.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, May 31, 2012

Tajuk 364: LR - What is the focus of your study?


Salam bro... dah siap nak terbang ke Teganu.. negeri lahirnya ramai jaguhan basikal negara...?

Biasa jer... aku menghantar anak lelaki mendaftar ....dan lusa pulak mengisi permintaan mengadakan bengkel di UMT...tapi paling best ada peserta bengkel yang janji nak belanja aku makan durian....terbaekk punyer.... (adakah janji tingal janji?)

Anak ko yang mana satu?

Arif...anak aruah isteri yang bongsu akan meneruskan pengajian di Uitm Teganu.... mengambil jurusan  Art and Design (Digital Media dan Grafik)


Arif bersama kak long dan kak ngah... anak2 aruah yang kini dah dewasa..

Bukan kah course tu very competitive?

Aah.... sebab tempat untuk mengikuti  kursus tu sgt limited. 

Emmm... apa perasaan dia bila dipanggil interview dan berjaya?

Bercampur.. sebab tak pernah merasai dakapan ibu dan melihat airmata kegembiraan ibu.... mudah2an dia cepat dewasa bagi mengisi masa lalu dengan kejayaan masa depan..... di bumi Teganu !!

Jadi pagi ni sedikit sentimental.... sebab esok aku akan berjauhan dengan Arif.... yang selama ini membesar didepan mata....

Dahlah tu bro.... esok lusa kita tinggal berdua dgn wife jer.... dialah yang akan bersama2 kita susah dan senang...sehingga mata kita terpejam buat selama2nya didunia ini... kita cuma harapkan doa anak2 yang soleh dan solehah....

OK..OK.... aku nak citer pasal proposal dan membina focus utk research esp theory yang nak digunakan....

Kenapa plak bro?

Sebab membina LR mesti ada focus.. kalau tidak makin banyak ko baca.. makin banyak yang ko jumpa...takkan ko nak tulis semua....

Betul gak to bro.. kalau tidak.... semua aku nak masukkan dalam LR....  bagilah contoh bro..plzz...

Ko punya pasal.. wokey..... Sebagai asas  aku sertakan 2 contoh paragraph introduction dalam LR ko ada focus kajian dalam LR proposal ko... dan pembaca tahu fokus tersebut. Penting juga ko mengambil theory yang latest dalam bidang kajian ko. Perhatikan perkataan warna kuning yang bergaris dalam paragraph berikut:

Contoh 1: Focus pada satu theory

Most of the theories on teaching science concepts were concerned with students’ understanding. Piaget (1976) argued that students’ understanding relies on their cognitive scheme.  Similarly, Ausubel (1986) focused on meaningful learning as the basis for students’ understanding.  Current thinking however, emphasizes on utilizing multimedia to enhance understanding. Recent studies done by Mayer (2009) suggest the application of cognitive theory of multimedia learning to teach abstract concepts. This theory discusses learning processes which involve modality principle. This theory can be applied in a variety of teaching and learning contexts, but this research will primarily focus on the application to teach abstract and dynamic science concept such as electrochemistry topic.

Contoh 2: Combination 2 theories (macam nak buat hybridization)

Most of the theories on teaching science concepts were concerned with students’ understanding. Piaget (1976) argued that students’ understanding relies on their cognitive scheme.  Similarly, Ausubel (1986) focused on meaningful learning as the basis for students’ understanding.  Current thinking however, emphasizes on utilizing multimedia to enhance understanding. Therefore, this research brings together work done by Mayer (2009) and Mereno (2010) which suggest the application of cognitive and social theories of multimedia to enhance understanding in teaching abstract concepts. These theories discuss learning processes which involve modality and redundancy principles. Moreover, both theories can be applied in a variety of teaching and learning contexts, but this research will primarily focus on the application to teach abstract and dynamic science concept such as electrochemistry topic.

Itu sahaja bro.. ayat kat atas tu sempoi2 jer.... tapi sangat penting sebagai focus....moga jgn ko pening2 nak tulis semua dalam LR... khususnya semasa menyediakan proposal berkaitan theory yang ko nak guna. Dgn focus spt dalam contoh di atas, mudahlah lagi kerja2 menulis LR.... then bila ko dah faham mudah ler ko nak menulis secara kritis... dan aku akan sentuh penulisan kritis ni dalam entry akan datang....


OT

Tajuk 363: RFOT versi baru - Anda pasti TERUJA !

Salam Sejahtera,


Sebelum citer pasal RFOT versi baru yang lebih sempoi tapi mantap.... saya nak tulis 2 kisah dulu.


Kisah 1:
Saya nak kongsi dua berita gembira yang saya perolehi hari ini. Pertama artikel student PhD saya telah diterbitkan dan kedua... saya and team berjaya mendapat satu lagi grant ERGS.... yang diumumkan sebentar tadi. Semua ini berkat doa anda semua.....


Berikut adalah artikel yang dmaksudkan....


Keratan artikel


Kisah 2:
Saya juga nak kongsi beberapa pic saya dan wife yang sedang jalankan kajian dengan remaja di cyber cafe.... secara mixed method.


Ingat tak tentang saya bising2 pasal sampling frame? Kajian ini dijalankan di cyber cafe tetapi berhampiran kawasan perumahan yang ada persatuan penduduk supaya saya boleh dapat sampling frame. Jadi saya jumpa pengerusi belia kat sama.... terus mereka berikan kerjasama dan menyediakan responden yang sering mengunjungi cyber cafe dan memperkenalkan tokey cyber cafe kepada saya.... maka berjalan lancarlah research yang sedang jalankan....


Membuat persiapan utk rakaman video bersama wife tercinta...
yang juga research-mate... house-mate.... bed-mate

Merakam secara live kemahiran responden menyelongkar internet
di cyber cafe

Tugasan juga diberikan kepada responden

Audio recording...mengadakan fokus group interview... dengan remaja2 cyber cafe.... seronok mendengar cerita ikhlas mereka...


