.

"ANTARA BLOG TERBAIK PENGAJIAN TINGGI DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

ANTARA TAJUK-TAJUK POPULAR.

Link ke semua Tajuk Popular berikut terletak dibawah ShoutMix.

Tajuk 004 - Ada 11 perkara kajian anda SIGNIFICANCE

Tajuk 014 - Menulis LITERATURE REVIEW yang kritis...sempoiii..

Tajuk 020 - Sample: Purposive atau Convenience atau ?

Tajuk 032 - Kenapa data ordinal tidak normal?

Tajuk 035 - Interpretasi SIGNIFICANT bagi correlation

Tajuk 083 - Sempoinya menulis LITERATURE REVIEW secara kritis !

Tajuk 094 - Tulis PROBLEM STATEMENT tapi TIDAK ADA problem?

Tajuk 100 - Menulis thesis dgn PANTAS "Jika saya menjadi anda"

LINK KE SEMUA TAJUK POPULAR BERIKUT TERLETAK DIBAWAH SHOUTMIX.

Tajuk 119 - Jgn perasan kajian anda boleh ubah policy!

Tajuk 122 - Jgn nak lebeh2 jika guna CORRELATION !

Tajuk 132 - Anda patut lebih TERROR dari supervisor anda !

Tajuk 141 - Tak logic minat RASCH MODEL tapi tak tahu LOGIT?

Tajuk 156 - DROPBOX - File tesis anda dalam bahaya!

Tajuk 184 - Semak Literature Review dgn SIMEC !

Tajuk 185 - Senangnya bina OUTLINE LR !

Tajuk 187 - Tiga rahsia penulisan LR terbongkar... Yezza!

Tajuk 212 - Cari RESEARCH GAP? Gunalah SYNTHESIS MATRIX !!

Tajuk 215 - Kalaulah saya jadi SV.. emmm

Tajuk 233 - CITATION dlm LR – Giler kalau macam ini...!!

Tajuk 238 - Lambat siap tesis – Anda berpenyakit procrastination !

Tajuk 234 - Anda pasti KALUT tanpa PILOT Article

LINK KE SEMUA TAJUK POPULAR BERIKUT TERLETAK DIBAWAH SHOUTMIX.

Tajuk 339 - Thesis: Dont Make It Write, Make It Written !!

Tajuk 240 - "DISCUSSION OF FINDINGS" Jangan pulak anda jadi Pak Pandir.

Tajuk 242 - RESEARCH GAP? - Gunalah HYBRIDIZATION TECHNIQUE

Tajuk 245 - Baca ini anda confirmed kamcing dgn SV

Tajuk 261 - RESEARCH GAP dan Teori Persenyawaan

Tajuk 267 - RESEARCH FRAMEWORK: Kenapa proposal mesti tebal-tebal?

Tajuk 277 - 278: RFOT - Wow !! RESEARCH FRAMEWORK dlm satu mukasurat jer!

Tajuk 279 - Nilai sebuah PROPOSAL..

Tajuk 285 - Thesis dan Awet Muda - Tips untuk suami isteri

LINK KE SEMUA TAJUK POPULAR BERIKUT TERLETAK DIBAWAH SHOUTMIX.

Tajuk 291 - 4 langkah validate + reliability questionnaire

Tajuk 311 - 6 kisah seram calon PhD !!

Tajuk 312 - Anda tak boleh ubah SV, andalah yang perlu berubah !

Tajuk 326 - MENDELEY: Citation + bibliography secara automatik....!

Tajuk 363 - Download template RFOT versi baru dlm MS Word disini !

Tajuk 366 - Empat langkah sempoi tulis paragraph yg KRITIS !!

Tajuk 367 - Bila supervisee jadi BEBAN SV !!

Tajuk 370 – Menulis significance dan Implication of study…

Tajuk 373 - Download desktop calender free here

Tajuk 379 - Download template for writing article AROT

Tajuk 395 - Novelty / Originality kajian anda dipersoalkan?

Tajuk 401 - Download RFOT latest (v4)

Tajuk 405 - Fulamak...Speed Reading (SROT)

Tajuk 417 - 432: Wooow.... ATLAS.TI - 12 Siri Langkah demi langkah

Tajuk 458 - Fulamak...3 Langkah Mudah Gaya UKM Dlm MENDELEY

Tajuk 468 - What is "THE BEST" Thesis?

Tajuk 473 - Sebab supervisee slow sokmo !!

Tajuk 477 - Template RFOT utk download (pdf)

Tajuk 486 - SV timun laut buat kajian singa laut?

