.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, October 31, 2010

Tajuk 15 - Nama pengarang - ada surname tak?

Secara umum, penulisan tesis dalam sains sosial adalah mengikut format APA (American Psychological Association). Namun dalam amalannya di Malaysia, terdapat beberapa perubahan format penulisan mengikut universiti. Umpamanya, UKM mempunyai format penulisan tesis tersendiri yang dinamakan Gaya UKM. Begitu halnya juga dengan UM. 


Namun apa yang ingin disentuh disini adalah penggunaan surname (nama keluarga) yang menjadi tradisi di barat tetapi berbeza dengan nama pengarang di Malaysia. Nama Melayu dan India tidak mengikut sistem surname tetapi mengikut nama bapa. Nama Cina pula meletakkan surname di awal nama. Perhatikan contoh berikut:



Nama sebenar
Surname
Tahun
Bibliografi
Dalam teks
Robert Brown
Brown
2009
Brown, R. (2009)
Brown (2009)
John Matt Samuel
Samuel
2007
Samuel, J. M (2007)
Samuel (2007)
A. Samad Said
-
2009
A. Samad Said (2009)
A. Samad Said (209)
Othman Talib
-
2010
Othman Talib (2010)
Othman Talib (2010)
Muthu Lingam
-
2006
Muthu Lingam (2006)
Muthu Lingam (2006)
Tan Swee Leong
Tan
2007
Tan, S. L. (2007)
Tan (2007)


Walau bagaimanapun, anda tetap tertakluk kepada gaya penulisan di IPTA anda belajar. Agak mengelirukan bagi pelajar siswazah jika menulis tesis dalam Bahasa Inggeris, sama ada ingin mengikut gaya IPTA masing-masing ataupun format APA. Ironinya, pelajar terpaksa mengubah format ke APA jika mahu menghantar prosiding ataupun artikel mereka ke jurnal antarabangsa. Mengapa tidak dipiawaikan sahaja mengikut APA? 


Entah sapa ler surname kitaorang anak beranak ni....

Tajuk 14 - Menulis LR dgn kritis...

Hello bro.... cer ko baca satu paragraph ni..apasal SV aku kata tak kritis... amender yang kritis tu bro?


La.... ko tulis " Ali (2009) menyatakan ciri-ciri multimedia... Sementara itu Siti (2007) menambah satu lagi ciri animasi dengan multimedia iaitu.... dan John (2008) memberikan satu lagi ciri hipermedia...."


Kenapa?


Tu macam meringkaskan kajian lepas jer....masing2 dgn terminologi masing2... yang ko main cantum jer dalam satu paragraph... byk ko punya ensem.... kritis tu bukan macam tu..


Abis?


Ko kena analisis artikel2 ko tu dgn cari point yang conceptualnya sama dengan kajian ko dan bahan yang ko analisis (maksudnya yang ko ekstrak dari artikel) perlu ko sintesis atau combine dalam ayat ko sendiri, bagi idea ko sendiri dan bahasa ko sendiri.... dalam konteks kajian ko.....barulah kritis...


Meh aku artikel tersebut. Katakan ko analisis 5 artikel dan dapati isi berikut yang perlu ko sintesis....berkaitan dengan LR ko utk nyatakan ciri-ciri bahan multimedia yang boleh membawa kepada kefahaman pelajar...




Ali (2009)
Perisian multimedia perlu memenuhi keperluan pelajar dengan berbagai stail pembelajaran
Siti (2007)
Animasi komputer berpotensi menghasilkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan
Tan (2010)
Perisian komputer interaktif terkini dibina berdasarkan teori kognitif multimedia Mayer (2009)
Chee (2009)
Pembelajaran multimedia dibina berasaskan teori konstruktivis
John (2008)
Persekitaran 3D menyediakan peluang visualisasi, interaksi dan eksplorasi konsep abstrak seperti konsep sains


Ko perlu mensintesis kelima-lima isi dari petikan di atas menjadi sebahagian sorotan literatur terhadap ciri-ciri bahan multimedia yang ingin ko ingin dibangunkan supaya menyokong ke arah meningkatkan kefahaman pelajar


Mensintesis tu camner bro?


Mensintesis tu bermaksud menulis semula dgn ayat dan perkataan ko sendiri secara mencantumkan (makna sintesis) konsep2 yang sama dari artikel yang ko sintesis dan dengan cara itu juga akan menghasilkan sorotan literatur yang konsisten dan koheren dgn kajian ko sendiri dan  seterusnya membawa pembaca memahami kaitannya dengan kajian walaupun dalam konteks asal artikel, berbagai-bagai terminologi yang berlainan digunakan (perkataan bergaris) tetapi secara conceptualnya adalah sama dgn kajian ko.


Kalau ko dah analisis dan sintesis... maka artikel2 yang ko rujuk tu tidak lagi dibincangkan secara terasing lagi tetapi disintesis dalam konteks kajian ko... barulah ko dikatakan kritis dalam menulis LR....


OOO...cam tu ler pulak...


