.

"ANTARA BLOG TERBAIK PENGAJIAN TINGGI DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


Phew...menuju ke 1,000,000 page views !!

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

ANTARA TAJUK-TAJUK POPULAR.

Link ke semua Tajuk Popular berikut terletak dibawah ShoutMix.

Tajuk 004 - Ada 11 perkara kajian anda SIGNIFICANCE

Tajuk 014 - Menulis LITERATURE REVIEW yang kritis...sempoiii..

Tajuk 020 - Sample: Purposive atau Convenience atau ?

Tajuk 032 - Kenapa data ordinal tidak normal?

Tajuk 035 - Interpretasi SIGNIFICANT bagi correlation

Tajuk 083 - Sempoinya menulis LITERATURE REVIEW secara kritis !

Tajuk 094 - Tulis PROBLEM STATEMENT tapi TIDAK ADA problem?

Tajuk 100 - Menulis thesis dgn PANTAS "Jika saya menjadi anda"

LINK KE SEMUA TAJUK POPULAR BERIKUT TERLETAK DIBAWAH SHOUTMIX.

Tajuk 119 - Jgn perasan kajian anda boleh ubah policy!

Tajuk 122 - Jgn nak lebeh2 jika guna CORRELATION !

Tajuk 132 - Anda patut lebih TERROR dari supervisor anda !

Tajuk 141 - Tak logic minat RASCH MODEL tapi tak tahu LOGIT?

Tajuk 156 - DROPBOX - File tesis anda dalam bahaya!

Tajuk 184 - Semak Literature Review dgn SIMEC !

Tajuk 185 - Senangnya bina OUTLINE LR !

Tajuk 187 - Tiga rahsia penulisan LR terbongkar... Yezza!

Tajuk 212 - Cari RESEARCH GAP? Gunalah SYNTHESIS MATRIX !!

Tajuk 215 - Kalaulah saya jadi SV.. emmm

Tajuk 233 - CITATION dlm LR – Giler kalau macam ini...!!

Tajuk 238 - Lambat siap tesis – Anda berpenyakit procrastination !

Tajuk 234 - Anda pasti KALUT tanpa PILOT Article

LINK KE SEMUA TAJUK POPULAR BERIKUT TERLETAK DIBAWAH SHOUTMIX.

Tajuk 339 - Thesis: Dont Make It Write, Make It Written !!

Tajuk 240 - "DISCUSSION OF FINDINGS" Jangan pulak anda jadi Pak Pandir.

Tajuk 242 - RESEARCH GAP? - Gunalah HYBRIDIZATION TECHNIQUE

Tajuk 245 - Baca ini anda confirmed kamcing dgn SV

Tajuk 261 - RESEARCH GAP dan Teori Persenyawaan

Tajuk 267 - RESEARCH FRAMEWORK: Kenapa proposal mesti tebal-tebal?

Tajuk 277 - 278: RFOT - Wow !! RESEARCH FRAMEWORK dlm satu mukasurat jer!

Tajuk 279 - Nilai sebuah PROPOSAL..

Tajuk 285 - Thesis dan Awet Muda - Tips untuk suami isteri

LINK KE SEMUA TAJUK POPULAR BERIKUT TERLETAK DIBAWAH SHOUTMIX.

Tajuk 291 - 4 langkah validate + reliability questionnaire

Tajuk 311 - 6 kisah seram calon PhD !!

Tajuk 312 - Anda tak boleh ubah SV, andalah yang perlu berubah !

Tajuk 326 - MENDELEY: Citation + bibliography secara automatik....!

Tajuk 363 - Download template RFOT versi baru dlm MS Word disini !

Tajuk 366 - Empat langkah sempoi tulis paragraph yg KRITIS !!

Tajuk 367 - Bila supervisee jadi BEBAN SV !!

Tajuk 370 – Menulis significance dan Implication of study…

Tajuk 373 - Download desktop calender free here

Tajuk 379 - Download template for writing article AROT

Tajuk 395 - Novelty / Originality kajian anda dipersoalkan?

Tajuk 401 - Download RFOT latest (v4)

Tajuk 405 - Fulamak...Speed Reading (SROT)

Tajuk 417 - 432: Wooow.... ATLAS.TI - 12 Siri Langkah demi langkah

Tajuk 458 - Fulamak...3 Langkah Mudah Gaya UKM Dlm MENDELEY

Tajuk 468 - What is "THE BEST" Thesis?

Tajuk 473 - Sebab supervisee slow sokmo !!

Tajuk 477 - Template RFOT utk download (pdf)

Tajuk 486 - SV timun laut buat kajian singa laut?

Tajuk 487 - Bila Prof nak jadi MARADONA

Tajuk 529 - Calon PhD: Tipah Jgn Tertipu dgn SV !

----------------------------------------

Sila klik link Brochure, Sijil Penyertaan dan Resit yg disediakan di bawah shoutmix.

