi...

Aku pernah menulis bahawa VIVA adalah stesen terakhir pengujian thesis , supaya menepati satu piawai. Dan aku sgt percaya, SV telahpun memastikan piawai ini tercapai setelah sekian lama diperbaiki, diperbetulkan, diperbaiki, diseminarkan, dipublished dll..... 

Pelajar akan mendapat 3 option - Lulus dgn minor, lulus dgn major, resubmission. Kenapa agaknya pelajar mendapat resubmission? Logik kah ini berlaku setelah 5, 6 tahun menulis dan memperbaiki manuskrip tersebut dgn bimbingan SV bertaraf Prof yang juga menjadi panel VIVA kepada pelajar lain?

Pertama:
Thesis perlu mendapat kelulusan supervisory committee yang terdiri dari para Prof dan Prof Madya....sebelum layak di VIVA. Jika benar thesis tidak mencapai satu piawai.... mengapa diluluskan utk VIVA? Apakah maknanya ini?

Kedua:
Panel VIVA ada kalanya mempunyai school of thought yang berbeza, Contohnya, Prof A pakar psychology kanak2 tetapi berorientasikan qualitative. Dia sudah pasti kurang arif  amende yang ditulis oleh pelajar yang gunakan analisis yang advanced spt PLS. Jadi, dia tak der pilihan, selain menggali  sedalam2nya bahagian theory yang dia expert lalu mengenakan hukuman yang berat bahawa theory "tidak tepat" sehingga mencadangkan  rombakan semula. Akhirnya pelajar kena resubmission sedang kekuatan analisis data PLSnya lansung tidak disentuh !!

Ketiga:
Prof B adalah expert quantitative tapi kurang arif analisis qualitative. Apabila Prof B menjadi panel VIVA... dia akan gali sedalam2nya bahagian quantitative.... gali sedalam2nya.....sehingga mencadangkan sesuatu yang lebih advanced sedangkan pelajar hanya menggunakan statistik yang simple kerana analisis data yang utama ada interview. Prof B tak berapa berkenan interview lalu dia juga cadangkan resubmission......

Keempat:
Prof C pula.... kuasai quali dan quanti. Namun dia ni pakar Rasch Model, maka dia tak setuju data ordinal dilayan sebagai data interval. Maka dia mencadangkan tukar semula skala... buat semula soalselidik dan ambil semula data....lalu diapun memberikan resubmission...

Kelima:
Prof D memang sensitif dgn statistical power. Sebabnya dia dulu berguru dgn SV yang macam dia juga sekarang ni, semuanya mesti power. Bagi dia, buang jer data ke dalam longkang jika statistical power tak cukup. Kalau minum kopipun dia pilih kopi cap kapal api.... ADA POWER ! Lalu diapun menguji pelajar yang tidak menyertakan ulasan statistical power lalu mengatakan "data u tak boleh pakai" lalu mencadangkan resubmission tanpa kisah aspek2 lain yang telah ditulis dan dikupas oleh pelajar secara mendalam.

Keenam:
Ini paling sadis. Prof E pernah mengajar di Uni. P. Dia ada masalah dgn Uni. P lalu keluar dan berhijrah ke Uni. Q. Apabila dia tahu sahaja pelajar yang akan dia VIVA adalah pelajar dari Uni. P, maka dia pun menjadi panel yang sangat strict (tahap gaban) ..... cari segala kesalahan yang ada....tanpa melihat kekuatan thesis tersebut keseluruhannya....dan akhirnya pelajar mendapat resubmission..

Emmm..... ko percaya tak semua ini BISA berlaku malah telahpun berlaku?

Persoalan - Adakah ini adil bagi pelajar ?

Kenapa aku tulis ini? Ini kerana thesis ditulis sebagai contribution to the body of knowledge dan sekiranya ini diberikan perhatian maka thesis perlu disemak sebagai satu manuskrip secara menyeluruh bukan bergantung kepada beberapa aspek sahaja yang kita mahir dgn nya....lalu mengenakan satu hukuman yang simplistic - resubmission !

Aku boleh bayangkan tekanan yang dihadapi oleh pelajar yang telah berhempas pulas.... lalu mendapat resubmission ! 

Bayangkan apabila abis VIVA lalu ditanya oleh kawan2 dan sahabat handai...."Amacam VIVA - bila nak konvo?"

Jika benar2 pelajar tersebut tak layak... mengapa dia dibenarkan utk VIVA ? 

OT

Tuesday, March 12, 2013

Tajuk 455: Correlation and significance - tersurat tersirat dan tersilap !

Aku masih nak menyentuh pasal correlation, kali ini cuma menyingkap sikit yang tersilap dlm penggunaan korelasi. 

Dalam entry yang lepas aku dah tulis, correlation ni adalah preliminary analisis jer, tak berapa kuat utk dijadikan research question, malah dapatan dari analisis correlation tidak memberikan apa2 makna, kecuali kajian tu menggunakan variable2 yang sangat baru.