Berikut contoh ayat yang konon2nya ko dah sintesis sesuai dengan kajian ko yang berkaitan dengan pembinaan bahan multimedia bagi meningkatkan kefahaman  pelajar:


"Pembinaan bahan multimedia telah menjadi satu keperluan dalam pendidikan sains. Walau bagaimanapun, keberkesanan bahan multimedia dalam meningkatkan kefahaman pelajar terus menjadi persoalan. Kajian lepas menyarankan perlunya bahan multimedia  mempunyai ciri-ciri seperti persekitaran 3D (John, 2009), interaktif (Tan, 2010), animasi (Siti, 2007) serta mengambilkira stail belajar pelajar yang pelbagai (Ali, 209). Aplikasi teori  konstruktivis pula hendaklah menjadi asas pembinaan bahan multimedia (Chee, 2009) kerana penekanan kepada aspek kognitif dalam persembahan bahan multimedia telah dibuktikan keberkesanannya oleh Mayer (2009) daslam meningkatkan kefahaman pelajar.


Oleh itu, kajian ini akan memberi fokus kepada pembinaan bahan multimedia dengan ciri-ciri konstruktivis yang kemudiannya dibina dalam persekitaran 3D. Ini selari dengan saranan John (2009) yang menegaskan bahawa pembinaan bahan multimedia dengan persekitaran 3D berupaya menvisualisasikan konsep abstrak dalam pembelajaran, sekaligus memudahkan kefahaman pelajar"

Bila ko baca ayat di atas, tak der ler macam ko meringkaskan karangan atau spt membaca buku teks .... tapi seperti mendengar ko berkata2 kepada pembaca..... siap dengan idea ko, diselit dengan penegasan ko sendiri dengan sokongan citation yang mantap....semua ditulis secara konsisten dalam konteks kajian ko... iaitu menggunakan keyword bahan multimedia dan kefahaman pelajar wpun keyword tersebut LANSUNG TAK ADA dalam petikan artikel asal yang ko analisis sebelum ko sintesis !!


Tu macam senanglah bro....


Apsal tak ada orang ajar aku.... tu yang aku main taram jer.... he he. SV komen jer tak kritis..... entah apa yang tak kritis akupun tak tahu...... nasib baik ko tunjuk kat aku....


Sekarang ko percaya betapa senangnya menulis LR secara kritis dengan syarat ko mampu membuat analisis dan sintesis..... dalam konteks kajian ko sendiri...........jadi jgn fening dgn perkataan yang bermacam2 dalam artikel asal asalkan konsepnya sama dgn konsep kajian yang ko buat. Jika ko kutip semua perkataan yang berbagai2 dalam artikel asal... bukan ko saja fening.. pembaca ko pun akan muntah !!


Abis bukan ker kritis tu mengkritik kajian orang lain?


Banyak ler ko punya kritik. Ko sendiripun tak faham kajian ko lagi.... baru nak blaja tulis literature review...merangkak-rangkak ...ada hati nak kritik kajian sifu2 yang di published dan di reviewed dalam artikel2 scorpus tu.....? Minta maap ler bro...


Jadi...?

Bagi LR, ko perlu menulis secara kritis bukan mengkritik ler....


Wokey.... tima kacih atas nasihat ko yang kritis tapi tak mengkritik....






Tulis literature review tak lah sesukar membina tembok besar China...
OT

Tajuk 13 - Candle light.... suatu analisis ?

Sebagai anak kampung.... saya tak pernah sambut hari lahir sampailah saya bekerja dan berkahwin. Mak dan ayah yang susah, tak pernahpun sebut hari lahir, sebab merekapun tak pernah sambut. Bagi mereka, mencari sesuap nasi adalah keutamaan.

Hari ini, anak-anak demand macam-macam masa hari lahir. Nak buat camner, mereka berada dizaman yang berbeza dengan zaman kita. Fbook pulak dok remind hari lahir mereka. Walau bagaimanapun, saya mendapat satu kelainan dari isteri pada hari lahir ke-46. Sekadar berkongsi 3 keping gambar jer... yang lain tu tak boleh, khususnya bagi mereka yang belum kawin kwang..kwang...kwang. ..
Wife buat surprise pada birthday ke 46. Tapi apsal nampak
macam 36 jer.... Call saya jika nak tahu rahsianya....free of charge !

Terasa macam "Alice in the wonderland" ler pulak... tq so much to my wife....Bunga tu kejab jer cam tu.... pas tu berterabur atas lantai.... ooppss... he he

Romantis....Candle-light dinner.... masa ni anak-anak tinggal rumah ler
tengok Astro.... 
OK... back to our bisness... statistik ! Ramai pelajar keliru antara analisa dan analisis. Mana satu yang betul? Saya berpendapat anda patut gunakan perkataan analisis dalam tesis anda (bukan analisa seperti analisa data). Kenapa? "Lisis" digunakan secara meluas seperti Kimia Analisis, hidrolisis, hemolisis,  analysis of variance dll. Analisis membawa maksud mengasingkan sesuatu yang lengkap kepada bahagian-bahagian yang lebih mudah. Apabila anda membaca satu artikel ilmiah yang lengkap, artikel tersebut perlu dipecahkan menjadi bahagian yang lebih mudah.


Langkah menganalisis ini bertujuan mendapatkan bahagian artikel yang menyokong kajian anda. Ini kerana bukan semua bahagian artikel yang anda kumpulkan mempunyai perkaitan lansung dengan kajian anda. Mungkin hanya definisi operasi atau teknik persampelan sahaja yang boleh anda gunakan bagi menyokong kajian anda. Jadi, semasa anda membaca artikel, anda sepatutnya menganalisis maklumat dan mengekstrak bahagian yang dapat membantu anda memantapkan LR.