------------------------------------------------

SENARAI TENTATIF BENGKEL


RINGKASAN BENGKEL:

TESIS CEPAT = TULIS TESIS CEPAT, LIT. REV. & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

SPSS =PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

ATLAS.ti = ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

QNAIRE = BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

April:

- Tulis Tesis Cepat /Mendeley (MPWS, BANGI) - 17 April

- SPSS (MPWS, BANGI) - 6 April

- TESIS CEPAT / Mendeley (Pahang) – 26 April

Mei:

- TESIS CEPAT / Mendeley (MPWS, BANGI) - 8 Mei

- TESIS CEPAT / Mendeley (Melaka) - 15 Mei

- QNAIRE (MPWS, BANGI) - 17 Mei

- TULIS TESIS CEPAT / Mendeley (UUM) - 29 Mei (nhusna@uum.edu.my, 049288151)

Jun:

- Tulis Tesis Cepat / Mendeley (MPWS Bangi) - 5 Jun

- QNAIR (MPWS Bangi) - 7 Jun

- Tulis Tesis Cepat / Mendeley (Tganu kite) - 12 Jun



Pendaftaran bengkel - http://www.postgraduateworkshop.com/


Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke: zahinothman@gmail.com


Sila klik link Brochure, Sijil Penyertaan dan Resit yg disediakan di bawah shoutmix.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, October 31, 2012

Tajuk 402: Pembentangan RFOT dan contoh RFOT

Hari ini pelajar postgraduate kelas aku EDU5900 mula membuat presentation RFOT yang mereka sediakan.  RFOT tersebut akan dikomen sesama pelajar. Persembahan akan diadakan setiap minggu supaya RFOT yang dibentang semakin baik "quality"nya selari dengan pengetahuan dan pembacaan pelajar yang semakin mendalam, sehinggalah mereka boleh menyediakan satu proposal yang mantap.

Berikut adalah satu contoh RFOT yang dibentang dgn sedikit pembetulan, satu kejayaan bagi pelajar master pertama yang baru beberapa minggu mendaftar dan mengikuti kuliah Research Method yang aku ajar. RFOT ini perlu diperkemaskan lagi supaya benar2 sesuai utk sebuah kajian peringkat master. Sebagai satu contoh RFOT yang pertama kali dihantar dalam kelas aku, apa yang ditunjukkan sudah cukup menarik. Wa caya la....!!


RFOT sebagai percubaan pertama seorang pelajar 

Aku juga menerima permintaan dari pembaca blog utk aku tunjukkan contoh RFOT bidang sains.... sebab banyak contoh aku bagi bidang pendidikan. Jadi setelah aku selongkar, berikut aku sertakan satu contoh yang masih aku simpan... yang menggunakan RFOT versi lama, tapi isinya tetap sama jika dibuat dgn versi baru yang lebih simple... 


RFOT guna versi lama
Jadi berikut aku ingin berkongsi pic situasi persembahan RFOT dalam kelas aku sendiri...sebab students aku complain apsal pic mereka tak ada dalam blog.... macam anak tiri... tapi pic pelajar lain ada pulak... hu hu. 

Jadi inilah dia pic student2 aku yang sporting... dan best giler !!


Persembahan pertama RFOT

Tekun mendengar persembahan rakan


Pelajar kelas aku dari pandangan belakang  

Kusyuk mendengar mendengar kajian rakan2


Persembahan ke 3.....


Sesi soal jawab..... sukenyer dpt komen member punya


Lagi RFOT yang dipersembahkan


Emmm... tak berkelip bijik mata diaorang ni....



AKEPT 2nd Global Annual Young Researchers Conference 2012

Syukur, selesai sudah tugas aku menyampaikan bengkel di AKEPT 2nd Global Annual Young Researchers Conference and Exhibition 2012, Holiday Inn Melaka. Konferens ini organized by The Higher Education Leadership Academy (AKEPT), AKEPT Young Researchers Circle (AYRC) and Universiti Teknologi MARA Melaka bermula 29 October to 31 October, 2012. 

Terima kasih kepada Sdri Suhaida Mohd Amin yang menjemput saya sebagai SPEAKER di konferens tersebut. Inilah kenangan bersama peserta konferens...


















Saturday, October 27, 2012

Tajuk 401: RFOT versi baru (download) - Mental Model SV vs Supervisee !!


Ini catatan aku dalam penerbangan dari LCCT ke KK:

Jam menunjukkan pukul 8.20 am dalam penerbangan dari LCCT ke KK. Aku baru abiskan cheese cake dgn white coffee… sambil menunggu sampai ke destinasi. Semua penumpang tidur…. Aku yang bangun seawal 4 am pagi tadi tak pulak rasa mengantuk.

Kini labtop ultrabook SAMSUNG aku dah terbuka. Otak aku kini tertumpu kepada kelas master research method aku (EDU5900) minggu lepas. Mereka baru hadiri kuliah aku selama 4 kali kemudian aku minta pelajar aku siapkan Research Framework (RFOT) sementara aku dan wife ke Istanbul. Minggu depan mereka akan present RFOT dalam kelas. 