Tajuk 487 - Bila Prof nak jadi MARADONA

Tajuk 529 - Calon PhD: Tipah Jgn Tertipu dgn SV !

----------------------------------------

Sila klik link Brochure, Sijil Penyertaan dan Resit yg disediakan di bawah shoutmix.

------------------------------------------------

SENARAI TENTATIF BENGKEL


RINGKASAN BENGKEL:

(1) TULIS TESIS CEPAT = TULIS TESIS CEPAT, LIT. REV. & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) SPSS =PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ATLAS.ti = ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) QNAIRE = BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK


Ogos 2014:

- Tulis Tesis Cepat / Mendeley (MPWS Bangi) - 14 Ogos

- ATLAS.ti (MPWS Bangi) - 17 Ogos

- Tulis Tesis Cepat / Mendeley (Kuching, Sarawak) - 21 Ogos

- Talk-show bersama graduan ex-peserta bengkel - 23 Ogos (UPM)


September 2014:

- Tulis Tesis Cepat / Mendeley (MPWS Bangi) - 4 September

- QNAIRE (MPWS Bangi) - 6 September

- Tulis Tesis Cepat / Mendeley (Perlis) - 7 September

Daftar dan info : http://www.postgraduateworkshop.com/

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke: zahinothman@gmail.com


Sila klik link Brochure, Sijil Penyertaan dan Resit yg disediakan di bawah shoutmix.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, November 28, 2012

Tajuk 413: RFOT seks bebas: SV pilih bulu, supervisee tak tahu malu !

Bro.... ganaz tajuk ko tu!

Yer ker.... ko kena baca dan fahami yang tersirat....bukan hanya baca yang tersurat.....

Kenapa pulak ada RFOT dlm tajuk tu....kalau aku tak buat RFOT tak boleh ker?

Boleh... ramai yang tak buatpun.... sebab tanpa RFOT tak yah ler ko cari artikel dan fening2.... ko relex jer lah dulu...

Aku dengar students ko semua kena bentang RFOT... sampai yang tajuk seks bebas pun ada... takut ler aku

Apa yang ko takut.. tu kajian jer....kat bawah entry ni aku akan attachkan RFOT tersebut..

Tapi kalau aku tanya dan minta SV aku yang bagi cadang boleh tak pasal research aku? 

Boleh.... macam yang dibuat oleh kebanyakkan siswazah...tak yah fening2... serahkan semuanya pada SV...

Tapi aku feninglah....

Hah fening lah pulak? So apa masalah ko?

Jgn lah ko perli aku... nilah aku nak share….  belumpun research bermula...aku mula fening kefala…kerana aku baru dia tahu.... rupa2nya SV ku ni pilih bulu….. 

Apalak fening kefala bro.. biasalah sikit sebanyak manusia mesti pilih bulu tu! 

Jgnlah cam tu bro.....

Sapa tahu kat mana Perdana University ni?
Yes betul... sebelah UPM jer !!

Gini…aku ni baru nak mencari2 committee supervisory maka akupun approach lah beberapa potential committee. Bila dengar sahaja nama SV aku tersebut, ada yang terus reject dan tak mahu jadi committee aku kerana katanya tak sebulu….lain school of thought lah...sedang mereka satu fakulti malah satu jabatan !! Yang ini kata dia lebih suka qualitative, yang itu kata suka quantitative… emmm… maka fening aku yang tak tahu apa-apa ni utk menentukan gerangan siapakah yang bakal menjadi committee aku....cuba ko katakan bro..

Tu jer .. eeleeh tak der lah fening sgt.......

Ada lagi.....aku memang datang sini nak belajar...sumpah !! Aku tak malu nak belajar dan tak malu mengaku aku tak tahu apa2 tentang research. Tajukpun aku nak serahkan SV aku cadangkan... aku tak kisah... aku tak malu bro... sebab itu aku tak buat lagi RFOT....atau mula apa2pun lagi...

Iskhh iskhh… kat sinilah kesilapan ko ..…inilah kesilapan paling  BESAR yang ko lakukan !!

Hah? Jgn bagi aku confused... aku ikhlas nak belajar ni..

Ini yang aku nak bagi tahu sebab pilih bulu…pilih clique…semua tu diluar kawalan ko… malah aku dah tulis sebelum ini pun dalam blog aku ni.. oleh kerana ko tak boleh ubah style SV… maka ko lah yang mesti berubah.

Camner tu bro… jgnlah ko berfalsafah…menambah kefeningan aku lagi bro...