Beralih kepada cerita RFOT versi baru pulak. Semalam pula adalah kuliah terakhir saya bersama pelajar Semester 1. Kuliah diakhiri dengan persembahan research framework secara individu. Pelajar saya telah menggunakan RFOT ukt mempersembahkan kajian masing-masing. Cam tak caya.... masing2 confident jer... persis seorang pro....


Sepanjang persembahan pelajar... timbul pulak idea utk memantapkan lagi RFOT... supaya lebih mudah tapi FOCUS !!


Saya pasti anda akan lebih fokus terutamanya dalam penyediaan Research Question, Instrument dan Data Analysis dengan RFOT versi baharu ini... yang juga mengintergrasikan jadual OPISA pada research questions (spt saya tunjukkan dalam entry2 lepas). 


Ini bagi memastikan anda bukan sahaja "pandai" menghasilkan Research Questions tetapi juga "tahu" apakah instrument / prosidur bagi mendapatkan data supaya dapat menjawap Research Questions tersebut....dan juga "arif" apakah analisis data yang diperlukan supaya Research Questions tersebut terjawap dgn tepat... barulah mantap ! Semua ini bagi mengelakkan fenomena "dah bentang proposal pun masih tak sure apa nak buat" !!


Berikut RFOT yang di maksudkan:


RFOT versi baru lebih straight forward... mudah tapi FOCUS. 
Ini contoh RFOT level MSc

Silalah download RFOT (versi terkini) berikut...dalam format MS Word supaya mudah bagi anda.....  mudah2 dapat manfaat yang berlipat kali ganda.... 


RFOT_template

RFOT_contoh



OT

Sunday, May 27, 2012

Tajuk 362: Bengkel Politeknik SP: Kenapa pelajar MSc dan PhD mesti publish preliminary data ASAP ! !!


Kenapa mesti publish preliminary data dgn segera !!

Amacam bro bengkel di Politeknik Seberang Prai?

Alhamdulillah…. ramai peserta bakal Dr yang hadir termasuk seorang medical Dr… yang datang dari KL pun ada.... dari Perlis pun ada....paling best ada 3 peserta pelajar Malaysia di Australia….seorang darinya … ex-Adelaidean yang kini menyambung PhD di Melbourne… Tak sangka aku dapat jumpa begitu ramai calon2 Phd dan Master.... tak termimpikan pun selama ini....  

Wow bestnyer....

Aku berjumpa seorang peserta yang juga lecturer yang bersetuju nak translate ebook aku…..  mudah2an jadi kenyataan....pendek kata…. banyak yang aku temui dalam bengkel singkat tersebut.

Dan pastinya tahniah dan tqvm pada Ain Abdul Mohsin yang jadi penganjur dan orang kuat sehingga memungkinkan bengkel berjaya di adakan di Politeknik Seberang Prai.... wpun dia belajar di USM. 


Aku tak sempat lagi nak upload pic bengkel... hanya ada 3 pics yang aku ambil dari facebook Maimunah Nasir dan Anas.... pic lain akan aku upload kemudian...


Komen Maimunah Nasir dalam fb:


Dr OT..... hari ni baru chek explore microsoft word. Bengkel Dr OT mmg terbaekk...byk manfaat. Baru tau betapa cepat penulisan jika kita mahir guna microsoft word dan mendeley....


Berikut pic yang baru sempat di upload...... maaf ler sibuk cikit....


Pendaftaran......
  

Ain ni all-rounder.... 

Setting Wifi.....

Majlis penutup....

Dr dan bakal Dr dari Melbourne....

Serius.....

Collaborate...

Ceria....


Ni gambar curi dari belakang...... dan yang pakai baju kurung merah tu lah Ain Abdul Mohsin...
(Pic upload dari fb Maimunah Nasir)

Di akhir bengkel tengah syok makan laksa Penang....diaorang ni datang nak bergambar....  

Mana satu idaman Malaya ?
Selepas bengkel minum berdiri sbb tak jumpa kerusi
(Tq Anas upload pic ni dalam fb)


OTW balik singgah di Uitm yang berjiran dgn Politeknik SP...

Apa lagi jumpa member lama yang dah sehidup semati dgn UiTM


Baguih la lagu tu…

Dari SP aku ke Penang…. esok aku balik…. So malam di hotel ni agak free… nak tulis sesuatu…wpun jam dah tunjuk pukul 1.30 am....

Ko ni ada saja nak tulis….

Entahlah…. aku tiba2 jadi pemikir ler pulak…. tapi tak nak inside the box…

Ok… aku ni peminat setia... ko tulis apapun aku baca…

Aku tahu ramai calon Master dan PhD kecut perut takut nak hadapi VIVA VOCE…. Takut kajian tak menepati kehendak penal…. takut kena resubmit bro….takut major correction... dll... betul tak?


Betul 3x...so jgn ler pulak bagi aku takut…. 


Aku bukan nak bagi ko takut... tapi nak bagi ko confident bro.... bagi mantap ko punya research dan bagi ko senyum....jadi aku nak bagi satu tip supaya ko confident jer masa viva….

Tudia…. amende tip tu.... tak sabar le pulak perasaan aku nak tahu....

Katakan kajian ko berjalan as scheduled.... ko dah pun dapat data…. dan mula menganalisis data….analisis lah data ko yang asas dahulu dan cepat2 ringkaskan kajian ko dalam bentuk artikel dan hantar utk publication…. kiranya data preliminary lah tu… malah ramai juga researcher yang menghantar data dari kajian pilot mereka... jgn tak tahu.... semua ni ko mesti buat dgn ada 2 tujuan....

Dua tujuan bro?

Itulah yang aku buat dulu.....wpun tak der sapa bagi nasihat kat aku.... aku ikut ilham pujangga aku jer....