Aku ingin mendapatkan copyright RFOT, jadi aku sedang memikirkan kesesuaian acronym RFOT tersebut. Aku cadang utk ubah RFOT menjadi Research Framework On Template – OK tak? 

Bagi tujuan ini, aku telah modified sedikit RFOT spt rajah dibawah menjadi RFOT versi 4.  Perubahan terletak kepada urutan aliran yang lebih sesuai dari versi yang terdahulu…. Wpun kedua2nya mempunyai content yang masih sama.


RFOT ini adalah versi ke 4 !!
Sila download RFOT (pdf) di link berikut:

Template (pdf) RFOT

Aku juga ingin mohon copyright terminology 1file1thesis dan z-draft. Kali ini  z-draft bukan bermakna zero-draft lagi sebab perkataan zero tu macam tak sesuai jer….. jadi aku ringkaskan sebagai z-draft sahaja sebagaimana z-test atau z-score.  

Bebalik kepada RFOT, aku teruja bila 29 pelajar postgraduate aku, masing2 telah menghantar RFOT, hanya selepas 5 minggu sahaja mendaftarkan diri sebagai pelajar postgraduate, sesuatu yang aku sendiri tidak pernah menduga. Aku akan upload beberapa contoh RFOT tersebut selepas ini. 

Kali ini aku ingin menyentuh kenapa RFOT adalah sesuatu yang aku anggap “ a small practical step which can bring a big progress in preparing proposal”. Aku ingin menggunakan terminology mental model (mm) dalam menterjemahkan apa yang aku maksudkan. 

Secara simple, mm adalah skema knowledge atau idea atau konsep dalam minda seseorang terhadap sesuatu. Ambil contoh konsep “perkahwinan”. Ibubapa mempunyai mm yang lebih jelas tentang konsep ini berbanding dengan anak remaja mereka yang remaja berusia 17 tahun, walaupun remaja tersebut sudah akhil baligh. 

Begitu juga dengan research, SV mempunyai mm yang lebih comprehensive terhadap keperluan sesuatu research. Jika research tersebut menghadapi halangan, SV akan gunakan mm utk mencari solution terbaik. SV juga berupaya memanipulasi mm mereka utk menghasilkan research yang pelbagai.

Bagaimana dgn supervisee? Mereka ini kadang2 belumpun sampai tahap novice sebab masih “zero knowledge” dalam membuat research. Mereka ini baru nak belajar terminology asas dalam research maka mm yang dimiliki terlalu simple dan banyak berasaskan andaian dari bacaan serta pemahaman mereka yang cetek. Jadi bagaimana utk memulakan research dalam keadaan sebegini? Nak tunggu jadi expert dgn mm  yang canggih tentu memakan masa. 

OK.. aku faham situasi ini. Maka atas alasan inilah aku ingin membantu postgraduate “accelerate” pembinaan mm mereka dengan RFOT. Jadi RFOT adalah satu mechanism bagi menvisualkan secara grafik hubungan yang comprehensive kesemua kerangka utama dalam sesebuah research iaitu – reseach gap, objective, problem statement, method, data analysis, sampling etc.  

Semua ini terbukti apabila selepas hanya 4 minggu, pelajar research method aku berjaya menyiapkan RFOT masing2 yang mewakili pembinaan mm mereka secara lebih explicit and comprehensive. Dan sudah barang pasti, sebagai RFOT yang pertama, akan terdapat byk kelemahan. 

Apa yang penting, mereka telahpun membina mm mereka sendiri dlm jangkamasa yang singkat supaya mm ini menjadi impetus kepada mm yang lebih appropriate utk research mereka… dan mereka dah boleh berkongsi RFOT ini dengan sesiapapun juga. 

Setiap pandangan dan kritikan akan memantapkan mm tersebut secara lebih direct dalam bentuk penulisan, bukan lagi hanya dalam bentuk idea atau suruhan “kena buat itu dan kena tambah ini” dari SV yang kadang kala tak berkesudahan…. kesian....

OT

KK Aku Datang ! Bengkel Penulisan Tesis dan kawan lama

Selesai satu lagi siri bengkel penulisan, kini di kompleks Tabung Haji yang "mewah". Terima kasih kepada sdri Rosemary yang one woman show, organized bengkel tersebut dan hubbynya yang ambil saya di ariport. 

Bengkel ini memberi saya dua kegembiraan. Pertama dapat bertemu posgraduate di KK utk berkongsi teknik penulisan dan kedua bertemu rakan lama yg telah berkahwin dgn Sabahan dan menetap di KK. Ternyata wanita KK cantik2 hingga kawan2 aku ramai yang berkahwin dan "ngak mau pulang2 ke Semenanjung bah". 

