.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, May 31, 2011

BENGKEL SAINS DI KOLEJ DARUL HIKMAH, SG RAMAL

Semalam 30hb Mei 2011, saya seharian di wad kecemasan Hospital Serdang kerana menjaga emak yang mendapat rawatan. Namun janji saya untuk memberikan bengkel  P & P Sains berkesan yang diadakan Kolej Darul Hikmah, Kajang, perlu juga saya tunaikan. Setelah adik saya take over, saya pun memenuhi pelawaan untuk berceloteh dan berbengkel tentang sains. 


Saya upload beberapa gambar supaya peserta bengkel yang berminat boleh download. Selamat berbengkel !!


Sesi pembentangan bengkel...
Manusia memang dalam kategori haiwan jika tidak beriman kepada Allah


Janganlah main pandang2... jawab ler soalan ni !

Air mineral ni kalau dibekukan lebih berat ke lebih ringan?

Control ayu... ada camera usha kita...

Kelam kabut bila nak mula berbincang

Tolonglah kami.... tok fahe !!

Bercerita konsep seluar jean yang kering bila dijemurkan

Ala cikgu ni baca teks ler...

Tajuk 142 - LIKERT'S SCALE dan Ujian NON-PARAMETRIK

Saya masih lagi suka menyentuh soal selidik dengan skala Likert. Ini kerana ramai yang menggunakan skala ini tetapi sekadar ikut-ikutan atau senggol-sengolan sahaja. Jika saya pernah menyentuh pasal ujian parametric, kali ini sedikit dengan ujian non-parametric

Likert scale digunakan dalam soal selidik bagi ujian / pengukuran quantitative terhadap variable psikologi seperti sikap, persetujuan, motivasi, persepsi, intelligent yang juga dinaamakan pengukuran psikometrik. Skala Likert bersifat polar dengan 3, 5, 7 atau 9 poin.

Polar tu maknanya ada hujung positif dan negatif ler.... atau mat salleh sebut two extremes!

Ramai penyelidik membina Likert-type scale dengan membuang pilihan neutral bagi mengelakkan social desirability bias iaitu keadaan responden yang membuat pilihan neutral kerana dianggap akan menyenangkan banyak pihak termasuk penyelidik (sebenarnya akan memeningkan kepalo !) terutama jika isu yang ditanya sensitif atau melibatkan sesuatu decision yang sukar. Oleh itu anda kena baca lanjut social desirability bias supaya anda tidak di tembak semasa viva jika gunakan skala neutral!

Ingat... selain itu, item anda hendaklah bersifat unidimensional iaitu hanya mengukur SATU DIMENSI sahaja. Satu dimensi bermakna anda tanya soalan yang jawapannya satu sahaja dan bukannya spt:


"Saya menggunakan Internet kerana minat dan suka-suka".


Soalan ini dua dimensi i. ada org yang guna kerana minat sahaja bukan suka-suka dn ii. ada yang guna sebab suka-suka sahaja bukan minat. Jadi soalan dua dimensi ini sukar dijawab.


Oleh itu merujuk kepada pakar sahaja bagi content validity belum memandai.... jika dia tak tahu apa itu dimensi! Tajuk ini telah dikupas panjang lebar dalam entri yang lepas dalam blog ini !! Jgn sampai pemeriksa tesis anda jumpa beberapa item yang double-barrell.... siap ler...

Item yang satu dimensi seperti:


"Saya selalu tenang apabila menerima teguran yang baik" (1- Sgt tak setuju)


Bagi menguji kejujuran responden, selalunya ada beberapa soalan di reverse kan (atau di negative kan). Contohnya:


"Saya selalu gabra (kalut) walaupun di tegur secara lemah lembut" (5- Sgt setuju)


Responden yang jujur akan jawab 1 dan 5. Tak mungkin responden yang sama menjawab 1 bagi kedua2 item diatas.


Sebab itu jika anda mengemukakan item secara reverse atau negative, anda hendaklah recode skala anda dalam SPSS semasa memasukkan data. Anda cuma highlight item tersebut dan click Data - Transform - Recode....dan anda kena masukkan angka 1 dan tukar kepada 5, angka 2 tukar kepada 4..... sehinggalah 5 kepada 1. Ini bermakna, jika responden menjawab 1 (Sgt tak setuju) maka SPSS akan recode menjadi 5 (Sgt setuju). 


Oleh kerana anda mengukur reliability menggunakan chronbach alpha yang mengukur jawapan satu dimensi sahaja, dua jawapan yang contradict akan menyebabkan ... cronbach alpha anda  akan merudum jatuh !


Biar jatuh buku jangan jatuh nilai cronbach alpha !!

