.

"ANTARA BLOG TERBAIK PENGAJIAN TINGGI DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

ANTARA TAJUK-TAJUK POPULAR.

Link ke semua Tajuk Popular berikut terletak dibawah ShoutMix.

Tajuk 004 - Ada 11 perkara kajian anda SIGNIFICANCE

Tajuk 014 - Menulis LITERATURE REVIEW yang kritis...sempoiii..

Tajuk 020 - Sample: Purposive atau Convenience atau ?

Tajuk 032 - Kenapa data ordinal tidak normal?

Tajuk 035 - Interpretasi SIGNIFICANT bagi correlation

Tajuk 083 - Sempoinya menulis LITERATURE REVIEW secara kritis !

Tajuk 094 - Tulis PROBLEM STATEMENT tapi TIDAK ADA problem?

Tajuk 100 - Menulis thesis dgn PANTAS "Jika saya menjadi anda"

LINK KE SEMUA TAJUK POPULAR BERIKUT TERLETAK DIBAWAH SHOUTMIX.

Tajuk 119 - Jgn perasan kajian anda boleh ubah policy!

Tajuk 122 - Jgn nak lebeh2 jika guna CORRELATION !

Tajuk 132 - Anda patut lebih TERROR dari supervisor anda !

Tajuk 141 - Tak logic minat RASCH MODEL tapi tak tahu LOGIT?

Tajuk 156 - DROPBOX - File tesis anda dalam bahaya!

Tajuk 184 - Semak Literature Review dgn SIMEC !

Tajuk 185 - Senangnya bina OUTLINE LR !

Tajuk 187 - Tiga rahsia penulisan LR terbongkar... Yezza!

Tajuk 212 - Cari RESEARCH GAP? Gunalah SYNTHESIS MATRIX !!

Tajuk 215 - Kalaulah saya jadi SV.. emmm

Tajuk 233 - CITATION dlm LR – Giler kalau macam ini...!!

Tajuk 238 - Lambat siap tesis – Anda berpenyakit procrastination !

Tajuk 234 - Anda pasti KALUT tanpa PILOT Article

LINK KE SEMUA TAJUK POPULAR BERIKUT TERLETAK DIBAWAH SHOUTMIX.

Tajuk 339 - Thesis: Dont Make It Write, Make It Written !!

Tajuk 240 - "DISCUSSION OF FINDINGS" Jangan pulak anda jadi Pak Pandir.

Tajuk 242 - RESEARCH GAP? - Gunalah HYBRIDIZATION TECHNIQUE

Tajuk 245 - Baca ini anda confirmed kamcing dgn SV

Tajuk 261 - RESEARCH GAP dan Teori Persenyawaan

Tajuk 267 - RESEARCH FRAMEWORK: Kenapa proposal mesti tebal-tebal?

Tajuk 277 - 278: RFOT - Wow !! RESEARCH FRAMEWORK dlm satu mukasurat jer!

Tajuk 279 - Nilai sebuah PROPOSAL..

Tajuk 285 - Thesis dan Awet Muda - Tips untuk suami isteri

LINK KE SEMUA TAJUK POPULAR BERIKUT TERLETAK DIBAWAH SHOUTMIX.

Tajuk 291 - 4 langkah validate + reliability questionnaire

Tajuk 311 - 6 kisah seram calon PhD !!

Tajuk 312 - Anda tak boleh ubah SV, andalah yang perlu berubah !

Tajuk 326 - MENDELEY: Citation + bibliography secara automatik....!

Tajuk 363 - Download template RFOT versi baru dlm MS Word disini !

Tajuk 366 - Empat langkah sempoi tulis paragraph yg KRITIS !!

Tajuk 367 - Bila supervisee jadi BEBAN SV !!

Tajuk 370 – Menulis significance dan Implication of study…

Tajuk 373 - Download desktop calender free here

Tajuk 379 - Download template for writing article AROT

Tajuk 395 - Novelty / Originality kajian anda dipersoalkan?

Tajuk 401 - Download RFOT latest (v4)

Tajuk 405 - Fulamak...Speed Reading (SROT)

Tajuk 417 - 432: Wooow.... ATLAS.TI - 12 Siri Langkah demi langkah

Tajuk 458 - Fulamak...3 Langkah Mudah Gaya UKM Dlm MENDELEY

Tajuk 468 - What is "THE BEST" Thesis?

Tajuk 473 - Sebab supervisee slow sokmo !!

Tajuk 477 - Template RFOT utk download (pdf)

Tajuk 486 - SV timun laut buat kajian singa laut?

Tajuk 487 - Bila Prof nak jadi MARADONA

Tajuk 529 - Calon PhD: Tipah Jgn Tertipu dgn SV !

----------------------------------------

Sila klik link Brochure, Sijil Penyertaan dan Resit yg disediakan di bawah shoutmix.

------------------------------------------------

SENARAI TENTATIF BENGKEL


RINGKASAN BENGKEL:

(1) TULIS TESIS CEPAT = TULIS TESIS CEPAT, LIT. REV. & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) SPSS =PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ATLAS.ti = ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) QNAIRE = BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK



Daftar dan info : http://www.postgraduateworkshop.com/

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke: zahinothman@gmail.com


Sila klik link Brochure, Sijil Penyertaan dan Resit yg disediakan di bawah shoutmix.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, August 31, 2012

Tajuk 380: Harapan terhdp SV - Tahan vs Kinabalu

Musim pelajar siswazah mendaftar PhD dan master disemua IPTA sudah bermula. Dengan wajah berseri2… mereka mendaftar diikuti dengan harapan setinggi gunung utk berjaya dan mendapat sekeping ijazah sarjana mahupun PhD dan yang setaranya dengannya. Ada yang setinggi gunung Tahan... malah ramai yang setinggi Gunung Kinabalu 

Harapan apa  tu bro?