Namun yang tersuratnya ramai yang menjadikan correlation memenuhi senarai research questions.... 

Ini antara sebab aku nak tulis lagi....bagi membuka yang tersirat !!

Pertama:
Correlation seperti wajib muakkad dijadikan antara persoalan kajian bagi PhD, Master terlebih2 lagi ler peringkat undergrad.

Kedua:
Ramai yang suka sangat ambil Pearson lalu menjadikan Spearman dan Kendall sebagai anak tiri.... ada jer correlation mesti guna Pearson... kononnya Pearson tu POWER sedangkan kajian sendiri guna skala ordinal daan nominal yang TAK POWER !!

Ketiga:
Tak ramai yang jelaskan rasional mengapa dapatan tu significance atau tidak...dan ramai yang salah faham bahawa signifikan membawa maksud bertambah kuatnya korelasi yang wujud. Ini bermakna r = 0.1 tidak akan menjadi lebih kuat jika dapatan significant dan sebaliknya !! 

Sebab per plak?

Sebab jika α = 0.05, dan dapatan ko p < 0.05 iaitu significance....bermakna ko "secara pasti" boleh menyatakan bahawa kurang 5% peluang memperolehi coefficient correlation tersebut berlaku secara kebetulan atau > 95% berlaku kerana ianya benar2 wujud.

Keempat:
Bagi korelasi, dua variable dilihat kaitannya dgn cara kedua2nya berubah. Jika A berubah (variance) secara meningkat dan B berubah (variance) secara meningkat, maknanya A dan B  sama2 berubah (covariance) secara meningkat dan ini dikatakan sebagai "covary" secara positif. Variance dikira menggunakan data interval atau ratio, iaitu jarak antara setiap skor terhadap min. Hanya data pada skala interval dan ratio sahaja yang memberi makna kepada min. Data kategorikal tidak memberi makna kepada min.

Pengiraan covariance @ correlation  antara A dan B menggunakan konsep variance yang sama , maka data interval atau ratio sahaja digunakan utk pengiraan coefficient correlation seperti yang diformulasikan oleh Pearson.

Oleh itu adik kakok semua.... jika data A dan B pada skala interval dan / atau ratio sahaja (mana2 satupun tak apa) barulah gunakan Pearson's Correlation..... 

Aku ulang...

Oleh itu adik kakok semua.... jika data A dan B pada skala interval dan / atau ratio sahaja (mana2 satupun tak apa) barulah gunakan Pearson's Correlation..... 

Kelima:
Jika data ko tak normal (kerana memang tak normal ataupun kerana size sample kecil) atau skala bukan dari interval atau ratio.... maka ada pilihan bagi Pearson iaitu Spearman's atau Kendall's correlation - kedua2nya adalah statistik korelasi non parametrik bagi data categorical.  Jadi jgn ler ko pulak jadi tak normal utk guna data ranking spt ordinal menggunakan Pearson.

Keenam:
Spearman boleh dianggap sama spt Pearson  cuma pengiraan Spearman dijalankan selepas data ditukar dalam bentuk ranking...

Kendall pula dikira untuk mengetahui nisbah antara kebarangkaian data kedua2 variable tersebut sama dengan dgn kebarangkalian data kedua2 variable tersebut berbeza. Namun, kedua2 Spearman dan Kendall akan membawa kepada kesimpulan yang hampir sama. 

Oleh kerana Spearman adalah pasangan non parametric Pearson.... jika data ko tak normal jer atau guna data categorical.....teruslah guna Spearman maka sebab itulah ianya lebih popular dari Kendall wpun kedua2nya ada didlm SPSS...!!







Monday, March 11, 2013

Training @ IEM PJ

Bengkel di IEM spt biasa penuh ceria dan ini kali pertama aku mengisi bengkel sebagai consultant di IEM. Juga bengkel yang dulu di monopoli oleh IPTA kini telah dihadiri oleh peserta dari IPTS termasuk Taylor's University. 

Aku sebenarnya kurang sihat tapi gigihkan juga mengisi bengkel dan bersemangat ler pulak jumpa peserta....sampai rumah jumpa doktor panel dan dapat MC supaya rest....2  hari !!

Kali ini peserta menyumbang RM10 seorang bagi tabung Lahad Datu.... kepada keluarga yang terkorban...

Terima kasih kepada peserta yang focus semasa bengkel. Berikut massage dari peserta via facebook yang diterima selepas bengkel:

Terima kasih tak terhingga kepada Dr OT diatas tips2 n guidance yg diberikan 
- Yana Khalid

Terima kasih Dr.. Lena tido kami mlm nie....thesis oh thesis alhamdulillah tq Dr..
- Fadliza Mohd Razali

Photo utk dikongsi bersama...

Thumbs up !!
Are U ready? Yezzz !!

Peminat Mendeley ... !!

Keep on track !

Apabila menulis dah tak dapat ditahan2 lagi...