Berikut adalah artikel yang aku published dgn preliminary data aku…tahun 2005, masa tu aku belum abis analisis data kuantitatif aku..... tapi aku tak tunggu lama terus guna data kualitatif yang dah siap analisis.....aku terus hantar satu artikel.....byk gak komen aku dapat dari penal yang review artikel aku tu.... so confident lah aku bro.... sebab cepat jer panel tu apply.... zaman email lah katakan ! 

Ye ker?

Wpun artikel tu hanya preliminary data tapi bila aku check paper tersebut dalam google scholar...dah ada 9 international researchers yang cited article tersebut…. mestilah aku bangga bro.... berikut adalah keratan article yang aku maksudkan...



Apasallak kena publish cepat2 data yang kita dapat bro?

Tu lah yang aku nak bagi tips ni…pertama sebab setiap article yang ko hantar utk publication akan di reviewed oleh pakar dalam bidang ko sendiri….kedua sebab ko akan dapat article utk penuhi syarat dapat PhD atau Master..... yang best dan penting artikel ko di komen oleh mereka yang pakar dan international bro…. ketahuilah ko akan dapat 5 jawapan apabila ko hantar utk publication iaitu:

1. Accept without correction – yang ini sgt jarang berlaku
2. Accept with revision – yang ini lazim bagi yang biasa hantar articles
3. Revise and resubmit – yang ini lazim bagi yang novice
4. Reject and resubmit – yang ini kalau ko terima pun masih ok bro
5. Not suitable for the journal – yang ini kalau ko hantar pada journal yang salah.. jgn ler buat cam tu !

Kalau ko dapat 2…. kira ko bertuah… tapi kalau ko dapat 3. dan 4. pun satu rahmat besar bro.

Apsallah rahmat?

Sebab itulah ko ni fikir lurus macam pembaris…. Kalau ko hantar preliminary data pun…. Panel tu akan review semua aspect  article ko... dari Tajuk... Abstract.... LR... Methodology.... Analisis Data.... Findings....dan akan reply dgn komen sekali bro.... ingat.... dengan komen sekali !


Contohnya....
  • Persoalan kajian tak dinyatakan dengan jelas
  • Pernyataan masalah tidak menepati objective kajian
  • LR yang outdated
  • Analisis data yang sesuai adalah ANCOVA bukannya ANOVA
  • Dll
Aah lah bro....

Inilah yang dikatakan rahmat kerana sebelum ko melalui saat Viva, kajian ko telahpun disemak oleh sekumpulan pakar dgn memberikan komen2 yang mungkin committee ko terlepas pandang… Jadi, komen2 tersebut bukan sahaja bermakna utk ko ambilkira utk publish paper ko….tetapi yang lebih penting… dapat memantapkan keseluruhan penulisan thesis ko…. dan memberi peluang ko memperbaiki mana yang salah dan silap…. dan ko pastikan merasa confident bila nak berhadapan dengan panels semasa Viva kelak.

Emmmm macam tu.....

Jadi jgn relex2 selepas dapat data…. tapi terus  hantar utk publication…. supaya kajian ko dapat di review sebelum ko submit utk external examiners dan kemudian viva. Jika boleh… jgn hantar satu…. tapi 2 jika ko calon PhD… dgn membahagikan data ko kepada dua bahagian dan hantar kepada dua publication yang berbeza.... barulah lebih mantap dari banyak komen yang ko dapat. Lagipun…. Ko perlukan 2 published paper utk layakkan ko dapat PhD. Kalau Master tak perlah satu pun cukup.

Alamak bro baru aku nampak maksud ko…. apasallah SV aku tak bagi tau…

Aku terfikir jugak….. byk perkara yang supervisee kadang kala lebih tahu dari SV… cuma takut nak bagi tahu… takut SV tercabar kan?

Giler ko…. kena hormat SV ler bro…

Bukan tak hormat…. tapi kalau SV tak tahu…. apa salahnya supervisee yang bagi tahu… contoh mudah Mendeley…. bukan semua SV yang tahu…. tak caya cuba ko uji SV ko….

Emmm….. boleh jugak tu… he he

Ada SV yang tak tahu tapi malu nak ngaku… sehingga terkeluarlah jawapan seperti “ benda2 tu tak penting…. Saya dulu tak gunapun benda2 macam tu siap juga thesis saya…" betul tak?

Tapi aku tetap takut bro…. mana berani bangkang cakap SV….

Sukati ko ler…. yang penting ko faham motif aku kali ni….

Faham bro…. kalau PhD, hantar paper at least 2 sebaik sahaja dapat data, supaya sempat di review oleh pakar dan hasil komen tersebut boleh memantapkan penulisan malah apa sahaja berkaitan dgn thesis…

He he… cepat ko faham…...

OT



Thursday, May 24, 2012

Tajuk 361: Research yg sexy, awek yg cun...

Salam bro?


Emmm...salam.

Esok ko ke Penang kan?

Aah.... tapi aku nak tulis sikit pasal sexy lah...ada pembaca blog yang bertanya...

Fuyooo... 

Saja... nak share sama2 apa yang aku fikir.... 

Ok bro... teruskan bro...

Sexy berasal dari naluri manusia yang fitrah…. yang asas dalam perkembangan hidup…. Adam sendiri sunyi wpun dalam syurga dan memerlukan pasangan kerana naluri ini adalah major drive.... utk survival hidup dan basic instinct ! Jadi ko perlulah menjadi seorang yang sexy...kerana ia sesuatu yang fitrah !

Ko camner plak?

Ko jgn salah saham....sexy bukan sesuatu yang bersifat fizikal… Ia adalah naluri…. menjadi dan merasai sexy adalah perasaan yang membawa kepada keghairahan diikuti dengan ketenangan… focus dan kejujuran.... sexy bukan semestinya soal rupa... bukan sekadar awek yang cun...atau mamat yang macho.... sexy adalah naluri dalaman sejak Adam dan Hawa lagi....sebab itu wanita yang menguasai naluri ini adalah wanita yang sexy... wpun wanita itu bertudung lengkap....dan wanita yang hanya menonjolkan luaran fizikal semata2...utk dikatakan sexy.... hanya akan mengundang seksa....