Begini le…. biar aku recap dulu masalah ko ni….. ko kata ko buat PhD dan tak malu utk belajar… jadi ko pun serahkan kepada SV utk tentukan approach kajian dan tajuk PhD ko. Oleh itu SV ko cadangkan buat kajian quantitative. 

Then dgn semangat “tak malu utk belajar” kopun kemudian jumpa potential committee... dan dgn "tak tahu malu" ko meminta pandangan approach kajian ko pada dia pula. Then individu inipun cadangkan kajian ko tu dijalankan secara qualitative pulak. Kemudian SV ko tak setuju sebab tak sebulu dgn pendekatan qualitative!!

Aah… cam tu kisahnya bro…..

Oklah.... biar aku simpulkan dulu the moral of the story:

1. Sifat manusia suka dengan sesuatu yang dia mahir jadi clique quantitative lebih senang dgn pendekatan quantitative. Ini belum lagi clique psychometric Rasch Model selesa dgn clique Rasch sahaja dan tak berapa selesa dengan clique classical analisis yang guna t-test, ANOVA dll dgn SPSS. Ini lazim... bukan benda pelik dan memeningkan..

2. Tapi yang kedua ni ko kena baca betul2.....Jgn ko malu tak bertempat bro!! Ko dah sampai tahap PhD dan ko patut rasa malu bila jumpa SV dengan otak kosong… hanya menunggu utk diisi oleh SV. Ko patut dtg dgn satu ketetapan yang jelas, apakah kajian dan approach yang bakal ko gunakan... disinilah RFOT memainkan peranan !!

SV hanyalah pemberi guidance bukan penentu kajian ko. Ko sendiri perlu yakin dan dapat yakinkan SV serta bakal committee akan kajian yang bakal dijalankan, bukan menyerah bulat2 utk penentuan SV… yang setiap seorang ada kecenderungan masing2 yang maybe berbeza2.. 

Oleh kerana SV dan committee hanya sebagai pembimbing, dan apabila mereka yakin dengan apa yang ko sendiri ingin jalankan, maka tak kisahlah samada mereka dari clique qualitative atau quantitative….Rasch atau classical dll… mereka boleh menerima ko...

3. Persiapan diri dgn pembacaan yang mendalam dalam bidang kajian sgt penting…memahami dan menguasai apa yang ko ingin dijalankan….adalah TANGGUNGJAWAB  ko SEORANG ...  bukan TANGGUNGJAWAB BERSAMA dgn SV ko !! Sebab itu bila ko kena resubmission atau apa2pun.... SV ko tak ada apa2..... teruskan kerja dia cam biasa jer!

Dgn beribu2 artikel yang boleh ditelaah sendiri.. dgn buku dan sumber2 lain yang kini berlambak2… mengapa ko tak membaca dan mengkaji…dan menentukan kajian ko sendiri... tambahan ko dah berada diperingkat PhD? Mana perginya pengalaman ko diperingkat Master? Pls bro…. jgn malukan diri ko sendiri...

Akhirnya….. memanglah sikap manusia sedikit sebanyak akan memilih bulu….tak terkecuali ko juga.... Tapi bila ko menunjukkan yang ko berkemampuan dgn apa yang ko nak lakukan……wpun hanya dgn pertemuan pertama….mereka akan terima ko…. malah kalau ada SV yang tahu ko seorang calon PhD yang komited....yang boleh berdikari... yang tahu apa nak buat.....tunjuk pulak RFOT yang mantap... mampu menjelaskan semua aspek asas kajian yang bakal ko jalankan.... dgn merujuk kepada artikel yang establised...ada kebolehan menulis artikel ler pulak.... fuhhh....pasti mereka nakkan ko jadi supervisee mereka dan mereka dgn tangan terbuka dan rela hati sanggup jadi SV ko tau....tak timbul lagi soal bulu....malah kawan ko yang akan berbulu tengok ko kamcing dgn SV ko..  

Tapi kalau ko datang dgn muka tak malu.... macam orang tak tahu apa2..... wpun diperingkat PhD.....semua akan buat alasan utk REJECT ko.... bukan sangat kerana mereka pilih bulu.....tapi sebab saham ko tu macam tak laku....so jangan ko tak tahu.... dan ini adalah NORMAL kerana ko pun takkan layan pekerja ko yang semuanya tak tahu.... semua nak kena ajar.... betul tak bro? 

Tima kasih . statement ko buat aku terkedu.... tertunduk malu dan hu hu....  

