.

"ANTARA BLOG TERBAIK PENGAJIAN TINGGI DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


Phew...menuju ke 1,000,000 page views !!

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

ANTARA TAJUK-TAJUK POPULAR.

Link ke semua Tajuk Popular berikut terletak dibawah ShoutMix.

Tajuk 004 - Ada 11 perkara kajian anda SIGNIFICANCE

Tajuk 014 - Menulis LITERATURE REVIEW yang kritis...sempoiii..

Tajuk 020 - Sample: Purposive atau Convenience atau ?

Tajuk 032 - Kenapa data ordinal tidak normal?

Tajuk 035 - Interpretasi SIGNIFICANT bagi correlation

Tajuk 083 - Sempoinya menulis LITERATURE REVIEW secara kritis !

Tajuk 094 - Tulis PROBLEM STATEMENT tapi TIDAK ADA problem?

Tajuk 100 - Menulis thesis dgn PANTAS "Jika saya menjadi anda"

LINK KE SEMUA TAJUK POPULAR BERIKUT TERLETAK DIBAWAH SHOUTMIX.

Tajuk 119 - Jgn perasan kajian anda boleh ubah policy!

Tajuk 122 - Jgn nak lebeh2 jika guna CORRELATION !

Tajuk 132 - Anda patut lebih TERROR dari supervisor anda !

Tajuk 141 - Tak logic minat RASCH MODEL tapi tak tahu LOGIT?

Tajuk 156 - DROPBOX - File tesis anda dalam bahaya!

Tajuk 184 - Semak Literature Review dgn SIMEC !

Tajuk 185 - Senangnya bina OUTLINE LR !

Tajuk 187 - Tiga rahsia penulisan LR terbongkar... Yezza!

Tajuk 212 - Cari RESEARCH GAP? Gunalah SYNTHESIS MATRIX !!

Tajuk 215 - Kalaulah saya jadi SV.. emmm

Tajuk 233 - CITATION dlm LR – Giler kalau macam ini...!!

Tajuk 238 - Lambat siap tesis – Anda berpenyakit procrastination !

Tajuk 234 - Anda pasti KALUT tanpa PILOT Article

LINK KE SEMUA TAJUK POPULAR BERIKUT TERLETAK DIBAWAH SHOUTMIX.

Tajuk 339 - Thesis: Dont Make It Write, Make It Written !!

Tajuk 240 - "DISCUSSION OF FINDINGS" Jangan pulak anda jadi Pak Pandir.

Tajuk 242 - RESEARCH GAP? - Gunalah HYBRIDIZATION TECHNIQUE

Tajuk 245 - Baca ini anda confirmed kamcing dgn SV

Tajuk 261 - RESEARCH GAP dan Teori Persenyawaan

Tajuk 267 - RESEARCH FRAMEWORK: Kenapa proposal mesti tebal-tebal?

Tajuk 277 - 278: RFOT - Wow !! RESEARCH FRAMEWORK dlm satu mukasurat jer!

Tajuk 279 - Nilai sebuah PROPOSAL..

Tajuk 285 - Thesis dan Awet Muda - Tips untuk suami isteri

LINK KE SEMUA TAJUK POPULAR BERIKUT TERLETAK DIBAWAH SHOUTMIX.

Tajuk 291 - 4 langkah validate + reliability questionnaire

Tajuk 311 - 6 kisah seram calon PhD !!

Tajuk 312 - Anda tak boleh ubah SV, andalah yang perlu berubah !

Tajuk 326 - MENDELEY: Citation + bibliography secara automatik....!

Tajuk 363 - Download template RFOT versi baru dlm MS Word disini !

Tajuk 366 - Empat langkah sempoi tulis paragraph yg KRITIS !!

Tajuk 367 - Bila supervisee jadi BEBAN SV !!

Tajuk 370 – Menulis significance dan Implication of study…

Tajuk 373 - Download desktop calender free here

Tajuk 379 - Download template for writing article AROT

Tajuk 395 - Novelty / Originality kajian anda dipersoalkan?

Tajuk 401 - Download RFOT latest (v4)

Tajuk 405 - Fulamak...Speed Reading (SROT)

Tajuk 417 - 432: Wooow.... ATLAS.TI - 12 Siri Langkah demi langkah

Tajuk 458 - Fulamak...3 Langkah Mudah Gaya UKM Dlm MENDELEY

Tajuk 468 - What is "THE BEST" Thesis?