Seorang yang sexy adalah seorang yang stable dan confident. Dia tahu kehendaknya dan tahu haluan tujunya. Dia tak menyerah.. pasrah atau mengalah. Seorang yang sexy…. sukakan cabaran bro….sukakan kelainan.... sukakan experimentation....suka exploration... tak akan bermuram durja hanya kerana perkara kecik dan pujukan remeh temeh. Dia berani berkata YES atau NO.... 

Emmm menarik tu bro..... macam pakar psikologi jer...


Tu pendapat aku....

Seorang yang sexy adalah seorang yang sentiasa up to date… sihat mental dan fizikal.... bertindak cerdik...bukan tergedik2. Seorang yang sexy bersikap terbuka dgn perubahan yang baik....dan sangat curiosity tentang apa sahaja yang dia lakukan...dan tidak rigid... sentiasa mencari kelainan...sekali sekala think out of the box...

Cam tu aku ni tak cukup sexy lah ?

Bukan ko sahaja sexy.... ko patut melihat research ko juga sesuatu yang sexy. Bayangkan ko dan pasangan ko yang sama2 sexy.... panazz....Ko excited dgn research ko....and full of energy… tak perlu tongkat Ali.... penuh ghairah wpun tanpa kacip Fatimah....bukan muka boring bro… muka tension....muka inferiority complex....

Emm.... camner ler pulak tu?

Jika ko sexy... tajuk research ko mesti HOT... GORGEOUS dan AWESOME... emmm barulah ada attraction.... chemical  chain reaction ! Ko sendiri admire dan tak sabar2 dgn research ko yang “hot”. 


Cam tu ker? 

Aku tak nak ulas panjang2..... bagi meringkaskan cerita, aku terima satu email… masih panas lagi bro…. email seorang candidate yang dulunya tak sexy…. tapi segalanya dah mula berubah….alhamdulillah....kini berani, confident, penuh ghairah dah tak sabar2 nak meneruskan kajiannya...


Aku copy n paste 99.99% spt yang asal utk ko baca...Aku ucapkan terima kasih kepada penulis email ini moga dapat dihayati oleh researcher yang lain… 


Assalamualikum Dr.
Saya sedar akan kesibukan Dr, tetapi saya amat terpanggil untuk mencoret email pendek ini. 


Tak dapat saya gambarkan betapa banyak yg saya belajar dari siri 1 dan 2 (ini belum baca lagi 4 buku nie) ebook Dr. Ilmu yg diperoleh amat2 banyak. Dlm masa yg sama, proposal saya dah serupa mcm proposal. Sblm ni, ayat punya la berbelit, sy sendiri pun kadang2 garu kepala bila baca balik. Selama 5 bulan saya kusut kepala nak buat research proposal (walaupun sy dpt first class degree). Bagaikan tenggelam punca sbb dulu lebih pada development dan skrg lebih pada research. Selepas baca siri satu dan dua (separa), dan cuba isi RFOT, baru la sy sedar tang mana yg kurang, tang mana yg kena improve. 


Sy dah biasa pakai navigation pane, tapi Mendeley tu mmg AWESOME! Karang nak tunjuk kat sv, 3 chapter terus !! Dulu takut kena komen, la nie rasa mcm tak sabar nak dengar dia komen, kritis, cantas tang mana yg patut. Dulu takut rasa inferior la nie rasa, setiap cantasan dan komen adalah input utk thesis jadi makin mantap. Baru la sy sedar, tak dpt apa2 komen dan kritik, boleh buat hanyut dan shok sendiri.


Saya kini menjadi lebih yakin dengan persediaan research proposal saya dan semakin ghairah membaca buku dr dan pada masa yg sama menambah kandungan dan memperbetulkan isi proposal sy. Saya amat2 bersyukur dipertemukan dengan blog Dr dan nampak URL siap thesis cepat tu kat banner blog Dr. Alhamdullilah..... bersyukur sangat2. 


Next step, lepas defend proposal bulan 7 ni, target nak pi bengkel Dr pulak la. Jeles pulak sy tengok muka awek2 dlm buku Dr. tu senyum memanjang ja. Sy pun nak sengih mcm tu jugak :D...hehehehe.


Apa2 pun Dr, syukran jazilan, thank you, terima kasih, xie xie.....


AZS
25/5/2012


Wednesday, May 23, 2012

Tajuk 360: 10 sebab kawan anda jeles bila anda buat PhD!


Sekadar menghilangkan penat marking paper... saya kemukakan 10 sebab kawan anda jeles bila anda buat PhD...

1. Anda kelihatan sibuk memanjang… jarang sms apalagi call kawan anda tu spt biasa…..senang lagi nak jumpa  menteri dari jumpa anda... huh !

2. Bila anda jumpa kawan anda sambil belek2 artikel depan kawan anda tu....dia sehabukpun tak faham  apa yang anda baca…. kadang2 anda sendiripun tak faham...iskh iskh

3. Anda kata anda kerap buat appoinment nak jumpa Prof. tapi selalu tak jadi sebab Prof anda sibuk memanjang... sedang anda jarang jumpa kawan anda sendiri wpun dia free memanjang….dan nak sangat jumpa anda... ohh kejamnyer...

4. Anda kata anda selalu jer buat presentation depan orang ramai….. di conference obersi pulak tu...semua duit geran....pergh .... sedang kawan anda masuk macam2 peraduan nak dapat tiket free melancung..... tak pernah menangpun !! Ohhh tidak...