Hah... skang aku nak bagi satu contoh, pelajar aku semalam membentangkan RFOTnya tentang seks bebas buat kali pertama... dan dgn pembentang tersebut, aku nampak kemampuan pelajar tersebut dan tak ada sebab  dia perlu menagih simpati org lain utk menentukan kajian sendiri walaupun pelajar tu baru semester 1 bro... Inilah RFOT yang dibentangkan...wpun masih ada ruang utk dimantapkan namun secara keseluruhan sebagai research framework.... pelajar ini mempunyai hala tuju yang jelas....walaupun belum berjumpa dengan SV lagi...


Contoh RFOT kajian kualitatif seks bebas


Moga ko faham yang tersurat, tersirat dan terbuku..... manusia memang ada kecenderungan pilih bulu...jadi janganlah buat muka tak malu....barulah perjalanan hidup ko akan maju...

OT 

Sunday, November 25, 2012

Tajuk 412: Atlas.ti – Tiga langkah asas bina codes dan themes..

Bro....apa sebenarnya yang kita nak cari dari analisis data kualitatif ni? 

Kita nak jawab persoalan kajianlah. Jadi ko kenalah interview responden supaya respon mereka dapat menjawab persoalan kajian ko. Then ko transkrip jawapan yang macam2 dan panjang tu...


Taman Botani Putrajaya 1:
Menganalisis data kualitatif ibarat satu perjalanan yang panjang

Contohnya?

Katakan ko nak buat kajian, utk tahu kenapa berlakunya “penagihan berulang”, sedang lulusan pusat serenti ini telah mendapat segala bentuk rawatan zahir dan batin dari menagih semula. Tak kurang yang menyatakan seribu penyesalan sehingga jiwa mereka kosong setelah terlibat dengan fenomena “pandai hisap dadah” atau PHD, ringkasan yang penagih sendiri berikan, tapi menagih semula dalam tempoh 3 bulan setelah keluar. 

Jadi ko pun merancang utk menemubual tiga mantan penghuni pusat serenti yang menjadi penagih semula. Tiga sample ini adalah sampel purposive yang menjadi informan yang “kaya” dgn maklumat yang anda perlukan kerana mereka adalah penagih berulang yang paling lama berada di pusat serenti, paling bersih ketika dipusat serenti tetapi paling cepat menagih semula.

Persoalan kajian: 
Bagaimanakah berlakunya penagihan semula dalam kalangan lepasan pusat serenti?

Bagaimana nak jawab persoalan di atas? 

Jadual 1 berikut adalah soalan interview dan temubual dgn tiga responden A, B dan C... Oleh kerana setiap transkrip pada asalnya panjang menjela2….malah berbeza2 ikut responden maka perlu dijalankan proses coding.yang telah aku ringkaskan. Perhatikan kod-kod yang diberikan bagi mewakili pernyataan dalam interview..


Jadual 1

Kita biasa dengar open, axial dan selective coding….aku sebenarnya naik pening jugak nak faham 3 istilah ni. Mujurlah dgn ATLAS.TI aku tak perlulah kesah dgn istilah.... aku cuma nak buat application dan analysis data aku. Setelah membaca banyak jugak tentang coding ni....aku akan cuba jelaskan   tiga langkah berikut yang boleh disesuaikan dengan ATLAS.TI

Langkah pertama: Tema asas
Mula2 ko buat transkrip ler data interview ko......dan sudah pasti selalunya jawapan responden A, B dan C panjang menjela2…. maka perlu diberikan satu kod yang mewakili pernyataan2 yang mewakili satu tema yang asas dalam pernyataan responden. Kod2 ini membawa makna yang terhad spt Jadual 1 di atas.

Langkah kedua: Tema kelompok / tersusun
Kemudian semua kod-kod responden A, B dan C yang berada dalam satu kelompok tema asas yang sama kerana maksudnya hampir2 sama samada yang tersurat dan tersirat, dikelompokkan dan disusun bagi membawa tema yang lebih luas.

Contohnya semua kod yang berkaitan dgn tema kawan dikelompokkan dibawah satu tema yang lebih besar iaitu...."Pengaruh Kawan".

Langkah ketiga: Tema menyeluruh 
Tema2 yang telah disusun dan dikelompok kemudiannya digabungkan bagi mendapatkan satu tema yang lebih menyeluruh bagi memudahkan interpretation.

Aku ringkaskan dalam Rajah 1 berikut bagi menunjukkan hubungan antara Tema asas, Tema tersusun dan Tema menyeluruh seperti Peta Minda atau Network. Tanpa peta minda ini, sukar utk memberikan tafsiran yang bermakna kepada keseluruhan transkrip interview yang menjela2 panjangnya....