Tajuk 473 - Sebab supervisee slow sokmo !!

Tajuk 477 - Template RFOT utk download (pdf)

Tajuk 486 - SV timun laut buat kajian singa laut?

Tajuk 487 - Bila Prof nak jadi MARADONA

Tajuk 529 - Calon PhD: Tipah Jgn Tertipu dgn SV !

----------------------------------------

Sila klik link Brochure, Sijil Penyertaan dan Resit yg disediakan di bawah shoutmix.

------------------------------------------------

SENARAI TENTATIF BENGKEL


RINGKASAN BENGKEL:

TESIS CEPAT = TULIS TESIS CEPAT, LIT. REV. & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

SPSS =PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

ATLAS.ti = ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

QNAIRE = BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

April:

- Tulis Tesis Cepat /Mendeley (MPWS, BANGI) - 17 April

- SPSS (MPWS, BANGI) - 6 April

- TESIS CEPAT / Mendeley (Pahang) – 26 April

Mei:

- TESIS CEPAT / Mendeley (MPWS, BANGI) - 8 Mei

- TESIS CEPAT / Mendeley (Melaka) - 15 Mei

- QNAIRE (MPWS, BANGI) - 17 Mei

- TULIS TESIS CEPAT / Mendeley (UUM) - 29 Mei (nhusna@uum.edu.my, 049288151)

Jun:

- Tulis Tesis Cepat / Mendeley (MPWS Bangi) - 5 Jun

- QNAIR (MPWS Bangi) - 7 Jun

- Tulis Tesis Cepat / Mendeley (Tganu kite) - 12 Jun



Pendaftaran bengkel - http://www.postgraduateworkshop.com/


Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke: zahinothman@gmail.com


Sila klik link Brochure, Sijil Penyertaan dan Resit yg disediakan di bawah shoutmix.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, April 28, 2011

Tajuk 129 - SOALAN: GUNA UJIAN BUKAN PARAMETRIK TANPA WAS2..

Soalan:


Assalamualaikum wbt. Saya ingin bertanya. Saya juga dinasihatkan berkenaan beralih kepada ujian Mann Whitney jika tak boleh buat ujian t. Cuma concern saya, dimaklumkan oleh seorang guru yang saya kene kukuhkan pembuktian ujian Mann Whitney dengan buat "Compare Mean" (menggunakan SPSS). 
Boleh Dr jelaskan hal ni? Terima kasih dan wassalam.


Anonymous


Respon:

Saya tak sure maksud guru tuan trsebut. Mungkin dia bermaksud compare mean antara kumpulan yang u dapat. Jika perbezaannya besar, maknanya boleh guna MW sebab berkemungkinan akan dapat juga perbezaan. Jika perbezaan min kecil, maka sukarlah nak dapat perbezaan (yg signifikan) jika guna MW sebab ia kurang power. Betul tak? Ini andaian sahaja. Malahan perbezaan min samada besar atau kecil BUKAN syarat guna t-test mahupun MW. 


Bagi saya, itu bukan isunya. Bila U buat EDA (exploratory data analysis termasuk menyemak kenormalan atau mendapatkan nilai min) dan dapati data tidak normal, maka tidak timbul lagi nak "compare mean", anda sepatutnya terus cadangkan penggunaan MW, then baru analisis hasilnya. Inilah cara yang sistematik. Setuju ?


Wbgmanapun, saya akan jelaskan rasional guna Mann-Whitney (MW) TANPA perlu "compare mean" sebab ini TIDAK termasuk syarat dalam penggunaan baik t-test mahupun MW. 