5. Anda ada kemahiran guna macam2 software terkini macam Mendeley, SAS, SPSS atau EndNote yang buat kawan anda rasa spt dia berada di zaman dinasour ...kawan anda lansung tak tahu amende lah benda2 tu….

6. Anda tiba2 ada ramai kawan fb (DSG lah) serata dunia pulak tu… sedang kawan anda byk tu je kawan dia sejak dulu….kini.. dan selamanya ! 

7. Bila anda berbual di hp anda, mesti keluar term2 yang pelik2… multicollinearity.... parametric… non-parametric ….. sedangkan kawan anda hanya tahu olimpic dan paralympic jer...  tu pun 4 tahun sekali....


8. Zaman dulu paling gempak bila anda gi obersi, ambik pic sebelum raya masuk utusan malaysia pakai tebal2 ada snow kat belakang.... fulamak... (dgn ucapan... "Kami rindukan rendang dan lemang tok wan".. wpun baru 2 minggu jer tinggalkan KLIA) mahu jatuh jantung kawan anda bila lihat pic tu...satu Malaysia baca wooo...


La ni....lagi gempak... semua pic up dated dan tayang dalam fb... tak cukup fb masuk blog...(macam pic bawah ni.. eemmm) malah sempat lagi hantar mms kat kawan....mahu menangis kawan anda siang malam di Rantau Abang.....


Pic hiasan: Spring season... 


Jeng 3X....yang last...


dan yang paling buat kawan anda JELES giler tahap gaban....tak kira anda buat PhD obersi atau local…. bidang apa sekalipun.... 


Kwang 3X...

10. Anda bakal di panggil Dr Siti, Dr Salina, Dr. Roslan, Dr Wan..... Dr..... sedang kawan anda tu ....tunggu masa bakal dipanggil tok wan jer....(yang rendang dan lemangnya bakal dirindui).... hu hu... 


Moral of the story....
Bersyukurlah kerana anda segelintir rakyat Malaysia yang berjaya menjadi calon PhD... maka siaplah PhD tu cepat2 wei........ kesian kawan anda ..... jgn lah bagi dia menjeles lama sangat !!



OT - Buat PhD... kenangan terindah dalam hidup !!

Sunday, May 20, 2012

TAJUK 359: Template RFOT versi baru dan contoh !


Bro.... aku suka jer tengok video clip youtube ko masa bengkel di UKM....siap lagu Yuna..."Super Something"

Aku manalah tahu lagu2 ni... tapi anak aku bagi tau... Yuna tu ada degree dan smart girl... dan ini adalah antara kata2 dalam lagu tersebut... supaya menjadi lebih berani mencapai kemungkinan....

You'll see
I'm better
I'm faster
Stronger
I'm happier

I'm no longer afraid
Of chasing
Possibilities
I'll be the last one standing


Aku suker tgk video ko tu wpun sekejap..... bukan main lagi ko dah pandai buat lawak.... suker jer peserta bengkel ko...

Aku tak buat lawaklah.... lawak tak sengaja.... he he...

Now tengah hangat dengan "Himpunan Berjuta Belia"? Ko ada tengok iklan kat TV?

Tak sempat nak tengok TV.... 

Pagi ini sambil bersarapan, aku lihat clip iklan  "Himpunan Jutaan Belia" di TV... termasuk artis2 yang bakal membuat persembahan.... selepas itu aku drive ke pejabat..... wow... banyak banner menunjuk arah ke program di dakwa "terbesar" di ASIA tersebut...maklumlah aku berjiran dengan PutraJaya..... Semalam pulak aku terdengar di corong radio... pelakon dilantik jadi ikon belia.... sebab dia ramai peminat..... tu belum tengok TV... ada Mania... Mentor... VS...AF...Suara Emas...Idola kecil.....emmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm. 

Panjangnyer ko mengeluh.... ?


Terlalu banyak hiburan utk generasi kecil muda dan tua...


Mulanya "separuh jiwa ku pergi"
Lepas tu "jiwa ku jadi kosong...kosong...kosong"

Apapun yang berlaku diluar sana...aku juga akan menghadiri  himpunan..... wpun tak jutaan jadilah kalau ada puluhan bakal2 "Dr" yang akan dijalankan di UMT .... mereka inilah yang bakal menjadi pemimpin masa depan negara.... pemikir utk kemajuan negara.....dan juga himpunan yang sama di UMP dan UTM.....akan menyusul selepas itu !!

So.. aper citer kali ni?

Aku nak upload RFOT versi terbaharu yang aku buat perubahan sedikit bagi memudahkan pembaca blog menyiapkan RFOT. Dalam versi terbaharu ini, perkaitan antara GAP - Research Problem - Research Question - Methodology - Analysis data kelihatan lebih direct... manakala significance of research aku kuarkan....

Thursday, May 17, 2012

BENGKEL UTM, JB dan BENGKEL EXTRA UMT, KT


Assalamualaikum
Salam 1file1thesis


1. Bengkel di UTM diadakan pada 30hb June 2012 (Sabtu) utk calon2 Master dan PhD serta pensyarah "mude" yang ingin berkongsi pengalaman penulisan akademik cepat dan efficient. Bengkel terbuka ini diadakan secara first come first serve kerana tempat terhad.


2. Satu bengkel extra di UMT akan diadakan pada 2hb June 2012, bermula  3 pm - 9 pm. Ini adalah bengkel tambahan kepada bengkel 3hb June di UMT yang telah penuh. Mereka yang dalam senarai waiting list atau mana2 individu yang masih berminat boleh memohon menyertai bengkel extra 2hb tersebut segera. 
Peserta dalam program yang sama di UKM 13hb Mei 2012


Kandungan Bengkel


a. Pengenalan RFOT, organised your thought with zerodraft, 1file1thesis, doc map / nav pane

b. Penulisan cepat dan effisyen:
  • Hands-on LR: outline, paragraph, citation, menulis kritis
  • Hands-on Zero draft , Doc Map / nav pane, article management with Mendeley.