Saya harap semua peserta yang dah lama "sijuk macam aisbok tu"... mulalah progress dalam penulisan... ingat konsep DMIRMIW dan kuasailah Mendeley!! Kepada peserta kususnya yang baru mendaftar sebagai calon Master / Phd....jgn lupa mulakan penulisan anda ASAP dengan z-draft dan RFOT dan jgn "limpas" terus nak buat proposal..

Salah satu email yang saya terima dari peserta:


Saya sangat bertuah dpt menyertai Bengkel Penulisan Tesis  pd 27 Okt. 2012. Walaupun singkat masa yg diperuntukkan tetapi memberi kesan yg sgt baik buat saya utk meneruskan perjuangan dlm menamatkan pengajian Ph.D.  Terima kasih atas segalanya. 

Pn. Roslim @ Emmeline binti Malansi


Berikut photo2 peserta dari UMS dan UiTM kebanyakkannya.....betapa anda tidak keseorangan dalam menghadapi cabaran sebagai siswazah... CABARAN TERINDAH DALAM HIDUP !!

Ceria diakhir bengkel

Rosemary (kanan) menjadi penggerak bengkel ini

Peserta nakal yang duduk dibarisan depan

Ramai yang masih mengaku terikut dgn tradisi cari tajuk.... bukannya membuat literature search dan  mencari gap

Gunakan Mendeley sebagai Reference Manager bukan sekadar utk bibliography

Andalah yg kuasai kajian anda, bukan SV !


Mulakan dgn skill "seeking for relevant articles"





Satu matlamat.... mendapat segolong ijazah Master dan PhD




Jgn lupa sediakan RFOT anda 

Semua dihujung jari laptop dan ipad.... jadi masa utk intensive literature search


Bersama bakal2 expert 

Research tanpa mengira usia... 

Bersama kawan2 lama Bob (Pengarah JPJ Sabah) dan Rashid (DCA) yg telah menetap di KK

Friday, October 26, 2012

Tajuk 400: Finding relevance articles – kenapa tak collaborate !!


Selamat Hari Raya Korban. Ramai yang ambil kesempatan cuti panjang dan balik kampong. Saya tak cuti panjang…. sebab esok akan ke Sabah, bertemu siswazah di Kompleks Tabung Haji KK. 

KK bukan tempat asing bagi saya, sebut sahaja area sekitar KK – semua saya dah sampai. Tuaran, Beufort, Pulau Manukan, Tg Aru, Menggatal, Bukit Padang, Pasar Philippine, Karamunsing, Kg Benoni…. Malah ke Puncak Kinabalu, Labuan sehingga ke Sepilok, Sandakan. Jangan tak tahu bah !! Peserta bengkel esok ni pun belum tentu dah sampai tempat2 yang aku sebutkan tu !!

Apapun saya bersyukur…. Entry ini adalah tajuk research yang ke 400 dan kesemua entry blog ini kini berjumlah 662. Menulis 400 tajuk berkaitan research bukan mudah. Saya sendiri tak menyangka boleh terus berkarya berkongsi rasa dan fikir. Mudah2an inilah sumbangan saya sehingga mata ini terpejam menemui Ilahi.

Tadi....ketika bersandar disebuah tiang di Masjid Wilayah Persekutuan ketika menunggu khatib membaca khutbah, saya terfikir….dalam beberapa tulisan saya sebelum ini, saya menunjukkan secara EXPLICIT bagaimana untuk mendapatkan articles dari journal berdasarkan keywords dan advanced search.

Setelah saya fikirkan secara mendalam, saya tiba2 percaya bahawa inilah satu kemahiran paling asas yang selama ini tidak disentuh atau dibincang secara serius antara SV dgn supervisee….betul tak? Saya tiba2 percaya bahawa kemahiran mencari artikel yang relevan dgn topic atau skop kajian yang ingin dijalankan perlu menjadi satu kemahiran yang WAJIB dikuasai oleh postgraduate wpun selama ini tak siapapun kisah kemahiran ini.


Articles kini berada dikeliling anda macam bola ini.... 

Saya percaya, kemahiran ini tidak diberikan perhatian atas beberapa sebab:

1. Pelajar master / PhD adalah pelajar matang yg sepatutnya "tahu" apa yang sepatutnya mereka buat (betul ke mereka tahu ?)


2. Pelajar sepatutnya telah mengikuti penerangan oleh pihak library bagaimana untuk mencari artikel (ramai yang dah masuk semester 2 librarypun tak tahu kat mana)

3. Kemahiran mencari artikel tidak ditanyapun semasa proposal presentation apatah lagi semasa viva (kalau dah tak tanya utk apa memeningkan kepala memikirkannya)

4. Zaman canggih ini semua komputer boleh buat ( tu yang ramai hanya google sana yahoo sini utk mencari artikel)

5. Banyak lagi kemahiran lain yang penting spt kemahiran cari tajuk, cari supervisor dan kemahiran cari alasan (jadi kemahiran cari artikel ini  isu remeh jer)

Apabila saya menggunakan perkataan “Intensive and Extensive Literature Search” dalam tajuk2 tulisan saya yang terdahulu…..bagi mendapatkan SEMUA artikel yang relevan, kemahiran ini bukan sesuatu yang “pandai2 akulah apa nak buat”. Kemahiran ini perlu dikuasai sebagai kemahiran paling awal sebelum anda membuka mulut berbincang apa sahaja berkaitan kajian anda. 