Tuan guna t-test utk compare mean dua kumpulan tak bersandar dengan syarat saiz sampel dan variance yang setara (equal) yang tertabur secara normal.
Tuan guna MW jika bandingkan median dua kumpulan tak bersandar  tetapi bebas syarat.
Jika syarat tersebut dipenuhi, statistical power bagi t-test adalah tinggi berbanding ujian MW.
Tetapi jika syarat tidak dipenuhi, hasil dapatan t-test mungkin lebih tersasar BERBANDING ujian MW yang robust kepada syarat tersebut. Tambahan, ujian MW (yang guna median) tidak dipengaruhi oleh outlier atau taburan yang skewed berbanding dengan t-test (yang guna min).  Pendek kata, ujian MW adalah lebih appropriate berbanding t-test bila anda dapati taburan tidak normal dan nilai skewness tinggi. 
Jika tuan ada data berikut sebagai analogy:
Ujian parametric:
2,4,3,5,4,6,3,3 maka min = 3.2 (min menggambarkan data keseluruhan)
2,4,3,5,4,6,3,30 maka min =6.6 (min berubah dengan data extreme yang menjadikan taburan tidak normal atau skewed)
Ujian bukan parametric:
2,4,3,5,4,6,3,3 maka median = 4 (susun dulu ikut urutan)
2,4,3,5,4,6,3,30 maka median = 4 (median tidak berubah wpun ada data outlier /extreme iaitu 30)
Perhatikan bagaimana min 3.2 mewakili keseluruhan data dan lebih power kerana pengiraan min melibatkan setiap individu data. Malangnya nilai min ini berubah dengan ketara menjadi 6.6 APABILA TABURAN TIDAK NORMAL atau SKEWED. 




Sementara itu, median kurang power kerana ia ditentukan selepas semua data disusun mengikut urutan kecil ke besar (ranking) dan hanya satu nombor penengah (median) dipilih tanpa melibatkan sebarang pengiraan. Namun begitu nilai median 4 konsisten berbanding nilai 6.6 yang terpesong jauh.  Sebab itu jika data terpesong, tidak normal maka ujian bukan parametric diutamakan. Laporan anda LEBIH TEPAT yang menggambarkan taburan data jika anda laporkan median = 4 berbanding min = 6.6 !!


Jika U guna juga ujian parametrik, u akan dapat perbezaan 3.2 dan 6.6, walhal keduanya adalah setara. Perbezaan disebabkan data yang skewed, maka kesimpulan U SALAH ! Jika u guna bukan parametrik, kesimpulan u lebih tepat nilai 4 tidak berubah sebab ujian bukan parametrik adalah ROBUST kepada skewness.


Moga tuan dan pembaca lain akan lebih jelas....jgn blur2...


Spek biar hitam,  hati mau baik..... statistik jgn blurrr.......bro !
OT

Wednesday, April 27, 2011

Tajuk 128 - Ujian Nonparametrik - Power atau Robust !!

Anda ingin menjalankan ujian-t tapi anda dapati sampel anda kecil (katakan n = 15 sebab ramai subjek yang tarik diri) atau data anda tidak tertabur secara normal walaupun sampel anda  n > 30. Maka anda sepatutnya tanpa ragu2 menggantikan ujian-t yang anda cadang untuk gunakan dalam kajian anda dengan ujian bukan parametrik Mann-Whitney.


Jangan takut.....Maka saya cadangkan anda menulis pernyataan berikut bagi menunjukkan keperluan anda menggunakan ujian bukan parametrik tersebut....supaya jangan sampai anda tutup mata  then terus jer buat ujian-t....!


"Oleh kerana data tidak tertabur secara normal mengikut ujian Shapiro-Wilk (sebagai contoh), maka kajian ini  akan menggunakan ujian Mann-Whitney bagi menguji perbezaan antara min. Walaupun ujian bukan parametrik Mann-Whitney mempunyai kuasa statistik yang lebih rendah berbanding dengan ujian-t parametrik,  tetapi ujian MAnn-Whitney adalah lebih robust apabila andaian bagi ujian-t tidak dipenuhi..."


Ingat power atau kuasa ujian statistik adalah untuk elak Type 2 error (Rujuk tajuk sebelum ini). Ini bermakna anda terdedah kepada menolak Ho yang betul jika menggunakan ujian bukan parametrik yang kuasanya lebih rendah. Namun begitu, ujian bukan parametrik lebih robust iaitu ujian bukan parametrik masih boleh memberikan kesimpulan kepada dapatan tanpa memerlukan andaian spt taburan normal dan homogenity di penuhi. Ini bermakna dalam kajian ini, ujian parametrik (ujian-t) lebih berkuasa HANYA SEKIRANYA andaian kenormalan data dipenuhi. Jika tidak, dapatan anda tidak akan memberikan kesimpulan yang betul. Ujian-t tidak robust, iaitu tidak memberikan dapatan yang sepatutnya jika data tidak normal. Dalam keadaaan ini, lebih baik menggunakan ujian Mann-Whitney yang robust kerana dapatan masih boleh dilaporkan dan diterima wpun data tidak normal kerana ujian parametrik tidak tertakluk (robust ler tu) kepada andaian2 kenormalan dan homogeneity. 