Rajah 1 - Kaitan tema asas, tersusun dan menyeluruh

Setelah dilakukan tiga langkah di atas terhadap kod-kod dalam jadual tersebut, kita akan dapat membina peta minda atau network yang menghubungkan semua tema2 spt Rajah 2 berikut. 


Taman Botani Putrajaya 2:
Membina tema spt menyusun batu menuju satu destinasi ...


Rajah 2



Camner ko boleh buat peta minda spt Rajah 2 tu?

Dalam ATLAS.TI, Rajah 2  ini dinamakan NETWORK...yang boleh dibina secara mudah.... sebab Atlas.ti adalah CAQDA.

Amende lah CAQDA tu... ?

Tu adalah ringkasan Computer-Aided Qualitative Data Analysis


Oleh itu, tugas pertama ko adalah menyediakan codes bagi mewakili tema asas.... yang akhirnya kombinasikan kod-kod merentasi responden akan menghasilkan tema yang lebih jelas dalam kelompok tertentu yang membawa kepada tema yang lebih bermakna dan terbuka...Atlas.ti akan bantu ko lakukan semua ni. Akhirnya gabungan tema2 asas akan menerbitkan satu tema yang menyeluruh.... dan tema inilah yang akan ditafsirkan bagi menjawap persoalan kajian. 

Abis camner nak jawap persoalan kajian di atas?
Bagaimanakah berlakunya penagihan semula dalam kalangan lepasan pusat serenti?

Lebih kurang cam ni.... 

"Analisis transkrip responden A, B dan C menunjukkan faktor utama yang membawa kepada penagihan berulang adalah "Pengaruh orang terdekat" iaitu kawan dan keluarga. Faktor kawan telah membawa kesan lansung dengan membekalkan dadah. Faktor penolakan oleh adik beradik dan saudara pula mempercepatkan lagi bekas penagih  yang telah pulih menghampiri kawan-kawan yang masih menjadi penagih dadah. Keperluan mencari pekerjaan juga telah membuka ruang bekas penagih mendekati kawan-kawan yang dapat menerima mereka.....(ko sambunglah sendiri k....)"

Wo wo macam tu ler pulak.

Jgn bimbang.... ATLAS.TI boleh membantu anda menyediakan network tersebut...dan memberi ko peluang membuat tafsiran yang menyeluruh....





Dua contoh sebenar network menggunakan ATLAS.TI

Fuhhh.... baru cerah bijik mata aku dan menyala mentol dalam kepala otak aku ni bro.... jadi aku tak perlulah  faham amende open, axial dan selective coding tu.... sebab dalam tesis yang penting adalah analisis dan tafsiran.... dan proses yang jelas semasa membina coding dan tema....

Aah... samalah macam analisis kuantitatif, ko tak perlu tahu  camner SPSS / AMOS tu kira loading factor, RMSEA value dll....asal ko faham dan tahu nak run dan baca network yang terhasil dan tahu nak buat tafsiran....dah memadai....am I right?


Taman Botani Putrajaya 3:
Self-portrait.... menganalis perjalanan sendiri....

Eloklah tu... sebab ramai dah yang nak mula membuat qualitative research.... sebagaimana Mendeley membantu ko manage references ko.... Atlas.ti akan bantu ko membina network dalam analisis data kualitatif ko...

OT



Saturday, November 24, 2012

Tajuk 411: First time jumpa SV – bhn "hardcore" ko perlu tahu


Bro ko pernah tak terasa cinta ala2 “love at first sight”?

Mestilah….zaman2 sekolah dululah....kalau lalu jer awek…. sopan gitu, sikit manja, suara ala2 tak berapa nak kuar sebab malu… tapi tak gedik tau….sure jantung aku nak gugur bro…

Yang cantik pulak?

Cantik tu relative bro… semua pasangan yang sedang bercinta akan kata berasa pasangannyalah yang tercantik dan terindah dalam hidup...“kau lah bidadariku”… dan “setiap nafas ku hela… ada cintamu"….maknanya setiap orang ada pasangan masing2….dan mereka kan katakan.... 

Bagaikan siang tiada mentari
Bagai malam tiada cahaya purnama
Tanpamu tiada erti hidup berdua
Ke akhir masa kau ku cinta
Bagaikan syurga tanpa bidadari
Kau ibarat hembusan nafas terakhir.....


Lagipun cantik tu... hanyalah salah satu variable sahaja malah selalunya cantik dan ensem tu kadang2 hanya sekadar mediator …. bukan IV yang menentukan DV uk cinta ko berkembang mekar dan berbunga2... !!

Apsal ko tanya pasal cinta pulak?