Macam2 harapan yang dibawa… harapan kepada ibu bapa, harapan sendiri, harapan keluarga…. dan yang tak kurang pentingnya adalah harapan terhadap SV.

Aah....

Jadi bagi pelajar baru….. aku seboleh2nya tak mahu melemahkan harapan mereka terhadap SV namun aku harap mereka juga akan berpijak dibumi nyata…. 

Apa maksud ko bro...bikin wa suspen jer?

Aku nak tanya, apa harapan ko pada SV ko sebaik sahaja ko diminta menamakan SV ko ?

Emmmm.... banyak bro.... antaranya....

Pertama:
Aku harap aku dapat di supervised dgn sebaik2nya…

Itu bukan harapan ko saja…. itu harapan menggunung semua pelajar siswazah. Kalau harapan ko menggunung  nak tawan Kinabalu, ko cuba daki dulu Gunung Tahan. Ko tahu tak.... nak naik Gunung Tahan free jer... tapi nak jejak Gunung Kinabalu.... ko kena bayar macam2 bro....dari tiket AirAsia sampailah bayaran nak mendaki... Kalau tak der duit.... baik ko panjat KLCC jer...

Bukannya apa, ko bukan sahaja satu2nya yang diselia SV ko…. Jadi kalau SV dah ada 10 - 15 students yang dia supervised…dengan research sendiri, meeting itu dan ini….. tugas admin dll……berpada2lah dalam harapan ko tu…


Tahun 2011...
Aku sekali lagi ke Gunung Kinabalu setelah menawannya pada 1985

Kedua:
Aku harap SV baca dan komen proposal aku secepat mungkin

Memang ler SV akan membaca, menulis komen, memaklumkan apa yang perlu ko betulkan. Cuma ko tak leh harapkan dalam seminggu bro…. malah ada yang ambil masa 3 bulan…. Dan yang sampai tak perasan malah terlupa supervisee dah hantar proposal dan tesis pun ada. Jika ko harapkan SV ko komen dengan detail lagi ler ko akan  kecewa. SV hanya akan merumuskan tahap penulisan ko dan lebih selesa memberikan komen yang umum untuk beberapa muka surat sahaja. Yang selebihnya pandai2lah ko betulkan sendiri. Malah bro… ada SV yang kata apa yang supervisee buat tu salah, sedangkan itu adalah pembetulan yang diberikan oleh SV sebelum itu…. Nasihat aku, simpan catatan dan segala komen yang diberikan wpun tak sedetail mana….

Situasi IDEAL antara SV - supervisees boleh diusahakan

Ketiga:
Aku harap SV aku selalu dapat lapangkan masa untuk berbincang

SV memang selalu kata pintu bilik dia sentiasa terbuka untuk berjumpa ko…. itupun jika dia ada kat dalam bilik ler. Tapi most of the time SV sibuk memanjang… ada meeting, kelas, research, jumpa pegawai kementerian dsb……so tertutuplah bilik dia utk ko…dan tertutuplah peluang ko nak jumpa dia selalu…..

Keempat:
Aku harapkan SV yang friendly bro… boleh buat kawan

Wo.. ini harapan yang sedikit melampau. Jika ko banyak tulis paper.. dan letak nama SV ko….sebagai hargai sumbangan dia...…..ko pulak boleh berdikari.......ko hantar tugasan ko on time….barulah   SV akan jadi friendly … tapi jika ko sendiri buat derk, tak ada progress….SV ko akan buat derk juga dengan ko bro…...caya lah cakap aku... tambahan SV ko ada ramai supervisees.... yang memenuhi kriteria yang dia suka.... akan jadi friendly ler... yang tidak.... emmm

Kelima:
Aku harapkan pandangan yang kritis dan membina dari SV

Ko memang boleh letakkan harapan ini jika ko terlebih dahulu menjadi kritis terhadap kajian ko sendiri. Camana SV nak beri pandangan kritis dan membina…. Kalau SV  baru tanya soalan basic ko dah tenganga tak boleh jawab…. terkebil2 ...SV sergah sikit ko dah panik dan pucat lesi macam baru lihat aktiviti paranormal..…. SV tanya semua ko jawab tak pasti…..macam budak tadika jawab soalan add maths SPM..... abih camno?

Keenam:
Aku harap SV gunakan kepakaran yang dia miliki utk bantu research aku

Alasan utama ko dapat SV tersebut kerana kepakaran yang dia miliki. Oleh kerana kajian ko selalunya focus kepada satu2 masalah dan teknik tertentu…. adakalanya, perkara tersebut diluar kepakaran  khusus SV ko. Spt yang aku selalu bebelkan.... SV bukannya wikipedia... tahu semua benda... Ini termasuk jugak school of thought yang mungkin berbeza. 

Katalah SV ko pakar kajian kualitatif , tapi bila ko nak buat kuantitatif…. mulalah muka dia berkerut.... dah ler memang dia banyak kerut... Jika ko kena buat jugak kualitatif tapi nak guna software ler pulak macam atlas.ti katakan… dia mungkin tak leh bantu ko sebab dia sendiri mungkin tak der kepakaran guna atlas.ti. Malah ada SV yang tanya supervisee.... amende atlas.ti tu?  Ini kisah benar bro....

Katakan dia pakar focus group bagi kaunseling dadah, bila ko nak buat kaunseling kaedah hypnosis…. SV ko maybe tak boleh tolong….sebab diapun tak ada kepakaran dalam kajian berkaitan hypnosis.... bila dia tanya ko balik.... ko pun diam.....sebab ko pun tak tahu.... akhirnya dua2 pulak macam kena hypnosis.....abih camnor ?

Alamak bro….tulisan ko ni menakutkan aku jer…

Bukan nak menakutkan sesiapa…. itu bukan niat aku…..aku menulis ni sekadar memperingatkan ko supaya bersedia menghadapi kemungkinan di atas sebab situasi IDEAL yang ko harapkan tak semuanya akan diperolehi.  Inilah reality….jadi bersedialah utk bertahan di Gunung Tahan....yang boleh tahan juga cabarannya dari kecewa akibat terpukau dengan dejavu di Kinabalu......yang akhirnya tak kesampaian...