Saya telahpun tunjukkan secara langkah demi langkah bagaimana artikel yang relevan boleh diperolehi dalam beberapa minit dan jam sahaja…. Bukannya beberapa bulan atau semester. Jika anda masih terkial2 mencari artikel yang relevan…. sila baca dan review semula tajuk2 tulisan saya (spt Tajuk 398) bagaimana penggunaan on-line journal atau e-journal yang di”subscribed” oleh IPTA masing2 sebagai  sumber yang diperlukan utk mendapatkan artikel.

Saya juga ingin mencadangkan disini bahawa, anda juga perlu tahu utk mencari artikel dari IPTA yang lain selain IPTA tempat anda belajar…. hatta sampai ke luar negara. Contohnya jika anda adalah postgarduate bidang “Islamic Finance” di UM, sepatutnya anda mahir mendapatkan semua artikel online yang relevan yang di subscribed oleh library UM. Dan dalam masa yang sama anda boleh mendapatkan bantuan utk mendapatkan artikel “Islamic Finance” dari UIA misalnya, yang mungkin tidak di subscribed oleh UM. Bagaimana?

Password yang diberikan kepada anda utk access online articles di library tempat anda  belajar biasanya tidak dibenarkan dikongsi dengan pelajar dari IPTA lain, bagi mengurangkan kemungkinan isu “hacker” ataupun digunakan bagi tujuan2 yang tidak valid. Jadi saya syorkan cari paling baik adalah dengan “collaborate”. 

Bagaimana ini boleh dilakukan? 

Langkah pertama adalah mencari kenalan di UIA yang jika boleh satu bidang research yang sama dgn anda iaitu “Islamic Finance” dan minta kenalan tersebut mendapatkan article yang anda perlukan. Dalam masa yang sama, anda juga perlu dapatkan article yang mungkin diperlukan oleh kawan anda dari UIA tersebut dari sumber online UM. Dan tak berhenti disitu sahaja, anda juga boleh menyediakan satu shared folder dalam dropbox supaya apa sahaja artikel berkaitan “Islamic Finance” boleh dikongsi bersama. 

Hal yang sama boleh dilakukan dengan kenalan di LA Trobe University, Melbourne, Australia misalnya yang juga menawarkan kursus "Islamic Finance" diperingkat postgraduate. Kenapa agaknya langkah ini tidak menjadi satu strategi dalam kalangan postgraduate sedangkan istilah “collaboration”  adalah satu istilah yang sangat lazim dalam dunia penyelidikan.

Saya semasa belajar di Adelaide dahulu saya agak beruntung kerana tiga university iaitu Adelaide University, University of South Australia dan Flinders University collaborated membuka keahlian serentak. Maknanya, jika saya adalah member di Adelaide University, saya juga boleh access library dari dua lagi university tersebut.  Selain itu, saya juga dapat bantuan kawan2 di UPM, spt Ahmad Fauzi (kini Dr)   yang telah menghantar email artikel2 berkaitan constructivism yang beliau perolehi dari rakan kami yang belajar di UK spt sdr Kamirol (kini Dr) dalam masa yang sama. Secara tak lansung, ujud collaboration "secara tak sengaja" diawal kami memulakan pengajian masing2. 

Sayugia dimaklumkan ketika itu, dropbox dan facebook belum ada….. tak seperti sekarang….sambil ikat tali kasut pun boleh guna hp hantar message melalui facebook sambil tulis “Bro… ko dah dapat ke artikel yang aku email !!”

So lets collaborate…. !!

OT

Wednesday, October 24, 2012

Tajuk 399: Konsep kerelevenan artikel - tajuk ada artikel tak ada ?

Santai .... tapi tetap relevan....

Dialog:
Kenapa literature review u ni semuanya artikel yang dah outdated, kebanyakkan tahun 1980an

Mana ada outdated ....... sebab kajian saya ni khusus... kaedah inquiri dalam pengajaran tajuk "Teori Atom"... tak ada kajian yang baru dibuat terhadap tajuk teori atom ni..... adapun tahun sekitar 1980an....jadi kenalah ambil artikel tahun tersebut sahaja. Kaedah inquiri ni juga bermula tahun 1980an...

Abis kenapa nak buat kajian ni kalau tak ada artikel terkini?

Sebab belum ada kajian kaedah inquiri bagi tajuk teori atom dibuat.... yang banyak kaedah inquiry dalam tajuk2 lain....

Tak ada ker artikel semasa utk u rujuk?