Mudah cakap, robust tu bermakna tidak memerlukan sebarang syarat untuk dilaksanakan. Emmmm bak kata perpatah...Tiada Rotan Akar pun Berguna.... Tidak dapat lakukan Ujian-t kerana data tidak normal...Ujian Mann-Whitney pun boleh. Katakan nak guna rotan mesti pakai glove (sebeb rotan berduri). Dah tak der glove....lebih baik guna akar jika dah tak boleh guna rotan dari tak guna apa2 lansung...duduk termenung mengenang nasib malang....hu hu
Kenapa saya suka fokus perkara ini? Saya sebenarnya ingin memudahkan anda supaya jgn takut jika mendapati data anda tidak normal. Jgn panik.... dan research sepatutnya ditangani dengan sistematik... bukan gelabah. Saya sendiri alami kesukaran ini... so saya cuba bantu anda mana yang boleh. Benda ni tak tertulis dalam buku dengan jelas.....so ramai pelajar yang teraba2...(jgn meraba2 tau..). Kadang2 anda perlu hanya satu  paragraf sahaja bagi merasionalkan pemilihan ujian bukan parametrik dan everthing goes well. Kajian anda bukanlah berkaitan hidup atau mati...sekadar memberi pengalaman sebenar bgmana kajian dan analisis sepatutnya difahami dan dijalankan dgn betul..
Saya pernah diundang dan ke udara di Radio Adelaide, Australia
dan pic saya di studio PUTRA FM...

OT

Tajuk 127 - Nak power...laporkan Ralat Jenis 2

Ya tak ya jugak..... anda  belajar Type 1 dan 2 errors tapi masa bila nak guna dalam thesis? Saya cadangkan anda tulis wpun satu paragraph dalam tesis anda supaya tesis anda bertambahb sikit POWERnya kerana anda tahu mengelakkan berlakunya ERROR.... Tapi sebelum itu, fahami secara ringkas amende Type 1 dan 2 error tu dulu..


Saya dah tulis dalam tajuk yang lalu agak lebih detail.... ramai pulak yang tak faham... ape mende yang korang semua boleh faham ni...iskh..iskh... Tulah terlalu banyak sangat tengok cerita paranormal.... bila baca parametrik dah tak faham2...




Type 1 Error (T1E) berlaku apabila anda SUKA mendapat hasil kajian anda iaitu wujud perbezaan antara kumpulan TETAPI sebenarnya tiada perbezaan. Jadi anda tolak Ho yang BETUL (sepatutnya tolak yang salah ler)


Ingat: Ada perbezaan maka anda SUKA jadi tolak Ho (yang betul)




Type 2 Error (T2E) berlaku apabila anda TIDAK SUKA apabila mendapati hasil kajian anda tiada perbezaan antara kumpulan TETAPI sebenarnya ada perbezaan. Jadi anda menerima Ho yang SALAH

Ingat: Tiada perbezaan maka anda TIDAK SUKA jadi terima Ho (yang salah)

Statistical power (seperti dalam G*Power) adalah kuasa statistik anda menolak berlakunya T2E, kerana berkuasa mencari perbezaan yang wujud pd dgn saiz sampel dan saiz kesan yang telah anda gunakan. Ini bermakna, jika tiada perbezaan, maka ia berlaku kerana treatmen yang tidak berkesan, bukan sebabkan oleh faktor lain. Oleh itu dalam G*Power anda tetapkan power pada at least .8 atau 80%. Statistik dikatakan power apabila berjaya kurangkan kemungkinan anda terlibat dengan T2E.

Jadi dalam tesis anda, saya cadangkan anda laporkan begini....