Wednesday, October 20, 2010

LAWATAN KE KUALA GANDAH - TAK PERNAH DENGAR PUN?

Internet telah membuka banyak ruang dan peluang mendapatkan maklumat. Semasa search rambang, saya dapati ada satu tempat yang menarik bagi melihat gajah secara in-person.... sambil bawa anak2 jauh dari KL.... Itulah KUALA GANDAH ! Saya percaya, org pahang sendiripun ramai yang tak tahu kewujudan tempat pemuliharaan gajah ini. Saksikan !!


Mandikan anak gajah. Kelihatan Arif, Muhd dan Ali (sembunyi belakang Arif) bagi pulak
kat anak Minah Salleh tu mandikan gajah pulak.


Depan taman Rusa di Kuala Gandah. 


Rusa ni lapar semacam jer. Pantang ada orang mesti mereka datang dekat....Nasib baik rusa tak macam kambing....


Sabar ler.... korang ni dah over....kotor ler baju aku ni !!


Ni anak ular Ananconda.... bapak Anaconda balik bercuti ke Amazon...


Ala... anak Anaconda boleh ler ko senyum.... cuba mak dia ada...


Best gak nyusukan si bear ni....tapi bukan dengan susu ler... dengan madu yang dibeli di TESCO ( he he) dah tu nama dia beruang madu... nak buat camner?


Ni ler Kuala Gandah kalau nak tahu....sebab ramai orang Pahang pun tak tahu... guano mu ! Saya tahupun dari internet ler....


Acara wajib.... naik gajah....

Saturday, October 16, 2010

Tajuk 11: Camner nak buat Literature Review?

LR adalah bahan rujukan yang akan menyokong keperluan anda menjalankan kajian. Bahan ini akan menunjukkan pengetahuan anda tentang tajuk yang anda pilih. Anda perlu menganalisis dan mengkritik bahan2 ini  dan dalam masa yang sama menyerlahkan ruang yang masih perlu untuk kajian anda. Persoalannya - siapalah saya yang boleh mengkritik tulisan / kerja / kajian orang lain yang lebih pakar dari saya?

Friday, October 15, 2010

Tajuk 10 - Jangan menulis tesis jika tiada fokus dan skop

Kacang saja menulis tesis...... asal anda ada fokus dan tahu skop kajian anda. Lucu jika ada pelajar yang menkar tajuk 5, 6 kali hanya kerana tidak tahu fokus kajian yang ingin dijalankan. Anda jangan jadi begitu! Kajian yang mempunyai fokus dan skop sejak awal lebih mudah dijalankan terutama dalam mengumpul bahan rujukan. 


Sebagai contoh mudah, tajuk seperti "Kajian keberkesanan ICT dalam pembelajaran Biologi" adalah terlalu luas skop dan tiada fokus. Tajuk seperti "Kajian keberkesanan aplikasi animasi konstruktivisme dalam penguasaan konsep elektrokimia dalam kalangan pelajar Tingkatan 4" lebih fokus dan mempunyai cakupan skop yang lebih jelas. Fokus dan skop kajian hanya kepada animasi dengan aplikasi teori konstruktivisme dalam bidang elektrokimia Tingkatan 4 lebih memudahkan anda membina objektif, persoalan kajian dan seterusnya menentukan analisis data disamping mengumpulkan pilot article anda


Selamat mencuba


OT

Tajuk 9: Tahukan anda "pilot article"?

Pilot article adalah artikel terkini (paling sesuai 5 tahun kebelakangan) yang menjalankan kajian dalam bidang yang sama dengan bidang anda, malah menguji aspek atau konstruk yang hampir sama. Adalah disarankan disini sebagai satu langkah awal adalah membaca seberapa banyak jurnal artikel dan mengumpulkan pilot article anda. Dengan adanya kombinasi beberapa pilot article ini, anda akan mendapat panduan awal bagaimana kajian yang anda cadangkan boleh dilakukan dengan lebih baik.


Jangan hanya berfikir2 apa tajuk yang anda ingin pilih, tetapi buat pembacaan intensif supaya anda dapat mencari FOKUS dan SKOP kajian anda seawal mungkin. Pilot article juga akan memberikan anda lautan rujukan yang relevan dengan tajuk anda. Anda perlu sedari bahawa anda adalah penyelidik NOVICE separuh masa (tahu tak per) yang menjalankan kajian SEORANG DIRI (hah...keseorangan ker?) tanpa bantuan GRANT (gajipun kena potong daaa..) dan tanpa RA (research assistant yang come lote), dan berkongsi seorang SUPERVISOR yang tersangatlah sibuknya dengan beberapa lagi pelajar lain, dengan had masa 3 -5 tahun serta KOMITMEN keluarga yang menggamit, maka  anda memerlukan panduan seawal mungkin sebelum anda berpusing2 beberapa semester hanya kerana tajuk anda bertukar ganti!


Melihat dan mengkaji hasil kerja orang lain yang baik adalah antara langkah penting sebagai student researcher aka novice researcher. Jadikan hasil kerja orang lain sebagai panduan berguna. 