OT

Wednesday, August 29, 2012

Tajuk 379: Template Menulis Jurnal Article - AROT


Aku ke Uitm semalam….menemui sifu atlas.ti Ani Munirah dan kawannya di Law Faculty. 

Emm.... makan kuih raya ker?

Tak... kuih buah melaka yang disebut di Negeri Sembilan sebut kuih kolopong. Paling best teh ais....sambil makan2 kuih… sempat juga berbincang pasal penerbitkan artikel. 


Duo-duo anak nogori suko kolopong !!
Dalam perjalanan pulang….. otak pentium IV aku yang dah tak ada slot nak upgrade ni terfikir utk sediakan satu templat menulis artikel bagi pelajar novice.. esp pelajar siswazah.

Template?

Aah.. aku ringkaskan sebagai AROT !

Woo… lagi satu acronym.. macam RFOT ker?

Tak… AROT to adalah Article’s Rules Of Thumb… he he jangan marah bro… ikut OT style ler… AROT ini aku siapkan paragraphnya sekali, pandai2lah ko nak isi paragraph tersebut....

Yang penting, templat ini boleh memberikan panduan umum utk yang baru2 berjinak nak tulis aricle... maybe belum pernah tulis artikel.. atau yang malu2 nak tulis artikel... dan yang sewaktu dengannya lah...

Cuma aku ada pesanan sikit.... sebagai pelajar yang menjalankan kajian, nama pengarang pertama mestilah nama pelajar.... kerana mengikut etika penulisan, pelajar adalah main researcher maka ko sebagai pelajar adalah main author... sebab data dan kajian tu ko punya. 

Kalau aku yang buat kajian.. apa bukti kajian atau data tu aku punya? SV akupun ada bagi idea... buat editing sana sini...

Pertama....kalau dah tak ada kajian... kajian tu ko tak tulis... camner SV ko nak buat editing. Betul tak? . 

Kedua.... dgn kajian yang ko tulis termasuk data ko tu lah maka ko di ijazahkan dgn master atau PhD...bukan SV atau orang lain.... Di halaman depan thesis awal2 lagi ko dah mengaku tu kajian ko....jadi bila tulis artikel maka nama ko lah patut jadi pengarang utama... dan bagi menghargai sumbangan SV... nama SV selalunya selepas nama ko lah...... win-win situation lah tu...

Emmm....


Dan template tu hanya satu yang umum dgn kandungan yang wajib ada... tetapi terdapat pelbagai style atau format yang ko kena ikut berdasarkan publisher yang berbeza. Namun, isinya tak akan lari dari template tersebut. Pendek kata, jika ko dah siapkan artikel mengikut template tersebut.. ko dah siapkan satu artikel yang considered complete !! Panjang pendeknya artikel ko tu jugak bergantung kepada keperluan journal yang ko nak hantar...dan kalau nak tambah paragraph pun tak ada...dan ada jurnal yang perlukan lit review di tulis juga.... itu tak kisah ler sebab ko mmg dah tulispun dalam thesis ko... tapi tak adalah sub heading utk LR pulak....

OK..OK... barulah aku ada satu panduan... at least.. kalau tak main taram jer.... ha ha

Aku bagi 2 option.... satu aku tulis template tu dalam entry ini... satu lagi ko boleh download di link berikut: 

AROT template

Inilah AROT - Article's Rules Of Thumb


TAJUK ARTIKEL SIMPLE
 TAPI CATCHY

Nama pengarang pertama1, Nama pengarang kedua2
1Universiti Putra Malaysia, Sedang, Selangor
2Universiti Multimedia, Cyberjaya, Selangor



Abstract
Abstrak adalah ringkasasan kajian yang mengandungi 1. Sedikit pengenalan terhadap tajuk 2. Problem statement 3. Rekabentuk kajian 4. Main findings 5. Kesimpulan. Kesemua ini ditulis secara paling ringkas bagi menggambarkan keseluruhan kajian. Semua variable utama mestilah tercatat dalam abstrak tapi tidak perlu dihuraikan. Tuliskan sahaja  reka bentuk kajian yang digunakan dan instrument, siapa sample / subject tanpa perlu huraikan dengan lebih lanjut prosidur kajian.

INTRODUCTION
Paragraph 1 – Perkenalkan tajuk kajian dengan menekankan kepentingan tajuk kajian tersebut dilakukan, dengan menyentuh secara ringkas gap dan problem statement.

Paragraph 2 – Kaitkan paragraph 1 dengan perkembangan semasa diperingkat international, regional dan local setting. Huraikan sedikit signifikan kajian dalam local setting dan kenapa kajian ini boleh menyumbang sesuatu yang baru to the body of knowledge.

Paragraph 3 – Maklumkan aim / tujuan kajian secara ringkas diikuti dengan objektif yang lebih khusus. 

METHODOLOGY
Paragraph 1 – Perkenalkan reka bentuk kajian … contohnya "In this research, the true experimental design was applied"…. This study examined how… The study was conducted …. Using pretest and posttest…

Paragraph 2 – Research procedure….sampling techniques….data collection…Ingat: jika prosidur kajian anda adalah procedure yang terlalu familiar (spt mengedar questionnaire…. tak perlu dihuraikan dgn panjang lebar). Jika prosidur ko kompleks sangat, ringkaskan dalam bentuk grafik, flow chart  mahupun jadual. Jangan membebel macam mak nenek semasa menulis artikel.

Paragraph 3 – Perkenalkan analisis data…. contohnya "A one-way between-group analysis of covariance (ANCOVA) was conducted to compare the effectiveness….. The normality and homogeneity were investigated beforehand…."