“Kajian ini telah menetapkan kuasa statistik pada .8 dan kesan saiz pada 0.6 untuk menguji Ho. Kesan saiz ini adalah kesan yang sederhana mengikut Cohen (1998, p.55) yang dianggarkan dari kajian lepas yang berkaitan dengan penggunaan animasi dalam pengajaran (Othman; 2007 & Robert; 2008). Kuasa dan kesan saiz ini memberikan saiz sampel antara kumpulan eksperimen dan kawalan masing-masing 44 orang. Dengan kuasa .8 ini maka statistik t-test yang digunakan berupaya mengurangkan kemungkinan berlakunya ralat jenis 2, iaitu menerima Ho yang salah”

Dgn pernyataan ringkas di atas, credibility anda akan lebih power kerana anda memahami mengapa anda mengambil subjek seramai 44 setiap kumpulan setelah anda menetapkan kuasa pada .8 dan kesan saiz .6
The POWER of LUV !!

Tuesday, April 26, 2011

Tajuk 126 - Correlation dan River Monster

Malam tadi sambil menjaga NINE yang makin lasak dan lambat tidor..... sempat juga saya menonton Animal Planet siri River Monster.... spt pic di bawah. Apa yang menarik, satu kajian dipaparkan dalam episod di Jepun bahawa ikan "keli" gergasi mempunyai sikap yang aggresif sebelum berlakunya gempa bumi. Prof Jepun tu buat korelasi pergerakkan ikan keli gergasi dengan aktiviti seismic (gempa bumi). Ini bermakna bukan ikan keli tu yang membuat gempa bumi atau sebaliknya. Namun terdapat korelasi yang tinggi antara kedua variable ini - aggresif dan aktiviti seismic (gempa bumi). Ini bermakna aggresif bukan IV dan seismic bukan DV atau sebaliknya. Sifat aggresif ikan keli hanya predictor kepada gempa bumi bukan penyebab. Prof tu akan teruskan kajian sehingga benar2 pasti ada hubungan yang mencapai taraf IV dan DV dalam fenomena tersebut. 

Inilah passion dan enthusiasm..... Buat researchpun kena ada sifat ini...


Moral of the sory:
1. Jika anda buat korelasi, pastikan anda faham tujuannya. Anda bukan mencari sebab dan akibat tetapi hanya perkaitan. 
2. Nak faham statistik tentu tak sesukar nak tangkap ikan ni gergasi...kena buat kajian kat nama ada spesis yang nak pupus ni... gerenti tak der dalam jurnal punya ! Then gi interview org kg yang tahu cerita ikan tersebut... keluar duit poket sendiri...bukan boleh main pos jer soalselidik atau telefon.... dah tu mereka tak faham bahasa inggeris, duduk pulak ceruk kampung....Bila dah tahu lokasi...kena pulak memancing...tunggu berjam2 dan berminggu2....dalam hujan dan panas....dah dapat kena tanggung risiko di baham oleh ikan tersebut....then cuma ambil data  dan lepaskan semula...phew...
3. Jadi jgn tak tahu sikit statistik dan mengalah.... belumpun baca 3,4 buku.... dok surf internet jer..mana nak jumpa!!




Tajuk 125 - Size sample dengan Jadual Keppel ?

Soalan:
Dr. boleh terangkan ttg saiz sampel berdasarkan jadual keppel 1991. saya nak buat perbandingan.


Mas

Respon:
Phew..... terima kasih kerana bertanya. Keppel (1991) mengembangkan idea Cohen tentang effect size dan statistical power dalam penentuan saiz sampel dengan bilangan populasi yang tidak diketahui. Keppel umpamanya memberikan sample size berdasarkan statistical power (katakan 0.9 atau 90%). Ini adalah kaedah “prior to research” dalam penentuan sample. Konsep pengiraan yang sama juga digunakan dalam G*Power. Malangnya saya tiada copy jadual Keppel (1991) yang dimaksudkan (sila bagi saya jika U ada dalam bentuk softcopy). Saya cuma cadangkan anda gunakan sahaja G*Power, khususnya bagi kajian eksperimen (anda menggunakan analisis statistic seperti t-test atau ANOVA). Ini kerana kajian eksperimen membolehkan anda menganggar effect size (seperti Jadual Cohen).

Sementara itu, jadual seperti Krejcie dan Morgan menggunakan confidence Level (95%) dan juga  Margin of Error (.05).  Ini dapat dilakukan jika anda tahu jumlah populasi.... maka bolehlah di buat dalam betuk jadual. Bagi Keppel, anda perlu buat estimation effect size, barulah anda dapat tahu jumlah sampel size. Oleh kerana anda yang tentukan, sukarlah nak dijadualkan, sebab anda sendiri akan mengiranya. Inilah konsep dalam G*Power.
Saya cadangkan jika anda guna kajian tinjauan… gunakan table Krejcie dan Morgan ataupun Cochran. Jika kajian melibatkan eksperimen, gunakan G*Power (konsep yang sama dengan Keppel). Kedua2 ini sudah established.