Tajuk 8: Kenapa disebut parametrik dan bukan parametrik?

Parametrik adalah ujian statistik yang melibatkan data normal, sebagaimana data dalam populasi untuk menganggar  parameter. Oleh itu, operasi yang melibatkan data normal dinamakan statistik parametrik. Sebaliknya jika data tidak normal, dinamakan bukan parametrik. Sebab itu ujian parametrik perlukan  beberapa andaian (assumption) dipenuni supaya dapat menjadi penganggar kepada parameter / populasi, khususnya syarat kernormalan.

OT

Thursday, October 14, 2010

Tajuk 7: Tulis jangan sedap tangan...maksud MESTI JELAS!

Ramai pelajar siswazah tulis ikut sedap hati...maklumlah keyboard tidak bertulang! Jgn tulis sesuatu yang anda sendiri tidak pasti atau menggunakan perkataan yang kabur. Tolong jangan peningkan pembaca tesis anda, cukuplah anda pening sorang. Baca tiga  contoh petikan tulisan pelajar siswazah. Apa yang tidak kena  dengan perkataan yang bergaris dalam petikan berikut:
  • Kajian lepas selalunya menggunakan pendekatan konstruktivis kerana……
  • Penggunaan ICT dan animasi didapati telah meningkatkan skor min motivasi pelajar. Ia bermakna…
  • Teori konstruktivisme yang digunakan dalam kajian ini adalah satu-satunya teori yang dapat menjelaskan hubungan antara.....
Kajian lepas merujuk kepada kajian mana? - terdapat berjuta2 kajian lepas
Ia merujuk kepada apa - ICT, animasi atau peningkatan skor min?
Satu-satunya - pernyataan ekstrem kerana tiada satu teoripun dapat berdiri sendiri dalam sains sosial / pendidikan...

Tajuk 6: Penulisan thesis - Buat ayat mudah bukan berbelit2!

Tesis perlu ditulis dengan ayat yang mudah difahami dan jelas maksudnya. Pengalaman saya menunjukkan pelajar apabila menterjemah sumber rujukan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu cuba mengekalkan setiap patah perkataan menyebabkan ayat menjadi kabur, berbelit-belit dan sukar difahami. Ambil sahaja idea utama dalam petikan tersebut dan bukan perkataan demi perkataan - tak susahkan? 


Begitu juga apabila menulis ayat, pelajar cenderung memanjang2kan ayat bagi menyampaikan satu maksud yang sebenarnya mudah. Perhatikan contoh ayat berkaitan fenomena harian berikut:
  • Ali membawa reket kerana ingin bermain badminton. Oleh itu Ali selalu bermain badminton sebagai satu aktiviti riadah dan senamam.  (2 ayat mudah,19 perkataan)
  • Sebagaimana yang kita tahu, sebagai satu usaha Ali untuk menjalankan satu aktiviti riadah yang lazimnya dilakukan oleh kawan-kawannya yang lain, disamping ianya juga sebagai menjadi satu aktiviti senaman, maka dia telah membawa reketnya untuk melakukan aktiviti berkenaan dengan cara bermain badminton. (1 ayat berbelit2, 42 perkataan.... phew!)
Seringkali pelajar cenderung menulis seperti contoh ayat yang kedua, sehingga menyukarkan pembaca memahami maksud yang ingin disampaikan. Ini kerana ayat yang panjang tidak perlu tanpa sebab. Tulislah ayat "straight to the point" !! Perkataan seperti "kita" (siapa kita?),  "ianya", "ia" "berkenaan" dan "tersebut" menjadikan ayat semakin kabur...Jadi jangan salahkan supervisor jika ayat anda di"slash". Anda juga akan pening sendiri membaca ayat yang anda tulis....

Nasihat saya - Fikirkan terlebih dahulu secara mendalam idea utama yang anda ingin sampaikan dan kemudian tulis dengan ayat anda sendiri. Guna ayat yang mudah.... tapi bukan ayat santai...

Kalau nak bersantai.... bukan dalam penulisan he he

Tajuk 5: Tahukan anda limitasi dan delimitasi kajian anda?




Limitasi:
Setiap kajian ada limitasi yang tersendiri. Oleh itu limitasi kajian perlu dilaporkan walaupun secara ringkas. Limitasi kajian merujuk kepada kemungkinan wujudnya kelemahan kajian yang diluar kawalan anda yang melibatkan parameter dalam metodologi kajian seperti pemilihan sampel bukan rawak, saiz sampel yang kecil, kesan variabel luaran atau variabel moderator yang anda kenalpasti mungkin memberi kesan kepada kajian anda.


Delimitasi:
Bahagian ini jarang dinyatakan oleh pengkaji. Delimitasi kajian iaitu penerangan kepada perkara-perkara utama dalam kawalan yang anda pilih menjadi fokus kajian anda. Sebagai contoh, anda perlu jelaskan dengan ringkas rasional mengapa anda memilih untuk membandingkan faktor gender bukan umur, memilih pelajar Tingkatan Empat bukannya Tingkatan 3, memilih faktor EQ bukan IQ dsbnya dalam kajian anda. Anda mesti jelaskan pemilihan ini supaya pembaca tidak tertanya2.





Tajuk 4: How significance is your research / study?