RESULTS AND DISCUSSION
Paragraph 1 – Berikan kesimpulan dapatan kajian yang utama sahaja which related to the objective of the study. Sertakan jadual atau graph bagi memudahkan pemahaman pembaca. Contohnya "Table 1 shows the descriptive analysis of pretest…. Table 2 shows the test between-subject….."

Paragraph 2 – Bincangkan dapatan di atas secara kritis to establish you own voice / ideas….

Paragraph 3 - give quantified proofs or triangulated proofs for qualitative research…write the most significant findings sahaja….discuss unexpected data, discrepencies (if any)

CONCLUSION
Paragraph 1 – answer the objective of the research… recap the importance of the findings as well as the implication and application in your area of research.

Paragraph 2 - give suggestion for future research.

REFERENCES

Yang ini kena pastikan cite betul2.. so gunakanlah reference manager macam Mendeley…. So tak derlah terkial2 nak menaip semuanya satu-satu…



OT - selamat menulis !





Sunday, August 26, 2012

Tajuk 378: 5 langkah awal buat calon master / PhD - Literature Search vs Literature Review


Salam aidilfitri bro…. amacam raya?

OK…. Semuanya berjalan dengan baik…. dapat berkumpul di kampong dan rumah mertua sambil ziarah saudara mara.  Seronok tengok anak2 buah yang dah besar2… menandakan usia kita dan semakin pendek emmm….

Aku tak sabar nak mulakan semester…. Tentu ramai calon2 baru pelajar master dan PhD yang mendaftar. Apa citer kali ni?

Aku nak sentuh sikit dua istilah ini….. supaya jelas dan difahami utk tindakan calon2 master  dan PhD. Aku tulis sebab istilah Literature Search (LS) jarang disebut, jarang dibahas…..apatah lagi utk diamalkan…. yang banyak diulas dalam research methodology adalah istilah  Literature Review (LR).

Apa bezanya dua istilah tu?

Aku tak nak ulas istilah LR…. Semua dah tahu, apatah lagi ko pun kena siapkan satu Chapter khas untuk LR dalam thesis…. LR adalah penulisan dan kupasan analitikal dan kritis kajian2 lepas bagi menjustifikasikan apa yang ko buat.

Literature Search adalah langkah awal yang wajib dilakukan oleh siswazah sebaik sahaja mendaftarkan diri, lama sebelum ko boleh menulis LR......namun jarang diberikan penekanan. Jika jumpa kawan2 selalunya ditanya "Apa tajuk kajian ko?" 

Abis tu bro, nak tanya apa lagi?

Patutnya tanyalah "Setakat mana dah ko buat Literature Search?" Selagi tak buat LS ni secara intensive jgn ler nak sibuk2 cari tajuk kajian...

Jadi apa LS tu?

LS adalah usaha pencarian material yang perlu dibaca serta dan diteliti dan di explore bagi mengetahui perkembangan dulu dan kini serta perbincangan semasa dalam bidang yang ingin di kaji. Jika ko terfikir utk membuat kajian “computer in education”, ko kena buat “intensive literature search” terlebih dahulu utk menyorot perkembangan aplikasi komputer dalam pendidikan sejak dulu hingga kini supaya ko dapa mengesan gap yang masih perlu dikaji sebagai contribution ko.

Jadi kena buat LS dulu ker bro?

Ko kan tahu,  sebaik sahaja mendaftarkan diri sebagai calon master atau PhD, ramai yang memulakan langkah dengan mencari tajuk yang sesuai untuk dijadikan kajian. Pencarian tajuk dikatakan akan memudahkan lagi pencarian bakal supervisor.  Ialah…. kalau tak ada tajuk macamana nak cari supervisor yang sesuai.

Emm ok…

Tapi ramai juga yang sarankan calon PhD  terlebih dahulu mencari bakal supervisor bagi memudahkan perbincangan dalam pencarian tajuk kajian.  

Emm ok jugak…

Jadi timbul pertanyaan, langkah manakah yang patut didahulukan – mencari tajuk kajian ataupun bakal supervisor?

Aah….. aku fikir buat ler dua2 serentak abis citer !

Kat sinilah silapnya. Aku berpendapat, pencarian bakal supervisor mahupun tajuk kajian bukanlah langkah terbaik sebaik sahaja bergelar calon PhD. Sebab itulah calon PhD takut nak jumpa supervisor sebab tak kuasai apa yang nak dikaji... malah tak surepun apa nak buat. Kalau ada tajuk kajian pun, datang dari ilham bukannya pembacaan yang mendalam. Bila kena sergah sikit je... terus tukar tajuk lain !

Abis tu?


Langkah terbaik bagi calon PhD adalah membuat intensive literature search dahulu. Langkah ini adalah pencarian artikel dalam jurnal yang relevan dengan bidang kajian.

Susahlah macam tu bro…. belum apa2 dah kena baca itu dan ini!

Inilah yang ramai salah tanggap. Kecanggihan ICT dan kemudahan online menjadikan usaha pencarian literatur satu langkah yang semakin mudah yang boleh dilakukan  di mana sahaja dan bila-bila masa sahaja. Tambah dgn lap top ko yang canggih tu. Kalau setakat nak ber facebook, tak yahlah yang canggih2. Pencarian literatur adalah usaha mencari rujukan secara komprehensif  dan mengasingkan rujukan yang releven. Sebab itulah ko kena buat kajian dalam bidang yang ko ada pengetahuan supaya ko dapat memahami wpun secara kasar dari artikel2 kajian lepas dan cuba mengumpul2kan semua artikel2 yang relevan. Then apa lagi... ko simpan dulu dalam Desktop Mendeley ko..... barulah kerja2 penulisan proposal dan LR selepas itu menjadi cepat dan efficient.

Nak buat PhD biar clear dari awal.... jgn blur-blur

Abis kat mana nak cari bahan2 tu?