OT 

Tajuk 124 - Perlbagai jenis korelasi... bukan Spearman / Pearson jer !

Apabila anda menyediakan soal selidik, ada kalanya anda menggunakan lebih dari satu jenis skala - interval / ordinal dan dikotomi. Oleh itu, apabila anda ingin membuat korelasi, pastikan anda memilih analisis yang betul.... bukan hanya Spearman dan Pearson sahaja.

Bagi memudahkan anda saya jadualkan pemilihan tersebut.... then anda baca lah sendiri bagaimana untuk menganalisisnya. Syarat pertama - mesti pilih analisis korelasi yang betul dahulu.


SKALA
Interval
Ordinal
Nominal
Interval
Pearson
Biserial
Point Biserial
Ordinal
Biserial
Spearman
Rank Biserial
Nominal
Point Biserial
Rank Biserial
Lambda, Phi


Contoh:
Interval vs Interval = Pearson
Nominal vs Ordinal = Rank Biserial

Korelasi Kuning dan biru....

Monday, April 25, 2011

Cikgu baru...hp baru...

Minggu ini saya mula keluar menyelia CIKGU BARU yang praktikal di Nilai dan Seremban. Kali ini saya observe subjek Kemahiran Hidup... dapatlah saya tengok spanar, gergaji malah pokok dibawa masuk dalam makmal dan kelas ! Sambil tu seronok juga testing hp baru untuk upload gambar-gambar SONY dalam blog ini..... nilah kisahnya....


PAGI
Aksi paling mengancam....ketika berjogging di Laman Duta

Bunga di Laman Duta

Laman Duta yang cantik....

MALAM
 Mencuba cendol dari santan kelapa sawit di Giant..... terbaik dari ladang ! Ada ke promoter kasi cawan kertas kecik jer.... meh saya tuang sendiri !

Kesabaran adik ni menunggu sambil berdiri.... menggamit saya merakamkan aksinya. 

ISNIN
Inilah cikgu pertama saya observed. Dia sedang pegang playar tu !
"Jangan nakal2.... awak nampak apa saya pegang ni"

Satu papan tanda yang menarik perhatan saya di sekolah yang saya pergi menyelia guru praktikal. Saya tak setuju sebab pendidikan sepatutnya sesuatu yang seronok  bukan "bitter" tak kira anda berjaya dengan cemerlang ataupun tidak. Cuba ingat.... zaman paling manis adalah zaman persekolahan.....cayo tak? Zaman cinta monyet....zaman kakak, adik dan abang2 angkat....zaman terlibat dengan persatuan... kena rotan semuanya manis2 belaka....

Mana konsep 1Malaysia.... ?
 SELASA
Gambar iklan - Bakal driver F1 2020 !

Semangat cikgu baru ni.... punyalah besar pasu dia bawa semasa mengajar !!

Not bad juga ler pic hp SONY baru ni.....tapi bateri macam nak cepat abis jer...... terkenang pulak NOKIA yang 3 hari gerenti bateri tak abis wpun heavy duty !!!

DURIAN... PROTON CITY...UPSI DAN NOKIA KU...

Sabtu 23hb....saya bertolak ke Tg Malim atas jemputan makan durian.... Ini kisah perjalanan pergi dan balik.....Mengikut cerita, peniaga beli murah durian di Tg Malim, then jual di KL dan tempat2 lain dengan harga yang boleh tahan...... 

Sampai di Tg Malim cuaca panas.....

Round dulu di UPSI sebab Klong dan Arif belum pernah sampai ke UPSI lagi...


Sampai je di rumah kawan yang menjemput (my former student)....umah dia 3 tingkat wa cakaplu.... tersedia buat pulasan..... dimakan dulu bagi memastikan perut tidak memulas bila makan durian  he he

Yum..Yum... Yummy.....

Burppp ! Dah mula surrender.....camno nak abiskan banyak2 tu..masih banyak yang belum dibuka...