Berada di Paris dirasakan cukup signifikan apatah lagi
bila melawat mezium Paris yang menempatkan hasil kerja
Da Vinci terutamanya potret Monalisa diletakkan dalam
kaca kalis peluru. Terdapat ratusan lukisan dan ukiran yang sungguh indah.




Bro.... apakah faktor yang menjadikan sesuatu kajian tersebut signifikan untuk dijalankan? 


Kenapa ko tanya?


Sebab ramai pelajar siswazah mendakwa kajian mereka signifikan kerana akan "dibaca" oleh pembuat dasar dan seterusnya akan mempengaruhi dasar kerajaan dalam isu yang dikaji. Betulkah begitu? 


Aku nak tanya - Adakah ini termasuk dalam objektif kajian ko? Adakah ini juga motif ko membuat kajian ko? 


Tak adalah bro.... abis SV aku kata lebih kurang cam tu..


Biar aku jelaskan sikit. Pertama, apabila ko membuat kajian, tesis ko tu adalah sebahagian pra-syarat mendapatkan ijzah sarjana atau PhD, sebagai bukti kesarjanaan ko (scholar) yang disyaratkan oleh institusi tempat ko belajar. 


Emmm.... betul-betul...


Ini bermakna, menghasilkan tesis adalah satu pra-syarat mendapatkan ijazah. Tesis atau disertasi ini dihasilkan bertujuan menambah pengetahuan ko dan sebagai sumbangan kepada "the body of knowledge" dalam bidang kajian ko lalu memberi ruang mengisi gap yang ada.


Jadi?


Jadi ko tak buat tesis atau kajian untuk dibaca oleh pembuat polisi.  Ini bukan objektif kajian pun.Dan tak ada usahapun kearah itu walaupun seinci. Selepas viva, ko lulus dan thesis ko disimpan dalam pusat sumber atau sebahagiannya diterbitkan sebagai artikel sebagai sumbangan kepada "body of knowledge". 


Aku tak caya lah....


Cuba ko fikirkan ini. Agak "lucu" juga membaca kajian yang hanya dilakukan contohnya dgn analisis deskriptif atau inference yang sempoi2 dgn soal selidik ringkas dan sample yang terhad dan adakalanya secara convenience pulak, dikatakan signifikan utk dirujuk oleh kementerian itu dan ini serta pakar utk mengubah polisi itu dan ini. 


Aah bro... memang ler lucu....


So, tunjukkan aku satu sahaja artikel bertaraf ini yang telah mengubah mana-mana polisi dari ratusan ribu thesis dan artikel yang telah dihasilkan. Apa yang berlaku adalah pengikhtirafan yang ko perolehi selepas mendapat ijazah utk menjadi bakal seorang "pakar". 

Jadi jgn malukan diri ko dgn statement thesis ko boleh mengubah polisi itu dan ini sebab kajian ko tak menyeluruh dan belum sampai makam utk tujuan tersebut....jika benarpun ada impak.... maybe ko kupas dalam implikasi kajian... itupun ko jgn lebih2 tulis benda yang ko tak buat !!


Atas asas inilah aku berpendapat dan lebih cenderung kepada perkara berikut yang menjadikan kajian anda signifikan dilakukan. 


Pedia bro?


Aku berpendapat kajian ko signifikan dijalankan kerana ia memberi objektif asas menjalankan kajian iaitu "contribution to the body of knowledge" iaitu menambah pengetahuan dalam bidang tertentu dengan mencapai salah satu perkara berikut iaitu kajian ko:
  1. membina model / instrumen / alat / modul yang valid dan reliable 
  2. menguji keberkesanan model / instrumen / alat / modul dalam konteks baharu / dgn penambahan mediator atau moderator yang sebelumnya tidak dilakukan
  3. mengembangkan model / instrumen / alat / modul dengan penambahan variable baharu
  4. memperbaiki instrumen (soalselidik, inventori dll) dengan peningkatan reliability, validity
  5. memperbaiki instrumen (soalselidik, inventori dll) dengan peningkatan reliability, validity melalui penilaian semula dengan pendekatan lain spt Rasch Model atau menggunakan Factor Analysis bukan sekadar nilai alpha Cronbach saja
  6. memantapkan lagi metodologi kajian terdahulu dgn prosidur lebih komprehensif / mixed method
  7. melaksanakan triagulasi data, sample, method pada dapatan kajian kualitatif dengan menambah data baharu atau menganalisis menggunakan perisian spt ATLAS.ti
  8. memberi penjelasan lebih terperinci kepada sesuai isu dengan menjalankan kajian yang lebih mendalam
  9. menggabungkan beberapa teori / prinsip bagi mendapatkan hasil kajian yang komprehensif
  10. meneroka bidang baru / menguji variable baharu 
  11. memberikan alternatif kepada penyelesaian masalah semasa
  12. advancement kepada teori sedia ada bagi membina simulasi / produk yang lebih effective / effisyen
  13. Ko tambah ler sendiri....
Ko pilihlah mana2 di atas yang ko lakukan dan huraikan bagaimana ia memberi signifikan sehingga kajian ko penting untuk dilakukan....

Baru aku faham maksud ko....

Emmm.... memang ko ini slow sgt....