Iskh…. Banyak betullah soalan ko? Apa yang ko buat masa dapat master dulu…. Ko tak buat LS ker? Ko bukak jer web library university ko…. Banyak ler data base online yang disediakan. Ni tak.... kejap2 bukak facebook.... itu jer kejer ko....

Berikut aku bagi sebahagian daripadanya….sumber berikut menyediakan pengkalan data yang lengkap seperti jurnal dan tesis untuk diterokai:

- EBSCOhost
- Emerald
- Proquest Dissertations and Theses
- SAGE Journals online
- World Scientific Computer Science Journals
- Springer Link
- American Institute of Physics
- ASCE Online Journal
- Taylor & Francis Group
 - Wiley InterScience
 - IEEE Xplore
- Oxford Journal
- Water and Science Technology
- Management  Science

Wow banyak nyer!

Memang ler.... dalam data base tu ada ribuan jurnal dan jutaan articles.... Ini belum ditambah dgn buku2 yang membincangkan asas dan theory2 yang ko kena dalami lagi..... seronok per bila jumpa artikel2 yang releven..... Jadi usaha pencarian literatur ini adalah langkah awal yang perlu dilakukan supaya calon PhD mempunyai  asas yang menyeluruh terhadap perkembangan semasa dalam bidang kajian masing-masing. Usaha ini akan memberikan idea dalam mencari jurang-jurang kajian (research gaps) yang masih perlu diterokai sebagai “the contribution to the body of knowledge”. Calon PhD boleh mulakan pencarian dan pembacaan artikel-artikel yang relevan secara ringkas (seperti meneliti abstrak dahulu) sehingga mendapat satu fokus yang sesuai dengan minat dan pengetahuan yang dimiliki. 

Tu hanya sebahagian jer lah.... pening dulu tak per asal jgn pening sepanjang jadI calon PhD. Berikut contoh 5 langkah menjalankan LS bagi  kajian Computer in Science Education.....Katakan ko baru buat LS utk 2 sumber sahaja iaitu SAGE dan Wiley, lalu dapat mengumpulkan 150 articles. Then ko lakukan screening lalu berjaya mengumpulkan 40 articles yang relevan dengan kajian ko. Then barulah ko baca 40 articles tu dengan lebih mendalam....Langkah ini hanya sebagai panduan sahaja.... ko bolehlah buat langkah2 ko sendiri....


Step 1:
150 articles screened
(retrieved from keyword and citation searches)
SAGE - Science Education, Journal of Science Education
Wiley - Journal of Science Teaching, Computer in Science Teaching

Step 2:
50 out of 150 articles were excluded 
because the articles related to computer programming, not education

Step 3:
100 articles screened for detailed evaluation

Step 4:
60 out of 100 articles were excluded:
20 articles related to computer acceptance not application
10 articles out-dated articles
20 articles inaccessible / not in English
10 non peer reviewed articles

 Step 5:
40 relevant articles retrieved 
form SAGE and Wiley included for computer in education studies
(save these articles in Mendeley and back-up in Dropbox !!)


Mengapakah langkah ini perlu dilakukan mendahului langkah mendapatkan supervisor atau mencari tajuk kajian?


Zaman mengumpul printed material macam ni dah berakhir.....digitalised kan cara anda
mengumpul artikel yang relevan dalam DROPBOX dan  MENDELEY  supaya kerja penulisan menjadi cepat dan efficient 


Emmm…. Cer lah ko bagi tau..

Ada at least 5 kelebihan yang ko kena tahu…

Pertama:
Pencarian literatur akan membiasakan calon PhD dengan jurnal-jurnal utama, penyelidik-pengarang yang dominan, terminologi utama, perkembangan teori serta analisis data yang sering digunakan dalam kajian terdahulu. Langkah ini akan memberikan idea akan perkembangan semasa dan jurang kajian yang boleh diterokai. Penentuan jurang kajian akan memudahkan calon PhD mencari supervisor yang mempunyai kepakaran yang sama dalam bidang yang berkaitan dengan pengisian jurang kajian tersebut.

Kedua:
Langkah pencarian literatur akan memberikan gambaran awal kepada calon PhD akan pernyataan masalah, objektif, persoalan kajian yang lazim dikemukakan dalam bidang kajian dan sekaligus menghasilkan tajuk kajian yang mantap. Langkah pencarian literatur akan mengurangkan tindakan bertukar-tukar tajuk kajian. Fenomena bertukar-tukar tajuk kajian berlaku kerana calon PhD tidak membuat pembacaan yang menyeluruh dan hanya memilih tajuk berdasarkan andaian atau pembacaan yang dangkal. Apabila tajuk yang dipilih tidak mempunyai rujukan yang mencukupi bagi menyediakan sorotan literatur kemudiannya, maka ramai yang mengambil jalan mudah dengan menukar tajuk kajian.

Ketiga:
Langkah pencarian literatur juga akan menyediakan calon PhD dengan artikel-artikel yang relevan dalam menyediakan proposal.  Artikel-artikel terkini yang relevan boleh menjadi “pilot articles” yang menyediakan senarai rujukan-rujukan lain yang berkaitan. Calon PhD hanya perlu melakukan proses “snowball” bagi mendapatkan lain-lain rujukan yang relevan berdasarkan senarai rujukan dalam “pilot articles” tersebut. Pencarian literatur akan menyediakan senarai rujukan yang secukupnya untuk menyediakan penulisan yang analitikal dan kritis bagi BAB SOROTAN LITERATUR secara khusus dan penyediaan tesis secara umum. Penulisan tesis adalah penulisan ilmiah yang memerlukan rujukan yang lengkap, mencukupi termasuklah yang bersifat semasa sebagai tulang belakang kajian yang dijalankan.

Keempat:
Langkah pencarian literatur juga akan mendedahkan calon PhD kepada reka bentuk kajian, teknik persampelan, analisis data serta dapatan utama dalam kajian-kajian terdahulu. Ini akan memudahkan calon PhD mempersiapkan diri dengan membuat pembacaan yang lebih mendalam terhadap aspek-aspek tersebut.  Calon PhD boleh mengambil langkah pro-aktif dengan mengikuti bengkel yang dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman seperti bengkel SPSS untuk analisis data.