Ada banyak.... tapi semua tak relevenlah... sebab kaedah inquiry dibuat pada tajuk sains yang lain bukan teori atom... macamana nak rujuk......jadi dalam kes saya ni..... tajuk ada tapi artikel tak ada !!

Persoalan:
Ramai pelajar yang cuba mendapatkan artikel yang "sama" dgn kajian mereka. Jika boleh, semua aspek pun sama, termasuklah methodology, sample dan context kajian . 

Adakah ini satu tanggapan yang betul? 

Ramai berpendpat, artikel yang tidak sama dengan tajuk kajian, berbeza context dll .....adalah artikel yang tak relevan.

Persoalan kerelevanan artikel:
Saya utarakan dua  perbincangan asas tentang "kerelevenan" artikel yang perlu dianalisis dan disintesis secara kritis dalam literature review.

1. Artikel yang releven bagi menunjukkan perkembangan dan sumbangan kajian kepada  "new knowledge" mestilah  artikel yang latest, bukan yang outdated... apatah lagi artikel puluhan tahun lepas !

Jika artikel tahun 1980an diambil, perbincangan dan isu yang dikemukakan telah pun "ketinggalan" dan hanya sesuai utk tahun2 tersebut, malah terkeluar dari perkembangan semasa yang maybe jauh lebih advanced! Jika hanya tahun 1980an sahaja rujukan utama yang dianalisis, maka kajian tersebut juga akan dianggap "ketinggalan" juga....

2. Artikel yang releven tidak semestinya mempunyai content yang sama, tetapi yang penting adalah IDEA atau KONSEP  yang sama. Tidak akan ada satu kajianpun akan sama sepenuhnya dgn satu atau beberapa kajian lain wpun dalam bidang fokus yang sama, maka tidak akan ada satu artikelpun akan sama antara satu sama lain. Yang ada adalah artikel yang saling relevan antara satu sama lain. Jadi kumpulkan seberapa banyak artikel dalam bidang kajian dan kenalpasti artikel yang mempunyai IDEA dan KONSEP yang sama dengan kajian anda. 

Apa dia IDEA atau KONSEP yang sama tu?

Kajian pendekatan pengajaran inquiry dalam pendidikan sains wpun berbeza tajuk.... adalah relevan jika IDEA yang dikaji adalah sama seperti kesan pengajaran inquiry terhadap pemahaman pelajar dalam mempelajari sains.

Sebagai contoh:

a. Kaedah inquiry yang terkini maybe telah berkembang dan di modified berbanding dengan kaedah yang sama 20 tahun lepas... Jadi, kaedah inquiry yang dirujuk mestilah kaedah semasa supaya kajian anda berada pada tahap the frontier of knowledge. Jika hanya bersandarkan kepada kajian inquiry tahun 1980an.... anda dianggap ketinggalan 20 tahun kebelakang... 

Jadi sebarang artikel yang membincangkan kaedah inquiry walaupun bukan dalam tajuk "Teori Atom" secara direct adalah releven. Kaedah inquiry yang membincangkan sebarang tajuk dalam science education adalah relevan utk di"review". Langkah ini bertujuan mendapatkan isu dan perbincangan semasa yang berkaitan dengan kaedah inquiry.

b. Tajuk teori atom mungkin tidak lagi dikaji, namun jika ada keperluan untuk mengkaji semula tajuk tersebut spt yang ingin dilakukan oleh pelajar dalam dialog di atas, beliau mesti membuat rujukan kepada kajian semasa yang mengkaji tajuk lain tetapi mempunyai konsep dan idea yang setara. 

Contohnya sebarang kajian terhadap sesuatu konsep yang abstrak dan dinamik adalah setara dengan konsep atom yang juga abstrak dan dinamik. Artikel berkaitan konsep elektrik atau konsep magnetism contohnya adalah konsep yang relevan dengan konsep atom. Artikel semasa yang memuatkan kajian sebegini adalah relevan jika idea dan konsep yang ingin disampaikan adalah sesuatu yang berkaitan dengan pengajaran konsep yang abstrak dan dinamik juga.

c. Contoh lain spt pengaruh budaya Melayu dalam amalan keibubapaan. Wpun kajian anda merujuk kepada budaya Melayu, namun kajian2 semasa yang lain (dalam dan luar negara) yang juga melibatkan konsep budaya yang setara dan mempunyai konsep yang sama dengan budaya Melayu perlu dijadikan rujukan. 

Jadi jangan bergantung kepada artikel yang ada perkataan "budaya Melayu" tetapi dapatkanlah artikel semasa yang ada konsep budaya yang selari dengan "budaya Melayu". Banyak artikel semasa yang relevan yang juga mengkaji konsep budaya terhadap amalan keibubapaan yang sama seperti konsep budaya Melayu yang perlu dianalisis secara kritis.

d. Contoh lain - semua kajian yang melibatkan perbandingan min dua set data pelajar, perbandingan min skor dua kumpulan pekerja atau perbandingan dua min kumpulan berbeza jantina....mempunyai konsep analisis data yang sama iaitu  pengujian t-test, walaupun tajuk, konteks dan sample yang digunakan adalah berbeza.