Cukuplah 12 perkara aku terfikir yang boleh menjadikan kajian ko penting dan signifikan untuk dilakukan. Alasan di atas lebih "logik" dan "munasabah" untuk merasionalkan signifikan kajian ko berbanding untuk membantu polisi makers kerana ianya bukan objektif utama keperluan membuat tesis dan hal tersebut hampir2 tak berlaku. Ingat, thesis ko apabila siap akan disimpan di dalam library dan pusat sumber untuk rujukan bagi kajian2 seterusnya.... 


Abis tak gunalah buat kajian cam tu....?


Sapa kata tak guna. Thesis tersebut memberi ko pengalaman dan pengetahuan membuat kajian secara sistematik. Thesis sebagai bukti ko ada pengetahuan dan sedang membina kepakaran. Keadaan ini berbeza jika ko diberikan geran bagi menyelidik sesuatu isu dan mencari jalan penyelesaiannya oleh pihak tertentu. Hal ini terjadi apabila ko telah ada kepakaran menjalankan kajian dan biasanya dilakukan secara kolaboratif dan berkumpulan. 

Jadi, selesaikan dahulu tesis  then ko akan menjadi policy maker pula....dan masa ko SURE ko tak pergi ke mana2 IPTA nak rujuk mana2 thesispun....cayalah....dan kalau ko pergipun IPTA, ko jumpa lecturer yang "pakar" utk buat kajian bersama, bukan pergi rujuk thesis pelajar master / Phd !!


Aisey..... logic gak tu..... jadi aku akan modify ler kesignifikan kajian aku bro....


Emmmm..... 


OT 



Tajuk 3: Apakah tujuan research question dan hypothesis?



Wajah ceria anak-anak mengiringi perjuangan
anda menyiapkan kajian anda...


Selepas membina objektif yang jelas, anda perlu merangka persoalan kajian yang berfungsi memperincikan lagi apa yang ingin anda capai / ukur dalam objektif anda. Setiap persoalan kajian dalam kajian kuantitatif perlu dijawab menggunakan instrumen bagi mengumpul data. 


Persoalan kajian diperingkat sarjana bukan hanya menjawab persoalan asas seperti “Apakah….” atau “Adakah….”, tetapi perlu diikuti dengan persoalan dengan lebih mendalam seperti “Bagaimanakah….” atau “Sejauh manakah…..”. Contoh:
  • Apakah tahap kebolehan penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar Tingkatan 4?
  • Bagaimanakah kebolehan penyelesaian masalah pelajar berbeza mengikut jantina?
  • Sejauhmanakah teknik XX dapat meningkatkan kebolehan pelajar dalam penyelesaian masalah?
Persoalan kajian WAJIB ada bagi semua kajian kuantitatif dan kualitatif. Namun, bagi kajian kuantitatif, membina hipotesis kajian adalah lebih utama. Ini kerana hipotesis diuji dalam kajian kuantitatif untuk sebelum membuat inferens sampel ke populasi. Ada juga kajian eksperimental menyertakan kedua-dua sekali. Contoh:
  • Apakah tahap kebolehan penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 mengikut jantina?
  • Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor kebolehan penyelesaian masalah antara pelajar lelaki dan perempuan.

Tuesday, October 12, 2010

Tajuk 2 - Penulisan tesis

Tesis adalah satu manuskrip ilmiah yang mempunyai pendekatan penulisan yang tersendiri, berbeza dari penulisan kepada akhbar mahupun majalah untuk bacaan umum. Penulisan ilmiah adalah penulisan formal yang perlu dipertanggungjawabkan. Setiap pandangan perlu disokong dengan fakta serta bukti yang juga berbentuk ilmiah. 


Kesemua ini ditulis dalam satu format yang khusus, bermula dari abstrak sehinggalah kepada kesimpulan dan bibliografi. Tesis peringkat kedoktoran (berbanding dengan tesis sarjana) lebih mendalam dan dapatan  penyelidikannya mestilah menghasilkan "sesuatu" yang original dalam bentuk teori, konsep, model, modul, prosidur mahupun produk. 


Tesis diperingkat sarjana boleh berupa kajian replikasi dengan modifikasi seperti variable baru, sampel lain atau treatment yang berbeza. 


Tesis perlu ditulis... tetapi takdir telah tertulis

Tajuk 1: Mengapa perlu menulis tesis?

Tesis (atau dissertasi) diperlukan sebagai pra-syarat mendapatkan ijazah sarjana mahupun kedoktoran bagi menyambung tradisi kesarjanaan dengan menerbitkan artikel ilmiah yang diekstrak dari tesis tersebut.  

Menulis tesis sering menjadi “mimpi ngeri” sebahagian besar pelajar siswazah. Ramai yang mengeluh kerana teraba-raba dalam menyiapkan proposal, menjalankan kajian dan seterusnya ingin menulis tesis dalam tempuh yang ditetapkan. Oleh itu, menulis tesis juga memerlukan asas pengetahuan yang sistematik, bermula dari pembacaan yang intensive dan extensive, menentukan objective, pencarian tajuk hinggalah kepada membuat kajian, perbincangan dan kesimpulan.