Kelima:
Langkah pencarian literatur akan meningkatkan keyakinan calon PhD untuk memulakan perbincangan secara lebih komprehensif dengan bakal supervisor dengan mengajukan pertanyaan secara yang lebih khusus dan menjurus kepada kajian yang akan dijalankan. Justru itu, calon PhD  akan mendapat maklum balas yang lebih lengkap dan signifikan.

Ko kena tahu bro….master atau PhD adalah pengajian “student-and-research centered” yang memerlukan ko kehadapan dalam menguasai bidang kajian bukannya supervisor yang hanya bertanggungjawab membimbing berdasarkan pengalaman yang mereka miliki. Tidak kira siapapun supervisor dan apapun tajuk kajian, calon PhD lah yang bertanggungjawab terhadap kajian yang dijalankan.

Aah patutlah ramai calon PhD yang tidak melakukan pencarian literatur teraba-raba mencari arah, kerap kali bertukar tajuk serta gagal mengadakan  perbincangan yang produktif setiap kali bertemu dengan supervisor. Bila supervisor tanya sikit dah menganga tak tahu nak jawab..... 

Tahu tak per….. jadi bila ko jumpa jer junior2 ko yang baru daftar master atau PhD.... ko tanya..."Bro.... dah buat literature search ke?" "Berapa ratus artikel dah dikumpulkan" "Dah save dalam Mendeley ker?" "Dah buat backup dalam dropbox?" dan pertanyaan2 yang sewaktu dengannya.... bukan lagi "Apa tajuk kajian ko bro?"

OT

Friday, August 24, 2012

RAYA 2012

Selamat hari raya kepada pembaca blog drotspss. Selama 7 hari komputer ini tidak digunakan kerana ketiadaan WIFI di kampung.... sekadar menjenguk email melalui windows phone. Spt tahun2 lepas, aku beraya di kampung halaman ku di Rembau, then di rumah mertua di KL dan di kampung wife di Seri Menanti. Selain menziarahi saudara mara, aku sempat menziarahi sdr Nizam dan wife .... kenalan di Adelaide dahulu. Kami berjumpa dirumah kampung Batu Kikir Kuala Pilah. Turut serta adalah Dr Nordin dan wife....

Terima kasih kepada wife yang spt biasa menemani aku dan anak2 menziarahi pusara aruah isteri dan turut serta menziarahi saudara mara.... dan rakan taulan.... tak kira penat... melayan tetamu yang hadir....

Berikut adalah pic utk kenangan .... RAYA 2012


Beraya bersama sdr Nizam dan Dr. Nordin (USM). Kenangan menjadi student di Adelaide sungguh bermakna hingga persahabatan terus kekal.... 
Gaya Zuhayr paling mengancam...

Salam momohon ampun...

Mencium nenda tersayang...

Ni lah buaian di kampung.... walaupun tak secanggih

Moga bahagia dunia akhirat...sehati dan sejiwa

Anak-anak semakin membesar.... 

Nine..... anak bujang yang first time pakai samping dan songkok...

Kemanjaan Kak Ngah dan Kak Long


Di Rembau.... 


Suka bergaya...

Selepas menziarahi kubur umi mereka....

Menyusuri pagar dari rumah ke rumah....

Beraya bersama anak-anak buah aruah isteri....

Jalan-jalan raya...

Beraya di rumah mertua..... the year of purple... Luv u all !!

Bestnyer jadi Nine... cam putera raja...

Wo wo.... ngurat yer...

Beraya di Seremban...
Salam rindu buat Salis, Uzma, Husna dan Zahin

Konvoi raya.....

Niler cameraman....


Wednesday, August 15, 2012

BROCHURE BENGKEL PENULISAN PANTAS DAN SPSS

Salam,

Saya menerima permintaan utk mendapatkan borchure. Oleh kerana  bengkel saya adalah bengkel yang diadakan atas permintaan dan kebanyakkannya dianjurkan sendiri oleh institusi melalui pelajar siswazah, maka saya sediakan brochure yang simple.

Sila klik link berikut utk download brochure bagi tujuan tuntutan dan permohonan mengikuti bengkel.

Link ke brochure bengkel (Document Map)

Link ke brochure SPSS

Monday, August 6, 2012

Tajuk 377: Aku, PhD, FB dan program reality ciptaan sendiri !

Bro…..Kali ini aku sedikit menyimpang skit….. kebetulan hari ini cuti Nuzul Al-Quran…cuaca pulak redup….nak citer sikit based on my simple observation  pasal facebook. Ada berbagai kategori orang yang menggunakan facebook, aku cuma nak sentuh secara umum sahaja. 

Ini tak termasuk member2 Doctorate Support Group Facebook kerana sebahagiannya matang dan menggunakan FB sebagai medium berkongsi maklumat. Aku percaya DSG adalah satu contoh fb yang menepati fungsi sebenarnya dalam berkongsi maklumat. Inilah cara terbaik memanfaatkan fb. Namum diluar fb DSG, terdapat juga calon2 PhD, Master termasuk member DSG yang mungkin melalui senario berikut…. Sama2 kita renungkan….

Senario apa bro?

Aku ni pengguna FB juga… most of the time aku berada dalam DSG, jarang diluar DSG…. Cer ko peratikan keliling ko…dan lihat senario yang berlaku…

Pedia?

Sebelum tu ko perasan tak…. Kalau ko gi  mana2 ada saja org depan ko yang sedang tulis dan baca fb? Kat kedai, pasar malam, library, dalam masjid, hatta masa kuliah pun ada… dan pengalaman aku baru2 ni…aku berbuka dlm satu restoran sambil melihat satu keluarga sedang makan dengan dua anak remaja mereka. Aku perhatikan dua-dua anak remaja tersebut (lelaki dan perempuan) sambil satu tangan menyuap nasi… satu tangan lagi memegang smart phone sambil texting…. dan tersengeh sendirian.....tanpa bercakappun dengan kedua ibubapa mereka…..dari mula makan sampai abis….fuhhh dasyat !! Hanya mak dan ayah sahaja yang sekali sekala berbisik sesuatu…..