Bukan apa…sama jugaklah dengan SV…. jika ko nak jumpa SV ko…. biarlah dia “menyukai” ko pada pertemuan pertama. Aku dah tulis tajuk 245 dan 246, apa yang ko perlu tahu tentang SV ko supaya ko kamcing dgn dia. Kali ni…. tambahan ler skit lagi..

Sebelum ko jumpa SV dan sebelum membuka mulut ko dalam pertemuan pertama, mengeluarkan sebarang jawapan atau pertanyaan dalam pertemuan pertama tu… ko mesti tunjukkan kemampuan ko mengupas Research Topic kajian yang ko cadang nak buat....

Kenapa? Kalau aku bagi tau tajuk kajian aku tak boleh ker?

Iskhh... balik2 tajuk kajian....kalau ko tak kuasai dahulu research topic ko...... apa fokus kajian ko.... gap yang ada....camner ko tiba2 dah ada tajuk kajian tu.... ko dapat dalam mimpi ker?

Abis apa yang aku kena tahu?

Jadi sebelum jumpa kali pertama... bukan kali ke 100 atau selepas 2 semester....ko kena baca dahulu at-least 30 relevant articles 3 tahun kebelakangan iaitu tahun 2010-2012 supaya ko tahu perkembangan terkini dan latar belakang dalam topic of interest ko….

Kenapa 30? 

Saja sbg rule of thumb....jika ko baca sbg permulaan 30 artikel dah kira baik …. Tapi kalau ko nak ko baca 300 pun tak sapa nak larang......sebab masalahnya bukan 30.... 3 artikelpun ko tak baca....walapun ko dah 3 bulan jadi calon PhD....lagipun ko bukan budak 3 tahun yang semua nak kena suruh...dan masuk 30 bro...anak ko pun dah 3 !!

30 tu macam sampling ler… atleast n=30 jika nak buat experimental research... itu sahaja

Dalam diskusi dgn SV…. Ko mestilah sebut benda2 ni….

1. Sebut beberapa focus kajian yang telah menarik minat ko yang boleh mengisi gap sambil “contribute to the body of knowledge” dari pembacaan ko tu....

2. Sebut dari journal2 mana ko baca article sehingga ko dapat focus kajian tu… sebabnya ini bukti ko membaca sumber yang sahih dan established

3. Sebut beberapa nama author yang established juga dalam bidang kajian ko... apa yang mereka buat, cadangan mereka dan isu2 yang dibahaskan.....

Sapa dia author yang established tu bro?

Ko dah baca 30 articles yang latest dari journal yang established…. dan sepanjang ko membaca tu mesti ko jumpa nama2 author yang established.. atau dgn perkataan lain… author (atau professor) yang important, significant, prominent, leading, main,  famous, well-known, top, out standing dalam penulisan dan focus study ko. Bukan sahaja ko sebut nama2 tu tapi tahu sumbangan mereka…. dari segi theory, method, idea, debate dll…

Bagilah contoh bro?

Lembab ler ko ni.... selembab udara disekeliling ko....kalau dalam fokus kajian e-learning contohnya…..nama2 seperti Ruth C. Clark, Richard E. Mayer,  R. Moreno, M. Allen, J. RosenbergLloyd Rieber, Robert Kozma, Joel Russell, Michelene Chi, de Jong, Robert Atkinson dll… yang semua sedang aktif menulis sehingga kini dan kalau dalam negara pulak pakar e-learning spt Zoraini Wati Abas, Amin Embi….semuanya perlu ko sebut dan membaca tulisan dan sumbangan mereka. 

Mereka semua ini adalah "leader" yang membuat kajian, mengkaji teori, menghasilkan teori serta menjadi pakar2 yang review artikel2 serta menghasilkan buku serta artikel secara aktif berkaitan multimedia dan e-learning. Jgn hanya merujuk kepada author yang baru nak tulis artikel dari tesis master atau PhD... apatah lagi artikel sebuah projek dari seorang pelajar master ! 

Kenapa nak kena tahu pulak tu bro?

Sebabnya, bila ada artikel yang melibatkan nama2 di atas, terutama yang terkini, maknanya itu adalah kajian dan kupasan terkini dari experts aka sifu dalam bidang tersebut. Ini juga menjadi bukti ko telah membaca bahan yang “hardcore” dalam e-learning sebab author tersebut adalah researcher yang “hardcore “ dan bersifat contemporary dalam perkembangan terkini e-learning... bukan ko buka jer internet dan baca sebarang artikel yang ko jumpa....(memang nak kena lah kalau macam tu !!)