Cantik... semua paperless....

3 jam siap 3 chapters.... bukan lagi 3 semester  !!















Saturday, March 9, 2013

Tajuk 454: KARNIVAL "JOM HEBAT" SISWAZAH - Rasch + SEM + PLS + Mendeley + QIQQA + Atlas.ti !!

Petang ini aku terlena sebab kepenatan mengisi bengkel di UNISZA semalam. Aku terasa kecil dan syukur kerana ALlah memberikan jalan utk aku terus berkongsi pengalaman, berjumpa teman2 baru dan meniti masa depan. 

Bila aku bangun jer.... terus membuka laptop dan terhasillah catatan ini....

Minggu lepas aku dikunjungi oleh Presiden Siswazah Pendidikan UKM dgn 3 hulubalang2 yang ensem lagi gagah perkasa. Pertemuan tersebut memang aku atur bagi merencanakan satu program "Karnival Siswazah". Aku saja namakan dulu sebagai Karnival "JOM HEBAT" Siswazah.... tapi terserah kpd persatuan siswazah IPT menentukannnya...

Pertemuan di Bilik 128 Fakulti Pendidikan UPM (bilik akulah tu..) berlansung dgn penuh mesra wpun tanpa jamuan... kesian diaorang !! Aku seronok dpt berjumpa semula ex peserta bengkel dan ex student aku yang dah pegang jawatan dipersatuan tersohor di UKM.

Program ini adalah idea dan hasrat aku sendiri utk menggabungkan beberapa penceramah bagi mendedahkan aspek2 research yang perlu diketahui kepada siswazah. Karnival ini akan melibatkan demontrasi aplikasi Rasch Model, SEM / AMOS / PLS, Mendeley / QIQQA dan ATlas.ti yang dijalankan sehari suntuk bagi pendedahan kepada siswazah.

InsyaALlah,demonstrator yang terlibat dalam karnival sehari tersebut adalah: 

Dr Aryl Mahdzir (UTM - Rasch Model)
Dr M. Awang Idris (UM - SEM / AMOS / PLS)
Dr OT (UPM - Mendeley / QIQQA)
Pn Ani Munirah (UUM - Atlas.ti)

Karnival ini pada dasarnya akan diadakah secara terbuka dan insyaALlah sedang diusahakan supaya percuma utk semua siswazah dan pelajar tahun akhir IPTA / IPTS seluruh negara !!

Tentu korang dah tahu kenapa aku panggil mereka ni hulubalang...mula2 akupun seram bila pemuda2 tough ni masuk bilik aku  namun mereka semua berhati mulia dan mempunyai bakat kepimpinan yang terserlah !!

Semoga perancangan karnival "JOM HEBAT" ini mendapat sambutan dan menghasilkan bakal2 lulusan Master dan PhD, DBA, MA, DEd yang hebat2 jua.... dgn kehadiran yang boleh mengatasi "Jom Heboh".....dan graduan yang dah bergelar artis juga akan dijemput sebagai penyeri.... sapa dia biarlah hulubalang2 tersebut putuskan... bersama2 rakan2 mereka dari persatuan siswazah IPTA yang lain..

OT 

Friday, March 8, 2013

KURSUS PERSIAPAN PHD @ UNISZA !


Tahniah atas penganjuran Kursus Persiapan PhD di UNISZA dan terima kasih atas jemputan yang aku buat terima buat kali ke2. Ucapan tahniah juga kepada TNC UNISZA yang turut sama turun padang bagi menunjukkan sokongan beliau.

Ini respon segera saya perolehi dari satu email peserta yang saya lampirkan ... TQVM juga kepada AMYusoff yang telah turut serta... kongsi2kan bersama...

Assalamualaikum Dr,
Pertama sekali saya nak ucapan terima kasih tak terhingga di atas input yang amat100x berguna kepada saya yang saya tak mungkin dapat di tempat lain. Allah bless you Dr..  Insya Allah dengan ilmu yang diberi saya amat yakin untuk memulakan Phd dengan cepat dan muga ilmu ini sentiasa berkat hingga akhir hayat. Saya akan kongsi ilmu bersama rakan-rakan saya.... Terima kasih Dr. Tolong halalkan segala ilmu ini ya Dr.

from:

AMYusoff

Aku yang dah biasa mengisi bengkel secara sempoi kekok juga bila ada TNC turut sama. Layanan yang baik  dari pihak UNISZA diucapkan terima kasih…..

Aku tabik dan rasa hormat kepada seorang professor  yang telah lama berkhidmat termasuk di UM dan kini di UNISZA. Kesungguhan beliau dari awal sampai akhir menjadi peserta bengkel kerana ingin mengetahui apa yang aku ingin sampaikan menunjukkan sikap terbuka beliau yang terpuji. 

Terima kasih juga kerana UNISZA telah membuka tempat kepada 15 peserta luar terutama kepada peserta dari UMT. 



























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...