Amalan lazim penyelidik adalah skor skala Likert akan dimasukkan dalam SPSS atau Excel. Skor setiap responden bagi setiap item atau bagi sekumpulan item akan dijumlahkan. Ini dinamakan summated score.Summated skor ini dianggap sebagai data interval, dan jika data ini tertabur secara normal, bolehlah  dianalisis menggunakan ujian parametric seperti t-test, ANOVA.


Jika skala menjadi nominal kerana hanya ada 2 poin sahaja, seperti Ada / Tiada atau Setuju / Tidak Setuju, maka selepas di “summated’ kan, ujian seperti ujian McNemar atau Cochran Q sering dijalankan.


Bagi yang mengekalkan data Likert sebagai ordinal.... atau setelah anda buat summated anda dapati data tetap tidak normal.... so anda tiada pilihan selain menganalisis respon bagi setiap item skala Likert data ordinal menggunakan ujian bukan parametric seperti Wilcoxon, Mann-Whitney atau Kurskal-Wallis.  


Berikut adalah satu contoh dummy bagi satu daripada item dengan aplikasi non-parametrik Kruskal-Wallis bagi soal selidik anda. Kurskal-Wallis digunakan kerana analisis ini adalah pasangan bagi ANOVA sehala  (parametrik) kerana menguji perbezaan > 2 kumpulan (Jika 2 jer gunalah Mann-Whitney):

Item 1: Suka Discovery Channel Kumpulan n Rank Sum
Mean rank

Umur 10 56 1120
45.00

Umur 15 57 1100
52.12

Umur 20 46 1980
50.22
Chi square = 0.022


Anda boleh interpret lebih krang macam ni.....


Nilai chi square menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara ketiga-tiga kumpulan umur terhadap kesukaan menonton Discovery Channel. Kumpulan umur 10 tahun mempunyai mean rank paling rendah menunjukkan kumpulan ini paling tidak suka menunton rancangan tersebut. Kumpulan umur 20 yang mempunyai mean rank 50.22 adalah kumpulan paling suka menonton Discovery Channel.    

Tu sahaja ler...

OT

Monday, May 30, 2011

Tajuk 141 - Skala LOGIT - Data ordinal di "interval" kan oleh Rasch Model

Saya tulis ini untuk pelajar yang  baru nak berjinak2 dengan Rasch Model. Bagi yang guna statistik klasik dgn aplikasi SPSS, jgn ler bimbang....anda tak tahu pun tak aper...


Bagaimana Rasch Model tukar data ordinal  ke interval? Ini perbahasan hangat sebab ramai penyelidik "tutup mata" dengan merasional skala ordinal menjadi interval. 

Saya cuba ringkaskan perbahasan ini... 

Katakan anda ada skala ordinal berikut bagi mengetahui persetujuan guru:
Item: Hukuman denda membersihkan kawasan patut dilaksanakan disekolah rendah.

1: Sgt tak setuju; 2: Tak setuju; 3: Setuju dan 4: Sangat setuju

Anda berminat untuk mengetahui samada guru disekolah anda setuju mahupun tidak hukuman tersebut dilaksanakan.Jika anda meminta seorang guru menjawab item anda, peluang anda mendapat jawapan bersetuju (termasuk sgt bersetuju) atau tidak bersetuju (termasuk sangat tidak bersetuju) adalah 50:50. 


Simple kan!

Jika anda meminta 10 guru menjawab item anda, anda mungkin mendapat  berangkalian 1 setuju, 9 tak setuju ataupun 1/9 ataupun dalam bentuk ration 1:9.
Boleh jadi juga 2 yang setuju, maka rationya menjadi  2:8 ( ye ler 2 setuju , 8 tak setuju)
Jadi kebarangkalian ini boleh berada dalam julat 1/9, 2/8, 3/7, 4/6 hinggalah  9/1

He he… sempoi !

Tukar nisbah ini dalam perpuluhan jadile dia 10/90 hingga 90/10 berrsamaan nisbah 10:90 hingga 90:10.
Lagi sempoi....!

Apa yang berlaku tanpa anda sedari….anda telah menukar data ordinal dalam bentuk ratio.

Ye ker? 

Jika anda berikan item tersebut untuk dijawab oleh kepada 100 guru, anda boleh illustrasikan sebagai ukuran rationp berikut:

ratio
1/99
10/90
20/80
30/70
40/60
50/50
60/40
70/30
80/20
90/10
99/1


Kemudian anda dapatkan nilai ratio tersebut untik menukar ke skala interval.