Abis..... kalau aku tak tahu?

Kalau tak tahu ko ler yang ABIS sebab ko tak kuasai ABIS  apa yang ko sendiri nak kaji….  dan ko tak akan dapat impress SV yang ko tahu apa yang nak buat dalam kajian ko…. macam ko ni ABISkan beras jer…setelah ko abiskan 3 semester..... so ABIS lah ko !!

Janganlah marah bro... 

Aku tak abis lagi ni.... berapa ramai siswazah yang dah 2 semester pun tak leh sebut benda2 kat atas tu… tak tahulah amende yang mereka baca….. jadi ko jgn jadi macam tu kalau ko nak impress SV ko... dan dalam masa yang sama menguasai apa yang ko nak buat.....dan bila jumpa SV... barulah ibarat "love at first sight" lah !!

OK..OK…wa promise....promise !!

OT

Friday, November 23, 2012

Bengkel KUIS Siri 2 - Andalusia aku datang !!

Hari ni sambungan bengkel penulisan efektif, khusus utk pensyarah KUIS sahaja yang sedang membuat Master dan PhD. Ada peserta yang juga sedang meninjau jalan2 menuju PhD.....Saya berceloteh agak relex hari ni.... dgn bilangan pensyarah KUIS yang tak ramai berbanding bengkel semalam... memudahkan perjalanan bengkel.


Saya lak yang bersemangat bila jumpa kawan2 KUIS yang sedang menyiapkan thesis

Saya juga ambil kesempatan merakamkan photo beberapa sudut bangunan KUIS yang bercirikan ANDALUSIA... cantik... sebelum photo2 bengkel bersama pensyarah KUIS....ANDALUSIA adalah kawasan sekitar Sepanyol yang berasal dari Al-Andalus bermakna "to become green at the end of the summer" merujuk kepada Empire Islam di Selatan Sepanyol di Selat Gibraltar (Gabal Al-Tariq = Mountain of Tariq dari bahasa Arab). KAwasan ANdalusia termasuklah Portugal, Selatan Perancis...


Cahayamu bagai sabitah
Doaku kau sejahtera
Biar warna kubah-kubahmu kian pudar
Untukmu setanggi ini kubakar

Cahayamu sediakala

Aku rindukan zaman kebangkitan
Pabila nurani bersulamkan fikiran
Seganding dan bersatu
Lafaz niatku bertemu

Cahayamu tiada tara

Pohon salamku pada fakir-fakirmu andalusia
Pohon izinkanlah aku menyelami irama asyikmu
Pohon ku dipinjamkan gabus dan ghazalmu jadi azimat
Supaya dapat aku tari menongkah arus
Sahutlah andalusia.... 

(Andalusia M. Nasir)

Pintu dan tiang yang banyak adalah ciri ANDALUSIA

Lagi contoh bangunan di Sepanyol

Pintu masuk ke KUIS

Inilah sebahagian KUIS - rekabentuk Andalusia yang sangat ketara 


Bunga dijaga rapi... ala-ala bangunan di Sepanyol


Tiang yang banyak dan memanjang


Syabas..... pokok palma yang cantik


Lokasi masjid betul2 ditengah kampus menjadikan masjid centre of activity....


Awas jika berjalan disini sorang2.... 


Candid !
Pensyarah Kuis bakal bergelar "DR" yang sporting.... 

Mulakan langkap dgn betul... apply KEEP ON TRACK CYCLE !!


Menguasai info seeking skill, asas menjalankan kajian


Intensive dan extensive searching for established journals


Cam tu jer manage articles dgn Mendeley...awat sempoi sangat?

Ambik gambar dulu...

Masa utk hands-on... make it practical
Chapter 1.... Chapter 2... Chapter 3 siap !!


Apsal ko lagi cepat dari aku.... berdesup !!


Saya enjoy bagi lecture hari ni.... 
sama2 kita apply KOT, SROT dan RFOT !!

Thursday, November 22, 2012

Bengkel KUIS Siri 1


Alhamdulillah, bengkel Penulisan Efektif Siri 1 selamat dijalankan. Terima kasih kepada Sdr Adzlin dan committee beliau di KUIS yang jayakan bengkel tersebut. Kehadiran peserta sejauh Kelantan dan Kedah serta negeri lain yang datang kerana ingin berkongsi pengalaman sudah cukup menggambarkan komitmen mereka utk menjayakan misi mendapatkan ijazah master dan PhD.