Dont judge the isi from its cover !

Nine ni tak reti makan durian...so dia buat lawak lah !
Selepas dijamu durian, dijamu pula makan tengahari..... lepas tu landing sekejap sebelum solat zuhor...Dah cukup rehat.... burp! Saya minta tuan rumah bawa ke Proton City, yang terletak kilang PROTON serta kampus baru UPSI....Jangan tak tau....Hujan mula turun lega sikit sebab dapat sejukkan badan yang panas dengan durian !

Dekat jer Proton City dari Tg Malim

Kampus baru UPSI di Proton City dari jauh... hampir siap....

Pintu gerbang Proton City....banyak rumah tak terjual ..... cuma baru2 ni makin berpenghuni, setelah UPSI ada kampus baru di sini..

Banglow besar tak berpenghuni di Proton City kerana tiada pembeli

Inilah kilang proton.... sangat besar dan panjang..... sayang hujan mencurah tidak membenarkan
saya keluar merakamkan sudut2 lain kilang proton 

Ingat tak mula2 kereta proton keluar dikatakan diperbuat dari tin milo?
Balik dari Tg Malim terus ke Alamanda.... temankan wife beli hp baru.... Oleh kerana saya sering mengambil gambar, maka sayapun tompang sekaki membeli hp SONY dengan built-in camera 8.1 megapixel dengn screen lebih besar kerana Nokia music express saya sering hanged sejak akhir2 ini....


Jadi petang itu saya mengucapkan selamat tinggal kepada NOKIA yang telah banyak berjasa dan telah merakam ribuan gambar kenangan saya selama ini..... memang berbaloi-balai....Pic yang saya upload ini adalah pic terakhir NOKIA.... namun saya akan simpan hp tersebut sebagai Kenangan Yang Terindah....

Selamat Tinggal NOKIA ku.... tersimpan seribu kenangan....terima kasih
my wife yang hadiahkan hp ini lebih setahun yang lalu....
Inilah dia SONY-ERICSSON..... moga berbakti seperti NOKIA...

Bab beli hp..Klong sukarela jadi penasihat mama...budak2 remaja ni memang pakar hp ! 



Friday, April 22, 2011

Soal selidik - Soalan atau Item ?

Ada yang guna pembinaan soalan dan ada yang guna pembinaan item dalam soal selidik - mana yang tepat? Begini...... soal selidik tidak semestinya mengandungi pernyataan berbentuk soalan (Berapakah umur anda? atau Adakah anda setuju dengan hukuman rotan?). Kerap kali respon diminta memberikan respon bukan dapat bentuk persoalan (ayat soal dengan ?) spt "Senaraikan blog yang kerap anda layari".


Oleh yang demikian, istilah item digunakan dalam soal selidik. Item merangkumi pernyataan samada berbentuk soalan ataupun tidak. Oleh itu, istilah pembinaan "item" soal selidik lebih sesuai dengan menyeluruh berbanding pembinaan "soalan" untuk soal selidik.


Itu sahaja !


Item 3: Saya suka memakai kacamata hitam (Setuju, Tak setuju)

Tajuk 123 - Subjek atau sampel atau responden?

Kenapalah sains sosial ni banyak sangat istilah.... Ada yang guna subjek, responden dan sampel. Saya sendiri tak jumpa mengapa ada 3 istilah ini, namun pengalaman yang sedikit ini cuba membezakan penggunaan ketiga2nya mengikut konteks.

Bila anda membuat kajian, anda mengambil sample dari populasi - bukan subjek atau responden. Sebagai contoh:

"Seramai 35 sample dipilih secara rawak dari populasi untuk dijadikan subjek kajian. Subjek kajian ini kemudiannya didedahkan kepada treatmen......"

"Seramai 300 sampel dipilih secara rawak dari populasi untuk dijadikan responden bagi menjawab soal selidik yang akan diedarkan. Didapati seramai 180 responden telah menjawab dan memulangkan soal selidik...."

Ini bermakna, subjek lebih sesuai untuk kajian eksperimental sebab mereka dijadikan "bahan kajian" manakala responden sesuai untuk kajian seperti tinjauan kerana mereka memberikan respon kepada soal selidik. Reponden bukan "bahan kajian".

Tapi jangan salah faham pulak antara "subjek Kimia" atau "subjek Sejarah" dengan "subjek" dalam kajian eksperimental........