Ingat, hampir semua calon master dan PhD di Malaysia tak perlu duduk dalam hutan dgn gorilla, atau menyelam dilautan utk mengekori whales...... atau mengendap penguin di kutub utara....berbulan2 berbekalkan kekuatan survival diri.... tetapi sebaliknya cuma perlu duduk depan komputer dan persiapkan diri dengan menggali journal, membaca artikel dan menyiapkan proposal.... 

OT


Anda tak perlu gali lubang bertahun2 untuk cari fosil, just duduk depan komputer untuk menulis tesis.....Gambar adalah fosil dinasour paling sempurna pernah dijumpai (Muzium London)

Sunday, October 10, 2010

SENARAI TAJUK SEHINGGA 18/2/2011


  Semasa aku di belajar di Adelaide.....
Tajuk 88: Literature Review - 11: Bila nak tulis r...
Tajuk 87: Literature review - 10: Contoh penulisan...
Q & A 6: Betul ker penulisan literature perlu kepa...
Q & A 5 : Terlalu byk teori, pening nak pilih !
Q & A 4: Likert 5 atau 7 point?
Q & A 3: Perlukan persoalan kajian jika ada hipote...
Kita ke Holland pulak.....
Tajuk 86: Literature Review - 9: Beberapa komen la...
Tajuk 85: Literature Review - 8: Beberapa komen
Tajuk 84: Literature review - 7: Berhujah dengan b...
Menjengah Paris ler pula.....
Mari ke Florence, Italy pula.....
Tajuk 83: Literature Review - 6: Masa untuk menuli...
Sky trek - cabaran untuk yang lasak !
Menjengah ke London
Jangan baca jika anda belum berkahwin !!
Rehat minda... mari snorkeling di Terengganu kite!...
Tajuk 82: Literature Review - 5: Membina Kandungan...
Tajuk 81: Literature Review - 4: Menyusun
Tajuk 80: Literature Review - 3: Tujuan
Tajuk 79: Literature Review - 2: Kepentingan
Tajuk 78: Literature Review - 1: Research Gap?
Tajuk 77: Menulis tanpa plagiat Bhg 2
Tajuk 76: Menulis tanpa plagiat Bhg 1
  Tajuk 75: Isu plagiarism aka plagiat aka plagiaris...
Tajuk 73: Ayat kabur (vague) dan ayat jelas.... an...
Tajuk 73: Silly mistakes - kesalahan dalam menulis...
Gambar kelas EDU5950.....
Lagi Bengkel Penulisan Tesis Cepat dan Berkesan
Gambar Bengkel Penulisan Tesis Cepat dan Berkesan
Tajuk 72: APA itu GOOGLE SCHOLAR?
Tajuk 71: Tapis carian internet anda dengan simbol...
Tajuk 70: Kenapa tak guna BOOLEAN LOGIC untuk cari...
Tajuk 69: 4 langkah menulis Research Statement...
Tajuk 68: Tips membina KERANGKA KONSEPTUAL (Bhg 2)...
Tajuk 67: Tips membina KERANGKA KONSEPTUAL (Bhg 1)...
Tajuk 66 - Penentuan analisis statistik (Bhg 5)
Tajuk 65: Kisah 2 - Salah statistik kajian anda "G...
Tajuk 64: Kisah 1 - Salah pilih statistik kajian a...
Tajuk 63: Penentuan analisis statistik (Bhg 4)
Tajuk 62: Penentuan sampel bersandar dan tak bersa...
Tajuk 61: Penentuan analisis statistik (Bhg 3)
Tajuk 60: Penentuan analisis statistik (Bhg 2)
Tajuk 59: Penentuan analisis statistik (Bhg 1)
Tajuk 58: Model keberkesanan program latihan – Mod...
Tajuk 57 - Kajian keberkesanan sesuatu program - M...
Tajuk 56: Kisah SPSS dan kekasihnya NViVo.
Tajuk 55: Kira siput dgn SPSS... kenali apa itu SP...
Q & A 2: Soalan dari UTM
Tajuk 54: Camner pulak nak analisis soal selidik.....
Tajuk 53 - Apakah maksud TRIANGULASI dalam kajian
Tajuk 52 - Berapa sampel bagi kajian kualitatif?
Q & A 1: Pertanyaan dari Uitm
Terima kasih kerana menyokong blog ini.
Tajuk 52 - Tak faham statistk - Anda dalam kelompo...
Tajuk 51- Apa sebab sampel n = 30 untuk kajian eks...
Tajuk 50: Ape ke bendenyer darjah kebebasan (df) t...
Tajuk 49 - Soalselidik tak cukup ada reliability.....
Tajuk 48 - Bila nak guna ANCOVA...abis ANOVA camne...
Kembara di Bumi Anbiya 5
Kembara Bumi Anbiya 4
Kembara di Buni Anbiya 3
Kembara di Bumi Anbiya 2
Edisi khas: Kembara di Bumi Anbiya 1
Tajuk 47: Pelaporan Chi-square
Tajuk 46: Statistik parametrik dan pasangan bukan ...
Tajuk 45: Pelaporan ANOVA Dua hala
Tajuk 44: Laporan ANOVA sehala
Tajuk 42: Melapor dapatan SPSS - ujian-t dan korel...
Tajuk 41: Jangan ingat mudah menulis soalselidik.....
Tajuk 40: Tak fahamlah keperluan Definisi Operasi