Jadi secara ringkas, artikel yang relevan adalah artikel yang mempunyai konsep dan idea yang sama dengan kajian yang ingin dilakukan......dan analisis dan sintesis lah artikel2 sebegini supaya penulisan literature review menjadi kritis..... comprehensive dan bersifat current. 

OT








Tuesday, October 23, 2012

Tajuk 398: Tak jumpa artikel - antara tak ada, tak tahu atau tak mahu tahu!

Kisah apa pulak kali ni?

Kisah ini aku extract dan olah dari pengalaman aku....ada seorang pelajar yang berminat utk membuat kajian berkaitan "misconception" dalam science education.... 

So apa yang kisahnya?

Akupun minta dia cari seberapa banyak artikel yang releven.... selepas sebulan dia datang dengan beberapa   artikel, kebanyakkannya tahun 1990an...

Aku tanya, mana artikel yang terkini

Dia jawab... tak banyak kajian terkini, susah nak cari artikel... yang lama2 adalah.... 

OKlah.... akupun buka web library UPM.... aku klik ke bahagian "A to Z full text e-journal".

Wpun ini web library UPM... aku percaya, IPTA lainpun mempunyai sistem yang lebih kurang sama.....malah ada yang maybe lebih advanced.

Dalam otak aku ada 3 journal yang biasa dalam science education iaitu "Science Education", :Research in Science Education" dan "International Journal of Science Education".

Aku tak nak cari publisher tapi nak terus kepada journal berkaitan.... so aku cari search "Science Education" dulu dan aku TICK "Journal Only" spt berikut:


Bila aku klik... "Search" keluarlah semua journal yang berkaitan yang ada science education..... so aku pilih "Science Education" sahaja



Apa lagi aku kliklah Science Education.... keluarlah journal tersebut tanpa perlu melalui publishernya iaitu Wiley & Sons. Perhatikan semua artikel ditandakan dengan icon  "kunci terbuka" bermakna boleh di akses dan download full artikel



Dah kuar journal tu... aku taip "misconception" pada SEARCH dan select "In this journal" supaya hanya artikel dalam journal ni sahaja yang dicari. 

Bila aku klik Search...tanpa malu2 keluarkan "Search Results" yang ada 640 artikel. Aku pilih artikel tahun 2012 sahaja utk journal ini



Then aku ulangi lagi dgn dua journal iaitu International Journal of Science Education dan Research in Science Education....tapi kali ini aku dapatkan artikel tahun 2010 - 2012

Apa yang berlaku bro?

Tak sampai 30 minit ada dapat semuanya 33 articles... TERKINI dan SENSASI tahun 2010 - 2012.... 

Berikut aku senaraikan.....dan satu salinan aku bagi kat student tu.... tersengeh ler dia !!

1. Misconceptions about “misconceptions”: Preservice secondary science teachers' views on the value and role of student ideas
SCIENCE EDUCATION
Volume 96, Issue 5, September 2012, Pages: 927–959, Douglas Larkin

2. Teaching the nature of science through scientific errors \
SCIENCE EDUCATION
Volume 96, Issue 5, September 2012, Pages: 904–926, Douglas Allchin

3. Young children's analogical reasoning in science domains
SCIENCE EDUCATION
Volume 96, Issue 4, July 2012, Pages: 725–756, Jesper Haglund, Fredrik Jeppsson and Johanna Andersson

4. Framing in cognitive clinical interviews about intuitive science knowledge: Dynamic student understandings of the discourse interaction
SCIENCE EDUCATION
Volume 96, Issue 4, July 2012, Pages: 573–599, Rosemary S. Russ, Victor R. Lee and Bruce L. Sherin

5. Junior High School Students’ Ideas about the Shape and Size of the Atom
Aytekin Cokelez in Research in Science Education (2012)

6. The Effect of Naïve Ideas on Students’ Reasoning About Electricity and Magnetism
Johanna in Research in Science Education (2012)

7. Student Difficulties in Learning Density: A Distributed Cognition Perspective
Lihua Xu, David Clarke in Research in Science Education (2012)

8. Young Children’s Knowledge About the Moon: A Complex Dynamic System
Grady J. Venville, Robert D. Louisell, Jennifer A. Wilhelm in Research in Science Education (2012

9. The Role of Struggle in Pre-Service Elementary Teachers’ Experiences as Students and Approaches to Facilitating Science Learning
Rachel E. Wilson, Julie M. Kittleson in Research in Science Education (2012)

10. Factors Influencing Science Content Accuracy in Elementary Inquiry Science Lessons
Barbara L. Nowicki, Barbara Sullivan-Watts, Minsuk K. Shim… in Research in Science Education (2012)

11. Does Classroom Explicitation of Initial Conceptions Favour Conceptual Change or is it Counter-Productive?
Patrice Potvin, Julien Mercier, Patrick Charland… in Research in Science Education (2012)