Jadi hati-hati bila guna sampel. subjek dan responden.... supaya kajian anda jelas dan mantap.... MANTAP BEB !!

OT

HEPI BIRTHDAY SAYANG.......

Minggu ni isteri sambut harijadi...... kami sambut sama2 ditempat dan cara yang tak yah lah nak sebut kat sini, nanti ada budak2 yang baca.... Cuma satu ingatan untuk diri sendiri, betapa isteri yang baik sentiasa meletakkan kesukaan dan kesusahan suami sebagai sebahagian dari kesukaan dan kesusahan dirinya sendiri. Tanda kita sayangkan isteri, apabila melihat dirinya, sejuk mata dan hati.... tenang fikiran. Isteri yang baik akan hulurkan bantuan kerana dia memahami kesusahan dan resah suaminya.


Jagalah hati isteri.....syukur kerana isteri lah yang menjadi pendorong saya meneruskan usaha menulis blog ini. Isteri tidak akan mencemuh suami.... sebaliknya berbincang dari hati ke hati..... Terima kasih sayang....Hepi birthday yang ke......APA?  OK OK abang tak bagi tau....


Sat lagi nak ke Tg Malim....ada bekas student yang nak ajak makan durian......Burpp !!


Frame ini tanda kami sedia bersama...sebagai kawan, kekasih, waktu suka, duka, jaga dan
he he waktu tidur bersama...


Salah satu tanda cinta antara kami....baby NINE


Ni dah lebih.... nak posing le pulak NINE ni
OK...OK... last posing..... ni dah over.....cukup-cukup !


Thursday, April 21, 2011

ANAKKU....KETIKA KAMI TUA NANTI...

Pagi tadi saya melihat video ini.... tanpa dipaksa saya menitiskan air mata.....inilah yang dirasakan oleh ayah dan mak kita sekarang..... Saya doa mudah2an Allah matikan saya bersama2 isteri tersayang ketika kami masih boleh berdikari.....tanpa perlu membebankan anak2.....setelah semuanya bekeluarga dan berjaya dalam hidup masing2.... Cuma doa sahaja yang kami pinta buat bekalan kami diakhirat....




Itulah sahajalah harapan ayah dan umi...

OT

Wednesday, April 20, 2011

PENGALAMAN DI KANOPI HUTAN TROPIKA !

Saya tak menduga FRIM yang terletak di Kepong (dekat KL jer tapi bukan Bukit Kepong)  menawarkan pengalaman alam tropika dgn air terjun dan sungai yang mengalir menerusi hutan simpan. Terdapat empat laluan trek hutan yang membawa pelancong merentas hutan sekunder yang menakjubkan.
Titian Kanopi pula terletak 30m dari aras tanah menawarkan sudut pandangan yang hebat untuk memerhati burung dan tumbuhan kanopi tropika dan bandaraya KL !

Jika tak caya.... pergi la bersama keluarga.....sesuai release tension jika tak faham statistik.... cuma tak sesuai bawa kanak2 lom sekolah, tak dibenarkan naik kanopi.

Kalau gayat baik dok rumah buat lempeng cicah sambal tumis....


Salah satu stesen kanopi atas pokok


Mat Salleh dari obersi berebut2 nak tengok hutan ni.... tapi kita pun kena lah ambil pengalaman
Drive dari KL 20 minit jer sampai Kepong..
Monyet pun jeles bila kita lebih tinggi dari diaorang....


He he...


Bro.... atas pokok pun main pegang2 tangan ker ?


Ketawa ko yer....tadi macam nak nangis...


Hutan jadi saksi....

Air terjun

Sayangnya pic air terjun tak ambik pulak masa mandi..... Cuma jika datang hujung minggu cuti sekolah.....datang awal2. Jika datang tengahri atau petang...jawab penuh ler sungai tu dgn bebudak sekolah..... 


OT

GAMBAR KELAS EDU5900 BHG 2 (April 2011)

Mana konsep 1 Malaysia ?

Ini ler student-centred learning.... Phew relex pensyarah !

Gabungan anak dara dengan mak dara

Tiga cikgu.....

Meh sini cikgu ajar.....kuch kuch hota hei....

Athlet negara.....Tq kerana hadiahkan saya jersey Malaysia.... aummm...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...