Sila hubungi penganjur melalui alamat email berikut dgn kadar segera utk maklumat lanjut.


Bengkel UTM, JB.
postgraduate.my@gmail.com (Hamidon)
(0124873536  - Amy)


Bengkel UMT, K. Trengganu
Rudiah M. Hanafiah
rudiahmh@gmail.com
(0126300515)



Tajuk 358: Dgn RFOT, baru semester satu dah pro...

Semester dah sampai ke penghujungnya bro...


Aah... sekejap masa berlalu, namun ada sesuatu yang aku pelajari semester ini...
Aik... ko mengajar ke ko belajar?
Dua2 bro.... mengajar dan belajar.... mengajar std master dan belajar dari mereka juga....
Camner tu bro...jgn berfalsafah.... straight to the point la..
Ada satu perkara yang aku selalu highlight kan dalam blog aku... yang menyonsang arus iaitu ... jgn cari Research Topic tapi buat pembacaan intensive dan extensive dulu then cari Research Gap....Research Topic tu boleh buat selepas dapat Research Gap.
Aku tak nak ulas lagi kenapa perlu tentukan Research Gap dahulu bukan Research Title seperti yang lazimnya diminta oleh SV. Aku nak fokus kepada Research Framework (RF) pulak.
Then....
Satu lagi tak perlu sibuk2 nak tentukan Theoretical Framework secara detail dulu tapi dari pembacaan yang intensive dan extensive...keutamaan adalah membina dahulu RF.... sebab dalam RF akan ada ditulis theoretical Framework....
Ini rasional aku.... kenapa RF sgt penting. Ramai kawan2 ko pening tak sudah2 sebab tak jelas apa sebenarnya yang nak dikaji... dan kemanakah haluan kajian mereka sudahnya. Tajuk dah ada....  tapi masih pening... dari mula menulis Chapter 1 sampailah ke Chapter 3.... pening tak sudah2...
Apsallah pening?
Mana tak pening..... ko tak nampak "the big picture of your own research". Ini samalah macam ko nak kaji gajah....tapi ko tak nampak gajah... yang ko nampak adalah kaki gajah jer..... silap2 ko mati kena pijak dek gajah tersebut...
Wuss jgn ler cam tu bro!
Tu analogi jer....jgn ler sensitive sangat...
Inilah yang selalu ditanya oleh SV - Mana theoretical dan conceptual framework? Ada tak SV tanya – Show me your Research Framework? Pelik sebab sesuatu kajian perlukan plan.... dari Gap  ke Objective, dari objective ke Research Questions... dan dari Research Questions perlukan instrument.... sampling....then analisis data so on and so forth yang semuanya saling integrated. Kalau ini tak ada  dalam bentuk plan, maka meraba2 lah sepanjang ko menyiapkan proposal ko....macam ko meraba2 kaki gajah...kaki gajah jantan ler pulak tu... percuma jer ko kena tendang....
Kenapa jadi begitu bro?
Sebabnya, telah menjadi tradisi, mesti siapkan objektif dulu...lega sekejap then buat jer research questions tanpa memikirkan instrument dan analisis data.... pastu lega.... then bila nak cari instrument... pening lagi....dah dapat instrument....lega ....then camner pulak nak analisis data.... pening lagi....dan bila tanya SV.... dia jawab... "You should know your own research ! "... pening lagi.........dan seterusnya ko sambunglah sendiri...
Biasalah bro... buat PhD mestilah pening baru PhD jadi Permanent Head Damage.... he he lagipun mana mungkin baru semester satu dah kena siapkan RF. Kadang2 nak cari Tajuk pun makan 2 semster jugak.... belum lagi yang kena penyakit tukar2 tajuk... 
Abis lepas daftar nak buat apa? Relex sambil cari tajuk dan abiskan coursework dulu....? RF mesti dirancang dan dikuasai  seawal mungkin, walaupun secara SUPERFICIAL tetapi yang penting COMPREHENSIVE, bukannya research namanya jika dilakukan secara SEPARATED... then baru nak cantumkan kemudian supaya jadi satu research yang baik....sedang cara ini bukan nature membuat research.... tu yang pening tu.
Atas alasan inilah aku test pelajar aku sediakan RF mengikut template Research Framework OT (RFOT) sebagai plan comprehensive yang memberikan gambaran menyeluruh kajian yang bakal dijalankan. 
Tak pening ke baru Semester 1 dah suruh buat RFOT?
Mana ada buat research tak pening bro.... kalau buat derk pun pening jugak bro... Bezanya dengan RFOT ko dipaksa bekerja keras diperingkat awal.... bagi menguasai dan mendapat idea menyeluruh kajian ko.... biar pening sekali bro... jgn pening memanjang jer...
Ko kena tahu.... RFOT cuma plan asas sahaja.... masih boleh dipinda jika ada keperluan sepanjang proses ko buat research.... tetapi ko dah ada fokus yang jelas apa yang ko nak buat... ini yang penting bro....sama macam nak buat rumah... kena siapkan plan dulu.... memang pening sekejap... tapi bila dah siap plan.... mudahlah kerja2 seterusnya...
Jadi aku nak tunjukkan pada ko... beberapa contoh draf RFOT pelajar semester 1 yg aku ajar, wpun majoriti mereka buat projek bukan thesis, mereka berupaya hasilkan RFOT..... pendek kata mereka tak der masalah pun nak siapkan RFOT....
Elok tu.... akupun nak tengok...
Berikut adalah 4 contoh draf RFOT yang aku terima tetapi belum disemak.... maknanya, pelajar ini dah tahu kerangka kajian mereka.... termasuk instrument yang bakal digunakan... sampling teknik dll.... mudah2an contoh ini menjadi bukti bukanlah sukar mana pun nak menyediakan RFOT dan  terima kasih kepada pelajar yang RFOTnya aku upload dalam entry ini. Sure selepas ini mereka perlu bentang RFOT ini utk pemantapan.... sebab sebagai draf mesti ada kelemahan di sana sini....