1/99
10/90
20/80
30/70
40/60
50/50
60/40
70/30
80/20
90/10
99/1

Nilai
ratio
0.01
0.1
0.25
0.43
0.67
1
1.5
2.3
4
9
99


Malangnya…. Anda dapati skala  interval anda tidak mempunyai equal interval, macamana nak ukur. Ini kerana jarak antara 0.01 dengan 0.1 dan seterusnya antara 4 dengan 9 atau antara 9 dan 99 semuanya tak sama! Phew…. Skala interval anda semakin besar kearah kanan ! Abis camnor? Mana boleh buat ukuran jika tak sama interval!!

Jeng…jeng…jeng….. 

Rasch telah mendapat ilham untuk mengunakan log (yang kita belajar add maths masa form 4 dulu, tapi sampai sekarang tak faham nak guna benda tu) bagi semua ratio di atas dan akhirnya beliau mendapat satu SKALA INTERVAL yang equal….. he he… yang dinamakan skala logit.


1/99
10/90
20/80
30/70
40/60
50/50
60/40
70/30
80/20
90/10
99/1

Nilai
ratio
0.01
0.1
0.25
0.43
0.67
1
1.5
2.3
4
9
99

Skala Logit
-2
-1
-0.6
-0.37
-0.17
0
0.17
0.37
0.6
1
2.0


Ini samalah macam pembaris dengan nilai antara -2, 0, 2. Maka nilai ini menjadi asas kepada Model Rasch yang menggunakan nilai logit sebagai mengukur keupayaan sesorang dalam menjawab item2 yang diberikan. 


Cukupler dulu pengenalan logit (jgn salah anggap sebagai logic dah ler)
Nak dapat persetujuan anak..... bagi jer aiscream....

OT

Saturday, May 28, 2011

UPM @ SERI MENANTI....

Selepas bengkel semalam, saya terus bertolak ke kampung mertua saya di Seri Menanti. Suara terasa hilang selepas sehari berbengkel. Namun, perjalanan mengikut highway LEKAS sungguh selesa. 


Pagi esoknya mertua adakan majlis tahlil dengan menjemput anak2 disekolah agama. Paling saya suka di sini adalah kesejukkan paginya.... kerana Seri Menanti berada di kawasan tinggi dan dikelilingi gunung.... kabus menyelubungi pagi...Seri Menanti wpun bandar diraja.... tetapi pembangunan terlalu slow... seperti menanti2 pembangunan..... Namun kadang kala elok juga dapat saya nimati pagi yang nyaman....


Kira2 jam 7.15 saya pun pergi kesekolah agama yang terletak daam kawasan masjid..... tiba2.... 


Saya terperanjat sebab saya dapati banyak kenderaan rasmi UPM dihadapan masjid diraja.....


Apa hal nyer?


Rupa2nya ada sekumpulan pelajar eksekutif UPM adakan program  dengan Taman Pertanian UPM di Seri Menanti. Sayapun ambil kesempatan jumpa mereka...


NINE nyenyak dalam kesejukan Seri Menanti..


UPM @ Seri Menanti...banner ini telah menarik perhatian saya....

Bersama sdr Ghaffar di tapak program
kabus kelihatan dibelakang...
Orang ramai berminat dengan durian UPM

Bila ada UPM adalah cendawan....

  
Satu-satunya masjid di Seri Menanti



Istana lama menanti pengunjung

Jangan lepaskan peluang melawat Istana Lama yang asal
bila ke Seri Menanti. Istana yang lengkap dengan silasilah Kerajaan NS yang berasal dari seberang....

NINE makin lasak sejak dapat berjalan selangkah dua......

BENGKEL EKSKLUSIF SPSS

Hari ini 28 Mei saya bertuah dapat mengadakan bengkel eksklusif SPSS dengan siswazah PhD / master. Paling best mereka datang dari UTM Skudai, UM, UKM, UPM serta seorang pensyarah veteran. Seronok dapat berbincang dan menjawab soalan2 POWER dari peserta.....


Tebalnya buku SPSS ko....

Bengkel intensif... tak sempat keluar makan pun....
Hati-hati key-in data... sanggup drive dari JB...

Gabungan muda dan otai.....UKM dan UPM

Kusyuk sungguh..... international student dari UKM

Kena buat latihan hands-on.... Serdang mali ma....

Bukan sahaja perserta mendapat manfaat, saya sendiri banyak belajar dari soalan2 peserta.... khususnya dari seorang Prof. Madya yang hadir. Saya salute semangat pensyarah ini yang tak mahu ketinggalan up-grade pengetahuan.....
He he gaya santai..... 




OT

Wednesday, May 25, 2011

JGN FIKIR ANDA LEMAH SEHINGGA ANDA LIHAT VIDEO INI !!

Sedang saya sibuk menyiapkan bab bagi buku fakulti, saya terima satu email dari  my wife. Saya buka link dan lihat wajah seorang nak kecil yang begitu optimist, gigih dan sentiasa positif walaupun dilahirkan tanpa kedua-dua tangan. Tanpa diminta, air mata saya keluar betapa Allah telah menjadikan saya manusia sempurna tetapi masih lagi tidak mensyukuri rahmatNya. 