Bagi ko la…. Apa tujuan ko berfb?

Ha ha…..Untuk letakkan muka aku yang boleh tahan ni ler dalam fb….

Tu jer?

emmm…. supaya boleh berkomunikasi dgn kenalan lama dan baru atau dgn org yang  aku kenal dan tak berapa kenal dan yang pernah aku kenal…..dan yang nak kenal aku….

Kenapalah ko kata fb macam program reality bro?

Aku nak kongsi 10 scenario berikut dgn pembaca termasuk pelajar PhD dan Master yang perlu berhati2 supaya FB yang mula dilancarkan sejak 2004 tak menjadi pencuri masa anda…. Dgn membuat sesuatu yang unnecessarily…dan tak signifikan kepada progress kajian dan penulisan thesis 

Pertama:
Mula2 wujud rasa rasa ketinggalan zaman bila semua org mengguna dan bercakap pasal fb, sedangkan kita masih tak ada fb.

Kedua:
Oleh kerana tak mahu ketinggalan zaman, mulalah berjinak2 dgn fb…. Mulalah membaca post orang lain…. Then excited ler pulak……dan sedikit tercabar….Emmm….

Ketiga:
Mulalah aktif dgn fb ni…. tunjuk pic sempoi2….. then pic anak kalau dah ada anaklah…..then pic kat rumah tgh masak asam pedas….then pic kat ofis… pic pergi shopping….pic pergi picnic… pic pergi obersi…. Pic itu dan ini……lama-lama…pic kucing tido, pic buat cekodok pun nak di post kan......wujud perasaan “aku nak tunjukkan aku buat ini dan itu, dapat ini dan itu, pergi sini dan situ…”

Keempat:
Bila setiap post mendapat pujian, “like” tanpa disedari akan wujud sedikit perasan “wow” dalam diri….

Kelima:
Dalam masa yang sama apabila membaca post orang lain…. Yang nampak “dasyat” akan mencuit perasaan sendiri sehingga wujud semacam satu “competition” sapa yang boleh tunjukkan sesuatu yang “dapat menarik perhatian” orang lain membacanya… bagi mendapatkan banyak NOTIFICATIONS, MESSAGES dan FRIEND REQUEST.....mulalah persaingan secara tak sedar….. supaya pembaca membaca post tersebut…semuanya utk satu tujuan….”impress” kan orang lain kepada diri sendiri!!

Keenam:
Jgn tak tahu bro… ada yang setiap saat up date status dalam FB dengan memaparkan apa sahaja yang dia buat…. Bangun tidor… gosok gigi… siapkan sarapan…. tersekat dalam jam… makan tengahari….dapat hadiah….. makan malam…. Phew…. sehinggalah sampai cerita "Aku dan hubby nak masuk tido.. he he..." mujurlah tak ada kisah dalam selimut….Dan setiap kerja yang dibuat mesti otak berlegar2 camner nak di “facebook” kan ….Dah macam program reality ….. semuanya supaya dibaca oleh orang lain secara “real-time” fuhh!!

Ketujuh:
Bila buka komputer jer….. WAJIB buka facebook dulu….. jika tidak tak boleh buat kerja lain…. Betul tak?




Kelapan:
Dulu ada pic kita simpan jer….. buat tatapan sendiri.,, syok sendiri….sekarang, senang2 boleh share pic tersebut bila post kat wall facebook sendiri atau wall kawan…. Emmm… incredible… contohnya seperti sengaja post ucapan selamat tinggal kepada kereta lama (sebab nak bagi tau semua orang “aku beli kereta baru”) atau sengaja post pic baju raya anak2 (sebab nak bagi tau “baju anak2 aku semua branded”) atau post kan lauk pauk atas meja (sebab nak bagi tau “aku pandai masak – ko pandai ker?”) dan lain2…. Ko tambahlah sendiri…. Semua ini terselit rasa “gah” pada diri sendiri …Jangan tak tahu bro…. ada yang mengambil pic bukan utk tatapan sendiri tetapi mengambil pic khas utk dipaparkan dalam fb dan tag segala kawan yang dikenali !!

Kesembilan:
Ini adalah satu tahap yang mana pengguna fb merasakan spt satu "kewajipan" utk update status dan melaporkan setiap yang dibuat di fb! Rasa resah jika tiada yang boleh dikongsi dalam fb dan terasa bersalah jika ini berlaku. Akhirnya bukan fb lagi menjadi wacana berkomunikasi dan berkongsi maklumat tapi akhirnya menjadi "beban" ciptaan sendiri yang akhir tidak mendatangkan apa2 yang signifikan pun kepada research dan kemajuan tesis anda, kepada pembaca selain.... membuang masa.....dan mengundang gloating showoff.... tanpa disedari....wpun ada yang pasti tak setuju dengan aku... 

Kesepuluh:
Paling best wujud kumpulan yang mula2 "just for fun" dan "saja isi masa lapang" dan "boring tak buat apa" tapi tak disedari akhirnya  kemaruk fb.... ko tulis aku komen... sebab bila aku tulis ko pun rajin komen... he he. Ini ditambah dengan sekumpulan yang tak suka post tapi suka baca... dan suka komen... apalagi naik tochanglah kumpulan kemaruk tu...sampai tunjuk dalam fb benda pelik2 termasuklah berus gigi anak, stokin suami yang lusuh, baju tidor.... patutlah sampai ada kes ibu suruh anak kecik gi kedai sendirian sebab asyik dengan fb... mudah2 tak sampai ler ke tahap itu...

Abis bro... fb ni tak baik lah?