Phew.... wa tabiklah pelajar ko.....belumpun abis semester satu dah ada Research Framework masing2.... aku yang dah nak abis semester 2 pun masih belum ada apa2... cuma ada Tajuk jer... GULP !!


Inilah yang aku belajar dari students aku... iaitu, semuanya capable utk menyediakan RFOT.... termasuklah pelajar yang buat coursework tanpa thesis.... tak adapun yang mengadu pening....Paling best bro... mereka boleh apply terus semua yang di ajar dalam kelas Research Methods.... dalam bentuk RFOT yang tersusun dan saling berkaitan. Tanpa RFOT.... mereka takkan apply apa sahaja dari kelas Research Methods....selain sekadar study utk jawab soalan exam jer... then lepas tu lupa.... wa sendiri tabik spring toing2...


Dan satu lagi bro.... semasa ngaja tajuk SPSS.... semuanya dah boleh run data.... wpun dgn exposure 2 kali kuliah jer. Dan mereka semua dapat mengalami betapa run data hanya perlukan beberapa jam sahaja (bukan beberapa bulan bro) selepas mengumpul data sebabnya mereka dah ada Research Questions dan analisis data yang mantap semasa membina RFOT. Jika tidak bro...... selalunya kawan2 ko dah ada datapun masih tak sure nak buat apa dgn data tu.... takpasti analisis data betul atau tidak.....iskhhh...


Jadi bro....aku dah upload template RFOT dalam Tajuk 355 yang lepas... supaya lebih kemas dan boleh disebarkan seantero pelusok dunia ....sesapa nak guna hanya perlu download RFOT tersebut...oKlah bro..... dah pukul 1.00 ....masa utk beradu... wife dah menunggu
Aah.....jumpa lagi esok bro...selamat beradu.... emmm

OT

Wednesday, May 16, 2012

TAJUK 357: Download APA Format here !

Semalam saya menerima naskah tebal thesis pelajar... . setelah menyelak beberapa muka surat saya jadi letih..... letih membaca thesis pelajar yang setelah 3, 4, 5 tahun menyiapkan thesis masih melakukan kesalahan menulis citation dan bibliography di sana sini. Mood saya yang ceria bila mendapat tajuk yang bombastic terus layu .....  bila terjumpa kesalahan sebegini yang tak sepatutnya berlaku setelah sekian lama pelajar tersebut bergelumang dgn penulisan thesis. 


Tiba2 menerjah difikiran saya...
"Adakah SV tak baca... tak tegur atau betulkan perkara ini?" eemmm... tentu mustahil.....


"Adakah kedua2 pelajar dan SV tak kisah kesalahan ini?"..... saya tak tahu jawapannya.... 


Jika typo error....sikit2.... masih bolehlah dibetulkan tapi kalau bibliography tak ikut format (spt APA) ..... tiada maaf bagi mu !! Ini bukan soal "terlalu strict", tapi soal ketelitian terhadap perkara asas yang sengaja diabaikan.... tanda anda cincai2 sahaja... Jika isi thesis memang OK.... masih bolehlah pemeriksa consider... tapi kalau isipun macam asal ada sahaja..... tentu  menambah cacat apa yang dibaca.


Jgn lupa saya bila dah konvo nanti....
Rumba nandri.... tqvm kerana memeriahkan bengkel saya... !

Ramai yang takut dan gusar akan analisis statistik. Ramai yang takut tidak mampu menulis secara kritis. Menjadi satu pertanyaan.... kalau menulis bibliography ikut format APA yang standard pun mereka tak reti2.... salah sana salah sini..... apatah lagilah nak menulis secara kritis. Kesalahan ini menjatuhkan bukan sahaja "makam" intelectual anda dimata pemeriksa thesis....malah juga sekali gus merendahkan juga "makam" SV anda. Jadi, elakkan ini dari berlaku ketika anda menyiapkan final draft thesis anda.


Juga pelajar tersebut masih menggunakan APA 5th sedang itu adalah format lama. Ini jelas menunjukkan dia tidak menggunakan mana2 reference manager..... yang semuanya telah menggunakan APA 6th edition. Saya juga jumpa spt (Robert and Jack, 2007) kemudian (Maria & Don, 2000).... kejab Robert and Jack (2000) kejap Robert & Jack (2000).... dan semua ditulis KPM (2000) sedang ada 3 rujukan KPM yang sepatutnya menjadi KPM(2000a), KPM (2000b) dan KPM (2000c)..... dan ini tidak dicatat pada bibliography dan citation. 

Bagi pembaca blog..... TOLONG lah jangan lakukan kesalahan ini. Jika anda guna reference manager spt Mendeley atau Endnote.... anda juga perlu double check.... Apatah lagi yang entah mengapa masih tetap menulis secara manual... silalah rujuk bahan format APA.... dan jika anda tidak mampu nak beli buku APA yang tebal2 tu.... just clik pdf berikut.... ringkas tapi lengkap, ambillah masa meneliti format yang dinyatakan terutama keperluan menulis DOI dan apabila merujuk sumber online. 

Tanpa malu dgn penuh slamba sila klik: APA Electronic


Bagi yang guna format2 lain spt MLA, Chicago atau IEEE, anda cari ler sendiri k.....

OT

Monday, May 14, 2012

Tajuk 356: How to find the most relevant articles - Five steps of snowball


How to find the most relevant articles - Five steps of snowball

Salam bro.... lepas ni ko nak berbengkel ke mana plak?

Penang dan KT.... insyaAllah....

Bertuah ko dapat gi IPTA sana IPTA sini.... aku ni manapun tak pergi bro....

Syukur...akupun tak sangka umpamanya dapat jejak kaki ke UMS, UNISZA, UiTM Puncak Alam... cuma terkilan sikit...