Paling menyentuh hati apabila anak kecil ini sentiasa tersenyum, ceria dan membuat sendiri semua yang dilakukan oleh anak2 kecil lain....juga kasih sayang antara adik dan kakak yang sangat touching...


Hanya jiwa yang hidup sahaja akan mengambil pengajaran berguna dari kegigihan dan sikap positif anak ini... 


Sila lihat di:


Go to: http://www.hellokpop.com/2011/05/03/deformed-boy-tae-hos-story-goes-viral-on-tumblr/

Tuesday, May 24, 2011

TAJUK 140: JADUAL ANALISIS STATISTIK - JGN BERNAFAS DALAM LUMPUR

Apabila anda membina persoalan kajian atau hipotesis, jgn ghairah menulis TANPA anda mengetahui apakah analisis statistik yang bakal anda gunakan. Oleh itu pengetahuan statistik sebenarnya penting SEBELUM anda membuat proposalpun.

Oleh itu, saya cadangkan anda membuat JADUAL PENENTUAN STATISTIK (JPS) bagi meningkatkan darjah keyakinan anda. Akronim JPS ni saya jer yang reka... bolehlah anda gunakan... he he

NAMUN aduhai seribu kali sayang (Saleem)….. pengetahuan statistik selalunya tidak dibekalkan kepada siswazah pada Semester 1. Selalunya kursus research method diberi keutamaan membuatkan ramai siswazah tercungap2 seperti bernafas dalam lumpur (Wings) atau bernafas dalam air (Yuna) atau seperti menghela nafas terakhir (Hazami).

Kuasailah statistik setapak demi setapak....
spt bertatih menaiki tangga...kalau jatuh... bangun semula!

Dalam penentuan analisis statistik yang tepat, anda mesti mengetahui IV dan DV kajian anda. Dalam kes korelasi,  sukar untuk anda menentukan manakah IV dan DV kerana anda tidak mengkaji kesan-akibat, malah anda tidak boleh membuat kesimpulan bahawa satu variable mengakibatkan perubahan kepada satu variable yang lain. Jika anda pasti ada hubungan kesan-akibat, maka kajian eksperimental adalah lebih sesuai.

Namun… saya ulang.. namun bagi tujuan penentuan analisis statistik dalam bentuk jadual, anda boleh membuat andaian berdasarkan rasional anda bahawa satu variable lebih mudah dikelaskan sebagai IV manakala satu variable lagi, DV.  Cuma dalam perbincangan anda, sila berhati2 sebab selalunya tiada sempadan yang jelas antara IV dan DV dalam kajian korelasi.

Perhatikan bahawa skala ujian-t dan ANOVA memerlukan DV pada skala interval untuk analisis.

Berikut adalah satu DUMMY sahaja bagi memudahkan anda membuat JPS !! Yang lain2 spt ANCOVA, ANOVA Faktorial tu anda buat ler sendiri...

Bil
Hipotesis
Variable
dan skala
Variable
dan skala
Analisis Statistik

H1
Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara self-esteem dengan kepuasan bekerja dalam kalangan guru sekolah menengah

 Self-esteem


Interval
Kepuasan
Pearson
H2
Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara option / bukan option dengan kepuasan bekerja dalam kalangan guru sekolah menengah

Option / bukan option

Nominal
Kepuasan bekerja

 Interval
Point-biserial
H3
Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara persetujuan system baru SSM dengan kepuasan bekerja dalam kalangan guru sekolah menengah

Persetujuan SSM


Ordinal
Kepuasan bekerja


Interval
Biserial
H4
Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara persetujuan system baru SSM dengan persetujuan keniakan pangkat  dalam kalangan guru sekolah menengah

Persetujuan SSM



Ordinal
Persetujuan kenaikan pangkat


Ordinal
Spearman
H5
Tidak wujud perbezaan self-esteem antara guru option dan  bukan option dalam kalangan guru sekolah menengah

Kumpulan option dan bukan option

Nominal
Self-esteem


Interval
t-test / ujian-t
H6
Tidak wujud perbezaan self-esteem antara guru sains, guru bahasa dan kaunselor dalam kalangan guru sekolah menengah
Kumpulan guru sains, guru bahasa dan kaunselor

Nominal

Self-esteem




Interval
ANOVA satu hala
H7
Kepuasan bekerja tidak dapat dijelaskan oleh variasi self-esteem, motivasi dan sokongan organisasi
self-esteem, motivasi dan sokongan organisasi

Interval

Kepuasan bekerja



Interval
Multiple regression
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...