12. Primary Connections: Simulating the Classroom in Initial Teacher Education
Anne Christine Hume in Research in Science Education (2012)

13. Science Teachers’ Thinking About the Nature of Science: A New Methodological Approach to Its Assessment
Ángel Vázquez-Alonso, Antonio García-Carmona… in Research in Science Education (2012)

14. How to Help Teachers Develop Inquiry Teaching: Perspectives from Experienced Science Teachers
Chung-Hsien Tseng, Hsiao-Lin Tuan, Chi-Chin Chin in Research in Science Education (2012)

15. Exploring Relations Among Preservice Elementary Teachers’ Ideas About Evolution, Understanding of Relevant Science Concepts, and College Science Coursework
Diana C. Rice, Sibel Kaya in Research in Science Education (2012)

16. Integrating Model-Based Learning and Animations for Enhancing Students’ Understanding of Proteins Structure and Function
Miri Barak, Rania Hussein-Farraj in Research in Science Education (2012)

17. Consistency of Students’ Ideas across Evaporation, Condensation, and Boiling
Zubeyde Demet Kirbulut, Michael Edward Beeth in Research in Science Education (2011)

18. Describing Changes in Undergraduate Students’ Preconceptions of Research Activities
David P. Cartrette, Bethany M. Melroe-Lehrman in Research in Science Education (2011)

19. Indigenous Elementary Students’ Science Instruction in Taiwan: Indigenous Knowledge and Western Science
Huei Lee, Chiung-Fen Yen, Glen S. Aikenhead in Research in Science Education (2011)

20. Inquiry-based Instruction with Archived, Online Data: An Intervention Study with Preservice Teachers
Sedat Ucar, Kathy Cabe Trundle, Lawrence Krissek in Research in Science Education (2011)

21. Facilitating Students’ Conceptual Change and Scientific Reasoning Involving the Unit of Combustion
Chin-Quen Lee, Hsiao-Ching She in Research in Science Education (2010)

22. Senior High School Student Biology Learning in Interactive Teaching
Tan-Ni Lu, Bronwen Cowie, Alister Jones in Research in Science Education (2010)

23. Teaching and Learning about Force with a Representational Focus: Pedagogy and Teacher Change
Peter Hubber, Russell Tytler, Filocha Haslam in Research in Science Education (2010)

24. Physics Teachers’ Perceptions of the Difficulty of Teaching Electricity
Richard Gunstone, Pamela Mulhall, Brian McKittrick in Research in Science Education (2009)

25. From Teaching Physics to Teaching Children: Beginning teachers learning from pupils
Morag Findlay & Tom G.K. Bryce
Journal: International Journal of Science Education Volume 0, Issue 0, pages 1-24

26. Diagnosing Portuguese Students' Misconceptions about the Mineral Concept
António Monteiro, Clévio Nóbrega, Isabel Abrantes & Celeste Gomes
Journal: International Journal of Science EducationVolume 0, Issue 0, pages 1-22

27. Using Student-Generated Analogies to Investigate Conceptions of Energy: A multidisciplinary study
Rachael Anderman Lancor - Journal: International Journal of Science EducationVolume 0, Issue 0, pages 1-23

28. Secondary Students’ Understanding of Basic Ideas of Special Relativity
Kyriaki Dimitriadi & Krystallia Halkia
Journal: International Journal of Science Education Volume 0, Issue 0, pages 1-18.

29. Creationism as a Misconception: Socio-cognitive conflict in the teaching of evolution Colin Foster
Journal: International Journal of Science Education Volume 34, Issue 14, September 2012, pages 2171-2180.

30. A Three-Tier Diagnostic Test to Assess Pre-Service Teachers’ Misconceptions about Global Warming, Greenhouse Effect, Ozone Layer Depletion, and Acid Rain

31. Harika Ozge Arslan, Ceyhan Cigdemoglu & Christine Moseley
Journal: International Journal of Science Education Volume 34, Issue 11, July 2012, pages 1667-1686

32. Development and Assessment of A Diagnostic Tool to Identify Organic Chemistry Students’ Alternative Conceptions Related to Acid Strength
LaKeisha M. McClary & Stacey Lowery Bretz - Journal: International Journal of Science Education Volume 34, Issue 15, October 2012, pages 2317-

33. Nature, Cause and Effect of Students’ Intuitive Conceptions Regarding Changes in Velocity
Miriam Lemmer - Journal: International Journal of Science Education Volume 0, Issue 0, pages 1-23

Phew.... sekejap jer bro?

Ahah.... tak sampai 30 minute bro... bukan 30 hari !! Ini belum lagi aku search beberapa journal lain... baru 3 jer bro.

Jadi aku kadang2 nak tahu jugak.... samada pelajar tak jumpa artikel kerana artikel tak ada, tak tahu nak cari artikel atau memang tak mahu tahu camner nak cari artikel !!

OT




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...