Terkilan?

Ialah..... aku datang macam Touch n Go..... tak sempat nak kenalpun.....


Touch - n - Go....
Per citer kali ni bro?


Aku ingat nak sembang sikit pasal snowball... sebab bila aku sebut dalam bengkel, ingatkan semua faham rupanya tidak.....

Akupun nak tahu bro...selama ni aku buat2 tahu... malu nak ngaku tak tahu...dalam hati teringin nak gi obersi main snow.... ko tak perlah dah pernah main snow...aku ni tengok citer snow white ajelah dari kecik sampai dah besar ni....


Tulah..... cepat2 siapkan PhD ko.... leh present paper kat obersi.... at least sekali dapat rasa pengalaman tu.... wpun mat salleh berebut2 datang Msia sebab mereka lak nak matahari..... emmmm....


Oklah bro.... semangat ni..... citerlah cepat snowball ko tu..

Snowball tu bola salji. Jika ko golekkan satu bola salji besar penumbuk dari atas bukit..... bila menggolek bola tu akan membesar.....  jadi cam tulah snowballing articles..... dari satu artikel ko dapat kumpulkan byk artikel lain yang releven ko dapat cari.....tu adalah cara praktikal mendapatkan sumber rujukan. Ramai yang dah buatpun tapi ramai jugak yang buat derk....


Ini ada 5 langkah ko kena ikut sbg panduan bro......

Ada 5 langkah mudah:

1. Dapatkan beberapa artikel terkini dalam bidang kajian ko, katakan tahun 2012 dgn tajuk aricles yang fokus kepada keyword kajian ko..... aku dah ajar camner nak cari journal yang ada articles macam ni dalam entry yang lepas..... inilah yang aku  namakan sebagai pilot articles

2. Ko pergi bahagian Bibliography atau References article2 tersebut.... ko snowball, maksudnya ko cari artikel lain yang relevan dgn kajian ko... yang ada keyword yang sama (atau hampir2 sama) dalam senarai Bibliography atau References pilot articles tersebut katakan ko jumpa artikel tahun 2011, 2010, 2009...semuanya mesti berdasarkan keyword atau variables yang sama dgn kajian ko...


Jg tak tahu...ko juga boleh snowball articles yang ada tajuk berkaitan method, instrument, theory dll. Contohnya ko nak bina model dgn analisis SEM dgn theory ABC, then ko boleh snowball article2 wpun fokus kajiannya tak berapa sama dgn ko tapi article tersebut kupas tentang SEM dan theory ABC..... ko pun patut cari articles2 sebegini...

3. Seterusnya ko kena baca pilot article tersebut dan kenalpasti article yang di cite pada statement yang releven dalam article pilot ko yang relevan dgn kajian ko... then ko cari kat bahagian Bibliography / Refrences dan dapatkan artikel tersebut...


Ini kerana ada kalanya sukar juga nak tahu kerelevanan article berdasarkan tajuk semata2.... so ko kena scan dan baca article tersebut baru tahu....

4. Katakan ko jumpa artikel tahun 2010, 2011 dan 2009 yang releven dgn kajian ko..... then ko ulangi lagi proses  1,2 dan 3 di atas... tapi kali ini terhadap artikel2 yang ko dah dapat dari snowball tadi...samalah seperti konsep  MLM.....lama2 jadi banyak...sehinggalah ko dapat kumpulkan sebanyak mungkin artikel.... dan tak mustahil dalam satu hari ko dah boleh trace dgn penuh selamba 20, 30 articles....


5. Bukan itu sahaja bro.... ko pun boleh snowball article lain tulisan author yang sama.... dan ko boleh tahu seluruh research author tersebut....dari awal sampai terkini...


Katalah ko nak kaji tentang multimodal animation (Hoban, 2011) dan artikel berikut adalah artikel pilot ko tahun 2011.



Then ko snowball kat Bibliography dan akan dapati ada 7 lagi artikel Hoban (2005 hingga 2011) utk ko baca bagi ko faham apa sahaja berkaitan multimodal animation. Tu baru author yang sama.... pun ko senang2 dah dapat 7....


Ini adalah paparan dari Mendeley desktop aku....


Inilah kerja literature search yang intensive dan extensive yang aku dok bising2 suruh ko buat..... sebelum nak sibuk2 bagi tajuk kajian. Tajuk kajian amende kalau bidang kajian sendiripun tak tahu....bangga dengan Tajuk kajian jer.... happy sungguh bila SV serahkan bulat2 Tajuk kajian.....lepas tu semua tak kena...teori tak ade, instrument tak jumpa... aku tahuler ko ada motto "Agi Idup Agi Ngelaban"....tapi kalau ko tak buat intensive dan extensive reading selagi itu ler motto ko akan jadi "selagi hidup selagi tu ler ko akan mengelabah !!

Jgnlah  mare bro.... hilang kecomelan ko klu ko marah tau....... 


Comel? He he tima kasih....


Phew.... barulah aku tahu snowball tu..... ingatkan sampling technique jer ada snowball.... ini nak kena bagi tahu budak2 yang baru mendaftar ni.... sure diaorang masih relex cam tak der per2 nak buat....

Bagus ler tu.....sebab itu kerja2 awal mencari artikel penting bro..... once ko dapat beberapa pilot artikel paling terkini utk di snowball...... yang focus kepada kajian ko..... bolehlah ko mula membaca dan menyediakan zero darft ko....sambil melengkapkan RFOT ko....then.....


Then?


THEN BARULAH KO SIBUK2 NAK TENTUKAN TAJUK KAJIAN KO..... YANG BERSESUAI DGN GAP KAJIAN KO TERSEBUT... SETELAH KO ADA KNOWLEDGE DARI PEMBACAAN ARTICELS YANG KO SNOWBALL !!!


Ok Ok bro....

OT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...