Berbaju merah adalah Adzlin... orang kuat bengkel KUIS sibuk semasa pendaftaran

Saya mohon maaf, kerana tidak dapat "melayan" pertanyaan semua peserta kerana bilangan yang begitu ramai. Namun hati saya tersentuh bila didatangi dua peserta yang asalnya dalam dilema utk menyambung pengajian peringkat PhD, tapi dgn sedikit penjelasan telah bertekad utk meneruskannya. Salah seorang peserta juga telah hadir setelah beliau membaca tulisan saya dalam majalah Milenia Muslim.
Bengkel di mulakan dengan doa....


Bagi saya:

"Its not easy to do PhD... so why dont we do it the smart way...!" 


Saya seorang yang praktikal, jadi idea diatas saya terjemahkan dalam bentuk KOT cycle dan praktikalnya melalui penghasilan z-draft dan RFOT. Berikut sebahagian photo kenangan bengkel Siri 1 yang akan bersambung esok dalam Bengkel Siri 2.


Photo kenangan....pictures are worth more than thousand words.. 
Suasana Dewan Theatre KUIS


Inilah Dr Aryl pakar Rasch Model (tudung hitam... tersenyum manis...) yang aku sebut2 dlm bengkel
Apapun yang dirancang.... mulakan dgn plan yang dibuat mesti lengkap...



Tiada lap top tiada lah thesis... tanpa skill menulis... ibarat pandang pasir tanpa oasis

Laksanakan research spt menaiki anak tangga.... step-by-step supaya keep on track... bukan main lompat2 kalau jatuh pasti merana....

Lap top menjadikan semuanya online dan paperless





Tak sangka begitu ramai yang perlukan kemahiran menulis...tapi  lagi ramai yang tak kuasai kemahiran asas ni



Ustaz2 perlu banyak membuat kajian dan menulis hasil analisis sendiri.... sampai bila nak kupas buku dan tulisan orang lain?


Soalan lepas bengkel....saya tunjukan asas membuat page dari portrait ke landscape dan potrait semula.... 

Bersama peserta dan beberapa guru dari Kedah yang mai naik bas semata2 utk membina keyakinan diri membuat PhD... syabazzz...

OT


Wednesday, November 21, 2012

Bengkel KUIS 2012

Selamat datang peserta bengkel di KUIS.

Sila klik bhn bengkel

Tajuk 410 - Contoh RFOT dan ATLAS.TI yang sempoi...

Saya baru abis mengajar kelas Research Method. Esok saya bercuti kerana mengendalikan bengkel di KUIS. Jika tiada apa2 halangan, saya akan memijak bumi KUIS buat kali pertama. Gementar juga kerana di bilangan peserta melebihi apa yang telah di tetapkan.Namun saya terpegun melihat KUIS yang terletak ditepi tasik.... dan melambai2 kehadiran saya dan peserta.... spt photo di bawah.... 




Dalam kelas research method tadi, saya membuat demo software analisis qualitative iaitu ATLAS.TI. Saya ambil masa dalam 30 minit utk tunjukkan pembinaan coding dari file doc, video, pdf dan audio. 

Setelah saya selesai demo, seorang pelajar mendakwa telah menggunakan NVIVO dan dia membuat confession bahawa dia perlukan 2 minggu utk faham apa yang saya telah demo dalam masa 30 minit menggunakan ATLAS.TI. Emmm... maknanya dakwaan saya yang ATLAS.TI jauh lebih mudah dan sempoi dgn GUI yang begitu friendly berbanding dengan NVIVO selama ini ternyata ada kebenarannya ....

Dalam kelas saya tadi juga, 3 pelajar telah membentangkan RFOT, dan saya sungguh terkesima dgn persembahan mereka seolah2 sedang VIVA, sebab mereka menguasai apa yang mereka persembahkan wpun baru di Semester 1 !! Pheww.....

RFOT tersebut pertama kali mereka bentangkan, dan masih boleh dimantapkan dan diperbaiki sana sini, namun kemampuan mereka mendapatkan pilot articles dan tahu mencari research gap, problem statement, theory dan asas analisis data betul2 membuat saya bangga. 

Saya sertakan RFOT tersebut di bawah supaya anda boleh teliti, sdg pelajar tersebut baru di semester 1 !!

Salah seorang pelajar telah menyebut bahawa SV nya telahpun memberi kebenaran utk memulakan penulisan proposal setelah ditunjukkan RFOT tersebut kerana dianggap mengetahui arah tujuan kajian yang bakal dilakukan. Ini satu perkembangan yang sangat membanggakan saya. Bukan mudah pelajar boleh mulakan penulisan proposal seawal itu... Syabazzz semua !!


RFOT 1

RFOT 2

RFOT 3

OT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...