Yang tak baik bila dah kemaruk.... bukan setakat kat rumah, kat ofispun asyik tersengeh melayari FB.... dan tak hairanlah byk ofis dah sekat FB....bayangkan sambil menaip surat sambil layan FB....  jika tidak sekat FB ni.... bangkrup ler company.... dan ko jgn tak tahu... selain temuduga utk pekerja baru...employer dah mula siasat FB bakal2 employee... dan kalau bakal2 employee ni kemaruk FB.... mintak maaf ler..... "you are fired" wpun belum dapat kerja tu lagi.....memanglah asalnya Fb ni mmg baik dan informatif jika dikendalikan secara wajar....sama macam makan nasi... wajar makan nasi ketika lapar... tapi kalau makan tak henti-henti.....dari meja makan bawak ke bilik tidor.....boleh bawa mudarat ....mati terlebih makan..... mudah2an jadi peringatan bersama....

OT

Friday, August 3, 2012

Tajuk 376: Hilangkan "page number" di muka pertama setiap Chapter!

Salam bro.. amacam puasa?


Biasa jer... cuma penat dan mengantuk ler sikit2.....


Bila semester baru dibuka?


Semester baru akan bermula 10 September di IPTA, selepas raya. Pasti ramai calon2 PhD dan Master yang  akan mula mendaftar.


Tajuk ko ni pasal document map ker?


Aah.... sedikit tambahan dari apa yang aku tunjukkan dalam bengkel aku....terutama yang ikut gaya UKM, first page tak bleh ada number.... entahlah.... apa ke he nyer pulak macam tu. Tapi bro....sebelum aku berikan steps bagi tajuk di atas, aku nak ucapkan tahniah kepada lebih kurang 30 perserta yang dah daftar untuk hadiri bengkel penulisan pantas dan effisyen pada 4 September 2012 (masih mood raya tu..) walaupun aku baru create event di fb. Aku jangka akan ramai lagi yang mendaftar selepas ini. 


Emmm.... sure ramai muka2 baru?


Aah.... paling best ada yang takut nak ikut sebab belum ada tajuk !! Ada yang kata otak dia masih kosong? Tapi aku bagi tau... bengkel aku ni paling sesuai utk golongan macam ni ler....


Kenapa penulisan satu skill yang terabai dalam memastikan kelicinan dan kelancaran membuat PhD? 


Tulah bro....ramai yang taking thing for granted.... menganggap kemahiran tersebut sesuatu yang sentiasa kita miliki, tak perlu dipelajari kerana kononnya dah mula menggunakan komputer bertahun2, takkan nak belajar lagi.....dan sekarang pula hampir setiap saat tangan menekan keyboard menulis dalam facebook....


Bulan puasa ni...menulis fb pun tak pernah kurang....siap tunjuk hidangan masa berbuka penuh satu meja.... takut2 ada show off sikit "aku pandai goreng ikan" (sebab yg lain tu beli kat bazar Ramadhan...emm).... sdgkan orang yang  berbuka dengan air kosong dan sebijik  tamar tu lah yang terbaik....tu belum lagi update statusmu ...tagging-tagging... flirting-flirting...poking-poking...chatting-chatting.



“Rasulullah s.a.w berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab (kurma manis). Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk beberapa teguk air.” Imam al-Tirmizi

Menulis tesis sukar kerana ada format yang khusus. Jika ikut gaya UKM, lagi details.... sampai first page tak boleh ada number bla bla bla....dll sehingga memeningkan kepala yang tak sepatutnya pening !!


Aahlah... apasallak macam tu..... tu tak termasuk lagi headings, captions, lists dll.....kalau format yang standard spt APA citation adalah spt (Othman, 2010), gaya UKM pulak tak ada comma...(Othman 2010), iskh..... apa agaknya rasional format UKM ni? 


Yang ko merungut ni apsal?


Aku ni almnumni UKM bro.... dah lalui semua gaya UKM masa aku buat tesis aku dulu.....  tapi aku masih bertanya2 mengapa ada Gaya UKM, pastu nak hantar article ke journal ubah pula ke gaya STANDARD macam APA. Otak pentium IV aku ni tak nampakpun perbezaan yang "SIGNIFICANCE" antara (Othman, 2010) dan (Othman 2010) sekadar satu "," sahaja... sedangkan comma itu perlu  utk pisahkan author dengan tahun publication !! 


Relex lah bro....


Aku relex ler ni....Kali ni aku cuma nak bagi tahu bagaimana nak "invisible" kan number di page pertama spt mana gaya UKM. Ini pun aku tak faham... elok2 ada number di page pertama, kena hilangkan pulak. Pernah dalam bengkel aku bagi tahu peserta supaya gunakan "liquid paper" sahaja.... tapi tu tak canggihlah.... jadi aku nak bagi tahu cara guna MSWord.


Cam ner tu?


1. Pergi pada muka pertama (atau bab) yang ada number 1 (ini bagi bab 1 lah...) 


2. Pergi ke Page Layout dan tekan arrow di bawah Hyphenation tu (lihat pic) supaya dapat pop-up Page Set Up




3. Kemudian di bahagian Headers and Footers.. Klik Different First Page. Langkah ini akan hilangkan number di page tersebut serta merta tanpa menggangu urutan page lain yang sedia ada. 




4. Pergi muka surat pertama Bab 2 (atau Chapter 2), then ulangi perkara 3 diatas. Jika ada 5 bab, buat ler 5 kali.... nescaya hilangkan muka surat di muka pertama setiap bab.... dan bergayalah anda dengan Gaya UKM ...


Tu jer bro?


Aah.... cukuplah sebab ini tambahan kepada teknik document map yang aku ajar dalam bengkel2 aku...selamat berpuasa dan semoga raya kali ini ko lebih bergaya selepas berjaya membuat Gaya UKM....ehemm...


Selamat berpuasa dan berbuka !


OT


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...