Tajuk 39: Tiga kriteria Persoalan Kajian yang baik...
Tajuk 38: Menguji kenormalan data dari nilai Skewn...
Tajuk 37: Bolehkah data dibuang bagi mencantikkan...
Bengkel SPSS - Suka Penyelidikan Suka Statistik !...
Tajuk 36 : One-Tailed atau Two-Tailed?
Bengkel SPSS - Suka Penyelidikan Suka Statistik !...
Tajuk 35: Antara korelasi dan signifikan.... camne...
Tajuk 34: Apa konsep pengiraan dalam stat bukan pa...
Tajuk 33: Cian statistik bukan parametrik... dahla...
Tajuk 32 - Kenapa skala nominal dan ordinal tidak ...
Tajuk 31 - Adakah Chi square statistik inferens?
Tajuk 31 - Bolehkan dapatan korelasi Pearson diinf...
Tajuk 30 - Konsep ANOVA
Tajuk 29 - Ujian-t sampel bersandar dan tak bersan...
Tajuk 28 – Kenapa dinamakan pengujian hipotesis?
Tajuk 27 – Z-test atau t-test?
Tajuk 25 – Awas kawasan kritikal…dan konsep signif...
Tajuk 24: Apa maksud inferens? Bila berlakunya inf...
Tajuk 23 – Ada byk rekabentuk eksperimental...mana...
Tajuk 22 – Fenomena “regression towards the mean” ...
Tajuk 21 - Boleh ker guna convenience sampling dlm...
Tajuk 20: Persampelan - Purposive atau Convenience...
Tajuk 19: Skala Likert boleh jadi nominal, ordinal...
Tajuk 18g - Gotca...! G*Power untuk Chi kuasadua
Tajuk 18f - Perghhh....G*Power bagi ujian-t sampel...
Tajuk 18e - Akhirnya penentuan saiz sampel....
Tajuk 18d - masih lagi sampel saiz....phew...
Tajuk18c - Ralat lagi...
Tajuk 18b – Fahami Statistical Power baru faham sa...
Bengkel SPSS - Suka Penyelidikan Suka Statistik !...
Tajuk 35: Antara korelasi dan signifikan.... camne...
Tajuk 34: Apa konsep pengiraan dalam stat bukan pa...
Tajuk 33: Cian statistik bukan parametrik... dahla...
Tajuk 32 - Kenapa skala nominal dan ordinal tidak ...
Tajuk 31 - Adakah Chi square statistik inferens?
Tajuk 31 - Bolehkan dapatan korelasi Pearson diinf...
Tajuk 30 - Konsep ANOVA
Tajuk 29 - Ujian-t sampel bersandar dan tak bersan...
Tajuk 28 – Kenapa dinamakan pengujian hipotesis?
Tajuk 27 – Z-test atau t-test?
Tajuk 25 – Awas kawasan kritikal…dan konsep signif...
Tajuk 24: Apa maksud inferens? Bila berlakunya inf...
Tajuk 23 – Ada byk rekabentuk eksperimental...mana...
Tajuk 22 – Fenomena “regression towards the mean” ...
Tajuk 21 - Boleh ker guna convenience sampling dlm...
Tajuk 20: Persampelan - Purposive atau Convenience...
Tajuk 19: Skala Likert boleh jadi nominal, ordinal...
Tajuk 18g - Gotca...! G*Power untuk Chi kuasadua
Tajuk 18f - Perghhh....G*Power bagi ujian-t sampel...
Tajuk 18e - Akhirnya penentuan saiz sampel....
Tajuk 18d - masih lagi sampel saiz....phew...
Tajuk18c - Ralat lagi...
Tajuk 18b – Fahami Statistical Power baru faham sa...
Tajuk 18a: Saiz sampel – Banyak soalan dari jawapa...
Komen Pilihan 3 - Tulis...tulis... dan tulis
Komen pilihan 2 - Fening kefala kerana fofular...
Komen pilihan 1 - Spearman vs Spearson by Rahayu
Tajuk 17 - Skala oh skala....
Tajuk 16 - Ralat Jenis I dan Ralat Jenis II - Apa ...
Tajuk 15 - Nama pengarang - ada surname tak?
Tajuk 14 - Senang je nak tulis LR ni... iskh..iskh...
Tajuk 13 - Candle light.... suatu analisis ?
Tajuk 12 - Kenapa le tesis mesti ada Literature Re...
Tajuk 11: Camner nak buat Literature Review?
Tajuk 10 - Jangan menulis tesis jika tiada fokus d...
Tajuk 9: Tahukan anda "pilot article"?
Tajuk 8: Kenapa disebut parametrik dan bukan param...
Tajuk 7: Tulis jangan sedap tangan...maksud MESTI ...
Tajuk 6: Penulisan thesis - Buat ayat mudah bukan ...
Tajuk 5: Tahukan anda limitasi dan delimitasi kaji...
Tajuk 4: How significance is your research / study...
Tajuk 3: Apakah tujuan research question dan hypot...
Tajuk 2 - Penulisan tesis
Tajuk 1: Mengapa perlu menulis tesis?
Tajuk 0: Kuantitatif vs Kualitatif
Selamat Datang



MAK oii.. panjangnyer... now dah dekaty 200 tajuk !!






Berehat selepas satu perjalanan yang panjang di PARIS
OT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...